15 Dec 2025

Beriadah Di Sungai Baling, Kedah

Assalamualaikum readers


Beriadah Di Sungai Ketil/Baling, Kedah | Kembali ke cerita peram dari bulan Jun lepas, kekangan masa bukan semua cerita boleh publish on time. Sebenarnya tak plan pun nak bawa Harraz mandi di sini, hari kejadian kami ke kenduri adik ipar kepada sepupu hubby di Baling.


Masa sampai tu cuaca mendung, ingatkan nak hujan rupanya tidak

Separa merajuk sebab tak bagi mandi, kalau ke mana-mana mesti spare pakaian Harraz dan tuala jadi tiada masalahnya kalau unplanned macam ni.


On the way nak balik Penang, kawan hubby call, katanya minta check kereta, bila kata lokasi ada di sungai Baling apa lagi, terus tuju ke sana. Nina memang suka bawa anak masuk kampung, tak kisah lah kampung sapa pun, janji Harraz explore tengok nature atau haiwan sebab Nina ada childhood memory begitu.


Air cetek dan tak dalam. Kedalaman paras pinggang.



Geram tengok itik putih gebu, itik tu kepunyaan orang kampung sebelah.

Sungai rupanya di kaki Gunung Baling



3 jam juga kami habiskan di sungai tu, baru tahu ada chalet, homestay dan campsite di sepanjang sungai Ketil/Baling, depan meja lepak kami ada sebuah family dari KL, seronok anak dia sewa pelampung besar naik dari hujung hingga ke chalet dorang. Sewa RM 5. Sesiapa yang sukakan suasana kampung dah boleh survey atau plan cuti sekolah bawa anak-anak ke sini.


Autopublish

11 Dec 2025

Walch Washing Machine Cleaner

Assalamualaikum readers


Walch Washing Machine Cleaner | Sebelum ni ada shared guna Det*** untuk cuci mesin basuh tapi selepas tau kena stop beli terus cari alternatif lain. Cari dan cari maka jumpa brand Walch ni di Shopee. Selidik background, asalnya company Germany dan tidak menyumbang kepada negara Isra** (faham kan maksud Nina).


Harga 1 botol RM 14.49 tapi dapat beli dengan harga RM 13.29

Maaf blur pulak


Guess what? Lepas cuci, kotoran keluar lagi, last cuci awal bulan 9 haritu tapi selepas cuci guna Walch, rupanya lebih banyak kotoran keluar. Alhamdulillah dah jumpa yang bagus confirm takkan tukar brand lain. Tak sia-sia beli sebotol dan 'tub clean' . Walch washing machine cleaner ini sesuai untuk front load dan top load. Ada 3 jenis bau : Original, Pine dan Lemon.



Ada juga kotoran yang melekat di lantai bilik air tapi agak geli nengoknya


Ada nampak mana-mana seller akan buat promotion beli 2 atau 3 botol sekali gus harga lebih murah. Tambah-tambah nak dekat dengan sale 12.12 😁 Lepas ni boleh borong sebab dah nampak kesan.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com