21 Nov 2012

Tamat Sudah Semester 5!


Alhamdulillah syukur kepadanya, harini tepat pukul 1.10 petang aku keluar dari Vector Lab dengan muka tengah tahan malu, lega, seronok. Ok la judge tak marah2 masa present tadi. Sempat jugak aku bersalam-salaman dengan 3 judge a.k.a lecturer yang seronok tengok website aku tu. Walaupun semua lecturer pompuan tapi kira bernasib baik diorang tak buat muka tegang. Dapat jugak harini aku kurangkan kedut2 dimuka lecturer untuk kali terakhir di kolej.


Walaupun kena kondem kaw2, kena gelak kaw2 tapi aku boleh senyum kambing jelah bila tengok website sendiri. Nama pon percubaan pertama buat website untuk company memang kondifen aku tak pandai. Memang apa saja benda yang dikritik tadi ada betulnya. Biasa la, bila tak tidoq langsung ada saja words dalam slide yang aku merepek, salah ejaan. Tengah taip entry nie pon sebenarnya aku tak tidoq dah lebih 12 jam. Expresi muka jangan ditanya, serupa macam zombieee...


Segala penat lelah berbaloi walaupun malam semalam aku dengan kawan kena halau dari McD. Bukan nak kutuk tapi memang sedih sebab selalu buat keja kat McD jadi macam tu, ingatkan buka 24 jam tapi hampeh. Stay Ipoh rasa macam kaki merempat. Kena halau sana kena halau sini. Sob3. Itu salah satu pengalaman yang aku dapat selama 2 tahun setengah sebagai student. Jom usha aktiviti sehari sebelum present bila alkisah terjumpa Mak Jemah nie. Finally, today it's over.



Hardbound with storyboard 


20 Nov 2012

Makan Di Pappa Mia, Aeon Station 18, Ipoh Dan Sambut Hari Jadi Di McDonalds Tambun


Hari penat sedunia juga, penat berjalan tak habis lagi ditambah penat memerah otak dengan coding. Asal nak buat homework saja mesti nak pegi tempat best2. Nak belajar buat coding pon kena masuk restoran dalam shopping mall kan, kerlas kau mak jemah. Bak kata karam singh walia sambil menyelam minum klorin. Dah alang2 tak lunch lagi jadi kami menghabiskan duit di PappaMia menikmati nasi lemaknya yang berlemak-lemak tu. Bukan apa ini kali terakhir nak makan di Aeon Station 18, Ipoh. Kira hari tu semua nak last, nak sedih2 pulak.


Makanan ke 2 yang dioder..mango+cornflakes?

Air ke 2 aku. Ini namanya milo dinasour... tak percaya boleh pi tengok

Makanan ke 3 yang dioder..roti bersama mentega. Pika makan banyak



Oke sudah cukup sudah sampai disini saja aku upload gambaq makanan. Tengs abang kerana belanja kami berdua. Murah rezeki abang coding. Lepas habis menelaah coding2 tu. Mak jemah col ajak aku buat surprise kat bf dia. Nak celebrate berdua takmo. Kalau tak pegi merajuk dengan aku seminggu la jawabnya. Dah penat pun tetap pi jugak McD Tambun, ingatkan nak surprise rupa-rupanya minah tu kantoikan plan dia sendiri. APTB!


Kesian jugak kalau tak pegi, at least dapat makan kek anggur yang geli2 tu. Not bad, campur tolak bahagi cuma kami ber 6 saja. Meriah la jugak sebab semua kaki merepek. Tengok la gambaq2 cun kami:



Mak jemah!

Mulut ja muncung lebih

Sedap ohh kek nie, dalamnya ada blueberry. Nyum2

Krim merah. Happy birthday Iqbal !

Muka Hanie mintak penampaq

So sweet..

Pasangan gay paling romantik..haha

Mazrul, Pika & Bob

Mata sepek macam cina kan


Jam dah pukul 2 pagi tapi kami tak habis makan lagi, last2 bufday boy ajak pi karok di Prinz sampai tutup. Siap belanja kami semua. Untungnya aku dengan cik pika dalam harini 2 orang belanja. Seronoknya, hoyeee. Last sem yang masih tersisa. Lama jugak aku tak karok, dapat lepas gian. Paling kesian pasangan gay tu, dorang nak tambah masa tapi tempat karok tu memang dah nak tutup and tunggu kami2 nie habis nyanyi. Kesian gay.. Haha


Terasa macam kat disko pulak

Bufday boy tengah menyanyi..tangkap jiwang tuu

You see that? Actually kami berdua mengantok gila

Yeahh plan berjaya !


Kenangan last kat Ipoh sebelum kami semua berpisah. Sedih la jugak, kalau tak sedih lagi tipu. Bukan senang 6 orang nak berkumpul ramai2, rumah lain2 kampung memang tak sama. Yang penting kerjasama. 

19 Nov 2012

Presentation Final Year


Dimana nak mencari kekuatan untuk semangat yang semakin hilang? Bagaimana pula nak tabahkan hati yang semakin sengsara? Dengar macam parah dah situasi hidup aku, memang semakin parah dan aku rasa macam nak mencarut ja. Dengan keadaan kesihatan yang tak berapa nak memuaskan. Ya, aku masih lagi sakit. Sakit hati memang tak pernah baik, demam dengan selesema datang kembali bila aku sampai tempat menuntut ilmu petang semalam. Akibat terkena hujan, damn! seronokkan cik nina, hang sakit balik. Bila col my bonda, dia cakap "kat sini panas terik ja...". Itu kuasa tuhan, aku tak dapat nak halang.


Aku rasa dah tewas, aku tak seronok, nak bernafas pon susah dengan lobang hidung tersumbat nie..malu nak cakap dengan suara aku yang manja a.k.a SENGAU. Air mata yang selama nie aku tahan, akhirnya jatuh diatas tikar sejadah. Bajet nak jadi pompuan yang tabah konon, boleh handle semua masalah tapi jatuh tersungkur. Umpama jatuh terkena taik ayam setompok dimuka, habis busuk.. Erkk maaf la aku tak pandai dengan peribahasa, kena refer karam singh walia dulu.


Harini jugak aku rasa nak present, kenapa harini bukan hari rabu? bangun pagi tadi dengan keadaan mamai, nasib baik tak jatuh tangga cuma semata2 nak cari makanan kat dapur. Hello, aku lupa aku tengah berada di rumah sewa terhebat. There's no food and my mum calling just for makes me feel jealous (menu harini ayam masak merah). Kalau kat rumah time nie perut dah fully dengan macam2 T_____T


Tapi aku yakin 100% apa yang terjadi ada hikmahnya. Disaat time susah, Allah hantar orang2 yang dapat menolong aku. Jasa dan budi baik mereka tak dapat aku balas, cuma boleh belanja mcd jelah kot. Aku takkan lupakan mereka dan aku berdoa serta tawakal masa presentation rabu ini. Fikirkan masa depan tanpa menoleh kebelakang lagi. Ini jadual present:



Aku orang yang ke 8 present untuk group B


Apa yang aku nak merapu merepek depan judge nanti. Bukan senang nak present website yang kita buat sendiri. Hampir 5 bulan nak siapkan segala macam coding. Website for Syamilah Frozen Food di Kulim, Kedah nie jual produk makan jadi setiap kali aku start nak bukak Dreamweaver tu, perut mula la menyanyi. Memang dah jadi tanggungjawab sebagai student multimedia tolong company IKS. Course lain dah seronok holiday dari minggu lepas lagi. So, kepada team2 pertama yang present harini, gudluck aku ucapkan. Nanti aku sibuk pi tanya sorang2 nak mintak tips. Jahatkan? Ok lah nak mengundurkan diri dulu, nak pergi menyiapkan storyboard, powerpoint bersama cik pika (No.89).. adiossss


p/s: pagi tadi 2 helai bulu mata jatuh belah kanan..ada org rindu aku, aku pon rindu dia :)


GOODLUCK TO ALL STUDENTS
DIP. IN MULTIMEDIA
BATCH JULY/2010

18 Nov 2012

Tolong Faham


Minggu ini lagi sekali aku terpaksa gagahkan diri pulang ke tempat menuntut ilmu dengan hati berbelah bahagi, hati tak tenteram, hati yang sakit dan takkan pernah surut bengkaknya. Tapi apakan daya aku tak dapat lompat tinggi2 yang menandakan diriku sudah merdeka dengan semester 5. Ikutkan hati memang taknak dah balik Ipoh tapi final presentation for Multimedia Project buat tidurku tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu..eh macam2 lagi lah mengalahkan orang nak menikah.


Jadi nak buat hatiku senang malam nie, sambil blogging sambil dengaq lagu Barbie Girl -.-'
Harap2 nanti takda makhluk2 tuhan datang mengacau hidup aku. Sesungguhnya aku dah tak dapat nak berlakon lagi, dah terlalu meluat dan benci. Adakah makhluk2 tuhan nie faham? or buat2 tak faham dari dulu lagi. Wahai kaum Adam sedarkan diri secepat mungkin dari mimpi2 yang tak berkesudahan dengan diri yang ter-sangat perasan, usah lah kamu bermain dengan emosi seseorang yang menunggu masa nak meletup. Amboi, tak la nak meletup macam gunung fuji tu ye. Harus bagaimana lagi dapat aku katakan, sudah bersuara menggunakan ayat yang sopan ditambah pula sedikit jenaka. Haih letih makkk nak explain, nak guna bahasa tamil kang lagi tak faham, guna bahasa mencarut takut terguris hati pulak.. habis hati aku tak pernah nak faham? Ketenteraman jiwa raga aku nie? nak tunggu sampai ke tua baru nak tenteram. 



Nampak tak ayat di atas.. cik amanina dah membebel panjang berjela dalam versi ayat. Nak mention nama makhluk2 tu tapi takot terasa pulak, maklum la blog aku public dan ada silent readers. Kalau boleh nak pasang cctv. Biar kerlass blog kau kak jah. Ewahhh... 




Tata.. nak tidur peluk teddy Mr.Bean. Hihi



Pesanan ikhlas dari tuan kedaun..


Secara tulus ikhlas aku ingin pergi jauh-jauh dari kenangan dulu-dulu..tak sesweet mana pon
Hanya meloyakan tekak mendengar ayat-ayat sweet dari mereka2 ini.
Semoga insaf secepat mungkin. Hati tak boleh dibuat main. 
Tolong lah jangan ganggu hidup aku lagi. I'm begging you all


15 Nov 2012

Adam Dan Hawa


" Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. " Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasa sakit keluarnya Hawa dari sulbinya hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasa sakit dan membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus dengan kehidupannya.






Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu dan tukang besi. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.



Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan tulang yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya". Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.



Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayangi.



"Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang". Memang benar, wanita memang sifatnya kalau sudah mencintai dan menyayangi seseorang, amat sukar baginya untuk mencari kelemahan atau keburukan yang ada pada diri orang yang dicintainya untuk diben Tapi jangan buat wanita benci kepada seseorang kerana sekali seseorang itu sudah mula membuat sesuatu yang dapat mengoyak rabak hatinya, maka wanita itu akan membenci seseorang itu dengan sebenci-bencinya.



14 Nov 2012

Harapan Atau Janji?

Assalamualaikum semua blogger yang hebat2 belaka...
Selamat pagi ~ hari nie nak menjiwai a.k.a menjiwang..dah lama tak menjiwang
Panas terik tak mengahalang aku nak jiwang pagi nie..sekali sekala


Ada satu kisah tapi bukan cerita dongeng mahupun rekaan tetapi sudah terjadi kepada sesiapa yang bercinta. Tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Ikuti kisah ini...


Pada suatu petang ditaman bunga terdapat sepasang kekasih..


Juliet: kita akan kawin tak?
Romeo: i berjanji yang kita akan kawin
Juliet: sampai bila kita akan bersama?
Romeo: i berjanji kita akan hidup semati
Juliet: terharu bila mendengar ayat itu dengan penuh harapan dan akan menunggu..juliet bertanya lagi boleh tak romeo janji juliet je dalam hati romeo
Romeo: i berjanji hanya juliet je dalam hati i
Juliet: dia teruja dan memeluk romeo
Si Juliet dah pasang harapan dan berangan2 inginkan pelamin warna pink


Adakah cinta memerlukan harapan? Adakah cinta dipenuhi janji2? Semuanya terpulang pada setiap pasangan yang inginkan kebahagiaan. Rupa-rupanya janji hanya tinggal janji, si Romeo lupa janji.. si Romeo kawin dengan orang lain..si Romeo menduakan Juliet! Hancur lebur hati juliet... pelamin angan ku musnah....




Sesiapa yang bercinta mesti perlukan harapan rite? Tipulah kalau takmo ada harapan apa2.. Maksudnya harapan untuk terus bersama and then selautan janji di tabur atas hamparan bunga-bungaan.. Hati bahagia bila berpegang pada janji tu ! Tapi bolehkah janji2 tu ditunaikan? Ataupun janji hanya tinggal janji !! Dibiarkan orang yang mengharap terkontang kanting dengan sejuta janji palsu !
Bila bercinta semuanya terbuai dengan kenikmatan cinta, yang salah diagungkan yang betul tak diendahkan tapi nak salahkan siapa bila semua tu hancur? adakah si Juliet terlalu mengharap ataupun si Romeo yang suka berjanji?


Kadang2 tanpa mengharap pon pasangan akan berjanji tapi janji tu hanya kosong sebab bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Sometimes kita perlu berfikir sometimes jangan biarkan diri terus terbuai dengan segala harapan palsu..segala janji yang terlafaz dari bibir tapi ingatkan diri supaya jangan terlalu berharap dengan perancangan yang entah betul atau tak kerana setiap perancangan manusia ditentukan oleh Allah s.w.t


Hati berbicara:




kita semua adalah banduan bila bercinta dan semua yang dicinta itu adalah raja
betulkan cinta itu urusan hati ? sebab bila bercinta akal tak mampu mengawal, tak mampu berfikir dengan waras.. bila cinta menduduki hati.. hati takkan pernah runtuh.. tapi jika cinta hilang.. hati hanya debu2 tanah.. lemah dan tak berdaya.. akhirnya hati dan akal tidak boleh berbuat apa2.. so jangan terlalu taksub dengan segala harapan dan janji kerana setiap janji pasti mengecewakan.. yang pasti tepuk dada tanya iman..


13 Nov 2012

Maksud Nama Nina

Selamat petang uollss...


Masuk hari ke 4 dirumah dan aku takda plan nak dibuat selain tengok tv, on9, makan, tidoq. Nasib baik ada blog boleh la jugak menaip sesuka hati, eh tak boleh suka2 hati gak sebab nanti ada orang baca. Pagi tadi aku terbaca kisah perihal nama yang ibubapa berikan untuk anak mereka. Pernah tak kita tiba2 rajin pegi mencari maksud nama kita tu? Maksudnya selain dalam bahasa arab, kita boleh tau jugak maksud nama kita dalam bahasa lain.




Kalau tidak macam mana makcik2 vogue letak nama Sally, Elly, Jenny dan dot dot dot... Bila takda keja aku memang suka godek2 dalam google. Cari seberapa banyak info, berita yang semuanya tak sempat nak dibaca dalam paper dan majalah. Memandangkan semasa mak mengandungkan aku, mereka tak menyangka akan dapat baby girl. Ingatkan anak lelaki, jadi nama anak perempuan takda langsung. Sedih bukan?


Amanina - nama yang diberi oleh tok aku yang bermaksud cita-cita kami, harapan kami. Dia cukup suka bila sebut nina tu. Walaupun simple tapi bersyukur nama tak bunyi pelik2. Bila search meaning 'nina' dalam bahasa Greek, Spanish dan lain2 ada maksud tersendiri. Bukan untuk bangga tapi cuma nak kongsi pengetahuan dengan orang2 yang bernama nina juga. Nama nina banyak digunakan di negara Eropah terutamanya bangsa Danish, Swedish, Norwegian, Finnish (negara Scandinavia). Nina also is used predominantly in the English, French, German, Italian, Polish, Russian and Swahili languange.





Nina نينا is a feminine given name of Spanish and Hebrew origin, and the meaning of Nina is "little girl; great-granddaughter". In the Russian language it means beauty. In Europe it is a short form of names such as Marina and Katharina; nice in Persian; beautiful eyes in Hindi; mother in Swahili; strong or mighty in Native American culture; friend in Arabic and flower in Old Greek


Apa saja nama panggilan aku boleh terima tapi jangan panggil orang dengan nama binatang pig tu sudah la. Keluarga, orang yang rapat dengan aku, kawan2 ada panggil amani, nina, ninot, lina laa, nama manja tak termasuk oke..hehe. Bersuka hati dengan nama yang telah diberi, nama tu bukan saja ada kat dalam sijil kelahiran malah dalam IC, kad matrik and so on.

11 Nov 2012

Filem Review : Istanbul Aku Datang :)






Baru sempat curi2 masa sikit tengok filem yang sangat comel ini. Sangat comel kan? Lagi comel sebab ada Lisa Surihani. Aku rasa filem ini takkan secomel Lisa walaupun hero dia Beto Khushairy. Walaupun ada Tomok tapi hero cerita nie tak adalah sehensem Aaron Aziz sebabnya ini kali ke 2 tengok Tomok jadi hero selepas layan movie "Mantera" aritu. 



Sebelum tu aku dah layan movie Skyfall, Paranormal Activity yang menakutkan tu. Tapi Lisa yang comel nie macam menarik hati untuk tengok walaupun hero tak best. Janji dapat tengok Istanbul dan aku sangat adore dengan Turki since my kazen, abang An telah fly ke Istanbul bersama ayahnya, my Pak Tam. Itulah untungnya kerja dengan MAS. Jeles gua.. 





Comelnya Lisa ! Hehe



Mengisahkan keinginan Dian untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan selama 6 tahun di Istanbul. Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya.



Malang sekali, bila tiba di Istanbul, Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau dengan kehadiran Dian akan menganggu konsentrasinya dan tak suka Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan 2 orang kawannya. Maka terpaksalah Dian mencari rumah baru. Setelah membayar sewa 3 bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu - rumah itu sudah diduduki oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! 




Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi ke Mesir, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing2 berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara Dian dan Harris. Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad. Malangnya, kantoi juga dengan Azad. Mengamuk la bila dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! 






Malas nak story lebih2. Bila korang tengok gambar nie mesti dah boleh tekakan siapakah lelaki pilihan Dian. Nak tau kisah bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain patut tengok movie nie tau! 



Seriously I fall in love with Istanbul ! 
Cantik sangat masjid Lisa buat photoshoot masa kahwin tu :)   


10 Nov 2012

Majlis Makan Malam Pra Graduasi Di Heritage Hotel, Ipoh


Assalamualaikum semua..
Baru harini, ketika ini dan saat ini dapat update cerita semalam
Agak lewat sikit tapi laku lagi okay
Back to story
Semalam ialah hari dimana semua student sem 6 dan 5 berkumpul
Agak sedih bagi batch aku sebab kena gabung dengan budak2 sem 6 kerana batch diorang sikit je
Jadi masa last praktikal nanti takda dinner lagi T___T


Tak apa janji ada jugak dinner untuk kami
Tema dinner kali nie ialah Color Block, pakai baju campuran warna banyak2
Sekurang-kurangnya nanti tak payah datang Ipoh semata-mata nak makan dinner
Jimat wang, masa dan tenaga..


Malam yang buat semua orang jadi gila bergambar termasuk aku
Bukannya apa, malam last nak tengok muka masing2 nanti rindu pulak
Maklum lah semua dah start cuti sem
Harap2 batch aku berjaya dengan Multimedia Presentation (MP)
Ini gambar2 kami tapi tak banyak sangat yang diupload
Cuma yang nampak cun dan tak terlalu over, gambaq pon kena tapis jugak ouhh
Tengok2 laa..


Nisa keja sengih2

Kerlass kau makan kat Heritage Hotel


Makanan penuh pingan tapi makan tak habis.. tamak kan?

Candid gitu

Girls !

Acara pakaian tercantik

Pinjam topi sapa pulak Azrie oii..
Sweet kan mak jemah nie.. hehe

Kawan susah senang..tak berkira

Awesome guys.. memerangkap budak2 klas *Team sedia menolong

WIth Multimedia Management gang

My Housemates also My Classmates

Sentiasa bersama dimana jua.. Rakan terbaek, Pika 


Jom layan video malam dinner by Sir Shazli




Lepas dinner habis dalam pukul 11, aku join lepak dengan budak2 rumah kat Padang Ipoh
Sekali tengok macha bersepah jadi tukaq plan lepak I-City
Jangan ingat kat Shah Alam ja yang ada tapi kat Kinta Riverfront Hotel pun ada okay. Hotel yang mengadap sungai 
Lepas nie orang2 Ipoh tak payah susah2 pegi sampai Selangor
Malang tak berbau, kereta Cik Zack habis bateri
Kesian Mazda 3 tu tak bole start.. Tunggu bantuan sampai jelah
Kami yang terlepas ke I-City boleh la snap gambaq. Tak sangka ex aku mai tolong baiki kereta dengan kawan-kawan dia. Sapakah yang col? Oke sangat terharu plus rindu bila tengok muka dia. Ya, aku ada lagi rasa sayang tu. Azrie nak tunjuk prihatin lettew. Huhu



Sementara tunggu keta direpair

Ramai2 jadi model Padang Ipoh -.-'

Cantikkan Kinta Riverfront Hotel ni



Malam last di Ipoh bersama housemates aku, sedih jugak sebab nanti tahun depan baru jumpa
Malam tu nak merepek2 segala macam, tone suara gelak tu tak payah cakap
Apa pun semoga semua berjaya, praktikal baik2 lah ye
Macam la aku nie tak praktikal pulak gayanya.


James Bond : Skyfall





Yess.. I'm flying with James Bond again. Nop.. I'm flying with Skyfall. Actually, I'm watching this movie with him today. Aceceh.. tersasul cakap omputih pulak. Harini layan skyfall lagi tapi tengok buat kali ke 2 dengan si dia pulak. Nanti merajuk sebab dah janji nak tengok berdua tapi apakan daya, pika dan mazrul ajak pi tengok dulu. Memandangkan kali ni turn aku pulak belanja tengok wayang. Biar lah si dia layan Bond kan..kan. Seperti biasa, kami tengok kat Pacific dan tiket berharga RM 22, 2 ringgit lagi orang tolong tambahkan. Haha.. Masa tengok kat Ipoh tu, aku taktau harga tiket. Herher.. Orang belanja, jangan banyak tanya lah. Tak sangka baju kami sedondon berkaler biru. Tak berjanji pun dengan abang baju superman. Nasib baik seperti biasa kami berkongsi ciken popcorn dan twister tak la lapar sangat dalam wayang tu. Bila ada saja scene romantik, ada lah orang nak tutup mata. Kononnya tak bagi tengok aksi romantik Bond dengan Severine tengah mandi. Oppsss... Tersasul lagi. 



Lepas habis tengok wayang, cari nasi dulu. Lapaq dalam wayang duduk berjam-jam. Habis makan, pegi lepak kat restoran cina. Restoran tepi pantai Bagan Ajam. Hoho.. Ini bermakna date yang ke 15 sudah. Wallaweyh.. memang nak romantik saja. Movie James Bond kali ni agak sedih kerana bond kehilangan bos dia. M meninggal dan tempatnya diganti dengan orang lain. Huwaaa. Selalu kalau tengok movie bond mesti awek-awek dia or perempuan cantik yang dekat dengan dia akan mati. Adakah ini movie terakhir bond atau Daniel Craig? Sama-sama lah kita tengok kot ada lagi sekual ke 4 Daniel dan ini filem bond yang ke 34 tahun. Wahhh.. memang lama. Dah wujud sejak zaman ayah muda lagi. 





Nak baca sinopsis.. sila klik "James Bond : Skyfall"

Meh tengok trailer movie...





3 Nov 2012

Jadi TUNANGAN Orang Tanpa Sedar?


Apa yang bestnya bila jadi tunangan orang?
Ramai sahabat yang seusia sudah menjadi tunangan orang. Betapa beruntungnya mereka kerana diawal usia 20an sudah menjadi kepunyaan orang dan menunggu masa menjadi isteri orang. Indah bukan?
Cerita kisah cinta tak ubah seperti kisah dongeng dulu kala, kisah mimpi menjadi kenyataan.


Percaya atau tidak, kita boleh ber"tunang" tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal? Tapi, mungkin kita tak tau, sebenarnya bila situasi atau kes terjadi seperti ini:


- Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Ia dikira tetap bertunang walaupun tidak ada ibu bapa perempuan itu. Jeng..jeng..jeng


Pinang dari segi hukum Fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka perempuan itu menjadi tunangan laki tersebut. Mudah kan.


Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"


Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap didalam telefon, tetap dah jadi tunang. Contohnya berbunyi begini ye adik2, abang2


"Lelaki tu cakap, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan membalas, "I sukalah, I setujulah, I redha atau apa2 saja yang membuatkan perempuan itu suka dengan "pinangan" lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang. Jadi, bila sudah jadi tunangan orang tanpa sedar dan ada lelaki datang meminang, hukumnya HARAM.





Kita sebagai orang melayu bila time nak tunang dok bawak satu rombongan cik kiah, itu cuma ADAT tapi bukan dari segi hukum Islam. Kadang- kadang tu penat jugak bawak dulang hantaran nie. Perempuan yang tidak waras saja tidak dianggap bertunang.


Haaa...aku pon dok ternganga bila baca kisah nie. Adakah anda jadi tunang orang tapi tak sedaq2 lagi?? Haiyaa, tak tau. Hehehe. Susah nak percaya tapi percaya laaa...


Eh, risau pulak aku nie..dulu masa bercinta dengan ex ada jugak la mengarut bab2 tunang nie. Kononnya bila umur aku 25 tahun dah jadi tunang orang. Haish, mintak maaf sangat2, dulu aku tak tau lagi T__T



p/s: sesapa rasa nak bertunang tu cepat2 la masuk meminang.. yang dah jadi tunangan orang tu, jaga la hubungan baik2 eh. Yang jemput makan kenduri tu, mesti aku usaha datang jugak ^___^



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com