Hye semua. Malas nak taip panjang2 dengan kesihatan yang tak mengizinkan nak merepek bukan2. Ok stop sampai sini. Betul kah orang cakap kalau sakit tu penghapus dosa2 kecil ? Rasullah kata, sakit tu kafarah dosa, walau tercucuk duri sekalipun semua tu sebagai penghapus dosa.
Orang yang selalu sakit ni tak payah risau, tu tandanya Allah sayangkan dia. Yang perlu risau ialah orang yang tak pernah sakit. Macam ada yang tak kena dengan dia. Bila cari dalam internet pasal sakit ni, aku terjumpa fakta mengatakan "nabi wafat pada umur 63 tahun jadi hidup kita selepas umur 63 tahun tu macam saguhati je lah". Sampai sekarang aku sendiri pun tak faham maksud tu.
Bila diserang demam, batuk dan selesema serentak ni terfikir pulak dosa2 kecil yang pernah aku buat sepanjang tahun 2011. Paling tak boleh lupa selalu je pau duit ayah. Sebelum gi klinik tadi risau jugak takot kene masuk hospital tapi suhu badan terkawal lagi. Harap2 cepat baik, lagi 3 minggu dah nak mula sem baru.
Dapat 4 jenis ubat jadi cik nina jangan malas2 makan ubat ye kalau nak cepat baik. Sampai sini jelah, tak tahan dengan hidung. Terima kasih sudi baca. Bye !
jangan malas2 makan ubat ye =))
ReplyDeleteget well soon :D