31 Jan 2021

Resepi Kari Ayam Mudah

 Assalamualaikum Readers


Resepi Kari Ayam Mudah | Sejak jadi bini-bini ni, ada orang rumah beletiaq (bebel) dah lama tak masak gulai ikan/ayam macam zaman tunang. Situasinya market area rumah ni berkerumun beli ikan macam dapat free. Nak beli ayam, sayur pun macam tu. Tak kira makcik-makcik membeli sambil membawang (kena covid baru padan muka). Bengkak hati rasa macam nak tegur. 


Resepi Kari Ayam Mudah


Disebabkan ikan malas nak beli maka jadilah gulai ayam. Kuahnya sedap dicicah bersama roti gardenia 😋😍 Pastikan masak tu kuah lebih sikit. Resepi dari mak ni semua mudah, hang jangan malas masak sudah. Semudah A B C 😎 



Bahan-bahan :


6 ketul ayam

2 biji bunga lawang, bunga cengkih

setengah kayu manis

1cm halia

2 bawang merah

3 bawang putih

1 paket serbuk kari daging BABA'S

1 ketul ubi kentang size besar

6 sudu besar santan

2/3 helai daun kari

1 sudu kerisik

Gula, perasa dan garam secukupnya

Air secukupnya (3 cawang mug)


Tumis semua bahan

Rebus ubi sehingga empuk

Rebus ayam juga hingga masak

Masuk kerisik ngam rasanya


Cara-caranya :


1. Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk/blend.


2. Tumis bahan tumbuk dan rempah (bunga lawang, kayu manis etc) sehingga naik bau dan masukkan air.


3. Masukkan rempah kari ayam dan kacau sehingga naik minyak.


4. Masukkan ubi kentang dan rebus hingga empuk.


5. Masukkan santan dan kerisik serta ayam.


6. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan perasa secukupnya bersama daun kari. Siapp!


30 Jan 2021

Aiskrim Nestle KitKat Sedap

 Assalamualaikum Readers


Aiskrim Nestle KitKat Sedap | Akhirnya teringin dan terbeli jugak di Shell. Memang sedap especially the outer layer so yummey 😍😋 Beli then masuk kereta terus makan. Nampak sangat tak boleh tunggu. Aiskrim KitKat dari Nestle ni masa dulu memang viral. Sangat rich dengan rasa biskut KitKat. Puas hati makan, sebiji macam biskut yang ditukar ke aiskrim. 


Aiskrim Nestle KitKat - RM 4.50

Rich dengan biskut KitKat


Kalau belum cuba lagi pi cari cepat sebab memang tak akan menyesal. Dok perati lama dah aiskrim ni memang tak pernah tak laku. Mesti laku keras di Shell dan 7E. Nasib baik bukan limited edition. Tak silap di Tesco ada jual dalam kotak (4pcs).


29 Jan 2021

Starbucks Asian Dolce Latte

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Asian Dolce Latte | Dah janji pada diri quota untuk Starbucks bulan ni dah patut stop. Tapi sebagai kakak ipar yang baik hati lagi cantik ni, dia ajak jugak SIL bongsu pi Starbucks untuk release tension exam. UiTM ni kalau nak buat exam jangan lah direct hari-hari. Stress oii.. Course admin pulak, banyak menghafal dari mengira 😒😔 


Starbucks Asian Dolce Latte

Double-shots of the premium, dark-roasted Starbucks Espresso Roast, combine with the uniquely developed dolce sauce


Suggest suruh dia try Starbucks Smoked Butterscoth sebab SIL jenis tak makan kacang apatah lagi pistachio. Sampai di depan kaunter lain pulak, budak ni nak kena luku (ketuk) kepala dengan Nina. Cepat-cepat dia bayar guna apps 😘😅 Nasib baik Nina order cawan kecik sebab takut tak sedap. Sekaliiiiii minum sedap!! Flavour Asian Dolce Latte ni comeback selepas dikeluarkan pada tahun 2013 tak silap. Kalau belum cuba boleh try. Tak manis sangat. Suka bab tu. 


Menjadi Pengunjung 1,355,000 ! Blog Syaz Eym

 Assalamualaikum Readers


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa pun tak tau kecuali tuan empunya blog 😁😄 Malam kejadian tu, balik dari menternak lemak rumah MIL, baru perasan tak off PC. Nak buat peta dunia, perut masih kenyang jadi layan blog dulu. Buka blog Syaz Eym nampak pageviews dah hampir sambil komen sambil screen shot.




Seperti yang dijanjikan, Syaz ada kirim hadiahnya rabu lepas sampai. Rupanya dihadiahkan sehelai tudung bawal. Cantik corak bunga-bunga putih purple. Terima kasih banyak-banyak. Rajin-rajin singgah blog Syaz 😍

Giveaway Sii Nurul

 


Klik banner untuk join! Penyertaan sangat mudah 


Alhamdulillah rezeki Nurul tahun ni lebih jadi boleh buat giveaway untuk followers dan rakan blog. Semua penyertaan akan disenaraikan dalam bloglist. Cabutan bertuah akan dilakukan dan 2 orang pemenang giveaway akan menerima wang tunai RM50


28 Jan 2021

Mamee Monster Thin Thin Seaweed

 Assalamualaikum Readers


Mamee Monster Thin Thin Seaweed | Kes terjebak dengan SIL bongsu, setiap kali kami pi memborong dengan MIL di Tesco mesti dia akan beli ni. Dalam hati sedap sangat kah? Ada 2 perisa jadi Nina beli seaweed dulu sebab nak tau apa rasanya. Lagi-lagi kes terpengaruh 😂😁 Alang-alang hubby bagi duit belanja add on stok dapur why not masuk sekali list jajan. Hehehe..


Mamee Monster Thin Thin Seaweed

RM 3.49 di Tesco

Dalam 1 pek ada 8 keping cracker


Honestly, bentuknya macam makan cracker. Cuma selama ni Mamee Monster mana ada jual biskut kan? Not bad rasanya macam makan biskut nipis dan ranggup perisa rumpai laut. Macam makan keropok rumpai laut. Sesuai untuk kanak-kanak tapi yang beli mak budak 😉😂 Elok makan keropok puan Nina. Macam tak sesuai dengan umur. Haha.. Ranggup di kunyah sambil layan drama/blog. 


27 Jan 2021

Cornetto Raspberry Yoghurt

 Assalamualaikum Readers


Cornetto Raspberry Yoghurt | Semenjak PKP 2.0 ni banyak sungguh iklan makanan terutama aiskrim menari-nari di TV dan socmed. Menyampah tapi pi beli jugak. Hehe.. Maaf sebab buat pembaca semua kempunan. Tak lah nampak kejam sebab tak include sekali dengan video. Aiskrim yang sold out tu, Nina dah order dalam Shopee. Jangan kata tak ikut peredaran masa sudah. 


Cornetto Raspberry Yoghurt


Cornetto Raspberry Yoghurt hanya edisi terhad sahaja dan memang sedappp terutama peminat strawberi, yogurt dan masam manis macam SIL no 1. Apa saja benda masam manis dia suka. Nina pun beli untuk dia, makan tak tengok kiri kanan. Aiskrim yang dihiasi sirap strawberi dan taburan butter cookies! Boleh pi cari sebelum kehabisan stok di 7E dan petrol station.  


Dihiasi sirap strawberi dan taburan butter cookies


Dah rasa blog ni memey tukar jadi blog promote makanan 😂😃 Ni haa si Anies tukang promote dalam whatsapp, lagi bahaya. Baca malam-malam memang tak la. Sharing is caring, banyak lagi menu-menu yang kami tak cuba. Harap bertabah masuk blog Nina 😋😅 

26 Jan 2021

Top Komen Blog Tahun 2020

Assalamualaikum Readers 💗 


Masih belum terlambat nak war-warkan berita ini. Terima kasih kerana sentiasa memeriahkan blog Nina. Nak senaraikan top komen 2020 yang sangat dihargai. Kengkawan lain yang tak tersenarai tapi rajin singgah dan drop komen pun dihargai juga. Adanya mereka, blog ni masih wujud dan alhamdulillah masih suka menaip walaupun mood tenggelam timbul dari zaman study-kerja-kawen. Jemput ke blog-blog yang tersenarai 😍













Ada juga antara nama-nama yang masih setia menjadi top komen 3 tahun berturut-turut. Untuk itu, Nina ada special kiriman untuk tanda penghargaan. Ada juga lamsam sekali untuk top komen tahun-tahun sebelum ni. Hehe.. Minta jasa baik kengkawan yang tersenarai untuk email nama, alamat dan no.fon ke amaninamads@ymail.com untuk pos parcel. Untuk pengetahuan, parcel akan dipos secara berperingkat bila keadaan kes covid di Penang turun. Mana-mana poslaju tengah sesak dan beratur panjang. Semoga kita dilindungi Allah. Stay safe semua 💕


Kellogg’s Nutty Choc Cereal Bar Sedap

 Assalamualaikum Readers


Kellogg’s Nutty Choc Cereal Bar Sedap | Ini antara cereal bar fav, kalau travel mesti bawak. Makan buat lapik perut kalau ke kawasan yang tak ada jual makanan. Nina terjumpa di Shopee. Murah pula, terus grab. Rupanya sekotak tak cukup. Hehe.. Kena order lagi nampaknya 😂😂 Kellogg's cereal bar ni susah nak jumpa kat luar. Yang banyak cereal macam Koko Krunch tu.


Kellogg’s Nutty Choc Cereal Bar


Dalam 1 kotak ada 4

Padat dengan kekacang, beras, oat dan coklat

Jadi ahli Shopee_Mart, semua murah


Di dalamnya ada coklat dan campuran kekacang (badam dan kacang tanah). Sedap makan begitu saja atau disimpan dalam fridge pun ok. Makanan ni boleh simpan dalam handbag juga, dulu balik kerja bila stuck dalam jammed mesti cari makanan yang ada dalam beg. Tambah-tambah balik cuaca hujan lebat. Boleh krik krik dari ofis sampai rumah. Boleh cuba berbaloi beli.   


25 Jan 2021

Magnum Cookies And Cream

Assalamualaikum Readers


Magnum Cookies And Cream | Aiskrim Magnum ni mana pernah tak sedap. Semua perisa Nina dah try. Memang boleh ketagih tapi tak boleh kerap makan. Manis sangat. Boleh cari di 7E atau petrol station. Cuaca panas-panas memang best simpan stok aiskrim buat sejuk tekak. 


Magnum Cookies & Cream

Cantik taburan biskut oreo

Rasa balance manis berlemak dan kurang manis bahagian dalamnya


Rasa Magnum Cookies & Cream ni sedap tapi di bahagian luar saja. Rasa salutan coklat putih dan krim berlemak dan serpihan biskut oreo di luar. Kalau bahagian dalam tu tak rasa manis sangat, nice saja. Seimbang rasanya di luar manis di dalam tak manis. Balance manisan dalam aiskrim magnum ni. 

 

24 Jan 2021

Resepi Ayam Tumis Serai

Assalamualaikum Readers


Resepi Ayam Tumis Serai | Sementara kita masih lagi dalam fasa PKP 2.0, pasti duduk rumah 24 jam akan lapar dan tahap kemalasan melampau tu akan diselubungi misteri. Masing-masing akan fikir tiap-tiap hari nak masak apa kan? Sebab Nina pun macam tu jugak. Mana ada orang rajin 24 jam. Ini antara resepi yang di ambil dalam buku resepi mak tempoh hari. Sediakan resepi dulu sebelum pkp. 


Tak ada kunyit hidup, boleh guna serbuk kunyit


Resepi ni tak susah nak masak. Nina share resepi semuanya mudah dimasak dan cepat. Bukan spesis suka duduk dapur berjam-jam untuk masak. Haha.. Banyak lagi kerja lain nak kena buat. Kalau WFH tu lainlah, kalau yang masih lagi keluar bekerja. Balik kerja mesti nak masak menu yang mudah dan cepat. Tambah-tambah untuk menu bulan puasa nanti.


Guna isi ayam bahagian dada

Sukatan santan boleh tambah/kurang

Resepi Ayam Tumis Serai


Bahan-bahan :


7 ketul ayam

3 cawan santan

1 keping asam gelugor

Garam secukupnya

5 tangkai cili api

1cm kunyit hidup

1cm halia (SEMUA BAHAN YANG BERTANDA DI KISAR HALUS)

1 batang serai

1 helai daun kunyit

1 camca besar serbuk cili


Caranya :


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.


2. Masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit.


3. Tuangkan santan dan masak bersama ayam hingga empuk.


4. Masukkan asam gelugor, garam secukupnya. Siap untuk dihidangkan.


23 Jan 2021

Julie's Wafers Cheesy Duo

 Assalamualaikum Readers


Julie's Wafers Cheesy Duo | Lapar sambil berblogging ni memang kena selongkar dapur. Maka terjumpa lah di kabinet atas wafer ni. Baru teringat MIL belikan bulan lepas. Duduk berdua tapi stok makanan macam dalam rumah tu ada budak-budak. Hehe.. Kalau perasan brand Julie's ni banyak keluarkan wafer dan biskut. Yang ini, belum pernah cuba lagi. Menariknya ada 2 jenis cheese di dalamnya.


Julie's Wafers Cheesy Duo



Rasa gabungan cheddar cheese dan parmesan cheese, rasa masin-masin lemak gitu. Tak boleh makan banyak nanti badan naik berkilo-kilo nak salah siapa 😂😋 Sesuai untuk snek minum petang sambil layan blog. Tak terlalu manis tu yang best. Tak pasti harga berapa, beli di Tesco. Nanti cuba, peminat cheese mesti suka.


22 Jan 2021

Cornetto Dark Chocolate Brownie Dan Yeos Lemon Barley

Assalamualaikum Readers


Cornetto Dark Chocolate Brownie Dan Yeos Lemon Barley | Cerita semalam, pagi-pagi dah keluar pi servis kereta di Perodua Patani Road (tempat kerja lama hubby). Rindu nak bersembang dengan ex officemate sejak PKP dah jarang jumpa. Tak payah buat appointment terus walk in. Selesai terus ke Tesco, tambah stok dapur. Masih ramai buat panic buying, rak kosong dari start PKP hingga sekarang 😂 


Aiskrim Magnum semua dah cuba!
Mekanik Perodua di sini memang teliti betul servisnya. Harap pelanggan jangan komplen lambat bla bla. 1 kereta 1 mekanik kot

Hairan betul dengan orang Gelugor ni. Rak jajan pun hampir clean & clear. Betul-betul nak jadi 1 daerah yang tak ada kes covid. 

Cornetto unicorn tetap di hati


Selesai beli barang, singgah 7E sebab cuaca sekarang panas betul. hari-hari rasa nak makan benda sejuk. Nak cari aiskrim kitkat viral tu sold out semua 7E. Maka belikan cornetto untuk Nina dan SIL no.1 yang hantu strawberi. Baru tau Cornetto pun ada aiskrim perisa baru.


Cornetto Dark Chocolate Brownie. Menarik betul packaging - RM 3.70

Taburan brownie dan sos coklat di atas aiskrim


Cornetto Dark Chocolate Brownie cantik packaging. Buat peminat dark coklat dan brownie boleh cuba. Rasa coklat yang mewah, sedap makan. Di atas topping dihiasi dengan brownie, bila dah habis makan, akan rasa aiskrim dark chocolate. Sekarang musim keluarkan brownie kot ala McD chocolate brownie McFlurry.


 Yeo’s Lemon Barley - RM 3


Nina grab juga air Yeo's Lemon Barley. Ada nampak iklan di blog siapa tak perasan. Air ni dah lama ada di pasaran cuma tak pernah beli. Nikmat sangat minum air ni sejuk-sejuk. Sedap, rasa ringan dan segar cuma manis. Rasa lemon tak kuat memang ngam dengan barli. Kalau singgah 7E, jangan lupa cari. Sekian sudah entri promote jajan 7E. Hehe..


21 Jan 2021

Cara Daftar Akaun myASNB

 Assalamualaikum Readers


Cara Daftar Akaun myASNB | Dah check dividen ke belum? Alhamdulillah dapat juga keluarkan hasil untuk bayar apa yang patut bila tak kerja ni. Orang mesti fikir, tak kerja pun nampak ke sana ke sini, beli itu ini. Sibuk jaga tepi kain orang saja. Itu semua rezeki, walaupun jadi suri rumah tapi bulan-bulan simpan duit dalam akaun ASB dan ASB loan. Hasil terjumpa duit dalam poket seluar hubby, dalam kereta pun masuk tabung. Dah diamanahkan jadi bini memerangkap bendahari dalam rumah.


Cara Daftar Akaun myASNB


Dulu susah sikit, nak keluar/masuk duit kena guna buku pelaburan sekarang dah mudah boleh check simpanan dan simpan duit ASB thru online banking. Sangat-sangat mudah, jangan ada alasan tak nak savings. Yang belum buat akaun boleh follow step by step sebab masih ramai orang muda tak tahu cara daftar akaun based on situasi masa beratur di pejabat ASB awal bulan haritu. Bila ada akuan, selamat sikit sesiapa pun tak tahu berapa savings kita 👍😉 


STEP 1


Pergi ke link - https://www.myasnb.com.my/


STEP 2

STEP 3

STEP 4

STEP 5

STEP 6

STEP 7 (DONE)


Mudah kan nak daftar. Jangan lupa simpan baik-baik password. Sekarang ni sesiapa pun tak boleh percaya kecuali parents sendiri. Yang dah married, kalau suami jenis bukan mata duitan boleh share. Dengan ekonomi negara yang tak menentu ni, memang tak nak BOROS, duit simpanan untuk hari tua bukan untuk perabis zaman muda. Itu my way, kalau ada rezeki lebih boleh buat ASB loan.  


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com