Last midnight menjadi pencinta alam di Kuala Kangsar. Jauhnya merayau tapi disini memang aman tanpa pemandu jalan raya yang gila2 macam kat Ipoh. Pekan koboi yang takda aktiviti merempit, melepak, dating pagi2 buta. Semuanya aman terutama kat area istana Bukit Chandan. Lepak tengok bintang yang bertaburan, tengok sungai, tengok lampu jalan, dengar bahasa kuale yang pekat. Ohhh sungguh seronok lepak kat sini, senyap sunyi yang ada bunyi kucing, bunyi ayam berkokok, bunyi cengkerik. Kat bandar memang susah nak dapat nikmat alam macam tu. Rasa-rasanya segala macam masalah semua dah campak dalam sungai perak. Paling suka kat kuala nie bila waktu malam memang cantik dengan lampu2.
Cantikkan..lampu banyak2 tu kawasan istana
Makan angin lepas pekena teh tarik!
Eh kucing nie nak manja2 dengan aku.. hehe
Kesian anak kucing nie hidup tanpa ibu dia, minum air kat sungai
Bermesra dengan kucing... meowwww
Apa pun bandar diraja tetap dihati, bahasa pulak tetap buat aku tegelak, memang pekat sangat2 la bahase awok tu cheq tak faham sepatah pon. Si baju hijau tu pulak memang tak suka dengar orang cakap perak dengan dia. Ikot suka hang la bob, dapat bini orang perak baru padan muka. Haha
banyaknya miow
ReplyDeletehehe..memang banyak
ReplyDelete