30 Jan 2017

Aiskrim Urban Artisan. Co Di Georgetown, Penang

Assalamualaikum Readers..


Urban Artisan. Co, Nagore Square, Georgetown | Makan aiskrim Urban Artisan. Co yang menyediakan empat jenis perisa aiskrim cone setiap minggu . Jadi ada minggu-minggu tertentu dorang akan tukar flavour aiskrim dan update di dalam IG dan FB. Aiskrim homemade tanpa menggunakan krim. Memikat hati sebab rasanya tak seperti aiskrim biasa yang manis dan berkrim. Orang diet sesuai terjah sini.



Setiap bulan boleh try perisa baru percuma !!


Japanese Black Sesame X Flaming Red Velvet (Left) - RM 12.90 + Refreshing Green Apple X Purple Dream Grape (Right) - RM 12.90 = RM 25.80 (no GST)

Sedap katanya, perisa epal

Urban Artisan entrance. Nampak mural art nyonya situ lah kedainya



Di Urban Artisan, aiskrimnya soft serve, kalau dah beli kena makan cepat-cepat sebab mudah cair. Harga bagi 1 perisa adalah lain dari perisa campuran tapi masih lagi affordable. Kalau singgah ke Penang, jangan lupa masukkan dalam list JJCM 😃




Jalan Nagore ni banyak mural art

Dapat bawa kawan KL jjcm 

Bukan boyfriend ok tapi anak sedara. Untung muka macam Pierre Andre. Haha



URBAN ARTISAN. CO :
 NAGORE SQUARE
CAMPBELL STREET (coming soon) 


Dibuka setiap hari
Jam 11.00 AM - 11.00 PM

122-C, Nagore Square 10050 Georgetown Penang
&
26, Campbell Street, Georgetown


Official Instagram :
@urbanartisan_official


Official Facebook :
Urban Artisan Official


29 Jan 2017

Makan Nasi Beriyani Ayam Di Hameediyah Restaurant, Georgetown

Assalamualaikum Readers..


Tempat Makan Best Di Penang | Makan Nasi Beriyani Ayam Hameediyah Restaurant, Georgetown | One of the most popular restaurant in Penang dan "Oldest Nasi Kandar in Malaysia", tipu la kalau tak pekena nasi beriyani kat sini memang tak sah walaupun kena beratur panjang-panjang k. Lagipun Hameediyah ni dibuka sejak tahun 1907 lagi. Haa sangat lama dan masih guna resepi turun temurun. Bukan lauk ayam saja, daging kambing, lembu dan macam-macam lagi. Rata-rata pelanggan ada yang dari Penang, KL, mat saleh dan luar negeri.



Nasi Beriyani Ayam, Hameediyah Restaurant



Puas makan nasi beriyani berlaukkan ayam goreng dan kuah campur, perghhh sedap! Sapa kata mai Penang asyik makan nasi kandaq. Walaupun anak jati, tapi bukan kaki nasi kandaq. Banyak lagi makanan kat Penang. Tak larat nak pusing cari makan dalam negeri sendiri. Apa-apa kena explore negeri sendiri dulu ye dok, lain lah kalau pi travel 😍



Banyaknya lauk di Hameediyah restoran, tak tau nak pilih mana, semua sedap


Nasib budak ni rajin beratur dan bawak makanan, sebab meja penuh jadi kena cop dulu




3 Beriyani Kosong - RM 12.00
3 Ayam Goreng - RM 18.00
1 Teh Ais - RM 1.70
1 Nescafe Ais - RM 2.40
1 Teh O Ais Limau - RM 1.70
1 Air Suam - RM 0.30
1 Minute Maid - RM 3.50
1 Papadam Kecil - RM 3.00



SUBTOTAL : RM 42.60
6% GST : RM 2.77



TOTAL : RM 45.37 (3 persons)



Btw kalau datang sini, try la terjah tapi sakit sikit kena tunggu lama. Beratur dan pilih lauk apa nak makan lepas tu makanan pelayan hantar ke meja, nak cepat pakai dulang bawa nasi sendiri. Next time kena terjah pagi-pagi, baru tak ramai, tu pun kalau hari weekdays 😃




HAMEEDIYAH RESTAURANT 1907
164 A, Campbell Street, Georgetown, 10100 Pulau Pinang.

Dibuka setiap hari
Jam 10.00 AM - 10.30 PM




25 Jan 2017

Resepi Sup Siput Remis

Assalamualaikum Readers..

 
Resepi Sup Siput Remis | Resepi lama dok dalam draft. Untuk tahun 2017 ni tak ada lagi resepi baru nak share. Baiklah, mana dapat siput remis banyak ni? Semuanya dari kampung, kampung dekat laut tapi nak mencari sorang pun malas, last-last my Pak Tam rajin mencari, tak dilupakan anak sedara dia yang suka makan. Ingat lagi last kutip remis di Pantai Chenang tahun 2008. Perghhh lamanyaa. Setahu Nina bukan semua pantai ada siput remis, pantai bersih pun belum tentu ada.



Sup Siput Remis

Nakkan siput remis fresh selepas kutip, rendamkan bersama air laut



Sup Siput Remis ni suka makan dengan nasi kosong, makan bersama isi remis dan sup, rasa manis dengan bau serai. Ada juga setengah rebus gitu saja dan masak bersama bihun. Ada juga pernah dibuat sebagai lauk nasi lemak


Lebihan isi siput remis dah siap rebus, masak bersama bihun



Bahan-Bahan :

Siput remis
1 ulas bawang merah & bawang putih
2 batang serai (dipatahkan dan ketuk sikit)
Sedikit garam



Cara-Caranya : 
 

1. Basuh kesemua siput-siput remis.
 
 
2. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga garing / kekuningan.
 
 
3. Masukkan air untuk merebus, siput remis, serai dan sedikit garam.


4. Rebus sehingga kesemua kulit siput terbuka. 



23 Jan 2017

Resepi Gulai Belinjau Masak Udang

Assalamualaikum Readers..


Resepi Gulai Belinjau Masak Udang | Resepi yang masih simpan dalam draft dari tahun lepas. Hehe.. Lama dah nak share resepi ni sebab rasa ramai orang tak tahu buah belinjau dan cara makan. Pokok Belinjau [klik sini] korang boleh try cari di pasar tani, pasar kemboja, pasar malam. Dari kecik dah makan buah ni sebab di kampung dulu ada pokoknya, sebelum tanah kampung kena beli. Sedih nak makan kena tunggu musim buahnya, atau peniaga dari kampung datang jual di pasar 😑



Gulai Belinjau



Gulai Belinjau ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Maka bertambah nasi berkali-kali. Yang best sebab ada khasiat, jangan risau tak ada bau busuk macam petai, jering etc. Orang berpantang elok makan kata orang-orang dahulu.



One of my fav makan cam gini



Bahan-Bahan :



1 kilo buah belinjau
Sepeket rempah kari daging
11 ekor udang atau daging
1 cawan santan
1 camca kecil serbuk kunyit
Sedikit serbuk perisa & garam
1 ulas bawang merah & bawang putih
1 tangkal daun kari




Cara-Caranya : 


1. Buah belinjau ada 3 lapisan kulit. Kulit luarnya dan biji berwarna putih boleh dimakan. Besiang dulu dan buang selaput kulit dalam.


2. Asingkan kulit luar dan biji berwarna putih dahulu. Kemudian rebus biji putih dengan rempah kari daging sehingga empuk.


3. Kemudian masukkan kulit buah belinjau dan rebus sehingga empuk.


4. Masukkan udang. Jika gunakan daging, rebus terlebih dahulu sehingga empuk dan masukkan kesemua termasuk air rebusan ya.


5. Selepas udang atau daging dimasukkan, biarkan seketika baru masuk santan. Pastikan semasa rebus tu, buah belinjau tenggelam bersama santan.


6. Kacau sehingga mendidih, masukkan garam, kunyit dan sedikit perasa. Biarkan ramuan sebati. 


7. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari. Masak hingga kekuningan dan masukkan kesemuanya termasuk minyak tumis tadi ke dalam gulai belinjau. Dah siap ! 😄




SELAMAT MENCUBA! kalau nampak kat pasar tu beli la.. hehe


21 Jan 2017

KFC Cheezy Mushroom Crunch Baru

Assalamualaikum Readers..


KFC Cheezy Mushroom Crunch Sedap! | Dah try makan? Menu baru di KFC, cepat terjah sebelum promosi habis. Harini balik kerja terus terjah KFC, tak boleh jadi hari-hari tengok TV, setiap masa tengok iklan dengan cheese meleleh tu, alahaii tergugat. Sebelum beli, suka baca review pelanggan-pelanggan KFC, ramai cakap Cheezy Mushroom Burger tak ada cheese dan rasa macam Zinger Burger tapi Coleslaw rasa pahit-pahit sikit. Beli set ayam saja, alhamdulillah tak kena beri-beri 😒


KFC Cheezy Mushroom Crunch


Cheezy Mushroom Crunch ni paling nina suka sos kejunya tapi asal cendawan sikit. Sob.. sob. Rasa macam nak pi beli sos saja. Haha, macam KFC nak jual. Kang tak laku pulak ayam-ayam tu. Puas hati makan kecuali kulit. Mak tahu disitunya ada lemak-lemak yang buat badan gemok. Nanti nak try makan bebola cheese pulak mana tahu sedap jadi bebola api



Cheezy Mushroom Crunch set

Cheezy combo dan burger



18 Jan 2017

Roti Bakar Telur Goyang Transfer Road, George Town

Assalamualaikum Readers..


Makanan Sedap Di Penang | Roti Bakar Telur Goyang Transfer Road | Kedai Naina's Roti Bakar | Stail baq hang, pagi-pagi naik basikal pusing town cari warung tepi jalan semata-mata nak bawa kawan dari KL food hunting ahad lepas. Banyak kedai ada jual roti bakar tapi warung tepi jalan ini jugak kami nak makan. Yang penting sodaappp !!


Stail roti bakar telur goyang utara tak letak atas roti terus

Awal pagi noks muka ngantok


Warung roti bakar telur goyang ni senang nak cari dan sejam kami makan, sembang dan melangut tunggu my nephew yang habis driving class dari Bayan Lepas. Ramai rupanya yang datang makan especially melayu, anak mami dan cina uuollsss. Dari pagi sampai ke tengahari tengok meja penuh. Kena sabaq menunggu aney bakaq roti. Sedap makan panas, perghhh tak kedekut teluq 😆 Hahaha



2 keping roti + 2 biji telur = 2 orang makan + tea ais dan milo panas kurang manis hanya RM 10 !! Kalau dekat rumah hari-hari mau makan


Masa kami sama-sama duduk di Ipoh, tak berapa minat nak makan roti bakar telur goyang kat sana sebab kedekut telur, roti tak berapa nak bako dan harga 2 keping roti RM 4 tak termasuk air. Kedai kami makan ni lagiii lah murah 😊 Orang Ipoh jangan marah noh. Relax.. Haha realiti boleh dikira dengan jari berapa kali makan je kat Perak.


YES Hotel

Caltex simpang 4 


Ini ler warungnya, fames sebab masuk dalam surat khabar



Lokasi warung roti bakar ni senang saja nak jumpa. Korang cari jalan ke Transfer Road, nampak stesen minyak Caltex dan berhadapan YES Hotel, akan nampak meja dan payung di tepi jalan. Sapa mai Penang, jangan lupa masukkan dalam list JJCM korang ye 😎

14 Jan 2017

Makan Di Nando's Auto City, Juru

Assalamualaikum Readers..


Makan Di Nando's Auto-City Juru | Makan Nando's bersama gegirl a.k.a anak-anak Pak Roseman 😏 Lama tak lepak makan dengan Zati (gadis tudung pink) tu since dia kerja tempat lain. So, Nina dengan adiknya plan nak lunch date sama. Sweet angat 😆 Lama nau tak makan Nando's, akhirnya dapat jugak. Makan sini mesti lah ayam jadi pilihan. Tak boleh makan lama-lama nanti nak try benda lain pulak. 


Namaste Nando's  

Haruslah sembunyikan perut memasing



Apa yang lain Nando's ni? Ohh korang kena try menu baru ayam ber'mango'. Harga? Macam berubah sikit tapi masih mampu lagi. Ok lah tak nak cerita lagi, dok terbayang kesedapan air peach dan sos peri-peri yang banyak jenis dan sodap 😍 Sekali sekala makan ok, kalau setiap minggu mau miskin. Haha



Harga sepadan dengan makanan, nice sebab ayam takdo minyak


12 Jan 2017

Yeos Hawthorn

Assalamualaikum Readers..

Yeos Minuman Buah Hawthorn Baru | Air Buah Hawthorn Sedap | Yeo's kembali dengan perisa air minuman terbarunya. Siapa dah try minum? Tertengok di kantin kilang ada jual air tin ni dengan harga RM 2.20. Saja nak try minum, tak sangka kena dengan tekak. Buah Hawthorn Berry ni agak masam ye. Yang ada penyakit susah nak membuang, elok ler minum 😛


Yeo's Hawthorn Berry Baru


Buah Hawthorn Berry


Buah dalam kategori seperti Strawberry, Rasberry dan Blueberry ini opcos ler masam. Nak pergi cari buahnya yang sebenar, pernah perasan di mall. Antara khasiat buah Hawthorn Berry :


  • Mengubati kegagalan jantung
  • Anti oksida
  • Meredakan kesakitan pada dada
  • Mencegah kolesterol tinggi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah penyakit insomnia
  • Menguatkan pemuluh darah
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Mencegah penuaan
  • Menguatkan daya tahan tubuh
  • Mencegah penyakit stroke


Air hawthorn yang masam memikat

10 Jan 2017

Buah Nam Nam Atau Katak Puru

Assalamualaikum Readers..


Buah Nam Nam Atau Katak Puru | Khasiat Buah Katak Puru Rawat Penyakit | Salah satu buah hutan yang semakin pupus dan menjadi faveret Nina kalau balik kampung. Sampai saja terus terjah pokok nam-nam dulu. Budak-budak sekarang mesti tak pernah makan, tak pernah tengok atau dengar nama yang agak pelik. Pokok yang berasal dari Borneo dan boleh ditemui di Semenanjung terutama di Utara dan Pantai Timur. 


Buah nam-nam yang dah masak warna kekuningan


Pokok nam-nam atau katak puru


Di Utara, di panggil buah nam-nam, buah yang kaya khasiat untuk ubat kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Rasanya yang unik dan berselera untuk dimakan. Di panggil katak puru mungkin sebab kulit yang kurang menarik dan menggerutu macam katak puru. Walaupun nama dan bentuk tak secantik buah-buahan lain, bagi yang biasa makan membuatkan air liur meleleh.


Pokok kata puru mudah ditanam atau dibiarkan melalui biji. Mudah tersebar bila biji dicampak atau dibuang. Sebab itu, pokok katak puru banyak terdapat di tepi rumah yang sebenarnya tak ditanam. Buah yang berwarna coklat, rasanya masam kelat ketika muda dan berubah menjadi masam manis apabila masak. 


Buah semuanya di pangkal pokok, bunga macam belimbing buluh dan pokok ni berusia 30 tahun


Isi buah nam-nam. kecur air liur. Cicah dengan kuah rojak saja. Boleh dijadikan sambal makan bersama nasi


p/s: Raya cina nak balik kampung lagi lah, mesti banyak buah nam-nam dah masak sambil kutip siput remis 😜

9 Jan 2017

Trend Berinai Mengikut Zaman

Assalamualaikum Readers..


Trend Berinai Mengikut Zaman | Nama pun trend mesti macam-macam jenis corak dan fesyen inai di tangan. Zaman tradisional pakai kat kuku atau jari saja sekarang penuh tangan, tapak tangan, kaki dan tapak kaki. Kelakar pulak tengok pengantin-pengantin zaman sekarang di Instagram. Berlumba-lumba nak lukis inai, corak siapa paling lawa konon 😏


Trend inai mengikut zaman



Trend berinai mengikut zaman sekarang ni rasanya dah terlebih. Terus terang Nina tak minat nak pakai inai. Spesis 'bangsa' tak suka pakai inai. Entah rasa macam tangan tak bersih. Kotor lah tengok. Jangan harap ler masa kahwin nanti nak pakai. It's just adat bukan dituntut oleh agama pun. Awal-awal BF dah cakap, dia tak suka, serupa PARIA katanya and YES . 

Letak batu berlian pulak hahaha

Geli tengok




Korang nilai lah sendiri lawa ke tak? Para lelaki korang suka tak bakal bini pakai macam ni? Share jap 😌 Melayu ni suka ikut fesyen-fesyen macam budaya agama lain. Terikut-terikut, ustaz pun ada cakap boleh jadi HARAM kalau menyerupai agama lain. Well, just sharing gais. Hehe. 


7 Jan 2017

Hukum Berkongsi Gambar Janin Di Media Sosial

Assalamualaikum Readers..


Hukum Berkongsi Gambar Janin Di Media Sosial | Dah menjadi trend mak-mak sekarang, start tak datang period dah meroyan pergi beli pregnancy test. Once dah confirm alat tu bagi hint pregnant terus upload dalam media sosial bukan 1 saja tapi 2 atau 3. Tudiaaa hang nak bagi tau satu dunia 😃 Hahaha. Bertuah jadi budak 90an, mak-mak tak begini. Nina pun tak ada gambar dalam perut sebab mak tak pernah pi scan 😂


Jangan ambil mudah kongsi gambar janin



Aku yang belum kahwin ni tengok pun nak muntah, apatah lagi perasaan orang yang dah kahwin bertahun-tahun tapi masih tak dapat anak. Pernah tak terfikir perlu jaga hati orang sama?? Okey itu baru permulaan, akan datang manusia ni upload pula gambar janin dia dari seketul daging hingga lah dah jadi manusia. 



Apa kata ustaz


Baiklah bakal mak-mak kalau baca entri ni jangan kondem pulak, just nak share dari senior kolej, dia pun dah berkahwin lama tapi masih tak pregnant. Doakan yang baik-baik buat kawan-kawan yang tak ada rezeki lagi tu. Ini kan dari Allah, jadi bila-bila masa Allah boleh ambil semula. Ilmu juga ni tambah-tambah buat Nina, bukan senang nak jadi isteri dan ibu kalau tak ada ilmu di dada 😁


6 Jan 2017

Al-Fatihah Buat Pak Andak

Assalamualaikum Readers..


Speechless.. Tak tahu nak mula entri ni. Permulaan tahun baru yang menyedihkan buat kaum keluarga. Orang lain gembira bercuti, kami menangis. Arwah adalah pak cik kesayangan, memerangkap adik ayah yang ke tujuh. Adik yang pertama pergi dulu. Yaa.. sampai sekarang masih tak percaya Pak Andak dah tak ada.



Bunga kemboja sinonim dengan tanah perkuburan


Penang International Airport



1 Januari 2017, tengahari itu, mak terima panggilan dari Paksu. Pak Andak meninggal pukul 11.05 pagi. Dapat tahu, air mata ni tak henti-henti turun. Mak pesan jangan menangis depan ayah, tak nak tambah sedih dia. Kami pun siap-siap balik ke Bayan Lepas awal sikit, since jenazah ada di Hospital Pulau Pinang. Nak kebumi lepas Asar. Mak tak dapat ikut, time tu pulak jiran buat kenduri.



26 Disember 2016, Pak Andak admitted lepas mengadu sakit di perut dan susah nak bernafas. Tak terjangka akan sakit teruk sebab sebelum ni sedia maklum hanya sakit Gout. Rupa-rupanya ada cerita "benda" lain selepas buat MRI. 



Since aku dan sepupu sampai kubur awal, Pak Lang dah siap korek liang lahad. Pha Is kenal tak Siti Sarah ni kerja bahagian farmasi HPP


Wahai ahli kubur, semua orang akan ke sini juga



27 Disember 2016, ada hikmah rupanya Nina apply cuti, itu kali terakhir tengok Pak Andak di hospital walaupun tak dapat cakap, cuma dapat tengok sekejap sebelum doktor proses perut arwah. Kata abang Bad, doc tebuk nak keluarkan angin dalam perut. Reaction mestilah pelik. Dengan keadaan arwah yang kurus cengkung, pakai oksigen then lepas tu balik sebab waktu melawat dah nak tamat 7 malam. Balik rumah, suruh ayah pergi melawat keesokkannya, masa tu memang dah mula tak sedap hati. Ajal boleh datang bila-bila saja. 



Since masuk wad, Abang Bad dan Paksu saja bergilir-gilir menjaga Pak Andak. Nasib baik Paksu boleh menjaga, bekas pekerja hospital. Senang keluar masuk tak macam pelawat. Keadaan macam ada harapan nak baik, dah boleh bercakap dan bergurau. Teringin nak makan kari kepala ikan, macam-macam lagi. Tak habis-habis Paksu kenakan Nina, bagi tahu datang hospital naik basikal (entri lain). 



Jejaka bunga. Dah besaq anak-anak sedara


Comel belalang kelabu ni. Dah habis talkin dibacakan belalang pun hilang . Kelakar air dalam jag ni disangka air teh tarik, nasib tak berebut sesama sepupu 😄



30 Disember 2016, dah boleh balik rumah. Kami semua ingat tiada apa-apa yang serius dengan Pak Andak. Ada harapan untuk sihat macam biasa tapi kelegaan hati kami semua hanyalah sementara.



31 Disember 2016, petang tu dimasukkan ke wad semula selepas tiub di perut tertanggal. Doc cakap tak dapat buat apa-apa. Ya, Paksu walaupun sakit urat terpaksa jaga di wad. Malam tu, dari ceritanya, Pak Andak dah mula nazak, dah mula "cakap bukan-bukan" , dah mula kata "mak panggil" (Tok Hawa), bagi tahu tarikh meninggal mungkin 1 atau 2 aribulan, cakap antara mereka adik-beradik dia pergi dulu. Tanda-tanda kami kena bersedia.





Kubur Pak Andak dikelilingi kubur kesemua ahli keluarga ayah. Raya nanti kami datang ya 



Cerita Abang Bad pada ayah amat mengejutkan, selama ini sepupu Nina sangka ayahnya sakit-sakit biasa rupanya ada "benda" lain. Derita terkena buatan orang juga, Astarfirullahalazim... Pergi berubat terkeluar 3 jarum/paku, serbuk kaca dan buluh dalam perut. Patut lah doc tak dapat buat apa-apa di usus. Terlalu lama dalam usus dan kuman dah merebak ke paru-paru. 



Segala perbuatan orang itu hanya Allah saja yang membalasnya. Hanya arwah saja yang tahu siapa pelakunya. Apa salah arwah hingga dengki dan busuk hati. Allahuakbar. Di dunia terlepas, di akhirat tak mungkin. 



Ramai orang datang hantar jenazah, ramai orang bacakan doa, anak saudara bacakan talkin, anak kebumikan bapanya, mak cik juga pandai kafankan jenazah abangnya. Alhamdulillah



Alhamdulillah, tepat pukul 6 petang (1 Jan), jenazah selamat dikebumikan. Semua urusan dipermudahkan Allah. Syukur cuaca mendung, seakan-akan sedih. Macam perasaan kami. Ramai orang datang rumah, sanak saudara juga ramai, sorang-sorang siramkan air limau kasturi sebelum dikafankan, beri ciuman terakhir. Ya Allah, sejuk masa cium pipi, bersih muka arwah, mata tertutup rapat, wangi sangat. 



Gambar terakhir yang ada dalam simpanan. Pak Andak (berbaju putih). Tinggal 4 beradik lelaki termasuk ayah


Raya tahun ni takkan sama macam tahun-tahun lepas. Dah tak ada sakat-menyakat, mesti rindukan arwah. Teringat arwah pernah cakap nak masakkan nasi minyak untuk kenduri Nina nanti. Lepas ni Mak Cik kena cari tukang masak nasi untuk kateringnya, takkan ada pengganti sebaik abang (Pak Andak) . Sedih bila mak cakap jaga diri, jangan sampai tergeliat (terseliuh) sana sini nanti siapa nak betulkan urat. Pak Andak sangat special, arwah pandai mengurut. Sepupu-sepupu pesan benda yang sama jangan lasak.



Al-fatihah.. Dalam ingatan,
Bong Bin Mohd Zin
2.1.1950 - 1.1.2017


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com