22 Oct 2021

Pokka Honey Lemon

 Assalamualaikum Readers


Pokka Honey Lemon | Mesti readers blog ni akan kata eh apasal Nina asyik promote air Pokka, biasalah sekali sekala perasan jadi duta makanan apa salahnya. Siapa macam Nina nak beli sesuatu mesti baca review pengguna dulu, sila komen. 




Pokka ni kalau air kopi memang tak heavy sangat. Jujur rasanya lepas ni memang beli air Pokka size 500ml sebab berbaloi untuk diminum dan sesedap rasa. Ini minuman rare dari Pokka dan minuman terakhir sebelum Nina resign. Rasa dia masam-masam manis. Kena try! 


21 Oct 2021

Vaksin Penggalak Covid 19 Untuk 60 Tahun Ke Atas

Assalamualaikum Readers


Vaksin Penggalak Covid 19 Untuk 60 Tahun Ke Atas | Bila dapat info ni dari group whatsapp family semalam, harini terus call klinik kesihatan (call merata), nasib KK Seberang Jaya angkat. Sekarang banyak berita palsu, kena confirmkan betul-betul.




Kalau parents Nina bawah umur 60 tahun tak kisah sangat. Disebabkan mereka layak, anak-anak kena alert. Kata nurse, buat masa sekarang vaksin penggalak anak diberikan pada frontliner terlebih dahulu. Untuk orang awam, nanti akan diberitahu dalam MySejahtera untuk tarikh temujanji vaksin penggalak. Apa pun sabar menunggu ya.



20 Oct 2021

Creamy Cheese Spicy Chicken Burger McDonald's

Assalamualaikum Readers


Creamy Cheese Spicy Chicken Burger McDonald's | Dah cuba menu terbaru dari McD. Kelakar baca review sebab ramai kata sedap ada juga komen menu rotate dari McD. Alhamdulillah branch yang Nina order ni, dorang letak krim keju tu banyak. Kalau tak, jadi spicy chicken mcdeluxe 😆😅


Creamy Cheese Spicy Chicken Burger






Bila buka memang betul sebiji spicy chicken mcdeluxe yang membezakan krim, keju dan sayur. Suka tengok bentuk roti burger ni, gebu dan rasa tak sabar-sabar nak makan ditambah aroma burger yang sedap. Terdapat juga pilihan telur. Kalau belum cuba dapatkan sebelum beralih musim. 


19 Oct 2021

Pokka Premium Cappuccino

 Assalamualaikum Readers


Pokka Premium Cappuccino | Bersambung edisi promote kopi Pokka. Kalau perasan sebelum ni, waktu masih bekerja di B Braun, setiap hari boleh cuba minuman secara percuma. Peminat kopi 'light' boleh cari. Yang penting rendah lemak. Tak risau kalau minum banyak.


Sesuai di minum untuk hilangkan mengantuk bekerja waktu siang


Setakat ni tak jumpa lagi orang gemok mengaku minum kopi. Berat badan naik ni kadang bukan sebab makan nasi banyak tapi gemok disebabkan gula berlebihan dalam badan. Rasa cappuccino yang tak pekat, jangan risau masih boleh tidur malam. 


15 Oct 2021

Review Drama Korea Squid Game (2021)

Assalamualaikum Readers


Review Drama Korea Squid Game (2021) | Berjaya tengok 1st drama k-pop 🥳 Viral di Netflix sampai hubby buat notification fon lagu squid game. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. 




Squid Game mengisahkan Seong Gi Hun (Lee Jung Jae), seorang penganggur yang dikelilingi hutang. Gi Hun bergantung hidup pada emaknya yang tua, nak beli hadiah untuk anak sendiri pun tak ada duit sehingga dipandang rendah suami bekas isterinya.


Suatu hari, Gi Hun mendapat jemputan untuk menyertai Squid Game. Tiada siapa yang tahu organisasi yang menganjurkan game tersebut malah lokasinya dirahsiakan. Sebanyak 456 peserta menyertai Squid Game. Kesemua mereka mempunyai persamaan iaitu jumlah hutang yang banyak dan hadiah wang tunai jika menang game ini sebanyak 45.6 juta Won. Walaupun ada yang give up ketika game pertama, tapi memilih untuk kembali bermain game ini.





Dalam Squid Game ada 6 permainan. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak Korea, tapi dalam Squid Game, ia mencabar sebab nyawa mereka jadi taruhan. Siapa yang kalah dalam setiap pusingan akan ditembak mati. 





Semua peserta tak akan diberitahu game yang seterusnya, ada yang gigih buat bermacam cara nak tahu game yang seterusnya padahal jawapan ada di dinding tempat mereka melepak. Memang tak perasan sebab terlindung dengan katil. First game Red Light Green Light, game ni siapa gerak dia kalah terus kena tembak mahu panik. Seterusnya game honeycomb, tarik tali, main guli, lompat atas papan kaca dan squid game macam galah panjang or teng teng.




Satu lagi watak Detektive Hwang Joon Ho (Wi Ha Joon) yang menyelinap masuk ke tempat Squid Game untuk mencari adiknya yang hilang. Senang detektive nak menyamar sebab semua staf pakai topeng. Nak tahu kena tengok sampai habis siapa mastermind dalam Squid Game ni.


14 Oct 2021

Pokka Premium Kopi Susu

   Assalamualaikum Readers


Pokka Premium Kopi Susu| Fakta utama yang perlu tahu minuman Pokka tiada bahan pengawet, pewarna tiruan, real brewed dan paling penting mendapat pengesahan sijil halal. Terdapat banyak variasi minuman antaranya Asian Tea, Western Tea, Coffee, Milk Range dan Fruit Juice. Memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. 




Rasa kopi susu yang dibrewed segar dan buat mata ni bertahan untuk buat kerja-kerja rumah sebab bila ada anak kecik ni jangan harap nak dapat beauty sleep 😂😂 Rasa kopi susu yang tak terlalu pekat, goncang sebelum minum ya.


13 Oct 2021

Resepi Air Bunga Telang Lemon Madu

Assalamualaikum Readers


Resepi Air Bunga Telang Lemon Madu | Siapa kata bunga telang hanya boleh buat nasi kerabu sahaja? Dengan bunga telang boleh buat air, roti, roti jala dan lain-lain ikut citarasa sendiri. Macam orang utara kureng sikit bab nasi kerabu ni tapi boleh la makan sekali sekala. Baca 'kebaikan bunga telang'.


Air bunga telang Lemon Madu


Nampak ada 2 jenis kelopak bunga telang

Jangan confuse antara bunga telang dan morning glory, petunia . Jauh beza bentuk bunga

















Kalau rajin nak buat roti jala bunga telang, mesti cantik 😅 Ok resepi air ni sangat mudah, dah bagus diamalkan sebab bunga telang salah satu anti kanser untuk tubuh badan. Dah boleh bercucuk tanam pokok ni. Di rumah ada 2 jenis bunga telang. Best diminum sejuk-sejuk.




Bunga telang dah bertukar jadi putih dan air biru. Lepas perah lemon air bertukar ungu. Cantik!



Bahan-bahan :


10 kelopak bunga telang

2 helai daun pandan (simpul)

Ketulan ais

2 sudu gula

1 biji lemon

1 sudu madu

Nata de coco

2 sudu besar biji selasih (direndam dalam air suam)

1 tin laici


Caranya :


1. Basuh bunga telang dan rebus bersama daun pandan selama 15-20 minit (sehingga warna bunga tukar putih).


2. Tapis air rebusan bunga dan masuk ke dalam jag.


3. Masukkan kesemua bahan ikut citarasa dan siap untuk diminum.


11 Oct 2021

Ergobaby Baby Carrier Wajib Ada

 Assalamualaikum Readers


Ergobaby Baby Carrier Wajib Ada | Dah plan nak beli kalau ada yang berkenan. Tengok parents bawa baby dan guna jenama Ergobaby. Rupanya mesra baby, ada banyak jenis dan harga. Terima kasih tok anjang Harraz belikan, dapat bermacam barang 🥰 Mudah nak bawa anak jalan-jalan. Selain carrier, car seat dan stoller baby kena beli dan ajar anak guna dari awal.


Semalam 1st time bawa Harraz pi pantai. Ombak kuat pulak. Praktis nak pi cuti nanti 😂 Tak lah nangis tengok ombak


Berapa kali ajar duduk dalam car seat dah behave (keluar tanpa mama dia). Kalau ada Nina, kalau tak Harraz tak nak duduk. Duduk car seat mesti tidur

Kalau nampak Stroller kemain seronok sebab tahu nak bawa jalan. Budak-budak sekarang cerdik tak boleh bawa bincang. Haha


Elok beli seawal usia anak 3 bulan (bila badan dah keras). Ajar dari awal tak susah. Macam Harraz usia 5 bulan baru guna, memula memang nangis la sebab tak biasa. Gayat pun satu hal. Dah praktis baru ok. Hubby yang carry, Nina tak pernah lagi. Lama dah tak galas beg travel. Sah-sah anak lagi berat dari backpack 🤣🤣


Semoga murah rezeki tok anjang. Selain belikan carrier, stroller, car seat. Pampers dan baju pun beli. 


Harga boleh tengok dalam Shopee atau lazada. Murah sikit dari kedai. Pastikan original. Mudah nak pakai sebab ada tutorial cara pakai di youtube. Orang memberi, kita merasa. Rezeki Harraz semua ni. Alhamdulillah.



8 Oct 2021

Pokka Melon Milk

  Assalamualaikum Readers


Pokka Melon Milk | Pokka dah banyak keluarkan minuman perisa terbaru selain kopi dan buah-buahan ada juga teh hijau. Ramai feedback kata bagus, menarik untuk cuba semua jenis minuman keluaran Pokka. Pokka mengeluarkan lebih 60 jenis minuman dalam pelbagai bentuk packaging yang di keluarkan di Malaysia dan Singapura.




Rasa air pokka susu melon ni atau tembikai susu sedap manis-manis buah! Air dia wangi bau melon dengan warna hijau campuran susu yang menarik. Sesuai diminum sejuk. Dah berkotak-kotak Nina minum. Hehe.. yang belum cuba boleh cari.


7 Oct 2021

Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s

 Assalamualaikum Readers


Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s | Sambungan dari entri 'Apple Crumble' . Memandangkan time Nina beli kek ni order sekali dengan Apple Crumble Cheesecake. Hehe.. Alang-alang drive thru kita sauk 2 kek sekali gus. Makan sampai muak. Kek pandan gula melaka ni made by Secret Recipe tapi kalau masuk SR memang tak pernah ada. 


Kek Pandan Gula Melaka McDonald’s





Setakat ni memang pandan gula melaka memang viral. So far menepati citarasa Nina dan tentulah sedap! Rasa pandan dilapisi 2 layer gula melaka bersama topping kelapa parut. Setakat ni 3 kali dah repeat order kalau terjah McD. Jangan lupa try tapi kek ni bukan limited edition, jangan risau 😆😋


6 Oct 2021

Coconut Gula Melaka Milkshake

 Assalamualaikum Readers


Coconut Gula Melaka Milkshake | Area rumah ni banyak betul orang jual kelapa, bila ada kelapa mesti ada coconut shake kannnn.. Musim panas yang sekejap hujan lebat on off macam ni memang akan cari air memanjang. Salah satu kedai air kelapa yang baru Nina cuba menu air yang ada antaranya coconut shake campur gula melaka. 







Rasa coconut shake gula melaka ni sedap, cuma itulah sirap gula melakanya sikit sangat. Tak puas minum hehe.. Dengan setiap pembelian boleh collect cop. Selain flavour yang Nina pilih ni ada lagi cuma belum ada masa nak cuba. Lokasi area Taman Tun Sardon, Gelugor, Penang. Kalau otw nak naik Penang Bridge tu boleh la singgah nanti.


5 Oct 2021

Khasiat Bunga Telang Untuk Badan

Assalamualaikum Readers


Khasiat Bunga Telang Untuk Badan | Selain dijadikan pewarna untuk nasi kerabu sekarang dah boleh buat jus tau dan sedap diminum sejuk-sejuk, yang penting Harraz menyusu macam biasa. Benih pokok bunga telang ni dapat dari tukang urut masa berpantang dulu. Akak tu siap tukar-tukar benih bunga dengan mak 🤣🤣 sempat lagi.


Bunga telang biru




Dalam masa 2 bulan dah naik melingkar pagar beranda. Cantik bila berbunga lebat. Perasan ada 2 jenis bunga telang bila buat perbandingan dari kelopak bunga. Selain warna bunga yang cantik keungguan, meh nak share khasiat dari bunganya.


  • Antosianin ialah sejenis flavonoid yang menyumbang warna biru bunga telang. Mempunyai anti-oksida, melawan radikal bebas, anti keradangan dan anti kanser.

  • Triterpenoids sejenis komponen yang boleh didapati dalam tumbuhan herba dan buah seperti epal, kranberi dan lavender.

Nanti Nina share resepi air bunga telang pula. Memang fresh lepas minum. Nak buat nasi kerabu tak pandai. Buat yang simple sudah. 

4 Oct 2021

Sunkist Shake Shake Cool Salty Lemon Jelly Soda

Assalamualaikum Readers


Sunkist Shake Shake Cool Salty Lemon Jelly Soda | Nak cari yogurt untuk Harraz tapi takdo, nampak air tin ni menonong pi kaunter 😂🤣 Nampak menarik sangat dan daya penarik memancar ke mata. Selama ni Sunkist hanya keluarkan air perisa oren saja.


RM 4.90

Air bergas dan ada jelly


Sebelum minum kena goncang 10x, lebih tak apa jangan kurang. Tak pasal minum jelly tak hancur. Rasanya minum air soda bergas tapi ada jelly. Menarik untuk dicuba! 

1 Oct 2021

Selesai Pfizer Dos Pertama Di Setia SPICE Convention Centre

Assalamualaikum Readers


Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama Di Setia SPICE Convention Centre | Alhamdulillah, Allah maha mendengar, berkat hari jumaat dapat juga walk in di PPV. Usaha tangga kejayaan 💪🏻💪🏻 Dari kes 'temujanji ditunda' hingga ke 'peminta sedekah' . Hari-hari call no yang PPV berikan untuk clearkan nama under company dalam MySejahtera. Terima kasih yang komen bagi tips. Nak bagi tahu apps MS tu tak membantu sebab robot yang jawabkan.


Mask senget don't care haha





Ramai noks. Rupanyaa parents terlebih bawa anak

Bangunan besar ni memang berpeluh ketiak nak sampai PPV


Lepas tanya polis dia suruh Nina walk in laluan warga emas untuk daftar temujanji. Smooth saja dalam 45 minit dah settle vaksin. Lajuuu urusan vaksin di SSCC. Yang tak best, park bangunan B, nak cari entrance agak pening di bangunan C. Dah la ada 2 tempat untuk vaksin (C & D). Lepas 10 minit inject dah mula rasa pening-pening lalat dan badan panas. Call SIL bongsu suruh pick up, kereta nanti malam ambik.







30 Sept - Call no yang staff PPV bagi dan alhamdulillah panggilan dijawab. Rupanya pejabat KKM Komtar, explain dari A-Z, nurse kata doctor boleh tolong.


Hari itu juga terjah PPV Tapak Pesta Sungai Nibong tapi dah close untuk walk in sebab buka untuk students. Terjah Spice, ya rabbi ramai orang beratur. Akhirnya balik begitu.


1 Okt - Awal pagi lepas hubby pi kerja, settle mandikan Harraz, terjah PPV Spice pukul 10 pagi dengan SIL bongsu. Ramai sampai ke luar! Balik rumah makan, solat terus pi sorang. Tak berapa ada orang (solat jumaat). Lepas park, tengok-tengok dah ramai balik di entrance 🤣🤣 Rupanyaaaa...


PARENTS BUDAK-BUDAK BAWA SATU KAMPUNG KE PPV, YANG NAK INJECT SORANG SAJA 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ YANG DIBENARKAN TEMAN ANAK HANYA IBU/BAPA


30 Sept 2021

Aiskrim Onde Onde Nestle Sedap!

Assalamualaikum Readers


Aiskrim Onde Onde Nestle Sedap! | Mencabar keimanan cari aiskrim onde onde Nestle di merata-rata tempat. Akhirnya ada rezeki nak merasa. Balik market ajak SIL bongsu singgah Happy Mart nak cari roti gardenia kelapa pandan tapi tak ada, ternampak aiskrim terus borong.





Melepas kempunan nak makan. Hehe.. Aiskrim ni dah gigit separuh baru jumpa isi onde onde. Tapi rasa aiskrim tanpa isi pun dah sedap, rasa manis lemak santan dan pandan.



Aiskrim ni di luar berperisa pandan dan kelapa dengan inti gula melaka dan kelapa parut. Inti macam kuih ketayap tapi versi aiskrim. Bagi Nina kemanisan tak terlampau. Dah rasa sekali nak lagi 😆😆


29 Sept 2021

Giveaway by Shida Radzuan



Klik banner untuk join!


Dalam kesibukan jadi supermom dan superwife, blog tetap tak diabaikan. Hehe.. Oleh itu meh rajinkan diri join GA dari Shida ni.


Apa yang Nina suka blog Shida ni dari sebelum 5K followers dah banyak entri menarik, blognya mobile friendly (mudah nak bw thru phone), warna background blog semestinya berunsur biru, dan 
 menenangkan mata sesiapa yang melihat 🥰


Nyok Coconut Shake

Assalamualaikum Readers


Sejenis suka cuba minuman terutama coconut shake. Dah banyak cuba variasi coconut shake, ada yang sedap dan ada yang rasa pelik walaupun original atau mix flavour. Kadang tu peniaga main hentam letak flavour, bila minum rasa tak 'in' dengan kelapa tu.



Sedap rasa lemak lemak coconut shake, smooth airnya - RM 7.90

Coconut Shake Strawberry RM 7.90 - ngam combination tu, siap ada aiskrim perisa sama


Rasa air brand Nyok ni boleh kata sedap jugak la. Nina jenis tak suka coconut shake yang ada isi kelapa. Bila minum kerap tersedak. Brand ni baru 1st cuba, godek-godek Food Panda nampak air ni terus order bukan 1 tapi 2 🤣😆


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com