14 September 2018

Makan Sedap Di Golden Bowl Cafetiam @ Promenade, Bayan Lepas, Penang

 
Assalamualaikum Readers
 
 
 

Makan Sedap Di Golden Bowl Cafetiam @ Promenade, Bayan Lepas, Penang | Café Sedap Di Penang | Café Makanan Korea Di Penang | Tenggelam timbui dalam blog sekarang ni, sabo jelah.. Kali ni Nina nak kongsikan satu cafe yang happening dan banyak makanan yang sedap-sedap ! Cafe ini served makanan fusion dan makanan korea. So, peminat makanan Korea boleh mai serbu. Hehe.. Selalunya, kalau ke restoran atau cafe, hanya ada makanan fusion saja atau makanan Korea saja, tapi di Golden Bowl Cafetiam ni lain macam sikit. Semua ada.




Entrance Golden Bowl 

Mem besar nak OOTD

View dari tingkat atas, nak makan kena naik




Jadi, tak perlu dah nak pening kepala makan kat mana, masalah bagi Nina kalau keluar dengan bf adalah nak makan kat mana? Nasib tak pernah gadoh bab mencari makan. Haha.. Sebab itu kena ada list tempat makan, just pilih saja setiap kali keluar. Haa kan senang! Ini antara menu-menu yang ada, siap ada suggestion dari chef.




Macam style Oldtown
 
Set menu breakfast

Set menu brunch pun available

Set ayam style Korean

Set ramen yang sedap-sedap
 
Portion besar boleh kongsi bersama yang tersayang

Macam-macam version makanan boleh cuba

Rice bowl pun ada


Air minuman yang boleh cuba, lain dari yang lain. Semua Nampak rare


 
 
Food blogger boleh la buat list tempat makan best di Penang, senang buat pembaca yang suka food hunting di Penang. Hehehe.. Lokasi Golden Bowl Cafetiam ni dalam bangunan Promenade berdekatan Hotel Seri Malaysia. Masuk dan parking berbayar tapi murah saja untuk parking ni. Park dalam kawasan 'auto gated'. Park memang banyak, jangan risau kalau mai makan on weekends. Jangan park di luar kawasan, nanti tak pasal dapat 'surat cinta' MBPP. Hehe.. Memandangkan Golden Bowl Cafetiam menyediakan hidangan sarapan pagi, seawall jam 8.30 pagi dah buka.




Antara minuman yang para blogger pilih. Ada Ice blended Hor Ka Sai, Hor Ka Sai (Hot), Ice blended chocolate

Kesukaan Nina. Salted cream cheese Hor Ka Sai. Campuran kopi dan milo. Wajib cuba, recommended


Golden Milky Cheese

Signature House Curry, suka makan ini

Yoonas's Spicy Kimchi



Pilihan rice bowl wajib cuba

Teriyaki Chicken Rice Bowl

Yoona's Korean Rice Bowl
 
Antara menu breakfast & brunch. Eggsie Beef Strips Benedicto, Big Momma's Breakfast
 
Salmon Eggsie Benedicto

Australian Shaksuka
 
Pamadora Chicken

Crunchy Cheesy Chicken Wings. Suka yang ni! Jangan lupa cuba Crunchy Korean Spicy Chicken Wings

 
 
Dekorasi café ni pun cantik, kemas dan teratur. Toilet bersih dan wangi. Bagi Nina, makan di Golden Bowl Cafetiam ni memang berbaloi tambah pulak makanan semua sedap. Dengan cara dorang buat food presentation yang menarik, sesiapa tengok pun terliur, terpikat. Compare to harga makanan yang superb, sangat berbaloi. Makan kenyang, perut pun riang bak kata Blogger Zaf. Haha..
 
 
 
Meja bersih, nak makan pun tak risau

Santai deconya
 
Sesuai dengan konsep warna logo
 
Ready tunggu makanan, ala romantic kalau makan sini

Jangan datang hari Selasa guys. Hehe

 
 
 

Wajib datang ke sini lagi, bawak orang-orang yang suka Korean food. Hehe baru lah rambang mata dorang. Must come and a must try menu at Golden Bowl Cafetiam. Jangan risau, kalau was-was boleh tanya staf-staf yang bertugas. Peramah ya. Thank you so much owner Golden Bowl for invitation. See you soon
 
 



2 comments:

Anonymous said...

Hello, I enjoy reading through your post. I wanted to write a little comment
to support you.

Anonymous said...

Hi, after reading this remarkable post i am too delighted to
share my experience here with colleagues.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com