31 May 2020

Bantal Kekabu Siap Jahit!

Assalamualaikum Readers



Bantal Kekabu Siap Jahit Sendiri | Kekabu Beli Di Lazada | Siapa kata kat lazada tak jual macam-macam. Kekabu mentah pun ada orang jual. Disebabkan review best, Nina kongsi beli 2kg kekabu dengan mak harga RM 30 tak termasuk postage. Biarlah orang nak kata kuno ke so wat ever janji bantal kekabu ni menemani setiap waktu tidur dari baby sampai sekarang. Kami sekeluarga tak layan bantal lain dari kekabu, kalau beli pun mesti cari sampai ke Kamunting Perak. Bersepah orang jual sebiji RM 30 jugak.



Bantal kekabu siap jahit sendiri. 2 biji dah bawa ke rumah sewa


2kg kekabu mentah dipos dari Kulim. Abang GDex pun boleh senyum-senyum



Beli kekabu di Lazada dapat beberapa hari sebelum raya. Dapatlah 3 biji bantal kekabu baru. Buat yang rajin dan ada mesin jahit boleh la jimat buat bantal sendiri. Sebab tak nak tunang beli bantal untuk Nina. Sejenis cerewet kadang-kadang ni memang patut cari bantal sendiri. Harap lepas kawen, jangan tertukar bantal sudah. Dah nampak tanda-tanda nak tertukar bantal tu siap lah. Dah cakap nak buat bantal sendiri, tergedik-gedik ajak pi Aeon beli bantal 🙄




Masalah yang dihadapi, ada saja gangguan makhluk perosak


Senang nak jaga bantal kekabu ni, kena rajin jemur baru tak kempis bantal tu tapi lebih gebu. Nasib ada kain perca boleh buat bantal. Nanti nak review periuk tefal tu 


4 biji bantal Hussaini ni, kita tengok boleh tahan lama mana. Sebiji RM 20, tak kuasa nak belek. Janji dah ada bantal sendiri. Tak payah berebut



Nasib baik PKP kalau tak, kami berdua tak mampu nak bayar sewa rumah 2 bulan siap-siap, pasang coway, beli kelengkapan rumah itu ini, bayar bil air dan letrik. Total kos pun dekat 7K untuk perbelanjaan bulan April dan Mei tak termasuk barang hantaran yang bakal dipakai sebab tak jadi buat hantaran 😂😂 Lepas nikah lebih banyak pakai duit sebenarnya. So kami buat keputusan sendiri ada hikmah Covid-19 ni. Kalau bantal laki sendiri beli tak tahan lama, nampaknya terpaksa order lagi kekabu dan jahit. Ingat mudah ke nak buat bantal kekabu ni siap kena pakai face mask, penuh kekabu di muka, tak boleh buka kipas 😌 nak dapat sebiji pun susah.



30 May 2020

Starbucks Caramel Sweet Corn Frappuccino

Assalamualaikum Readers



Starbucks Caramel Sweet Corn Frappuccino | Sempena tahun ini tak ada bazar ramadan maka starbucks memperkenalkan ‘air jagung’ yang tersendiri. Bukan ada jagung pun dalam air tu tapi menggunakan sirap jagung 😋 21/5 lepas, Nina plan nak buat popia carbonara raya dengan bakal adik ipar bongsu, kami terlajak shopping di Mydin Bukit Jambul sampai tak sempat berbuka di rumah. Sementara tunggu Pizza siap di Tesco, kami singgah Starbucks E-Gate belanja budak ni. Dia tak minat minum jagung jadi Nina try ler dapat percuma kek (boleh pilih perisa apa). Kek tu tak sempat ambil gambar, sedap juga Salted Caramel.



Starbucks Caramel Sweet Corn Frappuccino


Dapat 2 perisa Grande-sized handcrafted beverages + 1 slice cake - RM 29.90 (Venti RM 31.90) 


Tumbler Starbucks tak pernah tak comel



Sayangnya promosi dah tamat sehari sebelum raya. Apakan daya mada tak akan kembali. Dengarnya bulan 6 nak keluarkan perisa baru berunsurkan mermaid atau perisa lebih kurang macam paddle pop 😍 Tak sabar nak tunggu.


29 May 2020

Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum Readers



Hari Raya Aidilfitri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat 2020 | Tahun ni berbeza, hidup dalam norma baru, ujian untuk munasabah diri dan bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Itu dah cukup. Raya dengan kedua ibu bapa dan bakal suami (minta maaf lepas tu gadoh balik) 😂😂 Alhamdulillah, walaupun dah tak ada gaji tapi duit yang ada dapat simpan dan beli barang rumah walaupun kami dah decide tak nak buat hantaran dan kenduri. Jimat duit. Nikah saja dan 80% menyokong keputusan kami.



OOTD Raya 2020 ditengah bandar George Town. Sejak PKP kawasan ni dah naik semak


Baju raya tak beli, pakai baju nak pakai hari tunang tapi tak jadi. Maceh tunang rajin benti tepi jalan snap gambaq raya Nina. 


Family sepupu (baju putih), anak abang bapa no 2. Dah berumur ni abang Mie berubah drastik tapi Alhamdulillah



Alhamdulillah parents berjaya habiskan puasa selama sebulan kecuali Nina 😅😅   Pagi raya memang awkward sebab tak ada solat Aidilfitri tapi sebak dengar takbir raya 😭 Mandi dan makan, teringat durian Balik Pulau. Raya tahun ni best, jatuh musim durian. Sepupu Nina ada mai beraya sehari sebelum raya, janji nak belanja sebiji. Haha.. terus call bagitau nak pi beraya, tinggal mak sorang di rumah, tak ikut. Balik dari Balik Pulau usha rumah tok semua pintu rumah tertutup. Belum sampai, tunang dah tunggu kat rumah, pickup pi raya rumah dia pulak, sebelum tu singgah rumah blogger Alia. Sedap mee rebus tulang dan rendang daging 😋😋 




Cincin nikah sampai 21/6. Terima kasih orang-orang penting. Dapat hadiah ni pun dah happy


Jalan Balik Pulau memang mencabar, sejak beli kereta tak pernah lagi naik kecuali Cameron. Drive kat sini mata jangan melilau tengok durian-durian yang bergayut, nanti terliur


Tak sangka dapat duit raya lagi. Besarnya amount kak Aa bagi selain mak mertua


Condo Kak Lia cantikk !! Rugi tak selfie 



Raya Kedua - Aktiviti shopping dengan adik-adik ipaq di Gurney Plaza, konon nak tukaq tali jam tapi tak jadi sebab tunang merajuk tak ajak dia 🙄🙄 Kadang-kadang annoy juga tapi redha lah sebab dah janji dengan bebudak ni. Memang have fun sungguh 3 beradik shopping kaw, hasil penat lelah OT dan dapat duit raya dari abang. Rezeki tunang Nina dapat duit dari tender-tender yang tertangguh dapat lah belanja kami semua (opcos tunang dapat lebih) 😆 SALE DI SEMUA BUTIK SEHINGGA 31 MEI. Kalau tak fikir pasal rumah dah beli macam-macam. SHOPPING LEPAS RAYA LEBIH BEST DAN TAK SESAK. Next year boleh beli lepas raya. Selamat dari kluster raya.




Fossil buat sale buy 1 free 1 . Sejam tunggu nak masuk sini sebab ada customer selfish pilih jam berjam lepas tu tinggal jam bersepah atas meja. Huh dasar cina


Charles & Keith sale hingga 50% . Ni bukan Nina punya, syukur tunang dah beli beg Dorothy Perkins siap-siap


Partner shopping dan makan ada 3 orang boleh pilih


Kesian Aqilah sebab student lagi tak dapat Coach. Sale 50% harga dalam RM 800 ke bawah gitu. Paling suka staf peramah, dah tutup butik pun masih lagi layan kami




Raya Ketiga - Tiba hari Nina dan tunang shopping, memey tak boleh shopping tanpa dia sebab tak boleh pau 😝😆 Sharing is caring ok, sama-sama belanja. Tak ada istilah kedekut atau berkira. Tunang pickup kat rumah, terus ke Queensbay Mall. Ingatkan dia nak beli baju rupanya borong bantal sekali 🤦🏻‍♀️ Sementara masih lagi dalam minggu raya ni. Beli barang sebelum habis sale. Dah nak kena tunggu Krismas (get ready duit untuk shopping lagi 😁) Kami beli bantal dan cadar semua di Aeon. Kelakar pun ada kami ke sana ke sini usung bantal macam lari rumah 🤣 nasib masuk 2 butik saja, Hush Puppies dan Puma. Letih usung bantal. Last sekali drop by tempat kerja adik-adik ipaq pau air 😬 




Beli bantal dah 4 biji belum kira kat rumah dah siap bantal kekabu. Haha. Sejenis tidur bantal banyak. PUMA sale 40%, angkut 3 helai baju dalam RM 400. Dasyat raya tahun ni


Fav Nina dapat free pula



Apa pun raya tahun ni, sayu juga yang terkandas di KL dan Singapore tak dapat balik beraya. Harap tahun depan negara dah bebas dari Covid hendaknya. Rasa macam tak raya pun ada. Nasib feeling buat kuih raya tu ada. Rumah tak berkemas, tak tukar langsir atau tukar itu ini. Raya tahun ni lebih kepada shopping tak habis-habis dari start PKP. Norma baru. Nina nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca dan minta maaf jika ada salah dan silap, komen terlajak kata dan Salam Jumaat 💙



28 May 2020

Beli Cincin Nikah Di Habib Jewels Dan Pandora

Assalamualaikum Readers


Beli Cincin Nikah Promosi Raya Di Habib Jewels Dan Pandora | Zaman membesar bersama Habib Jewels dan memang suka design-design dorang setiap tahun. Nak beli barang kemas memang kena tunggu raya baru boleh beli. Harga cincin berlian drop dari RM 1000++ ke bawah RM 900. Harga semua ikut design dan berat. Alhamdulillah, rezeki Nina dapat harga staf (tunang kepada bos tunang Nina staf Pandora) 😍😍 Kalau tak kerana PKP rasanya lebih banyak duit melayang tahun ni. Semua cantik-cantik. Nanti lepas nikah akan review cincin tu, tunggu nak interview dengan pejabat agama. Counting days 👰🏻🤵🏻 



Mulanya berkenan cincin emas Habib ni

Dapat juga cincin nikah

Beli time raya mesti dapat sampul free

Dua-dua cantik! 


Hari-hari tengok IG Live Habib Jewels dan ig story Ika 😂🤣 Mak tak kuat, kalau ada duit memang nak beli subang Pandora jugak. Betul lah kata mak, orang perempuan ni kalau tak pakai barang kemas nampak tak berseri, kosong. Sekarang baru faham apa maksud dia. Umur pun nak masuk kategori mak-mak dah tahun ni. Tapi blogger Alia bagi tau, Pandora lebih cantik dan murah kalau beli di Aussie. Nasib ada kawan masa study menetap di Melbourne. 



Pilihan kedua cincin berlian Habib sebelah kiri tapi size tak ada


Cincin Pandora pun tak kurang hebat tapi tak ada nilai 



Kalau ada rezeki, hadiahkan orang yang tersayang barang kemas. Mesti suka. Tak bawa dinner di hotel/restoran mewah pun tak apa. Jangan tiru macam dalam drama melayu. Rata-rata kawan-kawan tunang dan sepupu Nina pasti dorang hadiahkan barang kemas sempena birthday, anniversary atau pun lepas beranak 😝 (seronok sepupu, beranak 2 kali dapat gelang emas). Rezeki masing-masing kan. Suami tak kedekut dengan isteri, In shaa Allah rezeki lebih. 






Subang Pandora ni antara yang berkenan di hati. Banyak lagi design-design. Boleh terjah ke butik Pandora berhampiran rumah ya. Habib Jewels akan buat sale raya sehingga 30 Mei 2020 !! 📢📢 Jangan lepaskan peluang terjah Habib dan Pandora. Settle nikah, Nina share cincin berlian apa yang disarungkan untuk hari bersejarah.

20 May 2020

Tips Hilangkan Kesan Minyak Dan Make Up Di Tudung

Assalamualaikum Readers



Tips Hilangkan Kesan Minyak, Peluh Dan Makeup Di Tudung | Siapa yang pakai tudung mesti akan ada masalah macam ni. Hahah. Masalah sejak azali, tudung pun macam baju juga, akan kena macam-macam bukan setakat minyak, peluh, make up tapi makanan. Ya itu namanya bila makan, tudung makan sekali 😆😅 Sebelum-sebelum ni pakai apa saja tudung tak pernah nak belek, asal kotor terus rendam dan basuh. Sampai lah ada ternampak tips kat mana entah, nak hilangkan semua kesan-kesan ni hanya guna bedak talkum.



Tips hilangkan kesan kotor di tudung hanya guna bedak talkum


Bentangkan kain tudung dan tabur bedak di kawasan yang ada kesan. Bedak akan serap kotoran tu




Yaaa bedak talkum bukan untuk pakai di badan atau muka ya anak-anak tapi di bawal/shawl. Lepas pakai tudung, bentangkan dan akan nampak kesan-kesan most wanted jadi boleh ambil bedak dan taburkan di kawasan-kawasan sewaktu dengannya yang kotor tu. Mudah saja, beli bedak untuk tudung. Kalau sayang tudung tak kisah harga murah atau mahal tapi tak jaga tak guna guna. Lepas pakai berkali-kali tanpa letak bedak lama kelamaan kawasan kesan kotor tu tak akan hilang. Jadi mati dan kekal di permukaan kain.




Lepas taburkan bedak, boleh gulung macam ni selama yang mungkin. Suka biarkan sejam, kemudian rendam dengan sabun sebelum dibasuh


Tudung raya tahun ni treat diri dengan Ariani. Beli online, dalam masa 3 hari sampai. Label ditukar kepada hologram sticker due to plagiarism. Banyak kes, founder tudung ciplak design orang sesuka hati. Yang penting tak pernah support brand 🐥



Sesuai untuk yang rajin nak jaga pakaian sendiri, boleh cuba buat dan amalkan. In shaa Allah, fabrik tudung dapat dijaga dan tahan lebih lama. Kalau dah pakai tudung harga beratus pun kalau tak reti jaga tak guna juga. Tudung harga berpuluh hingga 100++, Nina akan bedakkan dulu sebelum cuci. Sayang duit. 




19 May 2020

Kuali Tefal Pertama

Assalamualaikum Readers



Kuali Tefal Pertama Yang Dibeli | Tefal Cook & Clean 20cm Non Stick Frypan | Aset pertama yang Nina beli untuk menaikkan mood memasak bila dah berkeluarga nanti. Dah lama nak beli, beli untuk mak tapi dia kata nak kuali lebih besaq 🤣 Serupa nak masak kucing kerat 12. Memang best memasak guna kuali tefal, seriusss tak tipu. Memang nak order lagi di Lazada 😬😬 Dasar menggangur tapi ada hati nak beli Tefal. Hahah.. In shaa Allah, rezeki nak belanja mak. Kenapa aura beli Tefal ni menjelma musim PKP, sebab ada a few blogger dok tayang laki depa beli Tefal dan sebab ada promosi raya 🎉😅 



Tefal 20cm non stick frypan RM 62.89 exc postage


Beli beli sementara belum raya. Order 14 Mei dan terima sabtu lepas



Sebelum beli, Nina baca dulu review-review di Lazada dan Shopee. Ikutkan harga tak kurang beza, Shopee murah lagi tetapiiii review out ke laut. Seller dalam Shopee lembab pos. Jadi, Nina beli di Lazada, mahal 2 3 ringgit tapi laju sampai ke rumah dalam 2 3 hari (semasa pkp). Nak murah tapi lambat sampai atau bayar lebih untuk sampai cepat. Terpulang duit masing-masing. Apa yang best kuali tefal anti karat ni?



Double wrapped



Senang dicuci dan tak melekit atau melekat


Punggung pun licin tak terbakar atau ada kesan api



First seller yang jual ni memang balut double. Bagus sebab tak rosak dan selamat sampai ke pembeli. Walaupun pos guna kurier Lazada still bungkus helok. Harap lepas ni lagi bertambah rajin masak. Nak kena beli periuk pulak, senang nak masak gulai 😅😅 Harga set mahal kalau tengok di mall, banding dengan beli online boleh jimat berbelas ringgit. Pastikan ori dan beli dari trusted seller. Musim PKP banyak kes penipuan, scammer.

16 May 2020

Dove Volume Nourishment Shampoo And Conditioner

Assalamualaikum Readers

Review Dove Volume Nourishment Shampoo And Conditioner | Sebenarnya dah lama pening dan pending bab cari solution untuk rambut ni. Pentingnya penjagaan rambut lagi-lagi wanita bertudung kan. Nina paling takut rambut berbau masam dan orang di belakang kita pun boleh hidu sebab pernah jadi, memang tak berselera nak makan. Masam tudung dan kepala orang yang Nina bau tu 😒😒 Diri sendiri tak bau lah tapi orang sekeliling akan bau. Kalau nak peluk orang siap-siap tahan nafas. Sangat secure ok. Tolong jaga rambut, yang pakai tudung ni kena rajin. Baru non-muslim tak chop kita pengotor even kat ofis lama pun ada, rasanya hindu dan cina tu tak cuci kepala. Nasib dah tak kerja 🤭😆



Tak pasti harga, rasanya dalam RM 10++


Shampoo baru Dove



Sebelum-sebelum ni setia dengan brand Johnson & Johnson (kanak-kanak), Herbal Essence (remaja/high school), Sunsilk & Dove (20++ y/o), Kiehl’s dan sekarang balik semula kepada Dove. Dalam entry lepas, ada review pasal shampoo Kiehl’s . Mesti lah lepas shampoo nak rambut bersih, wangi, tak gugur, gatal dan tak ada kelumumur. Shampoo ni tunang, main ambil dan Nina tak check cuma nampak NEW shampoo 🤦🏻‍♀️😂 Nasib baik sesuai dengan rambut. Betul-betul buat rambut lembut tapi mengerbang tu tak boleh buat apa. Rambut kalau bertambah lembut, semakin kembang la ia.







Tersangatlah penting jaga rambut eventough kita bertudung. Jangan abaikan penjagaan rambut. Pakai tudung cantik, buka tudung, masyaallah. Pengsan suami. Penjagaan rambut bukanlah kita perlu ke saloon. Itu semua memerlukan masa, wang dan tenaga. Apa kata kita jaga di rumah, suka cuci kulit kepala guna limau purut, dibiarkan sejam sebelum shampoo. Segala kegatalan akan hilang.




Warna shampoo light biru walaupun tak nampak biru




Apa yang best shampoo Dove ni?


  • Produk shampoo Dove dapat memastikan rambut lebih lurus dan terpelihara. Inginkan kesan yang lebih pantas gunakan bersama conditioner.

  • Akan merasai sendiri keberkesanannya selepas beberapa kali penggunaan.

  • Rambut lembut dan segar walaupun seharian bertudung still lagi berbau wangi. Pastikan rambut kering secara semula jadi sebelum pakai tudung barulah rambut tak berbau masam dan berbuah sekali gus mengurangkan kelumumur.

  • Tidak menggatalkan kulit kepala selepas cucian. Rambut bertambah lembut selepas pakai conditioner. Bau wangi dan lembut. Suka bau soft.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com