11 May 2021

Baju Raya PKP Tetap Ada

 Assalamualaikum Readers


Siapa macam Nina, tak boleh beraya tapi baju raya tetap ada 🙋🏻‍♀️ Mulanya cakap dengan MIL, malas nak beli baju raya tapi mama beria nak selfie sedondon siap nak belanja. Last minute order baju. Alhamdulillah masih ada warna dan size.


Siapa tema maroon tahun ni?

Beli tudung raya

Jubah untuk mak hasil pilihan hubby . Pandai pilih sebab tak ada warna olive green dalam almari

Tak dapat beraya dengan parents tahun ni 😭 nanti habis PKP kita jumpa


Baju Harraz disponsor FIL


Untuk mak tersayang pun kami laki bini balik dan pi beli baju raya. Dapat jubah pilihan hubby. Cuma kena oter sebab labuh sangat. Bila shopping last minute, ada diskaun 😬 Lusa dah nak raya. Sedih ramadhan dah nak tinggalkan kita. Harap tahun depan puasa Nina meriah dari tahun ni. Aaminn


11 comments:

  1. Samalah kami sekeluarga. Semua dah siap² beli dari awal. Apa boleh buat, redha sajalah.

    ReplyDelete
  2. tema kami navy blue tahun ni.

    ReplyDelete
  3. Walaupun beraya dalam pkp, baju raya tetap adaaaaa hehehe walaupun sepasang :D

    ReplyDelete
  4. Alamak, tak geng laah warna tema lain. hihi..Alhamdulillah raya diraikan ada baju raya baru. Rezeki mak juga dapat baju raya :)

    ReplyDelete
  5. Cantik tema maroon nii..last year tema nii. Hehe

    ReplyDelete
  6. Akak suka warna olive green. Eh cantik jubah. Terbayang rupa kali akak pakai.
    Hehe tahun ini tema caca-marba. Pakai baju lama.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya warna maroon tu Nina. Kami tak beli baju raya tahun ni. Tahun lepas punya baju raya tak sempat pakai. Pakailah tahu ni.

    ReplyDelete
  8. Sal pulak sebab lama tak berbaju kurung, baju lama pun rasa macam baru. Haha.

    ReplyDelete
  9. mmg cabaran jiwa raga raya berjauhan dari keluarga.. ssabar naa habis PKP kita balik kampung k..

    ReplyDelete
  10. x aci harraz x pakai baju melayu hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com