28 Mar 2020

Resepi Roti Sosej Cheese Bakar

Assalamualaikum Readers



Resepi Roti Sosej Cheese Bakar | Roti sosej cheese sesuai untuk sarapan dan minum petang. Hari ke 8 RMO iaitu 25 Mac lepas, Nina bakar roti ni untuk minum petang dan sarapan esok hari. Sekali bakar dan bila siap boleh simpan dalam tapaware 😝😬 Sejak kerajaan bagi cuti ni, hampir setiap hari kena exercise kalau tak badan rasa pelik semacam, seluar pun dah ketat. MashaAllah dalam seminggu tak pasti berat naik berapa kilo. Asyik makan tidur pun bahaya juga kalau tak keluarkan peluh. 



Roti sosej cheese bakar

Benda ni berhantu, lepas keluar 20 minit dari oven dah hilang



Asyik masak menu nasi lemak la mee goreng, nasi goreng, bihun goreng apa kata tukar selera. Pagi-pagi makan benda bergoreng pun tak bagus juga. Menu ni adik beradik Egg Benedict tapi lain sikit. Kalau nak roti nampak macam kelopak bunga rose 🌹 kena potong roti bentuk bulat dan gelek jadi nipis sebelum masuk dalam bekas muffin tapi Nina malas 🤪🤪 



Bahan-bahan nak buat roti sosej cheese bakar



Roti sosej cheese bakar ni nampak macam susah nak buat. Banyak step tapi sekali sekala bila rajin kena lah buat since Gardenia umumkan stok rotinya di tahap ‘nyawa-nyawa ikan’ sampai ada yang kejar lori roti 😂😂 Akhirnya kami anak beranak decide nak beli stok beras sahaja. Roti memang sedap tapi tak tahan lama, selang 2 3 jam lapar. Nasi juga yang dicari. Meh Nina nak tunjuk step by step nanti boleh buat untuk anak-anak. Mesti duduk rumah anak merengek lapar tapi tak tahu nak masak apa 🤭😉



Sosej terpulang nak letak seberapa banyak pun boleh

Dah siap letak telur dan mozarella cheese boleh bakar


Bahan-bahan :


Roti secukupnya
2 Batang sosej (dipotong bulat dan nipis)
Mozarella cheese
Sedikit oregano
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
1 Biji telur
Butter
Acuan muffin


Cara-caranya :


1. Roti dibuang kulit tepi, dipotong dan digelek nipis.

2. Acuan muffin disapu butter.

3. Roti tu nak gelek atau tak mau gelek pun boleh (option). Pastikan di sapu butter ke dua belah sebelum masuk ke dalam acuan muffin.

4. Masukkan sosej ke dalam roti.

5. Panaskan oven suhu 150’C.

6. Pukul telur menggunakan garfu. Masukkan garam, lada hitam dan serbuk perisa.

7. Tuang telur ke dalam roti menggunakan sudu.

8. Taburkan mozarella cheese dan oregano.

9. Masukkan ke dalam oven, bakar sehingga roti kekuningan dan bakar selama 20 minit. Selepas siap dibakar, angkat dan boleh dihidangkan.



Selamat mencuba! 👩🏽‍🍳


26 Mar 2020

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum Readers



Resepi Ayam Goreng Kunyit | Ayam Goreng Kunyit Sedap | Semalam masak lauk ini untuk makan tengahari sebab campak-campak dah siap 😬 Sebut saja ayam, dalam kepala bermacam resepi keluar 😋😋 Stay at home and gain your weight 😬 Terbayang pelbagai masakan ayam yang boleh dimasak antaranya ayam goreng kunyit bersama sayuran. Dah lama teringin nak makan tapi hari ke 8 PKP dapat masak. Ayam goreng kunyit kalau makan dengan tom yam memang sedap tapi kalau makan di kedai-kedai makanan Thai terlalu banyak minyak dan MSG. Bahan-bahan ini untuk dimakan 2 orang saja. Masa untuk memasak hanya ambil masa 30 minit sahaja. 


Ayam Goreng Kunyit


Ayam goreng kunyit ini sedap dimakan panas-panas dan confirm tambah nasi 😂😂 Macam mana nak jaga badan ni, kalau tambah lagi cuti 2 minggu 🤦🏻‍♀️😅 Yang bosan tak tahu nak masak apa boleh cuba masak. Suka kunyah sayur-sayur tu krup krap ranggup dimakan bersama ayam.



Lobak merah, kacang buncis dan kobis bunga

Ayam digaul bersama sebelum digoreng



Bahan-bahan A :


2 ketul bahagian dada ayam (dipotong kecil)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu lada sulah
1 sudu serbuk kari
1 sudu tepung jagung
1 sudu garam halus
Sedikit serbuk perasa


Sayur :


Setengah batang lobak merah (dipotong bulat)
1 biji cili padi
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 Mangkuk bunga kobis putih
1 Mangkuk kacang buncis atau kacang panjang (dipotong pendek)




Ayam siap digaul


Tumis hingga wangi


Cara-caranya :


1. Gaulkan kesemua bahan-bahan A dalam mangkuk. Panaskan kuali dan goreng dalam kuantiti minyak yang sedikit.


2. Goreng ayam sehingga isi ayam garing. 


3. Masukkan sedikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.


4.  Masukkan sayur-sayuran pilihan yang jenis keras dahulu seperti lobak dan kobis bunga. Bila ianya layu dan masak barulah msukkan kacang buncis. 


5. Masukkan garam dan perasa kacau sebati sebelum masukkan ayam yang telah digoreng dan sedia dihidangkan.




Masak sayur jangan sampai terlalu masak. Nanti tak ranggup



#Day8
#MovementRestriction


25 Mar 2020

Resepi Kuey Teow Sup Berempah


Assalamualaikum Readers



Resepi Kuay Teow Sup Berempah | Hari ke 7 kawalan pergerakan, semalam pukul 8 pagi dah keluar ke market Seberang Jaya-Econsave-Rumah-Mydin-Rumah 🚘 Luas perjalanan selepas 6 hari duduk rumah, kulit pun dah putih 😂😂 Keluar top up makanan sementara masih ada stok makanan keperluan. Dah plan nak masak kuey teow sup untuk bagi kat jiran (berbalas hantar makanan). Ini kali ke 2 Nina masak KTS, sebab 1st time buat untuk bakal family in law makan 😏 Terpulang nak letak bahan apa asalkan sup tu ada ummphhh 😋


Kuey Teow Sup Berempah siap! 

Bahan-bahan nak buat kuey teow sup


Makan sup time hujan lebat ni memang syahdu. Dah lama hujan tak turun. Alhamdulillah. Masak sup ni tak ambil masa yang lama. Walaupun bahan-bahan nampak banyak tapi sekali sekala berbaloi masak. Sementara masih bercuti ni boleh masak apa yang teringin nak makan. Ada hikmah bila kita stay at home, boleh berbakti kepada keluarga, sebelum ni nak masak di rumah, jarang ada masa hanya tunggu weekends tapi sekarang hari-hari boleh masak. Nina sengaja tak masukkan kuey teow dalam sup sebab tak nak kembang. Better asingkan sup nak makan anytime panaskan sup saja, kalau ada lebih boleh makan dengan nasi. 







Bahan-bahan :


1 bungkus kuey teow (dibilas & direbus sebentar)
1 paket fishball
1 paket fishcake
1 ikat sayur sawi
10 ekor udang
Sedikit kobis bunga
Setengah batang lobak merah - hiris nipis
2 ketul tauhu (digoreng)
2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
Garam dan penambah perasa secukupnya
Daun bawang & daun sup (dipotong kecil)
1 mangkuk taugeh (direbus seketika)
2 biji telur (optional)



Semua bahan dah siap direbus


Bahan tambahan wajib ada, kalau ada lobak masin lagi sedap!


Bahan untuk sup berempah :


4 Biji bunga cengkih
2 Keping kayu manis
3 Biji bunga lawan
Sedikit halia (ditumbuk)
1 sudu kecil lada sulah / lada hitam
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 camca serbuk jintan manis
1 camca serbuk jintan putih
Air secukupnya



Cara-caranya :



1. Masukkan air untuk rebusan (nak sup lebih boleh tambah air lebih)


2. Masukkan kesemua bahan-bahan berempah, garam dan perasa biar sehingga mendidih.


3. Masukkan ayam, lobak merah, udang, sayur sawi, kobis bunga, fishball dan fishcake. Jangan biarkan terlalu lama. Setelah mendidih tutup api. 


4. Hidangkan bersama taburan daun sup, daun bawang, tauhu, taugeh dan bawang goreng bersama sambal cili.


Selamat mencuba! 



23 Mar 2020

Sangkaya Bertukar Jem Pandan

Assalamualaikum Readers



Sangkaya Covid-19 tak jadi, mungkin sesuailah nama ni. Hari ke 5 kawalan pergerakan iaitu semalam. Semuanya pasal tunang, dibelinya bahan-bahan masakan, nak Nina masak sempena cuti-cuti Malaysia 2 minggu, sayangnya kena stay at home 😂🤣🤣🤣 So chef Nina yang stay at home ni cuba lah buat, mana tau boleh ‘ber boat noodle’ 😌 Jangan kata sis tak cuba buat ye Ahmad ku sayang (mohon baca blog). Dia lah cari resepi, dia lah cari bahan, apa boleh buat sangkaya sudah jadi jem pandan. Hahah.. Resepi ikut step by step, naik lenguh kaki tangan berdiri sambil mengacau sangkaya berjam-jam 😭😭 Orang kata masak ni ada try n error tapi masak Sangkaya ni surrender terus 🙅🏼‍♀️🙅🏼‍♀️



Sangkaya menjadi jem pandan


Bahan-bahan Sangkaya, musim Covid ni mana ada roti Banggali, Bangla ada la


Tumbuk pandan dengan kasih sayang, kalau tahu tak jadi baik buat kuih acara tak pun buah melaka. Nasib baik tanam pokok pandan


Kacau guna api perlahan konon. Dah macam rupa bubur


Tadaaa jadi puree pandan pun boleh, sakit hati tengok kejadian sangkaya ni



Mungkin sudah tertulis nak makan sangkaya tetap kena pi Boat Noodle, maka kempunan itu kita simpan dulu sehingga Malaysia bebas dari Covid-19 💪🏻 Walaupun jadi jem pandan akhirnya, tetap sedap di makan bersama roti bakar untuk sahur pagi tadi. Alhamdulillah berjaya habiskan puasa. 1 day to gooo 💃🏻💃🏻 Semoga hampa terhibur baca entri ni. Jangan segan silu komen. Kerja blogger musim cuti ni hanya makan, tidur, solat, mandi, masak then repeat 🤦🏻‍♀️ (Itu kerja Nina) 








22 Mar 2020

McDonald’s Grand McChicken And Blueberry McFlurry

Assalamualaikum Readers



McDonald’s Grand McChicken And Blueberry McFlurry | Hari ke 5 kawalan pergerakan macam mana korang kat rumah tu? Harap semuanya selamat dan sama-sama berdoa semoga frontliners kita dilindungi Allah walaupun hakikatnya ramai dah dijangkiti. Okay, yang stay kat rumah tu masih boleh ke McD atau minta Food Panda hantarkan ke rumah. Sebenarnya Nina tak minta pun tunang hantar makanan ke ofis 13 Mac lepas, mungkin instinct dia rasa ‘lockdown’ bakal dibuat so settle ambil stok tender terus singgah ofis sebelum pi USM. Dah cuba menu baru dari McD ni? 



Grand McChicken





Setiap bulan ada saja menu-menu baru dari McD. Memperkenalkan dua menu burger McChicken dari klasik kepada yang BARU dan lebih maveles dari segi rasa dan rupa bentuk. Nama yang diberi ialah Spicy McChicken dan Grand McChicken. Para penggemar burger dan ayam mesti teruja. Setiap kali nak makan burger, bahagian paling menggamit perhatian mestilah patty. Tak kisah samada ayam, daging atau ikan. Bahagian patty mestilah sedap. 



Sos dan keju yang melimpah di atas patty tebal

Tengok size patty ni. Boleh tahan besaq

Nampak sedap 🤤🤤



Grand McChicken ni sedap! Patty ayam besaq betoi. Hehe.. Digoreng ranggup bersama sos dan salad. Apa yang dilihat, patty ditengah memang menarik perhatian dan tebal. Roti yang mengapit patty juga nampak besar. Isi patty juicy. Yang belum cuba tu cepat-cepat order. Nina tak tahu harga, boleh tengok dalam website. Memang tak sah kalau makan burger McD tak pekena dengan aiskrim. Walaupun suka makan buah blueberry begitu saja dari aiskrim perisa blueberry, tetap licin. Itu pun share dengan officemate. Nak makan sorang tak habis dan manis gila.



Blueberry Aiskrim 

Nampak pun dah terliur, manis tolak tepi

Blueberry McFlurry



Yang belum try kedua-dua menu dari McDonald’s ni boleh order dan berkongsi bersama keluarga di dalam tempoh pergerakan kawalan selama 2 minggu ni. Habiskan masa dengan keluarga tersayang. Stay save 💪🏻💪🏻 Berjaya update blog guna fon, harap-harap tak gemok lah 🤣🤣


#Day5
#MovementRestriction
#9thCoronavirusDeath


17 Mar 2020

Ramadan Food Review Di Batalkan Kerana Covid-19

Assalamualaikum Readers


Hari ini dalam sejarah, kesemua aktiviti yang dirancang terpaksa di batalkan atau di tunda sehingga mendapat arahan yang seterusnya dari kerajaan. Nasib baik Malaysia still berjaga-jaga belum lagi lockdown macam sesetengah negara seperti Itali. Cuma semalam Perdana Menteri keluarkan kenyataan kena buat perintah berkurung. Pagi ni dapat email dan whatsapp dari hotel-hotel, semua kena cuti 2 minggu start 18 Mac - 31 Mac 😌😌 Tak dapat nak rasa menu-menu, apakan daya ini semua untuk keselamatan rakyat. Virus jangan buat main-main. 










Kat ofis sikit-sikit basuh tangan sampai tangan mengecut macam buah keras dah 😆😆 Semalam juga beli barang-barang buat stok makanan di Mydin. Ramai yang borong sakan macam nak raya. Banyak barang keperluan macam gula, tepung, maggi, telur biskut habis stok. Rakyat Malaysia dah panic sebenarnya tapi bagus sebab lebih ramai stay kat rumah, lebih susah wabak nak tersebar. Apa pun, semoga dipermudahkan urusan kerajaan nak membendung wabak Covid-19 ni. In shaa Allah stay save, stay positive 💪🏻💪🏻 Selamat bercuti semuaaaa, duduk rumah baik-baik.


16 Mar 2020

Baru KFC Zinger Cheezilla

Assalamualaikum Readers
 
 
Menu Baru KFC Zinger Cheezilla | Siapa yang perasan burger edisi terhad dari KFC ni? Sebut sahaja Zinger pasti ramai sudah teruja menantikan menu baharu yang akan 'kick' deria rasa semua. Nampaknya KFC mendengar permintaan pelanggannya untuk kembalikan semula menu ini dan menu terbaharu bermula 11 Februari 2020 untuk edisi terhad sahaja. Burger Zinger Cheezilla dikeluarkan semula selepas 2 tahun, merupakan burger kombinasi luar biasa filet Zinger Hot & Spicy disusun bersama kepingan keju mozarella yang digoreng.
 
 
KFC Zinger Cheezilla


 
 
 
2 kali Nina makan dan tak mengecewakan, tekak masing-masing tak sama sedangkan tunang dia rasa tak sesuai kombinasi Cheezilla tu, rasa pelik. Nak tahu kena cuba sendiri, Nina tak nak review lebih-lebih. Serius cakap, makan burger ni separuh pun dah rasa kenyang. Rasanya yang tak pedas disebabkan cheese yang penuh. Zinger Cheezilla ini diletakkan kepingan roti, kepingan isi ayam tanpa tulang, salad, mozzarella cheese, kepingan cheese dan sos cheese. Bayangkan ada 3 jenis cheese dalam 1 burger, tak rasa muak langsung.
 
 
 
Set A la carte (RM 19.50 upgrade air Milo, harga up sikit)
 
Cheese meleleh
 
Amat puas hati makan, ayam dan cheese padat dalam burger
 
 
 
KFC turut memperkenalkan menu baharu, Zinger Stacker (2 ketul filet Zinger Hot & Spicy dilimpahi sos keju Jalapeno dan Mayo, kepingan keju cheddar yang disusun bersama salad segar dan diapit kepingan ban bijan). Keduanya burger Zinger tetapi berbeza dengan penyediaan cheese yang berlebihan dan biasa. Kedua-dua menu ini dihidangkan A la carte atau kombo bersama fries dan juga minuman. Jadi siapa yang dah rasa tu, rasanya Cheezilla atau Stacker yang sedap? Nina tak cuba lagi stacker.              


13 Mar 2020

Baju Perkahwinan Di Eszz Ibrahim Wedding, Sungai Petani Kedah

 Assalamualaikum Readers


Baju Kahwin Di Butik Pengantin Eszz Ibrahim Wedding, Sungai Petani Kedah | Eszz Ibrahim Wedding | Sambungan dari entri sini, Nina nak share masa ke fashion show baju-baju pengantin untuk tahun 2020. Awal pagi dah gerak ke Sungai Petani lepas pickup Sha. Kalau lambat, nanti tak dapat duduk di depan. Pukul 11 pagi baru fashion show bermula. Meh layan gambar-gambar model peraga baju pengantin ni. Semua berkilat shine bright like a diamond 😉


#1 Kebaya Moden untuk nikah


#2 Kebaya Songket Moden untuk sanding


#3 Kebaya Songket Moden Maroon sarat dengan labuci


#4 Kebaya Songket Moden Peach


#5 Kebaya Songket Moden



Untuk baju-baju pengantin yang terbaru untuk edisi tahun 2020 terdapat lebih dari 10 rekaan baju baru. Bagi Nina, kesemua design baju sarat dengan labuci, lace dan manik disetiap potongan badan. Ada pelbagai jenis fesyen baju untuk raja sehari antaranya kebaya moden, dress labuh, gaya peplum, gaun (banyak jenis). Untuk kebaya, Eszz mereka baju kebaya mengikut peredaran zaman, banyak warna untuk dipilih tau.  


#6 Kebaya Songket Moden Krim


#7 Dress Moden Dusty Pink


#8 Dress Peplum untuk nikah. Rekaan simple


#9 Dress full lace untuk reception . Nak jalan tu agak susah sikit


#10 Dress untuk reception. Half lace dan kurang manik



Buat bakal-bakal pengantin 2020 termasuk diri sendiri, harap entri fashion show ni boleh bagi ilham dan rujukan untuk pembaca blog. Sesiapa saja yang tengok baju pengantin mesti teringin nak kahwin kan kan 😃😄 Pilih ikut keupayaan dan bajet sendiri okay. Ada certain baju yang agak susah untuk berjalan apatah lagi bila tiba masa nak photoshoot. Agak terbatas. 


#11 English Dress. Agak seksi sikit. Hehe


#12 Gaun Ala Cinderella. Cantik warnanya. Agak susah nak berjalan sebab gaun berat


#13 Gaun kembang ni pun berat. Susah pengantin nak berjalan

#14 Simple dress


Muka cuak sebab tak sengaja jatuhkan patung. Haha

Dapat goodies bag. Belum pakai lagi tudung ni


Setakat ni, Eszz Ibrahim butik ketiga yang Nina terjah dengan tunang selepas The White Teratak di Kulim dan Sharul Aaron di Sungai Petani. Boleh tengok di instagram dan buat pilihan untuk hari penting nanti. Jangan susah sebab nak cantik. Mesti tak nak kejadian memalukan jadi semasa hari sanding. Hehe 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com