22 Sept 2021

Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa Sedap!

 Assalamualaikum Readers


Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa Sedap! | Baru dapat merasa 😂😅 Laku keras betul roti Gardenia Toast'em Pandan Kelapa ni. Ramai yang cari dah tu sedap pulak. Macam biasa kalau benda viral. Ini pun jumpa di kedai runcit bila balik kampung.


Roti Gardenia Toast’em Pandan Kelapa RM 4.70


Roti Toast'em jenis roti bakar yang berperisa, selain perisa butterscoth dan choco raisin. Katanya dibakar lebih sedap. Tapi, bagi Nina dan hubby kitaorang makan berkeping-keping begitu saja 🤣🤭 Balik rumah MIL pun sama, melantak tak ingat orang belakang.




Rotinya harum dengan aroma daun pandan dan berwarna hijau pucuk pisang. Diserikan dengan tompok tompok gula melaka. Rasa gula melaka yang tak terlalu manis dan mewah rasa pandan. Recommended untuk dicuba. Nak beli kena balik kampung di Bayan Lepas baru ada stok 😋😅


15 comments:

  1. dah try, mmg sedap...try yg bakar, pun sedap jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas : malas bakar akak. Makan begitu saja

      Delete
  2. tk dpt merasa lagi roti viral ni..sold out je

    ReplyDelete
  3. memang sedap kak
    jemput baca yg rabia punya ya

    ReplyDelete
  4. haah Nina, memang sedap. sal suka kalau bakar. bau semerbak satu rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal : tak bakar pun dh berebut roti ni 🤣🤣

      Delete
  5. Memang sedap tapi tak dapat beli selalu sebab sentiasa out of stock. Laku keras betul, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza : kena serbu kedai awal pagi memang banyak stok

      Delete
  6. Fuhh sampai balik kampung baru dapat jumpan toastem kelapa pandan . Memang laku keras roti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. CCL : Tulah merata kedai asyik tak ada stok

      Delete
  7. Yup.. memang sedap.. Ce Nina try bakar pula, lagi sedap..
    Memang laku keras pun.. Sha beli sebelum mula popular lepas tu bila dah hot stuff baru last week dapat beli balik.. Tu pun terjumpa.. kikiki..

    ReplyDelete
  8. Roti viral ni. Sampai sekarang tak dapat rasa lagi huhuhu

    ReplyDelete
  9. Belum dapat merasa lagi selalu sold out bila Mrs. A nak beli. Pernah jugak tertipu dengan iklan aritu adehh!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com