25 Feb 2012

Adnan Sempit 2 : Yeah! Lagi Kelakar Dari Dulu






Selamat berhujung minggu. Nak ikut kami berdua tengok wayang x? Minggu nie balik berdua saja dengan Pika ke Kulim. Well, tak habis lagi discuss dengan klien. Jadi kami ke Sunway Carnival saja lah nak tengok Adnan Sempit 2! Yup, memang kelakar habis. Filem nie lagi kelakar dari Adnan Sempit 1 dan jalan ceritanya tak la seteruk Hantu Bonceng. Jangan terkejut tau tengok budak remaja banyak di wayang tu. 




Mengisahkan Adnan dan Nadia bercadang untuk kawin tapi dihalang keluarga Nadia. Ayahnya mengenakan syarat agar Adnan menjadi seorang yang mempunyai ciri-ciri korporat barulah boleh kawin dengan Nadia. Adnan semakin tertekan dan pelbagai perkara kelakar terjadi semasa dia cuba memenuhi syarat itu. Dalam masa yang sama Bobby dan Wawa juga sering bergaduh, ditambah dengan orang ke 3, Ismat yang supercool! Haha.. So, berjayakah mereka? Moh tengok Adnan sempit 2... Yeahhh 









Paling suka opcos la Adnan dengan dia punya english yang serabut serta mimik muka Shaheizy Sam yang kelakar. Memang gelak sampai mata berair dalam wayang tu. Seyes kelakar tengok sam. Perlu tak tengok kat wayang movie nie? Erkk terpulang la.. kalau nak cepat, tengok la kat wayang.. filem kelakar yang takda 3D pun. 



Nak tengok Adnan dengan Nadia kawin wajib tengok! Selamat menonton.. chowww :)



20 Feb 2012

Teringat Bekas Kekasih


Salam semua pakwe dan makwe lama. Perlu ke mata bengkak sebab nangis teringat kekasih lama. Ish ish..tak payah la sampai macam tu. Meh nak bagi korang tengok video comel tapi sebelum tu kena baca, penat tau taip.

Orang selalu cakap tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat hati pernah terpaut. Teringat kekasih lama bukan satu perkara yang tidak normal. Jangan sesekali cuba melupakan kekasih lama, semakin kita cuba melupakan, semakin kita akan teringat. Aku cakap betul sebab aku dah alami benda nie. Jadi aku biar sahaja ingatan tu dalam kepala. Menjadi panduan untuk kita menjadi insan yang lebih baik sebelum perpisahan berlaku. Tiada siapa inginkan perpisahan, tetapi kita kena akur dengan ketentuan-Nya. 





Sejak kebelakangan ni tiba-tiba ja kawan-kawan mengusik kalau bekas kekasih mintak kapel balik dengan aku. Hurm payah nak cakap tu tapi buat bodoh sudah. Lagi pun selepas apa yang jadi memang ada hikmah bila bekas kekasih aku baru putus cinta. Sampai ada kawan yang cabar suruh aku add FB ex. Eh tu dah macam perigi mencari timba (lantak kalau tak betul pun). Perlu ke ada istilah mantan? 

Perasaan sedih atau kekesalan biarkan berlalu. Aku tak rasa perlu cerita kisah cinta yang dah lepas kat kekasih sekarang. Cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Masing-masing sudah ditentukan jodoh. Impian sekarang mahu berjaya, habiskan belajar dan kerja untuk memenuhkan saham mak ayah yang dah habis. Haha. 


Comelkan video nie. Valentines Day tak sambut ok :)
Selamat Malam.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com