6 May 2020

Kiehl’s Amino Acid Shampoo Wangi?

Assalamualaikum Readers


Kiehl’s Amino Acid Shampoo Wangi? Amino Acid Shampoo bau kelapa ya anak-anak. Produk dari brand Kiehl’s memang sesuai dengan kulit muka Nina dan di rambut. Nina beli shampoo ni 3/9/2019 lagi tau. Sampai sekarang masih ada sikit lagi tapi dah tukar shampoo Dove. Gatai tangan beli jugak shampoo ni masa keluar dengan Aqilah (lil sista in law). Dia punya berleter sebab bau shampoo ni kelapa dan tak wangi plus mahal 😂😂



Kiehl’s Amino Acid Shampoo


Wangi bau minyak kelapa, btw bukan semua orang suka bau kelapa, ikut selera masing-masing



Bagi sesiapa yang minat bau-bau dari kelapa mesti nak cuba belikan? Bab jaga rambut memang FAIL !! Janji shampoo lepas tu pakai conditioner bilas dan siap. Rambut Nina kategori hair fall dan cepat berminyak kalau pakai tudung lebih dari 6 jam dalam keadaan cuaca panas memang tak selesa. Konon beli sebab nak cuba tapi shampoo ni macam tak kurangkan rambut gugur Nina saja. Paling sadis harga conditioner lagi mahal dari shampoo.



Botol yang secure, susah tumpah, mudah dibawa ke sana ke sini


Tak mampu nak beli conditioner. Sadis dapat pakai trial



Bukan semua orang mampu pakai shampoo mahal, tak salah cuba tapi result tak memuaskan better cari lain. Mahal tapi tak sesuai dengan rambut, rambut tak sama macam kulit muka. Disebabkan itu, Nina tukar semula shampoo brand Dove (yang baru). Rambut lembut selepas digunakan 🥰 



Apa yang best dan tak best shampoo ni :


  • Buih yang kurang maknanya kena tuang penuh tapak tangan baru banyak buih 😌 Sejenis tak suka kalau buih kurang di rambut, macam tak puas shampoo.

  • Bau kelapa yang fresh tu buat rasa betul-betul nak minum air kelapa muda atau coklat dari perisa kelapa. Haha.. bau macam nak makan.

  • Selepas shampoo rambut akan kesat (tiada minyak di rambut, bagus juga),  rambut banyak gugur tak pasti kenapa 🤔

  • Ada certain brand shampoo yang akan buat rambut lembut selepas cucian tetapi tidak untuk brand ini. Kena pakai conditioner baru lembut dan rambut akan lembut bila mandi sampai lah rambut berminyak semula. Sooo in love dengan shampoo ni.

  • Yang tak best lepas pakai conditioner, masa bilas ambil masa yang lama. Tak sure berapa gelen air Nina habiskan untuk bilas rambut, buih banyak dari shampoo. Memang pelik hahah. Tak suka bilas lama, sampai kecut kaki tangan sebab banyak main air 😟 

  • Harga mengikut 3 jenis size botol - 75ml (RM 36), 250ml (RM 85) & 500ml (RM 130). Kalau nak cuba boleh try yang botol kecil tapi kena beli di kiosk sebab dalam website selalu out of stock. 



2 comments:

  1. boleh cuba nih
    nampak macam menarik dan bagus juga syampoo nih

    ReplyDelete
  2. Rambut saya rasa kesat.
    Bau kelapa memang ada orang tak suka.
    Wah banyak buih untuk perapi. Selalu rasa malas sedikit pakai perapi.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com