22 Feb 2023

Taipei, Taiwan : Daan Park

 Assalamualaikum readers


Taipei, Taiwan : Daan Park | Sebelum virus kemalasan melanda, baiklah sambung semula cerita jalan-jalan ni. Selepas balik dari Chiang Kai Shek Memorial Hall. Dari CKSMH, kami naik MRT dan terus ke Daan Park Station. Tapi sebelum sampai ke sini, perlu buat pertukaran laluan MRT kerana Daan Park Station berada di lane merah sementara Chiang Kai-Shek Station di lane hijau.


Stesen MRT Daan Park

Stesen MRT kat Taipei mostly bawah tanah. Ada kemudahan eskalator dan lif

Keluar saja dari station, terus hidu kopi. Sampai ke sudah kami tak sempat nak merasa secawan kopi


Jalan cerita macam payah kan? once dah faham, kacang nak hafal laluan MRT ni. tak susah dan rumit pun. Kalau sesat, turun di mana-mana station dan naik semula tren. Lagipun MRT ni laluanya dah tetap. Lain lah kalau naik kereta. Daan Park ni terletak di tengah-tengah bandar


Keluar dari stesen MRT akan nampak taman ni dulu



Misi ke Daan Park ni nak tengok Taipei Grand Mosque. Alang-alang hari Jumaat masa tu, boleh kot tengok suasana orang ke masjid tapi sebaik keluar dari Daan Park Station, nak kata masjid, menara masjid pun tak nampak. Pusing-pusing pun tak jumpa orang balik solat. Lastly kami merayau dalam Daan Park sementara masih ada masa.


Buluh dan masyarakat Cina tak boleh dipisahkan. Bezanya tak ada panda kat sini


Ini la keistimewaan Daan Park. Dalam kawasan bandar ada kawasan penempatan pelbagai burung? Di tengah pulau kecil dalam tasik Daan Park ni menjadi habitat pelbagai spesis burung dan terpelihara. Kawasan ni sunyi dan tak mengeluarkan pencemaran bunyi.

Marilah pulang ke TMS. Masa untuk tinggalkan Taipei

8 comments:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com