29 January 2017

Nasi Beriyani Ayam @ Hameediyah Restaurant, Georgetown, Penang


Assalamualaikum Readers..


Tempat Makan Best Di Penang | Makan Nasi Beriyani Ayam Hameediyah Restaurant, Georgetown | One of the most popular restaurant in Penang dan "Oldest Nasi Kandar in Malaysia", tipu la kalau tak pekena nasi beriyani kat sini memang tak sah walaupun kena beratur panjang-panjang k. Lagipun Hameediyah ni dibuka sejak tahun 1907 lagi. Haa sangat lama dan masih guna resepi turun temurun. Bukan lauk ayam saja, daging kambing, lembu dan macam-macam lagi. Rata-rata pelanggan ada yang dari Penang, KL, mat saleh dan luar negeri.



Nasi Beriyani Ayam, Hameediyah Restaurant



Puas makan nasi beriyani berlaukkan ayam goreng dan kuah campur, perghhh sedap! Sapa kata mai Penang asyik makan nasi kandaq. Walaupun anak jati, tapi bukan kaki nasi kandaq. Banyak lagi makanan kat Penang. Tak larat nak pusing cari makan dalam negeri sendiri. Apa-apa kena explore negeri sendiri dulu ye dok, lain lah kalau pi travel 😍



Banyaknya lauk di Hameediyah restoran, tak tau nak pilih mana, semua sedap


Nasib budak ni rajin beratur dan bawak makanan, sebab meja penuh jadi kena cop dulu




3 Beriyani Kosong - RM 12.00
3 Ayam Goreng - RM 18.00
1 Teh Ais - RM 1.70
1 Nescafe Ais - RM 2.40
1 Teh O Ais Limau - RM 1.70
1 Air Suam - RM 0.30
1 Minute Maid - RM 3.50
1 Papadam Kecil - RM 3.00



SUBTOTAL : RM 42.60
6% GST : RM 2.77



TOTAL : RM 45.37 (3 persons)



Btw kalau datang sini, try la terjah tapi sakit sikit kena tunggu lama. Beratur dan pilih lauk apa nak makan lepas tu makanan pelayan hantar ke meja, nak cepat pakai dulang bawa nasi sendiri. Next time kena terjah pagi-pagi, baru tak ramai, tu pun kalau hari weekdays 😃




HAMEEDIYAH RESTAURANT 1907
164 A, Campbell Street, Georgetown, 10100 Pulau Pinang.

Dibuka setiap hari
Jam 10.00 AM - 10.30 PM




22 comments:

Ahmad Hasif said...

dtg penang mmg akan cari nasi kandar dgn roti naan.. fuh layan..

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum Nina,

Cuti balik Penang naa.. Nampak menyelerakan nasi beriyani Hameediyah.. Sis dalam perancangan jalan2 ke Penang boleh cuba makan di sini nanti.. ;-)

Pha Is said...

dia ada tempat makan lagi kat tingkat atas.. kadang2 je dia buka kalau tempat penuh.. tp mmg sedap..

Cahaya Hannan said...

assalamualaikum, kami datang melawat dan follow :)

https://cahayahannan.blogspot.my/

el said...

nyum2 sedap2
xpasal2 jadi staff hameediyah anak penakan tu

dear anies said...

da lama x mkn kt sini...rs nyer last mkn thn 2011 kot heheheh lama gila

siti hazreen said...

saya rasa mcam pernah makan kat restoran ni, tapi meja dia nampak lain, atau maybe saya makan di cawangan lain kot

Aisya사쿠라♥ said...

berbaloi la jugak dgn harga kan

aswadz said...

Ofismate aku suka ajak lepak makan tgh hari kat sini kalau masing2 tak bz, walaupun ofis kat kulim. jauh pun, layan kan aje. memang sedap pun. tapi hameediyah sini je sedap. kalau cawangan tempat lain x sesedap sini.

Mrs Anna said...

sedapnyeee...mcm nasi ayam kt mekah plak tengok ...

LYAfrina said...

harga berbaloi.. nampak sedap n ayam besar2

Nour Adieb said...

x tau sngt tmpt mkn kat penang, sbb pegi dl pun gara2 street art 😄

Hasliynda Umairah said...

wow sedapnya

izzeyda said...

menarik nasi beriyani dia.. jarang makan kat kedai macam nih..

Kira Sakura said...

tak pernah makan situ. walaupun kawen dgn orang penang tapi jarang makan nasi kandar atau biryani sebab tatahan pedas huuu

Pha Is said...

sebelum ni pernah dengar n baru2 ni pun baru je berpeluang merasa.. mmg sedap.. yg bestnya, tempat di kondusive.. ada airkon, tmpat bersih, mmg puas hati la..

Cik Yaya said...

sedapla makan nasi cenggitu,..
^_^

Cik Ash said...

cubaan lagi hahahahhaha

Irda Garmin said...

penang dengan nasi beriyani begitu sinonim..nampak sedap sangat tu dear..!laparr tau

tiga lalat said...

aisehh, kene tungu lama yg x best erk., soh mamak tu bukak 23 jam., hehe2

Shesyira As said...

sedapnyaaa.plan nk pergi penang nnti. thanks share. dh follow http://airahsyahirah.blogspot.my/2017/03/review-laneige-water-bank-moisture-kit.html

Siqah Hussin said...

Makanan pulak!! Alaaaa sedapnyaaaaaaaaa!

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com