27 Feb 2023

Beli Scooter Scoot And Ride Highwaykick Untuk Anak

 Assalamualaikum readers


Beli Scooter Scoot And Ride Highwaykick 1 Untuk Anak | Alhamdulillah rezeki anak. Bulan ni birthday baba dengan mak ngah tapi Harraz yang dapat hadiah 😂 Dalam entri lepas, SIL no.2 dia admitted di Hospital Pantai, 1 wad dengan pesakit Influenza, alhamdulillah tak berjangkit. Dah kurang migrain (disebabkan resdung) terus ajak pi beli barang-barang baby.




Masuk kedai kedua ada jual Scoot & Ride Highwaykick 1. Dah lama berhasrat nak beli untuk anak bila umur 2 atau 3 tahun. Allah ni tau apa yang kita inginkan, cumanya cepat atau lambat. Harraz dah nampak, terus naik 😂 Dalam hati, Ya Allah gaji tak masuk lagi, kalau anak tantrum dalam kedai ni mau jadi mak kau hijau 😤 Hubby pulak kerja. 






Sambil perhati anak main, takut terlanggar barang atau orang. Tup..tup MIL kata ''Toknek (nenek hubby) belanja hadiah birthday Harraz". Telan air liur sambil kata "Mama ni, lajuunya dapat kad bank" sambil Nina video call hubby 😌 Dah bayar, rupanya ada discount. Kalau tengok harga di kedai dan website dalam RM 399. Mungkin SIL borong stroller, car seat dengan katil kot, itu yang dapat discount.


Kelebihan Scoot & Ride Highwaykick 1


  • Skuter tahan lama yang boleh dipercayai
  • 2 roda di hadapan, 1 di belakang
  • Stabil
  • Reka bentuk yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak
  • Pelarasan ketinggian
  • Boleh diubah menjadi tempat duduk
  • Model keluaran dari Austria.


Resepi Fruit Cocktail Mudah

Assalamualaikum readers


Resepi Fruit Cocktail Mudah | Dah lama teringin nak buat sendiri. Lagi puas hati dari beli tapi Nina pernah jumpa yang best dan banyak buah di restoran ikan bakar, Kepala Batas yang dijual dalam 1 mangkuk, RM 15 😋 Alang-alang MIL buat makan-makan sempena cousin hubby kahwin, terus idea nak buat fruit cocktail menjelma.


Resepi Fruit Cocktail Mudah


Fruit Cocktail ni mudah nak buat, antara malas dan rajin saja. Lagi banyak buah lagi best! Nasib lah cousin-cousin hubby ringan tulang nak membantu potong buah dan mixedkan semua bahan. Letak bahan dan ubahsuai kemanisan ikut citarasa sendiri. 




Bahan-bahan :


1 biji buah naga

1 biji epal hijau

2 biji kiwi (optional)

2 biji mangga

Anggur (tanpa biji)

1 tin fruit cocktail / laici

3 cawan susu full cream

2 cawan susu cair

6 sudu susu pekat

Ais


Cara-caranya :


1. Potong dadu buah naga, epal hijau, mangga serta belah dua buah anggur.


2. Satukan dalam mangkuk berasingan.


3. Tuangkan 1 tin fruit cocktail, susu cair, susu full cream dan susu pekat. kacau sehingga sebati.



Sukatan untuk susu full cream


4. Rasa tahap kemanisan sebelum di masukkan kesemua buah. Nina tak gemar kacau terlalu lama, takut buah naga hancur.


Buah naga yang paling wajib dalam menu fruit cocktail. Terus warna air tukar ke pink


5. Akhir sekali masukkan ais. Siap untuk dinikmati. 


p/s : Jika suka makan sagu atau biji selasih, boleh letak. Ikut selera masing-masing.


24 Feb 2023

Blog Performance January 2023

 Assalamualaikum readers


Rasanya tak pernah buat entri tentang blog performance lagi. Nina tertarik nak share entri lepas baca di blog Siinurul. Dengan ini, harap dapat konsisten dan rajin update blog. Itu yang belum tengok blog performance tu boleh tengok apa yang perlu dibaiki lagi.





Bukan mudah nak maintain rank blog. Tambah-tambah yang tak faham, tak reti nak perbaiki blog. Setakat ni masih banyak link blog yang tak diindeks. Lagi banyak page diindeks lagi tinggi link blog untuk muncul di enjin carian.


Banyaknya link yang tak diindeks dalam blog ni

Yang failed tu sudah 2 kali buat audit di entri tapi masih tak jumpa solution dan jawapan


Pergi ke Google Search Consule - Search Consule Insights


Masih banyak link dalam blog ni yang tak diindeks di halaman carian Google. Masih banyak yang perlu difahami dan diperbaiki untuk kurangkan error yang ada. Kalau ada perubahan tu, In Shaa Allah, Nina share dengan korang ya. 

23 Feb 2023

Google Adsense Capai 100USD Buat Kali Pertama

 Assalamualaikum readers


Google Adsense Capai 100USD Buat Kali Pertama | Alhamdulillah, memang target tahun ni kena dapat 100USD. Umpama nak capai KPI dalam dunia blogging. Walaupun mood baiki link dan performance blog ni up and down tapi kena usaha juga! Blog capai 100USD dalam bulan Jan 2023. Lari dari target dalam setahun. Cukup 100USD sebelum Harraz 2 tahun 😂 Nina berjaya GA ni sehari selepas Harraz lahir. Rejeki nak bawa anak makan angin kot. 


Google Adsense Capai 100USD Buat Kali Pertama


Terasa sangat lama nak cukupkan jumlah ni tapi once dah faham bila rajin update blog, tajuk blog menarik, baiki error link semua tu membuahkan hasil untuk tingkatkan earning. Kadang nak update 1 hari 1 entri pun tak mampu bila kerja hakiki lebih perlu diutamakan. 


21hb (setiap bulan) Google akan proses payment

6USD di tolak sebagai caj dari jumlah asal cashout. Nasib baik sotong tolak caj sikit saja 


Bagi yang belum pernah capai 100USD, jangan putus asa. Teruskan sampai dapat cashout ya. Bayangkan hasil titik peluh kita menaip, cari idea dan ayat nak mengarang. Semoga semua blogger di luar sana diberi rezeki untuk merasa 💕


22 Feb 2023

Taipei, Taiwan : Daan Park

 Assalamualaikum readers


Taipei, Taiwan : Daan Park | Sebelum virus kemalasan melanda, baiklah sambung semula cerita jalan-jalan ni. Selepas balik dari Chiang Kai Shek Memorial Hall. Dari CKSMH, kami naik MRT dan terus ke Daan Park Station. Tapi sebelum sampai ke sini, perlu buat pertukaran laluan MRT kerana Daan Park Station berada di lane merah sementara Chiang Kai-Shek Station di lane hijau.


Stesen MRT Daan Park

Stesen MRT kat Taipei mostly bawah tanah. Ada kemudahan eskalator dan lif

Keluar saja dari station, terus hidu kopi. Sampai ke sudah kami tak sempat nak merasa secawan kopi


Jalan cerita macam payah kan? once dah faham, kacang nak hafal laluan MRT ni. tak susah dan rumit pun. Kalau sesat, turun di mana-mana station dan naik semula tren. Lagipun MRT ni laluanya dah tetap. Lain lah kalau naik kereta. Daan Park ni terletak di tengah-tengah bandar


Keluar dari stesen MRT akan nampak taman ni dulu



Misi ke Daan Park ni nak tengok Taipei Grand Mosque. Alang-alang hari Jumaat masa tu, boleh kot tengok suasana orang ke masjid tapi sebaik keluar dari Daan Park Station, nak kata masjid, menara masjid pun tak nampak. Pusing-pusing pun tak jumpa orang balik solat. Lastly kami merayau dalam Daan Park sementara masih ada masa.


Buluh dan masyarakat Cina tak boleh dipisahkan. Bezanya tak ada panda kat sini


Ini la keistimewaan Daan Park. Dalam kawasan bandar ada kawasan penempatan pelbagai burung? Di tengah pulau kecil dalam tasik Daan Park ni menjadi habitat pelbagai spesis burung dan terpelihara. Kawasan ni sunyi dan tak mengeluarkan pencemaran bunyi.

Marilah pulang ke TMS. Masa untuk tinggalkan Taipei

La gourmet®️ Hydration Bottle Giveaway by anies

 

Klik sini untuk join


3 nama yang di tag


Nanie

Ana

LZ

20 Feb 2023

Segmen Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya

 


Klik sini untuk join


Syarat-syaratnya :


1. Follow Blog Cuya
2. Buat entri bertajuk "Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya"
3. Copy banner di atas dan backlink ke blog Cuya


16 Feb 2023

Bask Bear Coffee Sedap?

Assalamualaikum readers


Bask Bear Coffee Sedap? | Salah satu benda yang dipengaruhi dari blog Anies. Dah lama nak cuba cuma takut tak halal. Sampai lah ter-rajin nak check di website Jakim. Minggu ni, hubby balik lewat tak dapat dia nak kutip di office. Terus wasap SIL bongsu, dia onz nak datang ambil. Sebagai upah belanja BBC.


Bask Bear Coffer hanya RM 25.40 . Overall rasa kopi yang sedap, tak pekat dan tak over manis macam Starbucks

Salted Caramel Hazelnut Macchiato - RM 12.90 (pilihan Aqilah)

Sea Salt Chocolate Chip - RM 11.90 (pilihan Nina)


Paling best nak order sebab ada promo dalam Food Panda, siap free delivery tapi hanya air dan popcorn saja available. Next time boleh terus ke branch yang ada berdekatan USM. Baca review not bad. Terliur tengok menu mac & cheese dan tosties yang ada 😋



Paling suka packaging yang BBC sediakan. Memang semua di letakkan dalam beg kertas walaupun order thru FP. Sangat recommended untuk dicuba!

15 Feb 2023

Servis Hospital Swasta Teruk

 Assalamualaikum readers


Bila ada insurans pun susah, bila tak ada lagi susah. Kitaorang memang pelik bila SIL tengah suka sangat admit di Pantai. Nak kata dapat bilik VVIP tak pun, mungkin sebab makanan kot. Entah la nakk. Nina memang tak pernah pandang pun pantai ni, mungkin sebab dah baca terlalu banyak review 'kurang cantik'. Rate dalam google pun 🌟🌟🌟


Kerusi malas


Alkisahnya last week, SIL tengah dia sakit kepala yang berlarutan. Maka masuk ke Pantai. Dapat bilik untuk 2 orang pesakit. Nasib SIL bongsu dalam cuti-cuti. Lamberttt lagi nak masuk sem 2. Sedih tengok kerusi yang pihak hospital sediakan untuk pelawat 😂 memang kedekut betul. Balik rumah mengadu sakit badan. Kesian adik ipaq i.


9 Feb - discharge serta merta


Selepas 2 hari admitted, barulah jiran sebelah bagi tau dia dah 5 hari ada Influenza 😱😤 Geram betul, kalau berjangkit satu rumah tak pasal. Apa ke bangang pihak hospital tak maklum. Nyawa pesakit di buat sambil lewa. Ada hikmah tu, semoga kita dilindungi Allah seperti mana kita ambil insurans untuk cover kesihatan.

14 Feb 2023

Perodua Axia 2023

 Assalamualaikum readers


Perodua Axia 2023 | Axia baru telah dilancar pada hari ini dan sebanyak 20,100 unit telah dibooked. Sebagai salah seorang pemilik kereta Axia edisi ke 2, dan sudah 4 tahun pakai tanpa ada masalah. Walaupun enjin 1.0L tapi boleh travel dari Penang ke Negeri Sembilan. Kalau nak tahu salah satu pemegang share holder di dalam Perodua ialah dari Toyota sebanyak 51%.




Jadi, memang dijangka interior Axia baru ni. Segala ciri-ciri yang ada pada Ativa dan Alza baru adalah hampir sama. Bagi Nina spec, enjin dan reka bentuk amat berbeza dari Axia sebelum ini. Meh kita tengok apa yang lain dan bestnya jika memiliki Perodua Axia 2023.



Fungsi yang sama ada pada kereta Toyota



Kalau berpuas hati, ada duit lebih 😆 boleh book untuk anak, untuk parents ke. Hehe. Harga di bawah 50K nampak selesa untuk keluarga kecil. Untuk sebarang info boleh la walk in ke Perodua Showroom berdekatan.

Aiskrim KitKat Pink

Assalamualaikum readers


Aiskrim KitKat Pink | Bab aiskrim baru ni kalau nak tahu bila terjah stesen minyak. Sebab tulah setiap kali isi minya mesti Hubby tak bagi hampiri peti-peti aiskrim 😂😂


Aiskrim KitKat Pink - RM 4.60


Aiskrim KitKat Pink ni baru lagi. Mungkin sebab viral, cepat habis di merata tempat. Memang sebulan lebih mencari tak jumpa. Hingga SIL bongsu dapat cari di kedai berdekatan rumah. Alhamdulillah.. masih ada stok. Rezeki dapat makan aiskrim terlajak laris ni.



Aiskrim KitKat PINK


Aiskrim baru keluaran Nestle. Berperisa wafer yang disalut dengan coklat perisa kek keju strawberi, dihiasi dengan cebisan strawberi dan wafer KitKat ranggup. 



Rasa aiskrim wafer yang sedap lebih kurang macam aiskrim vanilla. Rasa masam manis itu membuatkan gabungan rasa yang menarik. Nak kata manis sangat tu tidaklah kot. 


Selain tertarik dengan pembungkus warna pink tu. Tertarik juga dengan rupa paras aiskrim yang berwarna pink! Menarik untuk dicuba aiskrim level kayangan ni. Saiznya pun sedang-sedang saja.


10 Feb 2023

Taipei, Taiwan 2018 : Chiang Kai-Shek Memorial Hall

Assalamualaikum readers


Taipei, Taiwan 2018 : Chiang Kai-Shek Memorial Hall | Bersambung semula dalam entri peram. Nina dan Anies tiba di TMS pukul 1.00 PM dan kami ada masa kira-kira 2 jam di Taipei, eloklah kami habiskan hasrat masa yang ada dengan 'menyinggah' ke tempat-tempat famous berdekatan. Tempatnya senang dituju, naik MRT dah sampai.




Laluan ke stesen MRT. Ikut signage. In shaa Allah tak sesat punyalah! 

Entrance / exit CKSMH MRT Station



Salah satunya Chiang Kai-Shek Memorial Hall (CKSMH). Salah satu tourist attraction wajib singgah bila sampai Taipei. Nak ke CKSMH ni sangat mudah. Naik MRT dan turun di CKSMH Station. Jalan kaki 5 minit dah sampai. Tempat ni popular dan figura orang yang bernama Chiang Kai-Shek tu sendiri memang dah tersohor.



Nampak papan tanda ni bermakna dah sampai!

Pintu gerbang CKSMH. Nampak dari jauh macam kecik kan? tapi bila dah berdiri dekat-dekat. Tinggi uuollsss!!

Posing kaki lemahhh! Box oren tu wajib bawa ke mana-mana! Haha.. Kalau lapar benti duduk dan ngap.




Kawasan CKSMH ni sangat luas. Lebih kurang macam stadium. Di kelilingi 3 binaan unik dan penuh ciri-ciri Oriental serta pintu gerbang. Kami tak terjah pun setiap binaan. Penat nak berjalan dari satu bangunan ke bangunan lain. Cuma kami berdiri di tengah-tengah dataran dan ambil gambar.



National Theater. Nampak macam sama dengan National Concert Hall kan tapi sebenarnya tak serupa pun

Taman bunga berdekatan pintu gerbang. Nampak macam lavender tapi bukan

Seksa nak ambil gambar dengan bunga lavender ni. Kena mengensot atas rumput tu sebab papan tanda tulis dilarang pijak tapi mengensot boleh. Nasib tak ada taik anjing. Hahaha...

National Concert Hall

CKS Memorial Hall. Wajib ambil gambar ni sebab kat tempat lain tak ada. Kami tak masuk pun dalam bangunan tu sebab jauh nak berjalan dan kejar masa. Dataran CKSMH ni sangat luas. Syukur cuaca tak panas. Senang nak posing macam-macam gaya hari tu. Haha...



Setengah jam kat sini, puas hati dengan selfie pose maut masing-masing, kami pun beredar ke tempat lain. Ada 1 lagi tempat kami nak tuju sebelum kami tinggalkan Taipei. 



Peta laluan MRT

Tunggu MRT nak ke manaaa??

Ini la rupa jamban di Taipei. Bersih, tiada bau dan tiada sampah tisu toilet



Salah satu nak survive di Taipei ni kena ingat peta MRT. Takut nanti tersalah stesen. Naya Pak Karim! Haha.. Paling salute mana-mana stesen konpem toilet bersih uollsss.. Setakat ini saja perkongsian di CKSMH. Jumpa lagi di next entri. Banyak episod suka dan duka travel kali ini.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com