29 Apr 2021

Buah Cape Gooseberry

 Assalamualaikum Readers


Buah Cape Gooseberry atau dalam bahasa melayunya buah letup. Zaman kecik buah ni kutip dalam hutan main masak-masak rupanya boleh makan dan harga agak mahal 😂😂 Semenjak start review makanan buffet di hotel memang terlajak sedap buah ni 😅 Nampak cantik dijadikan hiasan rupanya sedap dikunyah.


Nampak tak buah gooseberry

Buah harga kayangan ni


Nak dapatkan stok buah ni bukan semua tempat ada jual. Kalau makan di Royale Chulan memang chef suka guna buah cape gooseberry ni dalam hiasan. Nina akan kutip buat hiasan dalam pingan 😂 Buah ni rare untuk dicuba, rasanya tak tau nak describe macam mana. Kalau makan di hotel nampak buah ni try lah 👍🏻 Tahun ni melepas review ramadhan 4 hotel sebab dah bersalin 🙃 harap ada rezeki tahun depan.


28 Apr 2021

Jangan Tunjuk Gambar Anak Baru Lahir Elak Penyakit Ain

Assalamualaikum Readers


Jangan Tunjuk Gambar Anak Baru Lahir Elak Penyakit Ain | Buat parents kalau ada yang tegur jangan melenting ada sebabnya. Alhamdulillah, Nina dan hubby bukan taksub nak post gambar anak on socmed. Kami simpan dalam phone untuk simpanan sendiri. Ada kawan-kawan kami yang tak faham bahasa, nak jugak minta gambar anak tapi explain dengan cara baik. Kalau tak faham bahasa, lantak hang 🤣🤣


Suka sangat tidur atas pangkuan. Kalau ubah ke tilam menangis. Bijak betul. Ingat mama hang tak ada kerja lain

Tak ada kerja macam ni lah 😂😂 kejut bapak budak dengan anak sampai ke sudah tak bangun. Hujan lebat pulak tu lagi tak bangun. Nina nak mandi pun tak boleh


Setakat ni ada a few kawan dan sepupu tengok baby thru video call termasuk blogger Anies & Sal. Awal betul dorang 🤭😆  



Ummu Sibyan pun kena tahu juga




Penyakit ain atau penyakit mata, lebih dikatakan penyakit hasad dengki akan beri kesan kepada baby. Penyakit pandangan mata manusia yang penuh dengan cemburu hingga memberi kesan kepada yang dipandang. Boleh membuatkan jatuh sakit.


Elakkan share gambar scan dan gambar anak. Nampak macam kolot tapi bila sakit kita tak sedar semua tu dari penyakit ain. Nak berubat bukan dari klinik tapi kena jumpa ustaz pula. Semoga kita dijauhkan.


27 Apr 2021

Kad Raya Pertama Dari Shida Radzuan

Assalamualaikum Readers


Tahun ini masih terima kad raya seperti tahun-tahun lepas. Kad raya pertama yang diterima petang tadi. Nampak posmen terus senyum pi ambil surat. Seronok dapat kad raya, maklum lah tak berapa suka dapat ucapan raya thru whatsapp 🤭


Kad raya dan keychain dari blogger Shida Radzuan

Wow tak sangka


Terima kasih blogger Shida . Tak pernah miss pos kad raya setiap tahun. Antara kad raya yang ditunggu-tunggu 😍 Tak sangka tersenarai juga dalam top komen blog. Ada yang nak exchange kad raya tak?   

Jenis-Jenis Diet Popular

 Assalamualaikum Readers


Jenis-Jenis Diet Popular|Bulan puasa ni berat badan turun tak? 😛 Hubby bangga usap perut dia dah kempis. Hello bini dia dari 62kg dah turun 53kg dalam masa 22 hari berpantang (tolak berat baby sekali) 🤣😆 Betol-betol diet, MIL berleter don’t care janji kurus. Risau Harraz tak dapat nutrisi bila Nina makan nasi sikit. 




Bengkung, air suam, buah memang membantu, nasi makan sikit. Gerenti lepas mengurut mesti slim macam sebelum kawen 🤭 Tak kisah lah berpantang atau tak, janji nak kurus pastikan korang kurus sebelum raya. 


26 Apr 2021

Mengandung Dan Bersalin Ketika Covid Kena Tabah

 Assalamualaikum Readers


Mengandung Dan Bersalin Ketika Covid Kena Tabah | Rezeki kawen tak sampai setahun dah pregnant Harraz. Nina dan hubby tak rancang untuk anak first (dikhuatiri Allah tak bagi rezeki terus). Dalam wad ramai yang deliver 1st born (bezanya kandungan sihat/ada masalah). Kena ready mental dan fizikal.


Dah bersalin masuk wad lain tapi kelas ke 3

Dia ni ada 3 anak, kena kecam dalam twitter/IG sebab statement ni. Ingat semua pompuan manja dan lembik ke? Semenjak PKP, ramai kawan-kawan yang pregnant 1st born setelah bertahun kawen.


Start dari buat buku pink hingga ke last appointment semuanya Nina drive pi sendiri. Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Dari admit wad semuanya buat sendiri sampai bersalin. Kalau tak larat, nurse boleh tolong tapi patient buat sendiri termasuk nak ke toilet untuk mandi atau tukar pad/buang air. Nina share situasi bila di wad


1. Katil wad limited

- musim covid ni, hospital agak pack dan kekurangan katil. Masa register tu masih ada kekosongan di wad kelas ke 3. Tak boleh request nak wad kelas ke 2 atau first class unless ada kekosongan.


2. Tak boleh teman / melawat

- suami dan sesiapa pun tak dibenarkan teman atau melawat even dalam LR. Semuanya sendiri. Suami hanya dibenarkan datang azan dan ambil uri untuk kesemua kelas wad bersalin.


3. Hantar barang hanya pass pada guard

- bagitau nama isteri dan wad apa. Mudahkan urusan guard. Nanti dorang tengok board saja. Hubby Nina hari-hari 3 4 kali datang hospital hantar barang dan tengok baby.


4. Suami tunggu di lobby

- Once dah register suami ikut hingga ke pintu wad untuk bawa barang. Nurse yang akan tolak guna kerusi roda hingga ke katil.


- dinasihatkan jangan bawa barang banyak. Dah masuk wad baru boleh hantar barang keperluan, makanan. Kesimpulannya A-Z memang ibu dan baby saja. Agak struggle.


- memandangkan semua kena buat sendiri. Kalau nampak jiran katil sebelah sakit terutamanya czer tolong ringankan beban jaga baby etc. Jadinya kita saling bantu membantu.



Nina tak nak stress bila pregnant. Allah uji sebab tahu Nina kuat. Buat swab test pun smooth sambil tahan sakit contraction (sedih tengok peluh doc menitik laju keluar dari baju PPE). Buat bakal-bakal ibu jangan takut atau stress bila disahkan pregnant. Doa baik-baik 💗


24 Apr 2021

Suami Ada Fake Account?

 Assalamualaikum Readers


Suami Ada Fake Account? | Bila dah masuk fasa berumahtangga, maka dugaan tu datang dalam bermacam ragam. Sabar, setia dan jujur tu kuncinya. Mungkin ada kawan-kawan kita sendiri ada perasaan ‘jeles’ tengok life kita 🤭 Tak pasal sedara mara jumpa fake account ni dah hubby dilabel jahat 🙄


Fake acc ig . PKP lama sangat sampai tak ada kerja


Jadi bini, kena alert bukan nak jadi queen control tapi nak detect kalau ada hamba Allah nak buat Nina dan hubby gadoh etc. Semoga Allah lindungi rumahtangga kita. Aaminnn. Entri ni bukan nak buat yang belum kawen takut tapi ini kenyataan.


Tidak dijual


Nina jumpa fake acc IG ni masa mengandungkan Harraz masuk 6 bulan. Sejak bila hubby ada fake acc sedangkan ig sendiri pun jarang buka 😂 Rajin betul orang yang buat fake acc siap guna gambar whatsapp 3 tahun lepas dan follow pompuan seksi? 🤣🤣 Nak buat macam mana kalau hubby ada musuh dalam selimut. Buat baik macam mana pun PASTI ada yang tak puas hati. Kenali kawan-kawan suami korang yang boleh jadi pemusnah rumahtangga. Doa baik-baik semoga Allah lindungi 🤲🏼🤲🏼


22 Apr 2021

Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN

 Assalamualaikum Readers


Cara Daftar Kelahiran Anak Di JPN | Alhamdulillah semalam selesai daftar anak di JPN. Nina dah prepare borang dari hospital dan apply form di website JPN, mudah hubby nak buat urusan. Sedia maklum, urusan di JPN selepas pandemic covid ni dah lain. Semuanya kena book tarikh dahulu.


Sijil kelahiran siap

MyKid

Book date di JPN sebelum berurusan


Di sertakan sekali borang-borang lain sebagai rujukan JPN seperti sijil nikah, ic parents etc. Nampak remeh tapi dalam masa 60 hari dari tarikh kelahiran kena selesai pendaftaran anak.


Bawa dokumen yang disenaraikan


Kedua-dua borang ni akan dapat bila dah discharge. Kalau hilang kena buat report polis. Sila jaga baik-baik



Di bawah ni, Nina tunjuk step by step untuk sesiapa yang baru jadi parents. Bila borang lengkap, urusan pun mudah cuma yang lambat tu sebab tunggu giliran. 


STEP 1


Klik gambar dan terus link ke website



STEP 2 



Klik gambar untuk ke website



STEP 3



STEP 4 



STEP 5



STEP 6



STEP 7



STEP 8 



STEP 9


Pastikan semua maklumat betul dan tiada salah ejaan, nanti di kaunter JPN dah tak boleh tukar maklumat



Semoga entri ini membantu new parents. Yelah dah jadi parents, semua benda baru kena explore sendiri. Semoga urusan dipermudahkan Allah 🤲🏼

21 Apr 2021

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHAFYQAH AZHAR



 

Syarat pun mudah. Klik banner di atas dan boleh tengok syarat-syaratnya. Meh support GA sempena ramadhan ini. Berlangsung untuk 10 hari sahaja bermula 20 April - 30 April 


IMPIAN AIDILFITRI 2021


Alhamdulillah aidilfitri tahun ini lebih bermakna apabila dapat beraya sebagai seorang isteri dan ibu 😍 Walaupun rindu nak berkumpul bersama ahli keluarga yang lain seperti tahun-tahun sebelum datang pandemic. 


Semoga aidilfitri tahun ini lebih bermakna kerana masih ada kedua-dua ibu bapa yang selalu berdoa untuk Nina dan suami. 


Pokok Hiasan Beracun

 Assalamualaikum Readers


Pokok Hiasan Beracun | Yang suka bercucuk tanam atau peminat pokok hiasan elok study dulu pokok apa yang sesuai untuk hiasan rumah bukan hanya cantik semata-mata. Di rumah mak jarang tanam pokok yang berdaun kecuali pokok tu boleh dimakan. Hanya pokok berbunga sahaja di tanam dan faveret mesti Petunia dan Ros.


Pokok hiasan beracun


1. Diffenbachia

- digunakan pada mata anak panah untuk memburu di Amazon. Getah & daun mengandungi Calcium Oxalate boleh menyebabkan kegatalan, masalah buah pinggang, gastrik, saluran pernafasan,  kekejangan bibir & lidah. 


2. Pokok duit-duit

- menyebabkan kegatalan pada kulit sensitif. Mengandungi racun pada bahagian tertentu pokok. 


3. Caladium Dwiwarna

- mengandungi racun Calcium Oxalate & Asparagine. Jika termakan & tergigit boleh menyebabkan cirit birit, mata kemerahan, lidah mengelembung, mulut & tekak melecur. 


4. Nerium Oleander

- sangat bahaya pada kanak-kanak & haiwan peliharaan. Getahnya ada racun yang boleh mengancam nyawa jika terhisap/terminum. 


5. Anthurium

- jika terdedah pada racun boleh menyebabkan masalah pernafasan & kematian.


6. Zamioculcas Zamifolia

- seluruh bahagian pokok mengandungi racun. Sangat bahaya untuk haiwan peliharaan & kanak-kanak. Untuk memegangnya harus pakai sarung tangan.



Tak salah nak tanam pokok, baik check dulu pokok-pokok yang ada di kawasan rumah mana tahu mendatangkan gas-gas beracun untuk ahli keluarga tanpa kita sedar dan hari-hari menghirup udara beracun, kan bahaya tu. Harap entri ini dapat beri info kepada yang belum tahu. Sharing is caring 💜💜


20 Apr 2021

TOP Silky Miracle

 Assalamualaikum Readers


TOP Silky Miracle | Mem besar kembali dengan entri pomot detergent powdernya 😆 Selain Daia, brand TOP ni antara serbuk pencuci yang digunakan oleh mak bertahun-tahun tak bertukar. Setia betul 🤪 Dah kawen ni baru tau laki bini tak suka pakai baju bau kepam, hapak akibat baju tak kering.


TOP Silky Miracle

Kedua-duanya bau wangi fresh bunga


Nina sanggup basuh baju semula kalau tak kering disebabkan hujan. Cerewet tahap mak datin. Sukakan baunya sebab basuh semalam pun masih wangi dan bila baju kering bau wangi satu almari.


Serbuk pun halus

Setiap kali cuci baju dah seronok. Jadikan amalan rajin mencuci dalam rumah tangga, gerenti bahagia.


Antara brand pencuci yang betul-betul bersihkan baju apabila direndam terus bertukar warna air dalam mesin basuh sebelum diputar 😬 Siapa tak alergik dengan bau bunga boleh cuba.

19 Apr 2021

Bouquet Duit

Assalamualaikum Readers


Bouquet Duit | Dah jadi trend zaman sekarang jambangan bunga dah bertukar jadi duit. Nina pun teringin nak jambangan duit untuk anniversary atau birthday tapi bila fikir-fikir balik duit sah akan rosak dan staf mana-mana bank atau Bank Negara Malaysia akan maki sebab bodoh dan menyusahkan orang 🤪😂 


Bouquet jambangan duit merosakkan duit . Sumber : IG


Duit elok lepas tu dilipat, lepas tu buka balik. Macam tak ada function. Penat nak buka satu-satu dan berakhir dengan pembaziran. Alhamdulillah, nasib tak terikut-ikut. Kalau nak bagi, lebih baik bank in duit dari buat jambangan macam ni. Rasa macam mata duitan kalau dapat duit macam ni 🤣 Penggubah bunga dapat duit, duit pelanggan rosak lantak lah.


Sayang oii duit rosak, muka pun dah senget. Haha . Sumber Siakap Keli



“Nampak sangat bunga sebenar dah takda makna, ibarat cinta memang kena duit. Lagi cantik, bagi bunga hidup + transfer cash dapat 2 faedah”


 

17 Apr 2021

Tips Mudah Bersalin

Assalamualaikum Readers


Tips Mudah Bersalin | Selawat Dan Makan Kurma Bantu Mudah Bersalin | Case Nina menjadi persoalan doktor dan nurse. Macam mana dalam masa 15 minit pecah air ketuban (dah nampak kepala baby) dan terus deliver baby. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah. Masuk kandungan 9 bulan memang dah consume makan kurma hari-hari. Beruntungnya Nina bila baby umur 6 bulan, position baby dah ke bawah ☺️


Kurma Safina tak ada biji

3 April - Sehari sebelum admit. Uncle Azman belanja dinner macam tau baby nak keluar

Kerap melakukan bersama, salah satu cara mudah bersalin


Mostly first mom ni, knowledge zero kalau tak banyak membaca. Rajinkan membaca, boleh jadi tabiat tu terkenan ke baby. Anak rajin membaca. Tips Nina bersalin hanya amal 6 benda saja. Tak perlu susah-susah nak buat senaman bagai 🤣🤣


Tips di labour room

Membantu ayat ni


1. Banyakkan berjalan dan naik turun tangga


2. Masuk 8 dan 9 bulan kerap bersama suami untuk bukaan pintu rahim. Jangan risau, baby selamat. Buat dengan perlahan dan lemah lembut


3. Makan kurma 3 biji sehari dan selawat


4. Masuk wad setiap masa selawat, baca al-fatihah setiap kali sakit contraction datang.


5. Jangan lupa baca “La ila hailla anta subha naka inni kuntum minall zolimin”


6. Baca juga ayat ni masa sakit


Semoga tips ni dapat membantu bakal-bakal ibu mudah bersalin dengan selamat. Hakikatnya, Nina sakit contraction almost 28 jam. Setiap orang berbeza-beza. In shaa Allah dipermudahkan ❤️


 

16 Apr 2021

BAHARU Dove Micellar Pink Salt Shampoo And Conditioner

Assalamualaikum Readers


BAHARU Dove Micellar Pink Salt Shampoo And Conditioner | Bila dah start pantang ni. Mandi sekali sehari, basuh kepala sekali seminggu. MIL akan pesan berkali-kali. Memula tu memang lupa 😂 Nasib baik sebelum bersalin dah start pakai shampoo baru ni. Memang wangi dan lembut rambut. Alhamdulillah, dah seminggu lebih ni nampaknya hormon back to normal. Kulit muka pun tak kering dah.


Dove Micellar Pink Salt Shampoo & Conditioner




Kalau dah seminggu sekali shampoo rambut. Mengerbang macam singa tu dah pasti walaupun ikat rambut pony tails 🤣 Janji kena shampoo lama-lama untuk hilangkan kegatalan rambut Nina. Nama pun pantang, berhari lagi nak habis. Shampoo Dove baru ni ada 2 warna pink dan biru. Memang terpikat dengan warna pink lembut tu. 



Sesuai sangat dengan keadaan rambut sekarang yang oily. Janji rambut bersih dan wangi. Redha sajalah demi anak. Huhu.. Buat readers yang pakai Dove, boleh cuba beli ya. Pakai lah shampoo jenama apa sekali pun asalkan sesuai dengan rambut kita 😘

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com