27 Sept 2022

Blogging, Masih Relevan Lagi?

 Assalamualaikum readers


Blogging, Masih Relevan Lagi? | Lama tak up pasal blog sendiri yang memang makin tenggelam. Bercakap berkenaan dengan blog, dulu memang aktif update blog (hampir setiap hari) sampaikan benda merepek pun nak dipost dalam blog. Tak kisah apa jenis entri, orang still akan enjoy bila baca.


Bila tak buka blog beberapa hari banyak pula earning. Siapa macam ni?


Antara cara yang baik untuk improve penulisan kita ialah dengan menulis dan membaca blog bukan setakat Nina menulis bila nak keluarkan warning letter saja 😅 Sejak earning Google AdSense naik hari-hari walaupun sen dalam USD dah buat hati berbunga-bunga. Adalah semangat sikit untuk terus menulis blog. Bila Harraz dah besar nanti, boleh dia baca semua benda dalam blog.



Antara kebaikan apabila berblogging ialah :


1. Boleh menambah ilmu pengetahuan dengan membaca penulisan dari blogger lain.


2. Boleh jana pendapatan sampingan dengan membuat review product, pengiklanan (GA dan lain-lain)


3. Selain menjadi external hardisk, boleh juga menjadi salah satu medium untuk simpan gambar-gambar dan cerita (kira macam backup). 


4. Secara tidak langsung boleh memperbaiki teknik dan kreativiti dalam penulisan. Siapa tahu boleh jadi freelance writer? 


5. Blogging ni bukan saja post cerita baru dan basi tapi boleh berkenalan dengan ramai orang, buat komuniti group dan organize event yang boleh eratkan silaturahim. Dah lama tak borak dengan group blogger Nina. Jumpa pun time event saja kan.



Nowdays, ramai readers blog lebih suka baca cerita sensasi dan kontroversi, viral. Kita? Just stick dengan cara penulisan masing-masing. Stick to our main purpose of blogging (which is sharing our experiences to others). Nina masih anggap berblogging ni adalah satu perkara yang masih releven pada masa kini. Teruskan menulis blog ya. 

19 comments:

  1. Blog masih relevan.. cerita viral sensasi cuma sementara.. Apapun yg penting kita tau apa tujuan kita berblog..

    ReplyDelete
  2. ya, betul...tulis blog utk simpan kenangan hidup..facebook tk brp aktif..

    ReplyDelete
  3. saya sama macam Nina. menulis untuk kenangan sendiri sambil berkongsi pengalaman. benda viral kita baca sahaja di FB. nak mengulas takut fitnah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar Sal. setuju! takut nak komen perkara yg viral. sebab kita tak tau kan citer sebenar. jatuh fitnah, naya!

      Delete
  4. Ya ada cabaran akhir ini medium tiktok menjadi pilihan para blogger. Takpa kita tetap dengan dunia penulisan
    haha

    ReplyDelete
  5. Ya masih anggap relevan.
    Seronok baca tulisan orang walaupun remeh.

    ReplyDelete
  6. selalu blog kita tulis pengalaman kita, movie drama yg kita dah tengok, sekadar perkongsian je laa, tak mengharap pun nak dapat duit dari Adsense huhu. kalau dapat tu kira rezekilah

    ReplyDelete
  7. yezza...setuju sgt. bagi MA, blog ni mcm diari ..simpan mcm2 memori..bila baca entry lama2..seronok tau. and yes...leh kenal kawan baru.. walaupun x pernah bersua muka..just di alam maya..best sgt rasanya kan..

    ReplyDelete
  8. Blog ini macam diari digital.. Earning tu bonus.. suka je bila nampak ada peningkatan walaupun sedikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebila free, kita baca semula kan diari digital kita ni, kan Sha. terutama kisah anak-anak, holiday and makan-makan. anak-anak yg da besar pun boleh baca kisah mereka sendiri kelak. in shaa Allah.

      Delete
  9. Yesss itulah kelebihan berblogging

    ReplyDelete
  10. Ya, masih releven. Macam-macam boleh dapat dengan blogging.

    ReplyDelete
  11. yaya tenggelam timbul...hehe =p

    ReplyDelete
  12. blog masih ada tempat di hati meski mood, tugasan hakiki melebihi segalanya... ya blog masih relevan. kalau tak, takkan 11 thn bertahan kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul dah berbelas tahun kita jd blogger

      Delete
  13. nina, betul la tu. earnings harian aida pun meningkat tau bila tak brape aktif up posting. sesekali baru update. earnings better than dulu kala yg update setiap hari. hairan. tapi mungkin ada silent reader yg landing sekali sekala tapi membuahkan hasil utk kita, kan.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  14. Bagi saya masih lagi relevant. Tapi, mungkin orang tak nampak sangat especially with TikTok being trending app right now.

    ReplyDelete
  15. Bagi saya masih lagi relevant. Tapi, mungkin orang tak nampak sangat especially with TikTok being trending app right now.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com