Assalamualaikum Readers
Hari ini dalam sejarah, kesemua aktiviti yang dirancang terpaksa di batalkan atau di tunda sehingga mendapat arahan yang seterusnya dari kerajaan. Nasib baik Malaysia still berjaga-jaga belum lagi lockdown macam sesetengah negara seperti Itali. Cuma semalam Perdana Menteri keluarkan kenyataan kena buat perintah berkurung. Pagi ni dapat email dan whatsapp dari hotel-hotel, semua kena cuti 2 minggu start 18 Mac - 31 Mac 😌😌 Tak dapat nak rasa menu-menu, apakan daya ini semua untuk keselamatan rakyat. Virus jangan buat main-main.
Kat ofis sikit-sikit basuh tangan sampai tangan mengecut macam buah keras dah 😆😆 Semalam juga beli barang-barang buat stok makanan di Mydin. Ramai yang borong sakan macam nak raya. Banyak barang keperluan macam gula, tepung, maggi, telur biskut habis stok. Rakyat Malaysia dah panic sebenarnya tapi bagus sebab lebih ramai stay kat rumah, lebih susah wabak nak tersebar. Apa pun, semoga dipermudahkan urusan kerajaan nak membendung wabak Covid-19 ni. In shaa Allah stay save, stay positive 💪🏻💪🏻 Selamat bercuti semuaaaa, duduk rumah baik-baik.
Tulah semalam pun mak dan abah beli barang di Mydin. Tak ikut sebab ingat mesti ramai orang.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan buat semua.. Semoga semua terus kekal bertenang di rumah..
ReplyDeleteSaya kat sini kena kerja lagi though macam tak termasuk dalam essential services T_T
ReplyDeletePanic buying. Panic nak balik kampung. Macam2 karenah rakyat Malaysia ni. Tak membantu langsung dalam menangani pandemik Covid-19 ni.
ReplyDeleteAda hikmah jugak Covid 19 ni semua yang sebelum ni busy dapat berkumpul di rumah
ReplyDeleteCuma tulah kesian kepada frontliners tu harap mereka tak burnt out.
memang kena batal nampaknya. takleh keluar dan berkumpul ramai2..
ReplyDeletetu la, ade hikmah la covid ni. banyak masa layan kucing oyen gak haha
ReplyDelete