30 Oct 2012

Final Exam For Semester 5

Hye semua..rindu tak?
Lamanya tak blogging, lamanya tak baca cerita kawan2..
Nanti nina komen kat blog eh..
Oke la esok bermula 9 pagi, aku start perang.
Bukan perang dunia tapi perang dengan soalan2 final, cuma sekarang tengah refresh otak jadi sebelum sambung menghafal nota tu, aku lari ke alam blog jap.. weeee ~~


Akhirnya tinggal lagi beberapa minggu saja aku mula cuti sem, sekarang nie keja fikir nak cuti ja.
Boleh goyang kaki kat rumah, menghabiskan beras mak.
Time nie aku dah mula rindu balik kenangan2 masa kat kelas, sem nie agak busy tapi sem nie jugak aku paling banyak kawan baru terutamanya lelaki, diorang tak emotional macam budak pompuan.
Budak pompuan asyik fikir nak balik kampung, date, date, balik kampung then kerja tak siap.. memang buat aku berangin je kan.
Tapi itu semua dah settle, markah no komen..nak ingat yang lawak2 ja.
Aku harap semua budak2 sem 5 boleh jawab soalan dengan tenang, mudah..aminn
Ini la masa dan jugak last sem nak jawab dalam dewan yang sejuk tu.
Harap2 aku dapat jawab semua soalan 4 subjek nie:


HCE 2013 - Effective Communication Strategies
PEN 1033 - An Overview of Entrepreneurship
TMD 3103 - Interface & Information Design
TSE 3184 - Web Programming

Lastly Presentation pada 21 Nov 2012 - 12.30 PM

TMM 3094 - Multimedia Project


Bukan senang nak jumpa budak2 kelas aku nie dah.
Siapa sangka aku orang last dapat tau dalam kelas aku nie ada tunangan orang.
Amboi lepas grade tak jemput aku memang nak merajuk la. Hehe
Lepas nie mesti semua orang pakat2 tunang.
Nie gambar2 last dalam kelas, last presentation.


Aku memang suka main2 dalam klas, tambah2 time presentation

Budak2 laki kerja buat taik mata.. APTB!

My Classmates

7 Oct 2012

Bila Gambar Seksi Jadi Ter-Seksa


Hye semua!
Harini penat sangat, kaki pula dah lenguh tapi mata tak boleh lelap.
Jadi layan blog sementara tunggu mata layu.
Oke, harini aku keluar dengan Mr. Amir pegi tengok wayang, jalan sana sini.. tawaf satu Queensbay berapa kali.
Bila sampai depan kaunter tiket nak pilih movie apa nak tengok, aku dah nampak beberapa gadis pakai baju ketat, masa tawaf pon memang confirm boleh nampak bermacam-macam style orang, memang banyak yang dressing cantik2 tapi ada juga yang seksi.
Yelah, aku tak tergolong dalam kategori pakai skirt, singlet sambil berkepit dengan pakwe.
Malu weyh, memang tak pernah nak tunjukkan 'kemesraan' yang lebih2 di khayalak umum.



Mesti ada yang snap gambar seksi kan?
Lepas tu upload kat Fesbuk, Twitter, Instagram dan Blog.
Bila online guna phone, aku nampak gambar seksi Neelofa.
Aku pula yang seram bila tengok gambar dia terlampau seksi dalam Insta.
Nasib baik bukan bulan puasa kalau tak batal puasa dah.


Mr. Google


Macam tak caya Neelofa boleh pakai seksi macam tu sekali.
Maybe gambar nie, kisah nie dah lama tapi aku orang last dapat tau.
Tapi kalau tengok betol2, mesti nampak ada yang tak kena dengan gambar tu.
Tengok pun boleh tau nie sebenarnya gambar edit, memang pandai betol orang yang buat fitnah kat Neelofa nie, aku pun tak pandai nak edit gambar sampai macam tu.
So, gambar yang betolnya sorang cewek korea! Haha


Gadis Korea


Moral of the story aku dah tak berani nak upload gambar yang terdedah sangat.
Takut juga mana tahu kalau ada orang nak buat aniaya.
Kena beringat sebelum kena, dulu suka sangat upload gambar seksi2 kat Myspace.
Sekarang gambar2 tu aku dah delete.. Hee, takmo dah seksi2. 
Maklum la time tu tak matang lagi. Biar orang nak upload gambar seksi tapi aku taknak.
Dulu aku suka buat experiment, edit gambar rambut kaler coklat la, gambar minum jus sparkling nampak macam botol arak la, last2 gambar mulut keluar asap rokok. Nak tahu apa jadi? makcik2 ingat aku dah jadi pompuan liar.
Siap datang rumah nangis2 kat mak kononnya aku dah jadi liar. Ish2.. percaya sangat.
Walaupun mak tahu aktiviti aku kat Ipoh tapi dia marah juga sebab buat dorang pecaya yang gambar tu real. Maaf, aku dah tak buat macam tu lagi. 
Oke la, mata dah ngantok, hujan pula tu lagi syok tido. Gudnite.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com