13 Nov 2025

Pengalaman Temuduga 99 Speedmart

Assalamualaikum readers


Pengalaman Temuduga 99 Speedmart | Setahun sudah jadi surirumah sepenuh masa menjaga anak, bapak kandung dan anak mama mentua 😂😂 Yang paling mudah di jaga haruslah anak sendiri. Orang tanya kenapa tak kerja?? Bukan taknak kerja tapi sudah tertulis Nina masih belum boleh bekerja.




Bulan Julai yang lepas, selepas cuba apply kerja di JobStreet, Indeed masih tak dapat panggilan temuduga, ajak hubby keluar cari kerja di sekitar rumah dan nampak iklan jawatan di 99 Speedmart (2854), Jalan Telaga Air. Bercakap dengan manager, dia bagi no untuk Whatsapp, dan sungguh baik, dia tolong applykan untuk Nina 😍 2 minggu lepas tu dapat call dan email untuk interview, alhamdulillah hari IV tu ada 11 orang calon untuk position management. Gerak awal ke Warehouse 99 Speedmart, Batu Kawan sebab jauh dari rumah.




Sebelum sesi temuduga di jalankan, kena isi application form dan "Sesi Taklimat" ringkas mengenai jawatan, background syarikat, shift waktu bekerja, gaji dan semua yang berkaitan pengurusan kedai. Jangan risau interview dalam bahasa Melayu. Antara soalan-soalan temuduga :


1. Latar belakang diri dan pengalaman kerja.

2. Adakah anda mempunyai kenderaan sendiri? Tidak kira kereta atau motosikal sendiri.

3. Adakah anda boleh bekerja semasa hari perayaan, cuti umum dan hari minggu?

4. Sila berikan 4 outlet yang ingin anda bekerja dan berdekatan dengan rumah.

5. Kenapa anda berminat untuk memohon pekerjaan di 99 Speedmart?

6. Adakah anda sanggup menguruskan barangan alkohol seperti Arak?

(part ni memang speechless nak jawab sebab kita as muslim  bekerja dalam sektor yang ada kaitan dengan arak pun dah dikira haram)


Untuk persoalan di atas, antara sebab-sebab ditanya soalan tersebut:


a) Assistant Manager perlu ada kenderaan kerena mereka tidak akan duduk satu cawangan sahaja. Mereka ada juga ditugaskan untuk jaga 2 cawangan dalam satu masa dan juga kena "cover" cawangan lain.


b) Kalau bekerja dalam bidang peruncitan, semestinya kedai akan dibuka setiap hari sepanjang tahun. That's a normal life for a retailer.


c) 99 Speedmart jual minuman alkohol dan ada makanan tin khinzir. Jadi mereka perlukan Manager yang boleh tolerate dengan pengurusan ini.


Selain itu, ada dijelaskan Supervisor, ABM akan mudah naik jawatan kerana mereka perlukan ramai Manager disebabkan store bertambah setiap bulan dan tahun. Jadi tak stuck untuk satu position yang sama untuk tempoh lama. Ada jelaskan mengenai insentif tambahan kalau dapat capai target sale kedai dan sebagainya. Janji kena jaga prestasi kedai dan masa Stock Take


Sudah ada pengalaman kerja retails jadi bekerja ada shift ni memang ada hari yang kena kerja Full Shift. Kerja dari 9 pagi sehingga 10 malam. Lack of work life balance dan mental jangan koyak. Untuk yang fresh graduate dan nak mencari pengalaman, mungkin ini salah satu platform tapi kena sedia maklum macam mana "work culture" dalam 99 Speedmart.


Training program is around 10 days

Dalam masa 7 hari (waktu bekerja) dapat call mengatakan berjaya dalam temuduga. Mama mentua ada cakap dia sentiasa doa dipermudahkan urusan anak menantu tapi lepas dengar bab arak tu, dia suruh cari kerja lain 😂 Datang pula ujian 11 hari sebelum start training, kaki bapak patah. Call HR, dorang bagi postponed training untuk seminggu sahaja. Sedangkan buka simen bulan September. Lepas bincang dengan berat hati terpaksa rejected 😭 Kawan sekolah ada tolong apply semula position tapi selepas 3 minggu masih belum dapat call, faham-faham sajalah.


Harap dengan posting ini membantu korang yang bercadang nak bekerja di 99 Speedmart. Semoga berjaya 💞


Autopublish

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com