Assalamualaikum Readers
Status Pemberian Vaksin Lewat | Refer entri ini mesti ramai dah ingat Nina dah settle dapat vaksin under company. Malangnya sampai ke sudah tak dapat walk in disebabkan B Braun tak clear nama dalam MySejahtera!! Apa susah sangat nak delete nama, officially dah resign dari 18 Ogos lagi. Tolong bagitahu macam mana nak selesai. VIRALKAN pun boleh. Kami ada anak 5 bulan untuk dilindungi.
 |
Dalam website |
 |
Dalam MySejahtera |
Hubby pun sama, tarikh untuk vaksin kedua dia tak dapat attend, bila datang hari lain, kena halau. Soo rude staff under PIKAS! Sampai sekarang nama pun tak clear lagi walaupun dah resign dan kerja tempat lain.
6 Ogos - Vaksin terpaksa di postponed sebab baru inject vaksin thypoid. Kena tunggu seminggu lagi.
18 Ogos - Dah resign, sepatutnya ada banyak gap boleh panggil untuk vaksin.
2 Sept - pergi ke Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, ada walk in untuk vaksin. Rupanya vaksin MOVAK untuk penjaja dan peniaga untuk majlis bandaraya.
13 Sept - pergi ke Spice Penang untuk walk in tapi tak dibenarkan masuk sebab dalam MySejahtera masih ada nama untuk vaksin under B Braun. Staf disitu kata dorang tak boleh tolong clear, kena tunggu company buatkan.
14 Sept - Whatsapp sepupu Nina kerja di B Braun, dia kata company dah buka slot untuk 2nd vaksin SAHAJA. Minta tolong HR clearkan nama sampai ke sudah tak buat. Suruh buat sendiri thru MySejahtera. Mana boleh delete appointment. Isu ni malas nak gaduh sebab sedara, kalau tak nak tolong cakap, aku tak kecik hati!
21 Sept - Kami laki bini nak beli keperluan dalam mall pun susah sebab dua-dua orang tak fully vaccinated! TAK VAKSIN TAK BOLEH MASUK, BUKAN KAMI ANTI VAKSIN TAPI KAMI TAK DIPANGGIL UNTUK TERIMA VAKSIN.
 |
Sampai ke sudah tak call, yang dapat call dari scammer setiap hari |
Kat mana lagi tempat kami nak minta tolong, call no vaksin tak pernah angkat. Nak walk in kena halau balik. Kami nak kena beli vaksin di KPJ, Pantai macam tu? Orang paling risau ialah MIL. Rasa nak menangis sebab risau pun ada bila keluar rumah sebab ada urusan yang perlu dibuat. Redha dan tawakal semoga Nina dan hubby tak terkena virus covid. Allah maha mengetahui.