5 Sept 2018

Review Filem : Hantu Kak Limah (2018)

 Assalamualaikum Readers 

 
 
Review Filem : Hantu Kak Limah (2018) | Siapa dah tengok hantu kak limah ni? Rasanya memang movie melayu paling kelakar abad ini. Dari mula sampai habis gelak tak habis, gelak hingga keluar air mata. Nina dan bf tengok 12 Ogos lepas, seminggu lepas tayangan, memang beratur panjang nak masuk wayang. Nasib book tiket kalau tak seat 'atas' sold out. Setakat ni, cecah RM 13.6 juta, filem box office tertinggi 2018.



 
 
 
SINOPSIS FILEM HANTU KAK LIMAH





Mengisahkan tentang Husin (Awie) yang pulang ke kampong setelah tak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya, Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani) dan Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) di kilang arang.



Manakala, Kak Limah (Delimawati) baru berkahwin dengan Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati (memang kawin real pun). Namun, baru saja menikmati kebahagiaan rumah tangga, kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Pada masa yang sama, Husin bersama rakan-rakannya, Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis bunian (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta. Sibuk menangkap burung, Husin, Wani dan Khuda tak tahu berita kematian kak Limah.


Khuda dan Kak Limah
 
 
 
Yeh Sekupang selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropi) untuk menjaga jenazah sehingga anak kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari KL. Nayan masih keliru dengan kematian kak Limah kerana dia baru saja berjumpa dengan kak Limah di tebing sungai sebelum dating ke klinik. Khuda sempat pulang ke rumah bertemu kak Limah dengan membawa Husin dan Wani menjamu bubur keladi paling sedap dibuat kak Limah.



Kak Limah lapaq
Ramai-ramai nak pastikan kak limah ni hantu tak pijak Tanah

Menyorok kat rumah guru silat. Kelakar part ni

Nak perangkap hantu kak limah



Di sini bermulanya misteri apabila kelibat kak Limah masih kelihatan walaupun sudah meninggal dunia dan menganggu Khuda. Akhirnya, muncul guru silat, Encik Solihin (Zul Ariffin) yang membantu mereka berdepan dengan hantu kak Limah. Husin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang. Nak tau lebih kena pi tengok.




Pecah panggung



🌟🌟🌟🌟🌟

 

5 comments:

  1. Hahahaaha... baca reviews pun dah kelakar.
    Belum sempat tengok lagi

    ReplyDelete
  2. Akak suka watak Nayan. :D Tapi rindu dgn watak2 lama...

    ReplyDelete
  3. filem melayu masih berbisa di pawagam kalu kn jln ceritanya dgn taste penonton tahniah HKL

    ReplyDelete
  4. Part menyorok kat rumah En.Solihin tu yang tak menahan.. siap nyanyi lagu.. hahaha..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com