30 Nov 2021

Makan Sedap Di Pak Mat Western Penang

Assalamualaikum Readers


Makan Sedap Di Pak Mat Western Penang | Pejam celik dah nak masuk bulan Disember, dah sebulan Nina kerja. Itu yang blog terabai, sejak tak ada PKP ni Penang hari-hari jammed, sampai rumah pukul 9 malam 😓😅 Sebelum balik rumah, mesti pi makan dulu. Dapat luangkan masa makan berdua.


Home Made Meatball - RM 10.90 (meatball besar dan padat, makan panas-panas cuma sos lada hitam tak menyengat)


Restoran pak mat western ni dekat dengan ofis, dah pindah bangunan baru dan besar ni, tetap ramai. Lepas pukul 8 malam memang crowded. Makanan western di sini boleh tahan sedap. Kita bagi ⭐⭐⭐⭐


Lamb Chop - RM 17.90 (pilihan hubby, sedap lamb cuma sos lada hitam tak berapa pedas)


Spaghetti Napolitano - RM 16.90 (pilihan Nina - portion yang besar, rasa macam bolognese beza ada ayam yang di grill)


Nak makan kena beratur panjang, lepas tu tunggu di kerusi pulak



Sekali sekala boleh mai makan, yang datang cuti Penang tu singgah ler makan. Bagi Nina dan hubby, makanan western di sini masih boleh diterima tekak. Jangan high expectation macam makan di hotel sudah la. Hehe.. Lokasi waze nama resto konpem sampai.


22 Nov 2021

Subway Chicken And Cheese Toasties

Assalamualaikum Readers


Subway Chicken And Cheese Toasties | Bersiaran awal pagi ni, breakfast pun lambat. Berapa gerai di tepi jalan semua makanan habis. Mungkin keluar ke ofis lewat sikit harini. Rabak mata pagi tadi sampai rumah pukul 3 pagi dari Perlis, ikut hubby konvoi jenazah kawan baik. Last-last order FP jelah. 


Chicken & Cheese Toasties - RM 4.95


1st time Nina order menu ni, makan panas-panas best tapi macam tak sedap sebab tawar, mungkin kena letak garam sikit. Selalunya cheese rasa masin-masin sikit tapi ini tak ada rasa. 


Chicken Slice - RM 13.10


Untuk chicken slice semestinya jadi pilihan. Tak pernah jemu kecuali tukar jenis roti ke honey oat atau Italian. Sekali sekala bosan boleh order subway.


20 Nov 2021

Innershine Berry Essence Mencantikkan Dari Dalam

Assalamualaikum Readers


Innershine Berry Essence Mencantikkan Dari Dalam | Busy dengan kerja, blog terabai. Mula berjinak-jinak nak makan supplement. Ramai kata kecantikkan diri bermula dari dalam. Jika jaga dari dalaman diri kita, insyaAllah luaran cantik dari segi kulit (perangai pun). 


InnerShine Berry


Kalau nak makan buah memang susah. Semakin bertambah umur ni, makin kurang kolagen, kulit kusam dan kedutan. Hanya minum sebotol InnerShine sebelum tidur dapat mencantikkan badan.





InnerShine pati berry terbaru ni diperbuat dari 7 jenis beri antara khasiatnya :


1. Blueberries - Mengandungi anthocyanins bagi melegakan mata letih dan melancarkan peredaran darah.


2. Blackcurrant - kaya dengan vitamin C dan flavonoid.


3. Cranberry - antioksidan merawat kerosakan radikal bebas.


4. Chokeberries - tinggi antioksidan untuk mengurangkan risiko keradangan mata.


5. Strawberry - melindungi mata dan menstabilkan tekanan mata.


6. Acai Berries - mencegah kebocoran kapilari dan mengurangkan keletihan.


7. Elderberries - sumber nutrien yang sangat baik kepada kapulari urat, arteri dan baik untuk mata. 


Rasa kulit wajah lembut dan kurang berminyak. Lepas minum InnerShine jangan lupa minum air kosong 2 liter sehari untuk dapatkan untuk dapatkan kulit yang lembab.

19 Nov 2021

Menu Sedap The Coffee Bean And Tea Leaf

 Assalamualaikum Readers


Menu Sedap The Coffee Bean & Tea Leaf | The Original Mocha Ice Blended &  Jalapeno Cheese Bagel With Cream Cheese | Alang-alang balik dari bawa mak inject vaksin booster, dengar dapat upah 🤣😅 terus drive thru. Siapa nak habiskan duit mak kalau bukan Nina. Hahaha (gelak panjang dalam hati).


The Original Mocha Ice Blended - RM 14.80 . Sedap rasa kopi bercampur whipped cream, tak rasa muak sebab tak manis sangat.


Harap mak ok lepas cucuk Pfizer. 1st time mencuba kopi brand ini sebab sebelum ni more to Starbucks. Ya ampun serius sedap dan rasa kopi sebenar tanpa over manis. Terus jatuh cintaaa pada sedutan pertama 🤩 syahdunya ayat. Terpengaruh dengan beberapa blogger.


Jalapeno Cheese Bagel - RM 8.96. Sedap dimakan, dengan pembeli lebih dari RM 25 ke atas, dapat kad.


Nikmat makan dengan cream cheese, rasa pedas cili, lemak masin cheese sikit


Jalapeno cheese bagel


Kena makan panas-panas, ranggup dikunyah. Sedap gila! Cili jalapeno tu pedas tapi sedap. Roti bentuk donut dengan taburan cheese dan jalapeno. Dihidang bersama cream cheese. 


Next time ada duit lebih sikit nak cuba menu lain pulak. Semalam pun rambang mata, tak tau nak order apa. 

15 Nov 2021

Majlis Pertunangan Aida Dan Syukri

Assalamualaikum readers


Badan letih macam majlis tunang sendiri. Bukan penat sangat pun tapi penat buat aktiviti di pantai. Nasib baik buat majlis di Batu Feringghi, kalau rumah sendiri mau terbongkang, nak kemas apa yang patut. Alhamdulillah, selamat sudah SIL no. 2 tunang semalam. Dijangka majlis nikah bulan 7, 2022. Semoga urusan dipermudahkan Allah.


Sponsor cupcake. Comel!


Selamat bertunang Aida & Syukri

Pihak lelaki

Cousin hubby. Masih bujang


Selesai majlis, kitaorang have funnnnnn di pantai. Kesian tengok cousin-cousin hubby yang datang dari Rawang, masing-masing rindu nak mandi laut. Siap belanja naik Donut Slider. Harraz pun mandi laut puas-puas. Jadi anak itik sekejap dengan tok abah dia.


Donut Slider - 5 orang


Malam tu, masing-masing tidur awal. Ada sesuatu yang seram di homestay tu. Agaknya hantu pun bosan sebab PKP, rumah tak berpenghuni. Tak ada aktiviti nak buat 😂 Stress betul duduk rumah ni, kejap-kejap letrik tak ada. Kejap ada, nasib satu taman. Uncle Man (abang FIL), dia nampak lembaga dalam samar-samar cahaya masa letrik tak ada di ruang tamu.


Suasana pukul 7.30 pm

Tingkat 3. Nina tidur dalam bilik yang terbuka tu. Nasib hantu tak ganggu


Kami 3 beranak tidoq di tingkat 3. Nasib tak kena gangguan. Kalau tak, cabut lari balik rumah 😅 Esok pagi, baru Uncle cerita. Dia buat donno lepas nampak lembaga, terus tidoq. Haha.. Rasanya, kami tak nak stay di rumah ni lagi.


10 Nov 2021

Kinder Bueno Coconut

Assalamualaikum Readers


Kinder Bueno Coconut | Rasa lama tak taip blog. Tak sempat nak buat autopublish. Merata Nina cari coklat KB limited edition ni. Akhirnya jumpa di mynews. Harga RM 4.90. Nak merasa punya pasal pejam mata terus bayar. Memang sekarang ni trend semua makanan nak buat versi ada kelapa eh.





Rasanya manis betul, mungkin sebab guna coklat putih. Yang bestnya tak sabar nak makan sebab topping kelapa, bau wangi 😁 Sekali saja makan, rosak diet Nina macam ni.


5 Nov 2021

Nasi Lemak McDonalds SCM Cutlet Sedap

Assalamualaikum Readers


Salam jumaat dan selamat bekerja buat semua. 1st day kerja harap dipermudahkan Allah. Terima kasih yang sudi drop komen, ada masa Nina bw 😘 Siapa peminat nasi lemak mcd? Sedap ke tidak. McDonald's mengeluarkan set ayam baru untuk nasi lemaknya. Boleh pilih nak SCM atau GCB seketol atau berketol-ketol.





So far memang suka lah ayam nasi lemak ni sebab dah di potong siap. Sebelum ni susah sikit nak makan sebab ayam seketul. Rasa sambal tetap tip top. Pedas. Alang-alang borong nasi lemak, nampak aiskrim durian comeback terus order. Fav aiskrim sebab isi durian padu. Bosan makan nasi berlauk boleh cuba nasi lemak McD ni.


2 Nov 2021

Farm Fresh Lychee Litchi Yogurt

Assalamualaikum Readers


Farm Fresh Lychee Litchi Yogurt | Good news farm fresh keluarkan 2 perisa baru iaitu lychee dan fruit punch! Hanya jumpa laici sahaja, fruit punch masih tak keluar di pasaran kot. Produk FF ni semua sedap bagi Nina. Dah jadi peminat setia, kalau keluar beli barang mesti grab sebotol.




Rasanya sedap masam manis laici tu ada. Minum sejuk-sejuk sekejap dah separuh botol. Dihasilkan dari susu segar jadi boleh minum waktu pagi, jangan risau tak sakit perut. Dalam tengahari tu dah membuang, bagus lah. Yang belum try, cubalah kalau ternampak. Botol kecik ada jual di 7E.


1 Nov 2021

Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak

Assalamualaikum Readers


Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak | Lepas hantar hubby pi kerja terdetik nak check balance duit TH bapa tapi dia tengah kerja, terus buka akaun TH untuk Harraz sebab takda orang. Tak nak lengah masa takut terguna duit. Pastikan cap jari ibu/penjaga tak ada masalah.


Portal Tabung Haji untuk buka akaun anak





Duit Harraz dibahagi untuk TH dan ASB. Antara akaun simpanan pilihan parents selain purata dividen dan bonus tahunan paling menguntungkan dan patuh syariah. 


Slip ni tak silap guna untuk simpanan permulaan. Untuk ke 2 dah boleh thru online banking


Patut tak boleh daftar THiJARI pada mulanya, rupanya account Nina dah tak aktif. Masa study dulu dah buat account TH. Serius lupaaa! 


Lagi bagus cukup simpanan RM 1,300 boleh terus daftar haji! Daftar seawal yang mungkin tak rugi untuk anak. Nak tunggu queue p haji tu teramatlah panjanggg. Kelebihan pergi haji dengan TH ada peruntukkan contohnya boleh tengok di website - kos haji semasa dalam 22k++ dan TH akan tanggung 56% dari kos itu. Banyakkan?


Staf TH deleted akaun lama dan aktifkan akaun baru untuk Nina. Baru boleh daftar THiJARI 

Selesai buka akaun TH untuk anak


Hubby suggest buka untuk anak. Rasa seronok bila dapat buka akaun ni, ustaz cakap duit anak amanah untuk kita jaga dan hak anak. Mudah nak buka akaun anak hanya di hujung jari melalui portal THiJARI . Boleh simpan duit terus ke TH melalui online banking. Semoga bermanfaat. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com