28 Sept 2018

K FRY Urban Korean Di Holiday Villa, Johor Bahru

Assalamualaikum Readers
 
 
 
K FRY URBAN KOREAN, HOLIDAY VILLA JOHOR BAHRU | Sambungan kisah weekdays bulan 8 lepas. Haha.. Lama benar nak habiskan cuti-cuti dalam Mesia apatah lagi entri Taiwan. Maigodd.. Dalam entri [sini] Nina ada mention nak jumpa Blogger Johor. Dah lama teringin nak makan sini sebab kat utara tak ada branch. Nasib Ein sudi teman makan kat sini siap belanja. Maceh Ein.. Muahh.. Muah. Akhirnya dapat juga makan sini. Hehehe.. Semoga murah rezeki Ein sekeluarga. No pork, no lard, no alcohol



Ini la blogger Ein. Kenal tak?
 
Menu K FRY Urban Korean
 
Setiap kali selfie mesti budak ni suka sorokkan badan. Petua nak nampak slim
  


Apa yang membuatkan Nina craving sampai sanggup fly ke JB semata-mata nak makan di restoran ni? Sebab makanan Korea kat sini tak menahan, air liur meleleh membasahi pipi. Hahaha.. Nasib baik Ein dah book meja siap-siap, kalau tak melangut beratur tunggu giliran dari anak-anak tangga. Mak ai memang ramai betul warga JB yang dating makan walaupun time sampai tu hujan lebat. Tak pernah tak ramai orang kalau ke restoran ni. Meh tengok menu apa yang kami order petang tu. Hehe.. Tak habis makan sampai kena tapau bawa balik hotel.



Kimgaru Bokkuembap (Seaweed garlic fried rice served with a runny egg river & soya cutlet)


Bulgogi Jeon Gol (Classic Korean stew with marinated bulbogi, lebih kurang macam maggi tom yam)
 
Bulgogi Beef Fries (Sliced succulent chicken topped on premium straight cut fries & garnished with red & green onions)
 
Yangnyeom Wings (Traditional Korean sweet & tangy sauce - Rasa pedas-pedas lemak)

Ayam bumbuk sudah mari. Ini paling memikat hati

Step by step nak makan ayam cheesenya. Staff panaskan cheesenya dulu sehingga meleket lepas dah cair baru salutkan dengan ayam
 
 
Original Cheesy Fried Chicken Bumbuk (Sedap dimakan pedas-pedas, ada 3 flavour)
 
 
Air Strawberry Will Kiss Wilkis. Sedap sangat, tambah-tambah makan makanan bercheese


 
Overall memang puas hati makan kat sini dan berbaloi. Staff semua friendly. Harga total Ein bayar bawah RM 150.00 . Worth it to try! Setakat ini ada 4 branch di Malaysia. Boleh tengok di website : www.kfry.my/
 
 
  • Holiday Villa Johor Bahru
  • Old Street Batu Pahat
  • IOI City Mall Putrajaya G26
  • 1 Utama LG221A Old Wing

22 Sept 2018

Breena Beauty Blending Pearl

Assalamualikum Readers
 

Breena Beauty Blending | Kembali bersiaran uoolss! Busy tolong staf lipat pelan lukisan. Banyak pulak bukan sikit. Okeh, dalam entri [sini] Nina ada mention shopping di Hermo.my, jadi meh nak kongsikan barang apa yang dibeli tu. First time Nina pakai beauty blender, sebelum ni pakai berus atau tangan, agak leceh dan comot. Bila pakai beauty blender ni, senang nak touch up dan satu muka dapat diratakan dengan span ni. Breena beauty blender ni ada bermacam jenis warna. Pilih saja.


Breena beauty blender RM 29.00

Macam bentuk telur ayam. Haha



Apa yang best? Senang nak cuci, jangan la pakai sampai span bertukar warna hitam. Hahaha.. Tak pasal muka naik jerawat pulak. Suka brand sebab banyak beauty blogger suggest pakai dan bila basuh, mudah nak kembali ke bentuk asal. Lembut dan gebu beauty blender ni. Boleh beli lagi lepas ni. Hehe..
 
 

19 Sept 2018

Restoran Taman Apple Cameron Highland

Assalamualaikum Readers


Restoran Taman Apple Cameron Buffet Steamboat & Grill Di Cameron Highland | Restoran Steamboat and Grill Pilihan Di Cameron Highland | Cuti-cuti bulan ni kemana korang semua? Bulan September tahun ini paling best sebab cuti banyak. Hahaha.. Cuti Hari Malaysia kali ni, Nina ke Cameron Highland memandangkan dah agak lama tak ke sana dalam 7 tahun lebih jugak lah. Kalau sebut nak ke Cameron Highland cuti weekends, boleh terbayang kesesakannya tapi Alhamdulillah masih boleh bergerak ke sana sini walaupun keadaannya hampir setiap hari hujan. Bila sebut pasal jalan-jalan mesti nak cari makan, mula lah dalam otak kepala nak cuba segala jenis makanan yang ada di Cameron ni. Bila lagi nak lepas gian craving tu. Restoran Taman Apple Cameron sebelum ini dikenali sebagai Taman Abang. Lokasinya di tengah-tengah pekan Tanah Rata bersebelahan dengan Hotel Cool Point.

 
Banner di luar entrance restoran TAC
 

Pasu-pasu bergantungan. Cantik buah tomato

Boleh berOOTD
 

Pagi Sabtu lepas, lebih kurang pukul 8.00 pagi, Nina dah gerak ke Cameron Highland, cuaca elok dan perjalanan dipermudahkan Allah dalam pukul 12.30 tengahari dah sampai di Restoran Taman Apple Cameron untuk menikmati makanan tengahari. Nina dan tunang dapat mencuba Nasi Lemak Ayam Bakar dan Kambing Bakar. Meh Nina nak kongsikan jalan-jalan ternak lemak untuk korang yang merancang nak bercuti di Cameron Highland nanti. Sebenarnya ini semua 'unplanned trip' jadi Nina ambik kesempatan untuk 'short vacay' selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland. Alang-alang ke sini, sambil tu boleh cuci mata.

 
 
Kalau mampu nak cuba semua

Tengah buat keputusan yang amat susah. Haha

 
Restoran Taman Apple Cameron ini boleh dikategorikan sebagai syurga makanan di Cameron Highland. Hanya stop by setempat dan nikmati pelbagai jenis makanan dan minuman yang akan buatkan diri rasa nak repeat makan di restoran di sini lagi. Apa yang boleh Nina simpulkan, kali pertama jejakkan kaki ke Restoran Taman Apple Cameron ni dah tertarik dengan pasu-pasu yang bergantungan bersama buah-buah tomato, strawberry dan terung ditambah bunga-bungaan yang menjalar, mana nak dapat view menarik macam ni kat Penang. Nice view sesuai dengan kawasan di tempat sejuk. I fall in love for the first time! Sangat sesuai untuk bersama keluarga, untuk honeymoon dan makan bersama pasangan. Pasti akan kembali ke sini lagi bersama yang tersayang dan akan recommended pada keluarga dan kawan-kawan. Menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.




Sebelum ke sini, Nina ada buat research, mesti lah godek-godek terlebih dahulu entri-entri blogger yang review di Google. Tempting tengok makanan-makanan yang ada. Selepas baca dari blog ke blog, Nina dapat tau Restoran Taman Apple Cameron ni ada 3 course bermula dengan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam (Steamboat & Grill).  Buat pertama kali dengar, mesti rasa excited nak cuba makanannya. Tambahan pula salah satu tarikan di sini ialah wajib cuba menu istimewanya, Nasi Lemak Serunding Strawberry dan ada juga Nasi Kukus Serunding Strawberry. Lain dari yang lain dan unik bagi Nina. Ingat Restoran Taman Apple Cameron ingat Nasi Lemak Serunding Strawberry ya!


MENU MINUMAN & DESSERT DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON



Pilihan minuman
 
Terliur tengok menu minuman


Pilihan menu minuman yang ke 3
Pilihan menu jus


Milkshake yang pelbagai pilihan

Minuman berasaskan strawberi




MENU BREAKFAST DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON



Menu breakfast
 
Mee rebus nampak sedap
 
Nasi impit yang pelbagai

 
Style makanan yang disajikan di restoran Taman Apple Cameron ni konsep ala macam kita pi makan di Old Town White Coffee. Menu sangat menarik, tangan pun tertarik nak tekan intercom yang disediakan. Tak perlu korang melambai-lambai tangan macam orang Hawaii nak panggil staf yang sedia menunggu. Pelangan tak perlu berjalan, staf akan layan bak puteri raja.. Order apa saja. Haha.. Paling penting, layanan mesra dan tak lekang dengan senyuman. Order tak sampai 20 minit dah sampai. Cepat betoi servis kat sini. Bak orang kata customer always right. 



Tekan butang untuk order


Restoran Taman Apple Cameron menyediakan menu makanan yang disertakan gambar dan siap display setiap menu-menu yang ada di skrin TV. Senang nak buat pilihan makanan yang ada. Gambar yang korang nak makan sama macam dalam menu ok. Jadi bersabar lah tahan air liur dari meleleh tu. Memang bukan di alam mimpi. Nina bercakap berdasarkan pemerhatian, bukan semua restoran akan pamerkan portion makanan yang sama dalam buku menu. So ini tempatnya! 



Pilihan untuk breakfast, kami berdua pilih menu Nasi Lemak Serunding Strawberry dan Nasi Lemak Rendang Ayam. Ini kali pertama Nina cuba serunding strawberry. Rasanya manis-manis buah strawberry, rupanya bak serunding ayam. Nasi lemak serunding strawberry dihidangkan bersama telur rebus, hirisan timun, ikan bilis dan sambal yang mabeles.




Nasi Lemak Serunding Strawberry & Nasi Lemak Rendang Ayam



Nasi Lemak Rendang Ayam pula paling tak menahan rendang ayamnya. Siap berebut nak habiskan kuah rendang. Sedap sungguh, terasa kesedapan rendang tak ubah macam masakan mak. Korang boleh juga cuba Nasi Lemak Biasa dan Nasi Kukus Serunding Strawberry. Kerana space perut dah tak muat, Nina tak sempat merasa Laksa Johor dan Bihun Soto. Nampak menarik jugak ni. Apakan daya terpaksa 'surrender' awal. Ada rejeki ke Cameron lagi, boleh cuba nanti.



MENU LUNCH DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON


Semua nampak menarik

 
Set lunch pelbagai makanan
 
Tak dapat cuba yang ini

 
Masa Nina sampai restoran tu, hujan lebat baru reda. Apa lagi perut pun berkeroncong mintak makan. Ada set makanan sihat, boleh cuba set lauk bakar. Tunang nak cuba Set Nasi Beriani tapi tak ada. Nampaknya nak kena mai Cameron lagi ni. Hehe.. Bagi korang yang tak makan ayam atau daging, boleh cuba menu ikan bakar, ikan pais, ikan masak tempoyak dan juga kari ikan. Belek punya belek menu makanan, akhirnya kami pilih Nasi Ayam Bakar & Nasi Kambing Bakar bersama air Strawberry Lemonade. Belum pernah cuba lagi air strawberry lemonade. Memang rasa kelainan.


Set lunch kami berdua

Nasi Kambing Bakar. Daging juicy!

Nasi Ayam Bakar pun sedap


Kesedapan kambing bakar yang juicy dan tekstur daging kambing yang dimasak begitu lembut, membuatkan tunang makan dengan berselera. Nina suka ayam bakarnya yang crispy dan saiz ayam juga besar, sepadan dengan harga. Memang berbaloi. Alhamdulillah, hilang lapar kami time hujan di Cameron Highland petang tu. Sebelum kami start ber'steamboat, Nina ke ladang the sementara nak checked in dan nak perut ada space sebelum kami dinner. Haha.. Lepas penat 'buang lemak berkrim disukai ramai' turun naik tangga di Cameron Valley, Nina pun terjah restoran Taman Apple Cameron semula untuk menikmati hidangan makan malam romantik. Haha.. Gurau saja. Make sure korang datang awal dalam pukul 5 petang ya. Kalau tak, ramai orang.



DINNER STEAMBOAT & GRILL DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON


Pilihan untuk steamboat & grill


*Kambing BBQ
*Kambing Black Pepper
*Ayam Black Pepper
*Ayam BBQ
*Ayam Kunyit
*Lala
*Ikan Dory (sedap)
*Udang
*Sotong
*Telur



Bahan-bahan untuk steamboat juga


*Cendawan Jarum
*Cendawan Batang
*Tomato Ceri
*Taugeh Cameron
*Salad Muda
*Salad Kerinting
*Jagung
*Siu Pak Choi
*Sayur Lajah
*Yo Mak Tam
 

Ready nak bersteamboat

Seronok bersteamboat & grill kat sini
 
Mix and match



Selesai checked in dan mandi manda, kami ke restoran TAC untuk dinner. Apa yang bestnya, menjadi trend di Cameron untuk makan malam mesti lah berasaskan steamboat dan grill sesuai dengan suhu sejuk di Cameron Highland. Pilihan bahan steamboat yang boleh diambil berulang kali dan terdapat banyak pilihan makanan tambahan seperti nasi goreng, bihun goreng, nasi lemak pandan termasuk beraneka pilihan air panas dan sejuk bersama aiskrim dan ais kacang. Lama juga Nina tak bersteamboat ni.


 
Nasi goreng

Bihun goreng dan nasi lemak

Bihun untuk steamboat

Mee untuk steamboat. Kembang sekembangnya dalam tomyam
 
Pilihan sos untuk grill
 
Panas-panas bubur jagung

Oren

Tembikai manis


Bahan mentah untuk steamboat pun banyak pilihan. Perapan BBQ segera dan sayurnya juga pelbagai pilihan. Semuanya dimasak sendiri di atas dapur grill dan boleh pilih sama ada Tom Yam atau Sup. Untuk dinner ni semuanya layan diri ya. Nina pilih kuah Tom Yam dan kuah juga boleh ditambah jika perlu tanpa dikenakan caj tambahan. 

 

Pilihan air minuman panas
Pilihan air sejuk

Nak grill mesti kena ada bahan-bahan kan

Aiskrim Malaysia strawberry

Aiskrim coklat terlalu beku, tak dapat makan

Sos strawberry untuk aiskrim!

Sedap cair dimulut


Make sure datang awal, steamboat and grill ini bermula seawal jam 5 petang, datang time tu baru tak crowded. Mudah nak pilih makanan tanpa perlu menunggu dan berebut makanan. Makan pun smooth saja jika datang awal. jangan terkejut kalau korang nampak aiskrim. Nina pekena aiskrim strawberyy dan vanila bersama sos strawberry, sayangnya perisa coklat tak boleh ambil, terlalu beku la. Alaaa.. Kats sini juga ada jual aiskrim Malaysia strawberry tau. Cuba la memang sedap.



ABC buat sendiri hehe



Side dish juga ada seperti bubur jagung, buah oren dan tembikai. Tak dapat merasa sebab dah kenyang. Menarik kat restoran TAC ni ialah ada bermacam jenis kek yang buat mata Nina naik juling. Kalau korang berkunjung ke sini dan kebetulan pada hari ulang tahun atau hari lahir orang yang tersayang, tak payah susah-susah cari kedai kek. Kat sini pun ada..


PILIHAN KEK, DONUT & PAVLOVA


Disini juga ada pelbagai jenis dessert antaranya variasi kek, donut dan pavlova. Korang boleh cuba Strawberry Cheese Cake! Nina suka rasanya yang cheese yang lemak ditambah rasa masam strawberry. Kurang rasa muak.


Donut chocolate pun ada

Strawberry Layered Cake

Strawberry Cheese Cake sedap!!


Chocolate Indulgence

Pavlova crispy


*Scone Plain - RM 6.90
*Oreo Cheese Cake - RM 8.90
*Brownies Ice Cream - RM 6.90
*Red Velvet - RM 8.90
*Donut Chocolate - RM 8.90
*Strawberry Cheese Cake - RM 7.90
*Chocolate Indulgence - RM 8.90
*Pavlova - RM 7.90
 


Pasti menjadi pujaan hatiku

Pavlova lain dari yang lain. Agak unik

Strawberry cheese cake paling Nina suka

 
 
DEKORASI & KEMUDAHAN DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON YANG SELESA & STRATEGIK



Di pintu masuk belakang

Meja yang banyak

Meja untuk bersila pun ada


 
Apa yang menarik di Restoran Taman Apple ini? Pertama mestilah strategik dan hanya 5 minit jalan kaki dari hotel yang Nina menginap. Tak tahu pun, just hentam booking saja. Nasib lah area Tanah Rata juga. Pastikan korang stay di tengah-tengah pekan Tanah Rata tau. Lepas ni tahu dah nak menginap kat mana kalau datang ke Cameron lagi. Hehe.. Tempat makan yang selesa, meja yang luas dan bersih, teratur. Banyak tempat untuk OOTD atau selfie. Ruang parking pun luas dan tak ada masalah nak letak kereta.
 
 
Kawasan restoran yang bersih

Pokok-pokok yang menjalar menampakkan suasana tenang

  
Tempat makan paling menarik

Dilarang merokok dan Vape

 
 
Tandas yang selesa dan bersih cuma lebih elok sediakan tisu sendiri. Di luar pintu masuk restoran tersedia kiosk jualan, disini ada jual Serunding Strawberry yang digunakan untuk menu nasi lemak serunding strawberry. Apa yang Nina sukakan restoran TAC ni bila terpandang papan A besaq gedabak di kaunter bayaran menunjukkan bahawa restoran ini dalam gred kebersihan premis makanan bertaraf A. Bagi perokok dan penghisap VAPE, di sini dilarang sama sekali. Korang kena keluar dari restoran.


Restoran bertaraf A

Semuanya canggih, hanya touchscreen

Waktu lunch pun ramai

Suka suasana hijau restoran ni

Kiosk yang menjual serunding strawberry

Pintu masuk hadapan


Bersama staf Ika yang friendly


Buat yang merancang ingin bercuti di Cameron Highland, jangan lupa masukkan Restoran Taman Apple Cameron dalam list JJCM korang ye. Recommend sangat-saangat untuk sesiapa yang dating bercuti bersama keluarga dalam group kecil atau besar. Harga makanan disini juga berpatutan.
 
 

Alamat : 891-A, Persiaran Dayang Indah,
39000 Tanah Rata, Pahang.

Waktu Dibuka : Isnin - Jumaat (Tutup pada hari Rabu)
8.00 pagi - 12.00 pagi
 
 
 
 



Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com