11 Dec 2017

Medan Indonesia 2017 : Shopping Di Samosir

Assalamualaikum Readers 😃


MEDAN INDONESIA 2017 : SHOPPING DI SAMOSIR


Sambungan entri sini ke perkampungan Batak. Ramai tanya sejarah Raja Batak. 


Di sana ada 1 kubur tercalit darah asli. Itu makam raja Batak. Raja akan makan daging musuhnya. Raja Batak mati dan gov Indonesia beri kemudahan di pulau Samosir. Dah maju, jadi pusat pelancongan. Kaum Batak sudah moden lama kelamaan tak amal upacara itu. Ada kaum Batak keluar dari pulau Samosir dan menetap daerah lain.


Lalu dikawasan kedai

Bermacam souvenir ada


Kawasan makam, muzium dan perkampungan di sekelilingnya ada kedai-kedai souvenir. Banyak dan cekik darah. Gunakan taktik tak bagi murah blah. Pompuan Batak jenis cakap keling, putar belit. Dah jadi tradisi kaum Batak, laki duduk rumah jaga anak, bini terboyot meniaga 😐😐


Nak shopping hati-hati. Kalau FM sekeping Rp 20k (RM 6++) memang mahal. Cari punya cari jumpa kedai area makam. Kedai takda nama. Nina tunjuk muka tokey saja. Tawar-tawar sampai murah bila nak bayar harga naik. Sabar jelah 😞😞 


Ini tokey kedai. Muda dan paling lawa. Sebab gadis Batak tak cerah

Borong baju T-shirt. Sehelai dalam Rp 35k

WAJIB beli kain tenun Batak. Menyesal tak ambik warna ni. Huwaaa

Kain tenun Batak lain dari negara lain. Hanya di Toba

Kedai borong FM 5 keping Rp 20k . Lama nak bargain dah dapat terus ambik

Kasut selipar kayu. Unikkan

Gelang dan rantai manik toksah cakap banyak

Perjalanan balik ke pangkal jalan ke jeti. Tak pasal kena tinggal bot.


Pulau Samosir tersangat besar, sayangnya tak sempat nak tawaf keliling pulau super cantik ni. Ada lagi view selfie. Agak nak tawaf keliling Danau Toba ni mau seminggu baru cukup. Ok, nanti Nina up entri karok di hotel. Free katakan 😀😀


16 Apr 2017

Medan Indonesia 2017 : Cantiknya Danau Toba!

Assalamualaikum Readers 🙉


MEDAN INDONESIA 2017 : DANAU TOBA (DAY 2)


p/s : Jaga-jaga mata, sensor k 😝 Kalau ke sini, sediakan duit syiling Indonesia untuk kanak2 dengan cara baling ke tasik


Bersambung entri sini ... Mari gerak ke Danau Toba! Tempat dalam wishlist Nina sejak form 2. Tak tergambar bila tengok tasik toba depan mata. Alhamdulillah sampai. Saja nak separated entri kepada 2 sebab di Pulau Samosir, kami menari dan shopping sambil bergaduh dengan peniaga. Haha




Gegadis sado tak sabaq. Nampaknya bot telah menunggu kami

Bot Tomok Siqah nak tengok tu. Aku rasa penyanyi Tomok tu dapat nama dari sini
Bukan sebarang bot. Ada lagu ok, meriah jadinya. Balik tu siap ada moto lagi. Nasib tak ada haiwan peliharaan




Dari sini nampak hotel kami tapi banyak anjing ya ampun, stress tengok mak budak dan gadis2 terjerit-jerit 😂😂😂 nasib takdo ayam. Haha *Anies mesti tau sapakah gerangannya. Kikiki.. Harga tiket bot nina tak tau, dah termasuk dalam pakej. Tour guide inform kami kena ada di jeti Samosir pukul 6 petang, itu bot terakhir.


Yang berbumbung tulah hotel kami


Semua nak naik atas. Bot bersih tau

Time ni penuh dengan orang Mesia, join dengan kami dari KL, tour guide orang Pak Herry juga



Ini la bot kami, jangan tersilap naik bot sudah ye. Semua nak duduk kat atas. Boleh nampak view tasik Toba kiri kanan belakang. Bestnya kena angin.. Nampak dalam gambar cuaca mendung, yes memang mendung dan sejuk oihh.. tapi tak hujan, awan berarak sekeliling tasik. Cantik ciptaan Allah 😄😄



Sepanjang perjalanan tengok view sekeliling bukit bukau hijau

Siap ada light house lagi di pelabuhan

Tenang dan air bersih, boleh nampak ikan-ikan


Perjalanan untuk ke Pulau Samosir lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan dengan angin sepoi-sepoi bahasa rasa nak lena tapi rugi lah tak tengok view Danau Toba puas-puas. Kebesaran Allah yang menciptakan sekalian alam. Time ni rasa kerdil sangat kita disisiNya. Bayangkan macam mana gunung berapi meletup dan menjadi pulau sebesar Singapura? Trip kali ni back to nature. Sangat match dengan jiwa 😍😍



LAYAN VIDEO VIEW TASIK 



Danau Toba tasik terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Sebuah gunung berapi tekto-vulkanik yang besar dikelilingi oleh selapis batuan Ignimbrit. Di tengah danau terdapat sebuah pulau vulkanik iaitu Pulau Samosir.


Danau toba terbentuk ketika ledakan sekitar 73-75 ribu tahun lalu. Dengan letupan yang kuat menyebabkan Ignimbrit mengalir di atas tanah dan jatuh sebagai abu ke barat. Pulau Samosir ni luas, banyak tempat tak dapat singgah. Next time nak explore bukit-bukit yang ada dan kolam air panas. 


Kebanyakan penduduk di sekeliling Danau Toba adalah orang Batak. Rumah-rumah traditional Batak banyak terdapat di sini. Legenda pahlawan Batak mesti ada yang tau. Hehe *zaman dah maju tak makan orang

Di sini bermacam jenis bot dan lagu dipasang

Subahanallah cantik sangattt.. Sekali pandang tak nampak macam tasik dah serupa lautan yang luas dan airnya yang jernih dan menghijau

Haa kanak2 dah tunggu untuk bogel


Sebelum sampai di pelabuhan Samosir, bot akan singgah ke pelabuhan lain. Dari jauh dah nampak ramai budak Batak. Tradisi orang Batak barangkali, pelancong akan baling duit syiling ke dalam tasik dan kanak2 akan menyelam untuk dapatkan syiling. Unik!! Kalau dulu, bebudak Batak ni akan naik bot, nyanyi baru bogel terjun dalam tasik tapi sekarang tak lagi. 


Yang teruna segan nak jadi porn.. 2 budak ni jelah, jadi la tengok free show. Hahaha. Syiling tertinggal, kena baling duit kertas

Umur macam ni dah sunat dik oiii. Hahaha tapi majoriti beragama kristian Protestan dan Katolik, hanya minoriti beragama Islam


Dah habis cuci mata tengok bebudak ni, kami ke Pelabuhan Penyeberangan Tomok. Turun dari bot dah ada peniaga2. Di sini mulut kena jaga, tak boleh celupar sangat. Tunggu entri kami menari tarian Batak. Kelakar sangat mak nengok video Pak Adi 😁

3 Apr 2017

Medan Indonesia 2017 : Restoran Panorama

Assalamualaikum Readers 💖


 MEDAN INDONESIA 2017 : RESTORAN PANORAMA


Bersambung entri sini... Hari ke 2 di Medan, sebelum gerak ke tempat orang-orang minyak Batak, kami singgah lunch. Memasing perut lapar kennn. Pak Adi memang memahami. Mungkin dia tengok kami makan di Ayam Cinderalas macam apa. Errkk makanan sedap pak, tak menahan.



Restoran Panorama, Siantar


Restoran ini fames di kalangan pelancong Malaysia, time kami tiba agak ramai juga dibahagian luar. Ada 2 bilik makan. Restoran pun tip top! Tak perlu tunggu lama, makanan cepat dihidangkan. Makanan sedap, inilah tempatnya kalau nak makan masakan ala Minang 😋😋😋



Ruang makan ke 2

Selfie dolan sebelum makan


Tips : Restoran hidang lauk ala Minang, pilih makanan yang nak makan, tak nak jangan sentuh. Sebab harga kira makanan yang dimakan saja 😌😌😌



Perut separa lapar tapi hakikatnya lain yang jadi, 8 orang makan + 8 lauk. Hamek kaw.. Kami pilih lauk yang sedap je, yang tak nak pindah meja lain. Harga pun sedap. Nangis tengok resit. Nasib kongsi bayar. Hewhew. Tutup mulut nanti terliur 😃😃😃



Makanan penuh 1 meja, nak makan pun kena bincang

Pilih sate dan udang pop

Pepes daun ubi.. memang tak makan

Ikan nila bakar. Kita panggil ikan siakap. Garing betoi



Kalau sampai di sini, wajib try ikan mas atau ikan nila yang banyak terdapat di dalam tasik Toba. Ternak pun ada. Ikan pora-pora tak tau ikan jenis apa. Janji sedap ngap makan. Wilayah Sumatera terkenal dengan nasi Padang dan makanan Minang berbanding di tanah Jawa yang terkenal dengan makanan Jawa dan Sunda. 



Ayam semur atau panggang, sayur dan ikan teri bilis

Sambal cumi dan sambal udang (sedap)

Sup buntut sedap licin.. Kalau orang Jawa panggil anak buntut (bongsu)

Sambal kerang dan ayam gulai

Puding buah. Unik mcm mana dorang letak puding di tengah tu

Mine dengan jus epal fresh tanpa gula. tak macam kat sini

Licin pingan, lapar ke sedap ni. Haha

Kemain panjang resit. Harga termasuk mineral dan jus epal Rp 377.700 sorang Rp 47.210


Kalau datang makan beramai-ramai rasa murah juga tapi kalau family saja mau meraung tengok bill. Next trip naik ferry Tomok. Entah-entah dia dapat nama di sana tak? 😆😆

27 Mar 2017

Medan Indonesia 2017 : Membeli Belah Di Podo Seneng Dan Kedai Paten

Assalamualaikum Readers..


 MEDAN INDONESIA 2017 : PODO SENENG II & KEDAI PATEN (DAY 2)


Seawal jam 7 pagi, Pak Adi pick up di hotel. On time, disebabkan perjalanan ke Danau Toba selama 5 jam (jika tak jammed). Sebelum gerak, singgah dulu ke kantor Pak Adi, bayar duit upah tour guide dan jumpa Pak Herry (bos). Punya lama main dengan anak ayam + selfie, jakunnya 😂😂😂


Pak Adi, supir yang drive laju

Comel anak ayam ni. Ada 4 ekor bela dalam kotak

Hi purple chick

Anak lah ayam
Anak ayam ada empat ekor
Anak ayam geramnya kat kau ♬♫♪♩


Sambung nyanyi versi RAP. Settle payment, gerak ke Podo Seneng II. Lebih kurang gerai-gerai tepi jalan. Podo Seneng ni maksudnya sama-sama senang. Haha. Comelnya nama. Semua kerepek nampak sedap tapi tak beli takut balik Mesia jadi punah harapan nak makan 😂😂


Kedai Podo Seneng II

Dodol perisa pandan

Bermacam jenis biskut. Rugi pulak tak beli biskut ni

Tak beli pun sebab nak terjah kedai kek sedap di bandar Medan

Kita tengok macam jalan biasa tapi ini highway bagi mereka

Bersih tapi berdebu

Bermacam jenis kerepek ada. Semua sedap

Pisang Salai Rp 10.000 . Nina beli ini saja, sedap

Van kami sepanjang 4 hari di Medan. Model pun ado

Demi mencari rejeki


KEDAI PATEN @ KEDAI KACANG TUMBUK DI MEDAN



Kedai yang menjual kacang tumbuk dan sangat fames di Medan. Kalau ke Medan, wajib singgah sini ya. Yang unik, setiap produk ada nama TengTeng, TingTing, TangTang, TungTung etc short form nama anak tokey. Lokasi kedai terletak di Permatang Siantar. 



Entrance kedai. Lala Maira cam belangkas

Biskut bermacam jenis

Berkotak-kotak kacang tumbuk

Tokey tengok jelah kami habiskan tester haha.. yang mana sedap yang tulah diborong



Kat sini bukan hanya ada jual kacang tau tapi macam-macam ada. Harga sekotak cuma Rp 25.000 saja. Beli snek yang mana fames di Medan, yang tak sedap tak beli. Hehehe



Tandas bersih dan ada penjaga handbag

Kawasan luar kedai paten ni luas. Pandai tokey cat pasu bunga kertas

Nina beli dodol hitam tanpa santan (lembut), kacang tumbuk 3 jenis. Sampai sekarang rasa rugi tak beli 10 kotak hahaha


Selesai membeli kami ke restoran dulu. Isi perut yang separa lapar ni sebelum gerak ke Danau Toba. Bersambung next entri 😃😃😃😃


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com