24 Mar 2012

Gemok..Gemok..Boncit..Oh Nooooo


Dengan mata yang masih lagi stim aku terus bangun terus aku update entry pagi tadi.  Orang2 tua cakap tak baik tidoq petang2 ni takut nanti ada masalah mental dan lain2 lagi. Lagipun kalau aku terlebih tidoq bila bangun aku tanya macam2 soalan kat roomates, tak pasai2 kena marah. Okokokok aku dah start merepek beberapa baris.




Sebenarnya aku nak update pasal pagi tadi plan nak jogging menjadi jugak. Maklum lah member2 yang lain liat bangun pagi. Haha. Bila dah rasa badan tu makin gemok mula lah panik nak pegi jogging walaupun aku tak gemok mana. Tak kisah la sebab sejak menjadi rakyat Ipoh ni sekali pun aku tak pernah jogging kat Padang Polo tuhh.. kat sini memang banyak orang jogging pagi2 dengan petang. Pagi tadi aku race dengan apek veteren jadi aku kalah sebab semput. Dia pun senyum kat aku sebab aku lambat, aku pun senyum balik. Senyum itu kan sedekah. Lega aku dapat tawaf 1 padang yang agak besar sambil tengok makcik2 aerobik.



Panaskan badan dulu murid2. Korang boleh ke buat macam ni.
Alooolooo sweetnya


Aku tak gemok lagi kan kan? Timbang berat tak naik pun, naik sikit je. Still maintain tau. Aku suka dengan badan sekarang sebab makan banyak tidoq banyak pun badan tak mendadak naik. Naik se-selownya. Gemok tak lah sangat tapi sekali makan tak payah cakap. Ish..payah bebenor nak kempiskan perut kalau dah lemak tepu berkumpul lama. Rasa rimas Betul lah asyik nak kena jaga badan ni. Kalau tak jaga lagilah payah. Apa2 pun terpaksa jaga jugak sebab perempuan. Fikir2 balik penatnya jadi perempuan ni banyak nak kena jaga, jaga, and jaga. Say No to Gemok.



 Kalau dah dapat duduk bersimpuh macam ni memang confirm lemak terkeluaq sikit

Minum soya dapat putihkan kulit.. Yeayy

Macam iklan fasha sandha dalam drama apa entah


Tak kisah la gemok ke boncit ke janji hati gembira. Aku tabik dengan gadis2 ayu yang jogging pagi tadi. Bukan senang nak tengok orang perempuan jogging. Bak kata pepatah gadis lagi nampak sexy bila jogging dengan muka berpeluh2. Haha. Itu tanda dia sihat, dia rajin bangun pagi, dia rajin jaga badan, berapa banyak rajin daaaa..
Badan kurus sangat pun tak elok. Aku gemok pun hati senang, tak banyak masalah. Masalah tolak tepi ja. Makan tarik depan muka ok !



Sesi photoshoot bermula.. Bajet muka letih baq ang !



Sapa lagi kurus

Berehat sebentar

Padang Polo, Ipoh

Kanak-kanak ribena sudah penat


I Love You Malaysia ! Malaysia so hot.
Lebih panas daripada biasa. Rajin2 lah dengar Hot Fm.
Mood makan malam dah datang, hehe :) 



p/s: Semalam buat kaji selidik pasal gemok kat Z. Fariz, dia tak kisah kalau aku gemok sebab aku nak sedut lemak dia. Sebab dia pun dah chubby ! Credit to budak selipar hijau sebab snap gambaq kami.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com