10 Mar 2014

Review Filem 300 : Rise of an Empire

Assalammualaikum.


Review Filem 300 : Rise of an Empire | Baru sempat nak tengok wayang ni.. budak2 bawah umur 18 tahun tak dibenarkan tengok sebab mempunyai unsur2 ganas dan kalau sesiapa yang tak tahan tengok darah dan pembunuhan kejam baik lupakan hasrat tu. Bahaya beb.. Tak sangka harini ada sale sempena Hari Wanita Sedunia. Apa lagi angkut baju berhelai-helai dan dapat juga try makan McD yang terbaru tu. Serius tak sedap, ayam black pepper rasa masin -_____-"






 Sinopsis 300 : Rise of an Empir



Menyambung kisah filem 300 pertama di mana Raja Greece, Leonidas dan 300 askarnya tewas di tangan tentera Parsi. Kini tentera Parsi dalam perjalanan menyerang negara Greece dengan bala tenteranya yang dahsyat. Kisah ini diceritakan oleh Queen Gorgo dalam usaha membalas dendam di atas kekalahan dan kematian suaminya dan bergabung untuk menjatuhkan Empayar Parsi yang diketuai King Xerxes. Tentera yang diketuai oleh Thermistocles yang menyebabkan kematian ayah King Xerxes. 



King Xerxes dengan bala tenteranya

Queen Gorgo dan Thermistocles

Thermistocles cuba berbincang



King Xerxes mendapat keberanian untuk bangkit menjatuhkan Greek selepas Artemisia menghasutnya untuk membalas dendam. Selepas melalui ritual sihir, King bangkit dengan kuasa yang kuat. King mengarahkan Artemisia mengetuai pasukan tentera di laut manakala King Xerxes di daratan. Apabila Thermistocles cuba dapatkan bantuan Spartan, Queen Gorgo menolak untuk menyertai pakatan kerana telah ditawarkan tanah dan air oleh King Xerxes jika tak menyertai peperangan itu. 




Mereka diserang

Bala tentera Leonidas


Artemisia



Apabila tiba hari peperangan, Thermistocles mendapati tentera kapalnya sangat sikit berbanding tentera Artemisia yang memiliki beribu-ribu kapal perang. Ini semua terserah kepada Jeneral Thermistocles untuk mempertahankan Greek dari dijajah tentera Parsi dan harus menggunakan strategi peperangan untuk mengalahkan Artemisia, laksamana tentera laut Parsi. Apabila pertempuran pertama berjaya mengalahkan tentera Parsi. Artemisia berjumpa dengan Thermistocles untuk offer supaya menjadi orangnya.



Rasanya kalau lelaki lain kena goda, mesti menyerah kalah kan? tapi tidak bagi Thermistocles yang berasmara dengan Artemisia tapi still tak terima offer. Itu yang buat Artemisia geram. Hahaa.. Ada scene 18sx, faham-faham jelah kalau tengok tu.




Thermistocles dan tenteranya menyerang

Bawah kapal ni ada hamba-hamba yang dijadikan pengayuh


Artemisia berasmara dengan Thermistocles demi perang



Aku memang tak suka sangat scene bertempur dengan darah2 tapi aku suka tengok strategi peperangan Thermistocles yang bijak tu. Lagi pun perang di laut mesti kena buat strategi bagus. Kalau nak tengok lastly jadi apa kena tengok sendiri sebab Artimesia kena bunuh dengan Thermistocles. Haa.. jahat sangat mesti akan mati walaupun muka cantik. Kesimpulannya hati busuk. BEWARE.



Last Battle sebelum di mati dibunuh


Moral, perempuan dan dendam boleh meruntuhkan empayar sesebuah kerajaan dengan menggunakan rupa, tipu muslihat dan kata-kata yang menghasut. Pulak tu, ada kisah disebalik hidup Artemisia dimana dia orang Greek dan family dibunuh oleh bangsa sendiri dan dijadikan hamba sebelum dia selamatkan oleh orang Parsi.



Faveret Quotes : " I'd rather die on my feet than live on my knees. " kata Thermistocles bila disuruh menyerah kalah oleh Artemisia. 


3/5*


p/s: Gadis kalau tengok mesti melting dari start movie sampai last sebab tengok badan tough2. Hihi


17 comments:

  1. Tak nak komen pasal movie tu sebab aku tak minat sangat that kind of genre. Ayam tu masin? Ada rasa pedas tak? Dalam radio beria cakap pedas.

    ReplyDelete
  2. Ktepun dah tengok cerita ni, best.. tapi tu laa, mesti ada next episode lagikan :)

    ReplyDelete
  3. cerita nie best tapi yang no 1 lagi best rasanya..pada pendapat saya yang nie kurang skit best mungkin sebab banyak navy battle kot..hehhe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. cerita nie best tapi yang no 1 lagi best rasanya..pada pendapat saya yang nie kurang skit best mungkin sebab banyak navy battle kot..hehhe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. kwn sy g tgk cite ni...dia kt mmg x susuwai utk bwh umur sbb ganas giler

    ReplyDelete
  6. cite nie 18 thn ke atas.. hehe...

    ReplyDelete
  7. Hebat..mesti best ni kan nina..

    ReplyDelete
  8. Seronokkan Nina....dah ada duit sendiri....boleh makan makan, boleh shopping shopping ...hehe
    Mcm tak best jer cite tu .... ganas!

    ReplyDelete
  9. confirm yg tabur garam mcd tu tengah berangan ... betul2 shopping nih .

    ReplyDelete
  10. wah x leh tgok la nina..
    x ckup umur lg saya.. he..he..
    mnabung di sini ya..

    ReplyDelete
  11. Da lupa cerita dia camner.kena tgk balik ni pastu baru tengok part 2 punya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum....macam menarik untk d tonton cerita ni...

    ReplyDelete
  13. Eloklah mcd tu tak sedap
    Sebab orang putih pun boikot :)

    ReplyDelete
  14. saya dah 18 hahahaha, xlayan lah cita nih hehe. geli geleman nengok bunuh pembunuhan nih heww

    ReplyDelete
  15. Amboi.. yang single je boleh tengok filem ni?

    50kg seronok ? Orang bujang ya.. kalau akak ni 46kg tapi buncit perut.. oooh tak suka..

    ReplyDelete
  16. sekarang teringin nak tengok Divergent je.. download online :3

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com