12 Sept 2018

Shell Out Versi Jawa @ Warteg Ipoh

Assalamualaikum Readers
  

Tempat Makan Di Warteg Ipoh | Tempat Makan Best Di Ipoh | Restoran Makanan Jawa Di Ipoh | Hai semua ! Kembali bersiaran secara tak langsung dari opis. Sementara tak ada kerja marilah menghapdate apa yang patut. Bukan tak ada cerita tapi tulah nak tunggu idea tak mai singgah di fikiran. Blog ni kalau tak post pasal makanan memang tak sah. Lepas kenduri kawan tu, kami balik ke Ipoh dan dah plan nak JJCM sebab lama tinggalkan tempat study jadi mesti rindu bangat sama warung, restoran, kedai lepak zaman muda-mudi dulu. Warteg (bermaksud warong tegar dalam bahasa Indonesia)


Set Javanese Crab - Shell out versi Jawa dalam RM 25 incl air sirap

Boleh tahan pedas. Makanan Jawa mesti pedas. So far sos shell out ni terangkat, ada lala, ketam, sotong, tempe, terung, kupang, bendi, udang. Sesedap rasa.

Muka makan tempe. Haha



Mai Ipoh tak cari makan, tak sah la. Hahaha. Salah satunya nak terjah, Warteg Ipoh! Sebelum makan sini mesti kena baca review dulu. Sayangnya tak ada blog update pasal restoran ni. Hairan, takkan tak ada blogger Perak? So, Nina baca review di page FB saja, banyak yang review teruk la etc, jadi nak tau cerita sahih kena try pi makan baru tau.



Customer pertama hari tu. Hehe Ohsem


Hiasan dalam resto


Dinding luar restoran

Dinding luar. Nampak ni senang nak detect restoran



Restoran berasaskan masakan Jawa, walaupun Nina dan bf bukan berketurunan Jawa tapi kami nak try makan. Masa datang tu, kami pelanggan pertama, tak tau lah resto baru buka atau memang tak ramai orang lagi. So, tak perlu tunggu lama, sekejap saja dah dapat makan. Kami pilih set shell out, namanya Java Crab. So, unik. Harga makanan di sini sangat berpatutan. Bukan harga yahudi. Haha



Alamat : No. 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa,
30300 Ipoh, Perak.
(Lokasi dalam pekan)
 

11 comments:

  1. Wah...nampak menyelerakanlah...boleh cuba ni kalau ke Ipoh..

    ReplyDelete
  2. cantik eh kedai dia, jauh pulak nak pegi

    ReplyDelete
  3. so, makanan nya okay tak? nampak presentable :D

    ReplyDelete
  4. So sedap ke tak sedap hehehe???

    Meja dari pintu recycle ke tu?

    Bila tengok meja tu teringat resto Atok D' River guna barangan recycle kat Seremban ni.

    ReplyDelete
  5. alaaaaa...Kite memang selalu lalu kot depan warteg ni...tapi selalu tak singgah..macam-macam hal lah..aahahhaa..mungkin 1 hari nanti singgah..

    ReplyDelete
  6. sekali sekala jadi org jawa ya nina hahaha ye laa hari2 pekena nasi kandaq.... wes mangan?? waras?? hahahaah

    ReplyDelete
  7. Okay tak nina makanannya? Kenapa agaknya tak ada blogger yang buat review pasal kedai ini ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahida : makanan ok tp tak tahu lah kalau org tak perasan kewujudan kedai ni

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com