Assalamualaikum Readers
Pertama Kali Beli Bag CHARLES & KEITH | Pengaruh dan terpengaruh adalah 2 benda berbeza ya ibu ibu kakak kakak sekalian. Jangan jadi macam Nina tapi hakikatnya bila dah jadi mak orang ni bukan setakat status, diri bertukar tapi penampilan pun sama. Dulu boleh pakai beg sling ke mana saja sekarang tidak lagi. Beg sekarang tak boleh sumbat semua barang anak. Suka design beg Charles & Keith ni 2 in 1. Boleh untuk shoulder dan crossbody.
![]() |
| Bag CHARLES & KEITH |
![]() |
| Beli nak pakai raya tapi sampai ke sudah tak pakai |
![]() |
| Dapat free bag make up ni |
Sejak iklan Adsense ni ada dalam blog sendiri, berkali-kali Nina tepisss sana sini supaya diri tak terpengaruh. Rupanya bila tiba musim perayaan, memang mengundang betoi, setiap masa iklan handbag 😂😂 Jujur dalam seumur hidup tak pernah pakai beg branded. Suka pakai brand Mango harga pun bawah RM 100. Pernah tanya hubby, patutkah tukar handbag sebab tak nak membazir tapi dah keluarkan 10K, beli jelah.
Macam tau-tau bini dia teringin nak pakai beg C&K terus screen shot hantar gambar beg. Nina perasan beg yang dijual di outlet sangat tak lawaaaaa tak macam di website. Bila cerita from A to Z kat hubby dia suruh order online. Hubby macam PA, outfit dari tudung hingga ke kasut semua dia pilihkan.
Walaupun courier dari Singapore, tapi pembayaran online semua guna local banking. Nina suggest beli di website lagi banyak pilihan dari butik. Lepas ni boleh sumbat pampers, makanan dan botol susu Harraz! 😅




















































