Assalamualaikum Readers
Taipei, Taiwan 2018 : Poshpacker Hotel | Dengar nama pun rasa vogue. Sebelum beli barang-barang nak masak, kami drop luggage di hotel dulu. Balik dari Carrefour, kami terus ke hotel. Sebelum ke hotel, di TMS, kami singgah di VIC (Visitor Information Counter) untuk tanyakan lokasi hotel kami. Orang kata jangan malu bertanya jalan kalau tak sesat lah jawabnya. Nasib baik staf peramah dan tak jemu melayan soalan-soalan kami. Bukan tak ready itinerary tapi just nak make sure, walaupun Anies dah siap print screen lokasi hotel.
|
Poshpacker Hotel, Taipei. Ini di lobi hotel, boleh tampal polaroid |
|
Entrance hotel. Masa ni dah lewat petang, kat Taiwan pukul 6 dah nak gelap |
|
Wow rate tinggi |
|
Dari Taipei main station (TMS) |
|
Ikut laluan jalan kaki ni |
|
Sampai depan Uniqlo ni, lintas dan belok ke kanan. Di setiap simpang yang sibuk akan ada guard lalulintas |
Lokasi hotel taklah jauh sangat dengan TMS, cuma kena melalui banyak simpang, jalan perlu dilintas, lorong dan bangunan sampai konfius dibuatnya. Alhamdulillah, jalan punya jalan akhirnya kami jumpa hotelnya. Tak lah susah mana nak cari kalau masih lagi area TMS. Satu hal yang Nina perasan, hotel kat Taipei ni boleh tahan mahal juga la. Kami sama-sama cari hotel di Booking.com, Agoda nak dapatkan hotel murah dan selesa tapi tak menepati hati masing-masing. Sebenarnya banyak dan cantik-cantik biliknya cuma harga tak berapa ngam dengan bajet kami. Hehe.. Ada duit lebih no hal kan.
|
Reception ada café |
|
Lif muat 2 orang termasuk luggage |
Bab hotel Nina serahkan segalanya kat Anies, then dia booked hotel ni dan bayar on the spot. Satu kelebihannya tak nak overspend! Kami tak nak duit hotel bercampur dengan perbelanjaan lain. Anies dah pernah buat untuk trip Cambodia dulu. Kita rasa macam bawa banyak duit tapi terlupa duit hotel tak bayar lagi. Lecehkan? Just bawa duit untuk shopping, makanan, entrance fees tanpa perlu catu duit poket. Bila bayar siap-siap, senang hati. Then proses check in pun cepat. Staf hotel cuma mintak passport, lepas tu terus dapat kunci, tambah-tambah memang nak sondol bantal kena cepat la. Hahaha..
|
Macam biasa, kena touch dulu access card, baru lif bergerak. Depan life terus tuju ke bawah, tempat simpan luggage. |
|
Laluan ke bilik kami |
|
No bilik pun comel |
|
Ruang bilik agak sempit, nasib muat nak solat |
|
Not bad janji tidur lena tanpa gangguan, tak Nampak tv pulak tapi kami tak tengok pun |
|
TV tak tengok pun |
|
Oh my bed for one night |
|
Ada selipar sorang satu |
Apa yang unik hotel ni? Anies pilih 'special' sikit sebab bilik dan bilik air berasingan. Bilik air kat luar, nak mandi kena berkemban muslimah sikit. Janji bersih dan air deras. Sekali kena sejuk mengigil (entah betoi tak ejaan ni, hahah). Nak stay 1 malam ja, yang penting dapat rehat cukup selepas menikmati meggi telur. Nak keluar malam, Nina cakap malas dan kaki dah bagi hint tak nak jalan lagi. Sapu krim mustajam di kaki, terus hanyut. Haha.. Sebenarnya takut terlepas Subuh, sebab waktu dalam pukul 4 pagi lebih. Awal gilakan.
|
Pintu masuk toilet perempuan |
|
Bersih betul. Singki pun bersih |
|
Bilik buang air |
|
Bilik mandi. Kemudahan dalam bilik air lengkap dengan shower, bath cream, sabun dan syampu. |
|
Ada cermin besar, nak make up pun puas |
|
Hairdryer pun banyak |
|
Masa mandi paling seronok. Air sejuk macam air terjun. Rest room pun banyak daaa |
Ada satu kes lawak, balik hotel nak collect luggage, Nina boleh lupa peti simpan luggage tu, nyanyok dah aku ni. Berlari-lari cari staff sebab locker tak boleh buka. Rupanya silap locker! Hahaha.. balik dari berjalan lupa habis. Malunyaaaa.. Nasib baik check out dah. Disebelah bawah hotel ada bilik juga, dan bilik rehat, locker. Kemudahan lain termasuklah Wi-Fi, tuala, peti ais, safety box dan lain-lain. Sangat berpuas hati stay sini walaupun bilik kecik janji bersih dan selesa. Ada rezeki ke Taipei lagi, boleh menginap di sini.
|
Bilik air bawah tanah |
|
Naik tangga terus jumpa lif dan pintu keluar |
|
Underground floor atau lounge. Kat sini ada tempat rehat, boleh panaskan makanan (ada microwave), boleh bancuh air, makan, minum kat sini dan juga luggage storage |
|
Luggage storage |
|
Sebelum kami keluar sempat tapau air mineral. Hehe |
|
Comelnya tanda melabur. Haha |
Address : No. 39, Section 1, Chongqing South Road, Zhongzhen District, Taipei City, Taiwan 100
Tel : +886223755555
Cantik hotel dia.. bersih kemas dan lawa.. Sha setuju part bayar hotel siap siap sebelum gi melancong.. senang nak asingkan duit.. Sha pun suka buat macam nie..tapi dalam semenanjung Malaysia jelah jalannya.. kikiki..
ReplyDeletenak patah balik n nak minum kopi PH😆😆
ReplyDeletecantiknya tempat ni! tak jemu mata sha tengok! tv tu mcm takpenting sangat pun kalau niat nak berjalan jalan ni haha
ReplyDeleteWalau kecil, nampak cozy habis.
ReplyDeleteSelamat melancong
ReplyDeleteair sejuk, grrrr
ReplyDeleteOK gak hotel ni, toilet bersih, tmpt selesa..
ReplyDeletebersih...nampak sngat selesa...
ReplyDeleteterbau2 kopi PH :-)
ReplyDeleteSetiap perjalanan selalu ada kisah. Kisah itu menjadi dokumentasi perjalanan yang menarik karena didkomentasikan dalam tulisan dan lensa kamera. Nice, meski kesulitan mencari hotel (tempat menginap) namun selalu semangat ya...
ReplyDeleteSukses selalu