11 Jul 2013

Sinopsis Drama Kampung Girl Dan Biodata Nad Zainal & Akim Ahmad

Assalammualaikum. 


Malam nie cuma layan blog sambil menikmati Ferrero Rocher yang dikebas semasa kenduri anak sedara aritu. Saya sedih sebenarnya bila drama faveret dah tamat. Harap-harap drama Kampung Girl nie lebih kurang macam SSID. Sebabnya tengok pelakon comel Nad Zainal dengan Akim Ahmad (Akim AF). Wah kena tengok nie, adik aku berlakon. Eh perasan pulak, cuma nama bapa sama. Hati dah berbunga-bunga nak tengok drama baru. Harus memulakan misi mencari novel Kampung Girl. Beli dan simpan buat pekasam ye cik nina. Novel SSID pun tak baca lagi. Kalau tak sempat boleh tengok kat ton..ton..ton di bulan puasa  :)




Sinopsis:

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin. "Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu.. mummy jangan paksa Ash!" - Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?! - Ashraf Khairi, sepupu dengan Ainnur dan sejak kecil lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong itu. Identitinya yang belajar di luar negara dan bekerja sebagai cikgu English di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal ibu mertuanya. Mereka akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam benci, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Kerana ego hingga menafikan perasaan cemburu itu tandanya cinta. Bertambah terkejut bila dapat tahu Faisal telah bertunang dengan Ain Airina, bekas kekasihnya yang juga sepupu Faisal.    

Ashraf dan Ainnur

Majlis perkahwinan yang sweet

Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan terkantoi. Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah pada Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di Ipoh dan Ashraf di KL. Kawan serumah Ainnur menasihatinya untuk memikat hati suami. Pelbagai usaha dilakukan Ainnur tapi ego suaminya terlalu tinggi. Atas nasihat Adam, abang Ashraf. Dia cuba untuk terima Ainnur dan berusaha memikat semula hati isterinya. Mereka macam pasangan baru bercinta dan bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal antara kampung girl & budak bandar. Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan disahkan hamil. Ashraf happy sangat. Keluarga mengusik Ashraf yang tak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampung girl yang dibenci akhirnya menjadi orang yang amat dicintai budak bandar. So sweet !    



Kampung Girl setiap Jumaat ! 9.00 PM on TV3 dan boleh juga tengok di Tonton :')


Biodata Nad Zainal :


Nama Penuh : Farah Nadia Binti Zainal Abidin

Nama Komersial : Nad Zainal, Nadia Zainal

Tarikh Lahir : 16 Mei 1990 ( sebaya )

Tempat Lahir : Kajang, Selangor

Adik beradik : Anak Tunggal ( sama geng ! Haha)

Pendidikan : Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Kerjaya : Pelakon, Model Iklan dan Teater

Drama : Kampung Girl, Putera Rayyan, Bukan Bidadari, Memberku Hawa, Ke Pintu Bahagia, Sunsilk Impian, Bloggerboy 2 (2008), Apa Dosaku : Sybil Kathigasu (2009), Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin dan kisah futuristik, Rafik (2010), Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales.

Filem : Jidin Sengal, Kami Histeria

Teater : Muzikal Tun Abdul Razak (2009), Tanda,  Makyong Sindo

Iklan : Simply Siti, Simple 5 dan Kotex



Biodata Akim Ahmad :


Nama Penuh : Afiq Hakim Bin Ahmad

Nama Komersial : Akim Ahmad, Akim AF

Tarikh Lahir : 18 Januari 1991

Tempat Lahir : Johor Bahru

Adik Beradik : 5 orang

Tinggi : 176cm

Pendidikan : SPM di SMK Taman Johor Jaya (1)

Kerjaya : Penyanyi, Pelakon dan Model Iklan

(Pemenang Tempat ke 3 Akademi Fantasia 7)


54 comments:

  1. wah..hebat citer ni...

    ReplyDelete
  2. akak tak ikut cerita ni.. menarik juga sinopsisnya ya..

    ReplyDelete
  3. kak lea pun kan tak sabar jugak tunggu he3...masa pesta buku islam ada jugak terselit novel2 yang akan dijadikan drama.memang dah nampak novel kampung girl,ni..

    selamat bersahur tau ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh.. hehe. sama la kak lea tgh cari novel kampung girl pulak.

      Delete
  4. Sy nk tgk sm ke cerita dgn novel..sblm ni byk yg berubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. cerita drama tak sama dgn novel

      Delete
  5. Tak sabar nk tgok citer ni...
    betul ke akak nk bg kita doodle ni, thanks kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betol la akak nk bg doodle kek. welcome dik :)

      Delete
  6. ehe, lagii novel jd drama,,,tak sempat tgk laa,,dh mula ker

    ReplyDelete
  7. oooi mcm beh je crt dia..hehe

    ReplyDelete
  8. cumeynya Nad bertudung.. sweet jea kan..

    ReplyDelete
  9. Nak tgk malam ni. Suma citer skang ni amik dari novel kan.

    ReplyDelete
  10. cerita baru pula ye... huuuuuu... maaflah, ena ni bukan pengikut drama melayu sangat.. memang tak tahu cerita terbaru kat TV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. its oke. drama nie pun satu-satunya yg nina tgk

      Delete
  11. Wahh sweetnya citer... ∩__∩

    ReplyDelete
  12. =) hehehe..on9 la nmpknya tgk cite nih -_-

    ReplyDelete
  13. he3..menarik kot..erkkk?? 9mlm?? trawih 8rakaat je hbis dh 9.30..hu3

    ReplyDelete
  14. best citer nih... tengok semalam :)

    ReplyDelete
  15. Nina anak tunggal ya? syok la tu..hehe
    kita tak pernah tgk lagi apa2 drama pukul 7.. ada pun lebih kurang 10 minit ja mampu bertahan depan tv.. hehehe.. btw upu dah check blom kak oi? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup2..hehe. biasa je nana
      Ohh. drama skrg byk sangat. tgk kg girl jelah
      dh check adik syg..heheh

      Delete
  16. owh main kebas2 ye hehe..

    tak tengok citer ni tp mcm best pla baca sinopsisnya..

    ReplyDelete
  17. sweet je cite..aritu tak berkesempatan tgk,pasni mybe tgk 09

    ReplyDelete
  18. xberapa suka dgn gaya rambut akim dlm cite ni

    ReplyDelete
  19. nad zainal cantik ! hihi

    ReplyDelete
  20. laa nad zainal tu atas akim..
    comel jee kan cerita nie.! :D
    bersemangat hari tu tengok depan tv, hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. beza setahun je.
      Hehe..sweet la :D
      sama la. tiap2 jumaat tak sabar nk tgk

      Delete
  21. baca sinopsis nya dan dah tengok satu episod..macam menarik. harap2 dapat la mengubat kerinduan SSID.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. terubat rindu kat SSID bila tgk drama nie

      Delete
  22. Comel gila Nad Zainal ni. Hishh~ xD

    ReplyDelete
  23. Akak minat dgn Nad Zainal ni..comel

    ReplyDelete
  24. Saya mmg suke tgk SSID dn drama yg klua dari novel sebab jalan cerite sume cutecute. bila dpt tau pasal kampong girl, saya tros tk sabar. Blh jgk hilang rindu saya terhadap SSID. Saya slalu sibuk dan ade episod yg saya terlepas. Sebabkan akak ni lah, saya paham siket siket. Hehe. Jadi, terima kasih lah!
    Nad Zainal comel sngt! :D

    ReplyDelete
  25. Amboi.. macam mana laa boleh terbaca sipnopsis ni.. huhuhu rasa nak tengok berkobar-kobar xD

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com