28 Dec 2011

Facebook Timeline Tak Selamat


Facebook Timeline


Sejak fesbuk berubah aku dah malas nak online lama2. Makin pening dengan timeline yang kononnya macam header blog tapi header blog pun tak sepening timeline. Timeline tu sebenarnya tak selamat. Bila orang guna timeline lagi senang stalker nak tengok profile kita dari mula buat account fb sampai sekarang. Tak bahaya ke?



Bila ingat balik, dalam status lama fb berlambak status tangkap leleh masa bercinta zaman monyet dengan bekas kekasih dulu, status yang tak sesuai dibaca oleh ahli keluarga (dulu mak ayah takda fesbuk lagi, sepupu sepapat, makcik pakcik dan sewaktu dengannya), tak pun status berunsur maki-an. 



Bagi stalker, cukup mudah nak korek maklumat dalam status fesbuk lama korang. Jadi hati2 menggunakan timeline. Malangnya dalam beberapa minggu lagi mungkin secara automatik fesbuk akan bertukar menjadi timeline dan lepas tu aku takkan layan fesbuk sangat melainkan Twitter dan Blog.


Dihantar oleh kawan yang mana omputih tu ajak dia masuk agama setan


Selain kes virus yang menyerang fesbuk dengan menghantar klip video lucah kat wall org. Itu pun dah buat aku fade up. Apa pun ini cuma nasihat dan sekadar peringatan :) Take care. 



p/s: Bila dah jadi timeline, senang la bf nak usha kisah cinta dulu. Bila dah baca tu jangan korang gadoh2 dengan awek pulak. Itu kisah dah expired. Janji sekarang korang bahagia. Jangan marah eh takda niat pun nak kutuk2. PEACE

24 Dec 2011

Kawin Lewat Pengaruhi Kesuburan


Jangan salahkan ibu2 yang mengandung kerana fenomena kawin lewat nie. Kalau zaman atok nenek kita dulu diorang kawin masa umur belasan tahun tapi sekarang ramai yang kawin umur 30an. Bila dah kawin lambat, lambat jugak nak dapat anak. Orang pompuan pulak kalau makin lewat makin tak subur tak macam orang lelaki. Pasangan sekarang ni dapat anak sepasang pun dah cukup tak macam orang dulu anak sampai berbelas-belas (kuatnya tok aku lahir 9 orang anak, SUPER MOM !).


Pendapat aku la, lepas habis belajar nak kerja dulu bila dah mantap kewangan baru fikir pasal kawin kot. Yelah nak kena bayar duit pinjaman 'MARA', duit ansuran kereta, minyak, tol dan lain2 lagi. Bukan senang nak kawin cik nina oii, banyak commitment. Kalau laki pulak dah ready ke nak jadi suami mithali?


Nak baby macam ni. Comel Rania


Nak kawin pun kena pakai duit yang banyak. Bukan kawin main2. Ini serius. Bila tengok je mak aku siapa sangka dia kawin lewat sebab tu dapat aku sorang je. Nak menjaga sorang anak ni pun payah. Ok, aku mengaku yang aku dulu buas macam jantan. -.-' . Faktor rupa paras dan penampilan yang kurang menarik jugak menjadi punca orang tidak tertarik untuk menjadi pasangan hidup. Mesti setiap orang ada taste nak cari calon masing2 kann..Ok la, nak tido dulu. Selamat malam semua.


p/s: Ada anak ramai pun tak semestinya diorang sanggup jaga ibubapa. Lastly hantar rumah orang tua.



23 Dec 2011

Perkara Yang Ingin Dilupakan Semasa Zaman Persekolahan


Sempena 'Kembali Ke Sekolah' ramai budak2 seronok beli baju baru, kasut baru, pensil box baru, diorang tak tahu lagi penderitaan dan kesengsaraan yang kami warga tua ni alami di zaman sekolah. Ada beberapa perkara yang ingin dilupakan di zaman sekolah. 



1) Kena bangun pagi

Rumah aku dengan sekolah tak jauh sangat. Tapi perlu lagi minta tolong ayah hantarkan. Walaupun bangun awal tapi aku selalu je lambat datang sekolah gara2 duduk mengadap cermin lama2 walhal sekolah perempuan. Bila dah nampak bangunan sekolah, lepas tu tiba2 terdengar bunyi loceng pulak. Pengawas dah tunggu kat depan pintu pagar. Memang muka femes, dicop budak suka datang lambat kecuali hari Isnin sebab ada perhimpunan.



2) Kena kapur kasut

Benda yang paling membosankan. Basuh kasut tak ada masalah sebab aku selalu sumbat dalam mesin basuh. Tetapi mengapur kasut?? What's the point nanti kotor balik. 



3) Handphone dirampas dan apa lagi la..


Masa tu form 5, memang tengah syok layan lagu sekali cikgu lalu. Tak sempat nak sembunyi. Hari Rabu pulak, aku ada ko-ku kalau tak bawa minyak wangi, memang tak sah. Kawan aku yang sorang lagi bawa pewarna kuku. Time tu pulak ada spot check, kalau simpan dalam 'bukit' memang tak selamat sebab akan diraba2 oleh para pengawas, relakan jelah. Jadi kami sembunyi barang kat atas palang langsir. Hehe.


4) Tak dapat Pinjaman Buku Teks

Sedih kan? Jadi terpaksa beli buku teks yang tebal2 tu. Nasib baik kunci almari kelas aku yang pegang jadi buku teks simpan dalam tu, kalau simpan bawah meja habis hilang dek budak2 kelas petang.



5) Menghadiri kelas tambahan

Memang tak best sebab terpaksa melupakan hasrat untuk balik tido di rumah. Akibatnya aku akan berkhayal dalam kelas.



6) Tandas bertaraf iblyss

Budak2 sekolah memang tak reti nak pam tandas. Pegilah tandas tingkat mana pun, mesti ada pelbagai jenis tahi yang terdampar ataupun tenggelam timbul dalam mangkuk jamban. Cara yang terbaik kena pergi berak di tandas guru. Time sekolah menengah pulak faham2 sendiri sape yang suka buang roti kering merata-rata. 


 Ini gambar semasa Tingkatan 2. Teke la dimana wajah comel saya. Hehe.



Hah. Bagi pembaca yang masih bersekolah janganlah ponteng sekolah ya adik2. Teringat insiden mandi manda di tandas sekolah sebelum g ko-ku. Jimat air beb. 

17 Dec 2011

Jom Belajar Bahasa Siam




Harini layan movie siam, dah takde keja. Tertarik hati pulak nak ajar korang sebut bahasa yang agak lembut kalau nak mengorat lelaki. Cewahh.. ok la sawad di kar (sebutan untuk perempuan).. sawad di kap (sebutan untuk lelaki) tu bermaksud salam sejahtera. Jadi kena bahasakan diri aku ni noi sebab apa entah.


Noi nak ajar macam mana nak sebut nombor 1 - 10 & sedikit perkataan lain. Maklum la, atok noi siam. Noi tak pernah balik kampung halaman kat Sai Buri, Pattani sebab arwah atok dah takde tapi saudara ada lagi kat sana. Ok murid2 jom kita sebut sambil belit-belitkan lidah korang..hehe


0 - soon
1 - nerng
2 - song
3 - sarm
4 - sii
5 - haa
6 - hork
7 - jed
8 - bed
9 - gao
10 - sib
11 - sib et
12 - sib song
13 - sib sam


dan lagi


Apa khabar? - Sabaidi mai?

Khabar baik - Sabaidi

Nama siapa? - Khun cheu arai?

Good luck - Chok di

Saya cinta kamu - Pum/dichan rak khun

Saya rindu kamu - Pum/dichan kitteung khun


Ok la nak sambung layan movie hantu siam, jangan paksa lidah kalau susah nak sebut.
 Noi suke2 je. Khawp khun kha (terima kasih) sebab sudi baca dan ratri sawad (selamat malam).

13 Dec 2011

Sakit Hapus Dosa Kecil


Hye semua. Malas nak taip panjang2 dengan kesihatan yang tak mengizinkan nak merepek bukan2. Ok stop sampai sini. Betul kah orang cakap kalau sakit tu penghapus dosa2 kecil ? Rasullah kata, sakit tu kafarah dosa, walau tercucuk duri sekalipun semua tu sebagai penghapus dosa.




Orang yang selalu sakit ni tak payah risau, tu tandanya Allah sayangkan dia. Yang perlu risau ialah orang yang tak pernah sakit. Macam ada yang tak kena dengan dia. Bila cari dalam internet pasal sakit ni, aku terjumpa fakta mengatakan "nabi wafat pada umur 63 tahun jadi hidup kita selepas umur 63 tahun tu macam saguhati je lah". Sampai sekarang aku sendiri pun tak faham maksud tu.


Bila diserang demam, batuk dan selesema serentak ni terfikir pulak dosa2 kecil yang pernah aku buat sepanjang tahun 2011. Paling tak boleh lupa selalu je pau duit ayah. Sebelum gi klinik tadi risau jugak takot kene masuk hospital tapi suhu badan terkawal lagi. Harap2 cepat baik, lagi 3 minggu dah nak mula sem baru.


Dapat 4 jenis ubat jadi cik nina jangan malas2 makan ubat ye kalau nak cepat baik. Sampai sini jelah, tak tahan dengan hidung. Terima kasih sudi baca. Bye !

3 Dec 2011

Berlakon Dalam Final Projek

Gara-gara terlalu banyak menonton movie jadi terikut-ikut. Nak kena lempang baru sedar lepas tu pura-pura menangis. Tak payah nak hidup dalam kepura-puraan atau berlakon. Jadi diri sendiri okay. Orang kata, kalau kita kongsi makanan, hubungan akan lebih mesra. Tapi jangan percaya sangat. Kemesraan lebih kepada saling mempercayai dan hormat menghormati. Setakat kongsi minuman coke dengan boyfriend memang nampak sweet. Opss kantoi pulak ! Kalau kita pandai jaga hubungan sesama kawan, kita makan dalam pinggan asing-asing pun masih boleh kekal lama persahabatan tu. So kawan jom kita kawan sampai berkedut.



Sebabnya aku banyak tengok perangai orang-orang sekeliling. Tak kira kawan rapat, kawan sekolah, jiran takpun kawan kolej. Aku pun tak faham kat fb bertegur sapa tapi kat luar masing-maing takut nak tegur, takut nak senyum ada yang buat-buat tak kenal. Satu je kelemahan aku, aku susah nak senyum kat orang takut tak dapat feedback, mana tau orang tu tengah badmood ke memang confirm tak senyum. Tak bermakna aku sombong. Jadi untuk sem baru aku taknak sombong dengan senior junior. So, jangan jadi manusia yang hidup dalam kepura-puraan. 



Sebelum tu jom layan behind the scene project final Digital Audio Video (DAV). Ceh kalah pelakon bollywood. Aku jadi heroin kot. Jeng..jeng..jeng






p/s: Susah sebenarnya nak jaga hati orang !! once perasaan kita dipermainkan, sampai bila-bila kita ada bad impression kat orang tu. Jadi kita haruslah berpura-pura kononnya takda apa-apa. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com