Salam Readers..
Genap sudah sebulan tahun 2014 meninggalkan kita. Agak terlambat nak publish entri kenangan dan kisah masam manis di tahun lepas. Tahun lepas aktiviti aku agak 'slow' sikit dengan event best tak macam kronologi tahun 2012. Yang pasti tahun 2014 ialah tahun banyak makan dan tengok wayang !!
Januari
- 1st time belanja officemate makan besaq. Open table sempena confirm kerja tetap. Serius banyak lauk macam ni harga masih lagi RM 100 ++
![]() |
Kedai makan Permatang Pauh |
March
- Terkejut beruk bila tercalon untuk Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di IKBN, Bukit Mertajam. Walaupun tak berjaya tak dah cuba sebaik mungkin. Tunggu jelah exam yang lain. Ngeh.. ngeh
September
- Pertama kali daki Bukit Bendera sepanjang 5KM. Hampir-hampir pancit tapi tak la pengsan. Serius best hiking dengan geng-geng Mattel. Kalau boleh nak join lagi tahun ni. Hehe..
![]() |
Puncak Bukit Bendera |
October
- Setelah sekian lama setia bersama Maxis dan Celcom akhirnya simkad bertukar ke RedONE. Betul-betul jimat dan boleh online sepanjang masa dimana jua berada termasuk di hulu kampung.
- Buang tebiat bila daftar nama pergi kursus kahwin Sungai Petani. Akhirnya bab kahwin yang satu ini selesai juga. Boleh tarik nafas panjang sebab dah ada sijil kahwin.
November
- Join charity berjalan bersama orang-orang buta dan pekak sepanjang 3KM. Seronok juga jadi orang buta yang berjaya memotong barisan dan rasa insaf/bersyukur dapat melihat dan mendengar.
December
- Minggu EVP and 12 days play of activities untuk pekerja. Join Zumba kali ke 2 walaupun tak best macam Walk for Sight & Sound. Janji lemak berkurang.