23 Mar 2020

Sangkaya Bertukar Jem Pandan

Assalamualaikum Readers



Sangkaya Covid-19 tak jadi, mungkin sesuailah nama ni. Hari ke 5 kawalan pergerakan iaitu semalam. Semuanya pasal tunang, dibelinya bahan-bahan masakan, nak Nina masak sempena cuti-cuti Malaysia 2 minggu, sayangnya kena stay at home 😂🤣🤣🤣 So chef Nina yang stay at home ni cuba lah buat, mana tau boleh ‘ber boat noodle’ 😌 Jangan kata sis tak cuba buat ye Ahmad ku sayang (mohon baca blog). Dia lah cari resepi, dia lah cari bahan, apa boleh buat sangkaya sudah jadi jem pandan. Hahah.. Resepi ikut step by step, naik lenguh kaki tangan berdiri sambil mengacau sangkaya berjam-jam 😭😭 Orang kata masak ni ada try n error tapi masak Sangkaya ni surrender terus 🙅🏼‍♀️🙅🏼‍♀️



Sangkaya menjadi jem pandan


Bahan-bahan Sangkaya, musim Covid ni mana ada roti Banggali, Bangla ada la


Tumbuk pandan dengan kasih sayang, kalau tahu tak jadi baik buat kuih acara tak pun buah melaka. Nasib baik tanam pokok pandan


Kacau guna api perlahan konon. Dah macam rupa bubur


Tadaaa jadi puree pandan pun boleh, sakit hati tengok kejadian sangkaya ni



Mungkin sudah tertulis nak makan sangkaya tetap kena pi Boat Noodle, maka kempunan itu kita simpan dulu sehingga Malaysia bebas dari Covid-19 💪🏻 Walaupun jadi jem pandan akhirnya, tetap sedap di makan bersama roti bakar untuk sahur pagi tadi. Alhamdulillah berjaya habiskan puasa. 1 day to gooo 💃🏻💃🏻 Semoga hampa terhibur baca entri ni. Jangan segan silu komen. Kerja blogger musim cuti ni hanya makan, tidur, solat, mandi, masak then repeat 🤦🏻‍♀️ (Itu kerja Nina) 








5 comments:

  1. Sekurang-kurangnya jadi benda lain. Tak membazir. Betullah tu makan, tidur, jalan sedikit depan rumah, solat, tengok TV,Tampin main games di telefon bimbit.

    ReplyDelete
  2. seronok jugak dapat stay at home 2 minggu kan. banyak resepi boleh cuba. tinggal jadi tak jadi je. huhuhu... work from home pun, tak menjadi sangat. banyak rest daripada buat kerja. hahaha...

    ReplyDelete
  3. rajin nina , try lagi nanti practice make perfect kata mat salleh hehe :)

    ReplyDelete
  4. ehehe comel je. janji soooodap tak jadi pun tibaiiii makan =D

    ReplyDelete
  5. Sangkaya tak jadi pun tetap boleh dimakan. Nanti cuba lagi ye

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com