25 Nov 2025

Harraz Cabut Gigi Geraham Di Hospital Pulau Pinang

Assalamualaikum readers


Harraz Cabut Gigi Geraham Di Hospital Pulau Pinang | Banyak sebenarnya tragedi Oktober membawa ke November, itu pun ada yang tak insaf contohnya manis+harraz tak dapat dipisahkan. Boleh control sajalah sementara tunggu gigi kekal tumbuh semula.


Appointment pukul 8.30 pagi, jalan pun macam dipaksa

Doktor bukakan filem Kung Fu Panda. Canggih siap ada screen macam TV


Sambungan dari "Harraz sakit gigi kali kedua" selepas check up untuk kali kedua dan alhamdulillah pada 7 Nov, selesai cabut 2 gigi, dentist decided beri anestesia (ubat bius separa sedar). Masih menangis sebab boleh rasa gigi di cabut.


Nasiblah Harraz dapat bapak kaki menyakat. 35 minit cabut gigi, tunggu di luar dulu nak pastikan okay baru boleh balik. Doktor bagi belon dan sticker.

Pipi bengkak


Masih suka pakai baju aunty Anies bagi

Gigi pun dah reput, lepas bersihkan darah terus tanam


Nasib baik doctor pandai handle, berjaya pujuk hingga selesai, Alhamdulillah lega tak perlu tunggu untuk operation hingga bulan Mei 2026.

6 Nov 2025

Kebaikan Champs Multivitamin Lysine Dan Prebiotik

Assalammualaikum readers


Kebaikan Champs Multivitamin Lysine Dan Prebiotik | Lama rasanya tak shared pasal Harraz, pejam celik lagi beberapa bulan dah umur 5 tahun. Dah nak masuk kindergarten. Alhamdulillah sepanjang membesarkan jarang tantrum dan kalau sakit pun cepat baik.


Salah satunya, jaga pemakanan anak, bukan tidak boleh makan tapi control. Ubat cacing dan multivitamin kena konsisten ikut jadual. Lagi satu, sebelum bagi anak makan, Nina WhatsApp tanya doktor klinik kesihatan dulu. Banyak vitamin kanak-kanak di pasaran yang ada kandungan gula yang tinggi.


Lysine

- meningkatkan selera makan anak terutama kanak-kanak yang cerewet makan.

- menyokong pertumbuhan sihat 

- membekalkan 9 vitamin penting untuk pastikan tubuh dapat nutrien yang mencukupi.

- membantu pembaikan tisu kulit

- meningkatkan sistem pertahanan badan. Menghasilkan antibodi, hormon dan enzim.


Prebiotik

- menggalakkan pertumbuhan bakteria baik (probiotik) di dalam usus.

- melancarkan sistem penghadaman dan menjaga usus.

- meningkatkan penyerapan nutrien dan menjaga usus, kurang sembelit.


Watson's jual mahal, di farmasi untuk harga ini dapat 30 biji.

Masa Harraz mula-mula masuk usia 4 tahun, dia hampir jadi picky eater ya. Tak buang masa terus beli champs multivitamin ni dan serasi sangat. BMI ideal ikut usia 😄

22 Sept 2025

Masakan Seorang Ibu Lebih Sedap

Assalammualaikum readers


Masakan Seorang Ibu Lebih Sedap | Hujung bulan Oktober ini, genap setahun jadi SAHM (Stay At Home Mother) dan duduk di rumah sendiri. Alhamdulillah, impian setiap isteri. Cukup lah 3 tahun 5 bulan duduk menumpang dengan fam in law's. Bila dah jadi surirumah ni, hari-hari tengok anak membesar depan mata, yang paling seronok bagi anak makan hasil air tangan sendiri.


Maggi celup daging

Nasi goreng + dimsum ayam


Maklum lah sebelum ini, bekerja dan kadang letih nak masak. Dapat masak beberapa menu dan suap guna tangan, berselera makan nasi, ayam, ikan dan daging. Paling suka daging masak kurma. Apa yang Nina masak semua makan tak macam sebelum pindah rumah jadi 'picky eater'. Masih ingat pesanan arwah mak : 


"Dah kahwin nanti, masaklah untuk anak-anak, walaupun masakan simple telur mata dengan kicap. Biar anak-anak membesar dengan masakan rumah, air tangan mak ayah. That's how you keep their hearts home walau dah besar ❤️"

14 Jul 2025

Mainan Anak Lelaki Umur 4 Tahun

Assalammualaikum readers


Mainan Anak Lelaki Umur 4 Tahun | Setiap kali laburkan duit beli mainan anak sekali pun tak menyesal kecuali beli mainan di Mr. DIY, sebab untuk educational punya terhad. Nina banyak beli di Tiktok atau Shopee.


Last hadiah birthday yang ke 3 dari arwah mak. Beli di Mr. DIY


Paling murah di Mr. DIY


Shopee 


Dalam entri lepas dan trending, Nina ada share hadiah untuk anak, boleh baca di sini. Setakat ini, mainan masih tahan lama dan main pun berulang kali, haaa itu yang kita nak, parents buat lah pelaburan yang bijak. Semoga ada rezeki deco bilik untuk anak, masih kumpul modal, design bilik sudah ada.


Tiktok. Mudah bawa travel

Tiktok

Mr. Toy . Garu kepala tak tau nak pilih yang mana


Anak akan cepat ingat kalau repeat main puzzle

Tiktok



Ini antara gambar-gambar mainan yang Nina beli dari umur 3 tahun hingga 4 tahun. Harap bertahan hingga sekolah 😂 Paling buat Harraz suka ialah playground dan pantai. 2 tempat ni dia boleh lari, berpeluh dan sihat. Kalau jumpa layang-layang belikan dan simpan, anytime boleh bagi anak main.


Shopee. Main di bilik air. Ini Nina beli dari umur 2 tahun, kena pengawasan parents.

Mr. DIY . Ada skru, boleh latih tangan


Shopee. Puas dapat beli trak size medium ni. Siap request order pasir dalam Shopee nak korek pasir 😂


Nak murah dan boleh nego, direct beli di kedai basikal bukan dalam mall atau pasaraya




Ada masa bawa anak-anak ke pantai, boleh buat macam-macam aktiviti contohnya korek pasir buat iistana. Setakat ini jelah mainan yang Nina beli, bukan tiap-tiap bulan tapi reward untuk akhlak dan perangai yang baik. Boleh dijadikan idea kalau nak belikan sebagai hadiah. Bukan entri riak, selamat membantu.


3 Jun 2025

Harraz Sakit Gigi Kali Kedua

Assalammualaikum readers


Harraz Sakit Gigi Kali Kedua | Balik dari Sedim, badan Harraz dedaq (badan lemah dan panas), tak pasti sama ada sebab kesejukkan melampau mandi sungai pagi-pagi buta atau faktor lain. Once dah demam auto sakit gigi, menangis siang malam sambil pegang pipi.


Baca juga : Sedim Riverside Resort Kedah


8 Mei - Ke Klinik Pergigian Zee, doktor cakap tak perlu cabut hanya palam. 1st time Harraz cabut gigi di sini juga


Bulan lepas ada tampal gigi graham Harraz (sebelah kanan), tak cukup sebulan, gigi tu sakit semula. Risau tengok anak kesakitan, tak nak makan, badan susut. Bawa ke Klinik Pergigian Rohani, doktor kata tak boleh cabut kena tunggu bengkak surut dulu. Bagi ubat tahan sakit, kena tunggu seminggu lagi.


3 June - 4.05 pm sampai klinik Rohani

10.58 pm - menangis dan tak boleh tidur gusi bengkak

8.52 pagi - sambung menangis, tidur kejap dalam 2 3 jam selebihnya menangis, laki bini tak boleh tidur tengok keadaan anak

Malangnya, ubat surut bengkak yang klinik Rohani bagi tu tak function, pipi makin bengkak, lastly klinik ketiga dan jatuh hari Jumaat, kami ke Klinik Pergigian Gelugor, doktor sangat gently layan fobia Harraz 😦 sambil cakap "Harraz dah tak mau jumpa doktor, doktor buat gigi sakit". Doktor pun dah sebaya datuk.


Terpaksalah cerita dari A-Z apa yang 2 klinik tu buat (kalau boleh taknak buka aib orang). Hasil pemeriksaan dan effort doktor India, explain dengan cara lukis gigi di kertas sangat bagus. Nampak aura seorang doktor berpengalaman yang berkhidmat dengan tentera 😍 Doktor buat surat rujukan ke HPP (ada cop Lt Kol (Dr) tak sempat ambil gambar surat) . Katanya, gigi yang rosak tu dah cucuk gusi Harraz sebab tu bengkak.


5 Jun - Pipi bengkak macam ikan flower horn

6 Jun, 5.02 pm - Alhamdulillah sampai 10 minit sebelum klinik tutup, doktor dan staff lain tak suruh pulang tetap check gigi Harraz sebab kami ada surat rujukan

Masing-masing dah ready nak balik


Dapat surat rujukan, tak buang masa terus ke hospital, kesian anak dah beberapa hari tahan sakit. Dah mati kutu, tak tau nak buat apa. Alhamdulillah doktor Pediatrik memang pandai layan kanak-kanak, dapat sticker cartoon terus Harraz happy.


5.25 pm - masih di sini, tunggu giliran ambil ubat

Ubat dari hospital. Sangat bagus, dalam masa 24 jam bengkak surut.


12 Jun - Balik dari appointment gigi, doktor suggest 2 option (OP atau cabut + oxygen sedation). 

Rasa bersalah juga bila jadi ibu yang terpaksa bekerja, anak di bawah jagaan mama mentua, suka makan makanan manis dan lewat cerai botol susu. Kalau tak bekerja, mungkin gigi-gigi Harraz masih baik. Maafkan mama..

28 Feb 2025

Bawa Anak Ke Aquaria KLCC

Assalamualaikum readers


Bawa Anak Ke Aquaria KLCC | Sambungan ke KL bulan lepas, sebelum checked in kat sini, kami sampai terus tuju ke Aquaria, alang-alang Harraz pun baru bangun tidoq. Nak book tiket thru Klook, hubby tak bagi, jadi tiket mahal sikit kalau beli di kaunter. Ingatkan datang hari weekdays tak ramai, sangkaan meleset ramai dengan tourist overseas (Arab, India, Eropah).



1st time masuk sini, teruja jugak compare dengan Underwater World Langkawi. Dapatlah anak kenal dengan haiwan, ikan, serangga yang ada. Nak tengok show tapi tak mula lagi, kot lah boleh tengok kakak Emma Maembong jadi ikan duyung. Tak pasti dia ada lagi ke tak.



Dairy Cow Isopod

Central Bearded Dragon - lizard from Australia



Dalam bebola kaca ni ada ikan macam ikan emas




Peta Aquaria


Harga tiket (weekdays & pemegang Mykad/Mykid)

Dewasa : RM 52
Kanak-kanak : RM 42


Orang Malaysia nak tengok ikan Piranha, kat sinilah tempatnya. Tengok gigi pun seram. Duration kami habiskan masa dalam sejam lebih termasuk beli souvenir. Rambang mata nak beli sebab comel. Worth it bawa anak, asalkan anak seronok, bertambah rezeki. Aaminnn...

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com