25 Feb 2017

The Alley Cafe, Georgetown Penang

Assalamualaikum Readers..


Churros Sedap Di The Alley Cafe | Tempat Makan Churros Di The Alley Cafe, Georgetown, Penang | Kembali bersiaran selama 2 minggu senyap menyepi, travel, kenduri, baru dapat internet sebab bill kena bayar di Penang, kiosk mainland dah tutup 😂Sekarang bersepah cafe sana sini, jenuh juga nak JJCM tapi kalau pasal makan tuan blog sanggup keluar duit dan masa. Hehe.. Asyik makan nasi saja, tak boring kah? 😆 Cafe ni nampak di IG junior sekolah, macam sedap jadi terjah nak rasa churros tu. 



The Alley Cafe, Penang


Lepak dengan Pierre Andre tu ! Hahaha


The Alley Cafe orang Chinese tapi pork free. Perasan ada juga muka melayu yang masuk. Tak lah was-was, kalau kedai melayu pun ada juga pakai ubat pelaris tu lebih kurang same concept, makanan wallahualam. Ehh... Janji dah rasa makanan, tak boleh move on dengan pink guava juice 😍



Churros very soft dan sedap makan panas-panas cicah coklat dan cinnamon. Mana ada orang makan bila dah sejuk ye dok

Kreatif sangat The Alley Cafe. Tak selfie sebab rasa tak muat badan tu. Hehe

The Alley Cafe churros wallah !!



1 Tropical Punch - RM 10.00
1 Pink Guava - RM 14.00
1 Choc Oreo Frappe - RM 14.00
1 Churros (L) - RM 10.00


TOTAL : RM 49 (3 persons)


Kami try order Churros dan 3 air yang berlainan, sangat santai dan WiFi pon ada. Minah salleh pun lepak, kat Penang dalam kedai nasi kandaq pun ada muka dorang. Not bad rasa churros dan air tu. Harga affordable. Kalau ke sini, jangan lupa terjah uoolsss 😎




THE ALLEY PENANG
 5 Stewart Lane
10200 George Town


Dibuka setiap hari
Jam 12.00 PM - 12.00 AM

Ordey by : @foodpanda.my

Telephone : +604-261 3879

Official Instagram :
@thealleypenang


Official Facebook :
The Alley Penang


19 Feb 2017

Makan Di Nando's Auto City, Juru

Assalamualaikum Readers..


Cuba Mango & Lime Flavour Nando's | Lunch Treat by Blogger Eyda | Ini lah dikatakan rezeki, makan tengahari yang disponsor oleh kawan blog, terima kasih eyda ! Next time my turn pula since kami-kami ni dapat voucher makan percuma 😌Alhamdulillah.. Boleh tahan sedap ayam yang dimakan bersama nasi. Kami cuma bayar untuk air sahaja.



Mango & Lime Flavour Nando's

Thank You Nando's

Fresh Mango Juice

Kalau belum try the new Nando's terjah sekarang harga berpatutan



Apa yang lain dengan menu Nando's ni? Korang kena try menu baru ayam ber'mango' dengan lime. Harga pun affordable. Puas makan kami ber 4. Ayam besar dan jenuh nak habiskan. Paling suka nasinya lembut dan wedges yang gebu ditambah sos peri-peri extra hot. Suka sos-sos Nando's, memang kena dengan ayamnya. 



Jagung manis, wedges gebu. Mengidam tengok



2 Ice Lemon Tea @6.25 - RM 12.50
1 Tropical Fruitea - RM 9.90
1 Peach Perfect - RM 9.40
1 FOC FullPlate
 1 Ful Chicken
1 Med Rice
1 Spicy Rice
1 Peri Wedges
1 Corn


SUB TOTAL : RM 31.80
Serv Charge @10% : RM 3.18
Total : RM 34.98
Rounding Adj : RM 0.02
GST @6% : RM 1.98


TOTAL : RM 36.98 (4 persons)



Singgah Design Village Outlet Mall, Bandar Cassia. Orang utara tak payah ke JPO, Mitsui, A Famosa etc lagi

17 Feb 2017

Selamat Pengantin Baru Sya Dan Awal

Assalamualaikum Readers..


Kompang dipalu pengantin malu, duduk bersanding termalu-malu. Ok yang baca entri ni sambung nyanyi. Haha.. Tahun ni housemate kerja kahwin saja. Alhamdulillah rezeki juga dapat makan nasi + air percuma. Kali ini lokasi di Sik, Kedah haa.. jarang nak masuk kampung-kampung kat sana. Paham kedalamannya ya ampun.


Tadaaaa pengantin belanja inai kita ON saja

Dah selamat jadi bini kawan sorang ni

Tahniah lawaa pelamin. Isteri tuan Awal


Terima kasih pengantin, susah-susah book homestay untuk kengkawan yang mai dari KL. Maka kami berempat saja yang tido dalam homestay dan datang sehari sebelum majlis. Malam berinai dapat conteng-conteng tangan, lama tak pakai inai. Seronok sekali sekala stay di "real" kampung. Air sejuk gila masa mandi pagi dan time subuh. Mana ada water heater 😢


Muka sesuci lebaran. Ikin (biru) pandai makeup dah sekarang ni

Sepisis kaki selfie suka buat muka. Bak kata Pha Is. Kerja tengok muka Nina

Candid la sangat. Kerja laki sapa tak tau


Kenduri kali ini tak ada mood nak snap gambar lauk kenduri. Kitaorang rushing nak ke Sungai Lalang, Kedah pulak. Majlis bertandang Tuan Haris, entri sebelum ni ke kenduri sebelah Puan Farah di Jitra.


Majlis bertandang Haris. Baikkan kami 2 belah kenduri attend. Laki bini kawan study katakan. Who NEXT? tunggu entri seterusnya



SELAMAT PENGANTIN BARU NORSYAQIRA MUSTAFFA & MOHAMAD SHAWALRUDDIN ABDULLAH 😃



27 JANUARI 2017


16 Feb 2017

Souvenir Dari Blogger Jari Manis!

Assalamualaikum Readers..

Sehari sebelum fly, terima sampul surat setem Putrajaya dah agak mesti dari JM sebab ada minta alamat. Hee.. Terima kasih sekali lagi, ini kali ke 2 dapat FM dari Blogger Jari Manis! Dalam kebusyaan tuan blog, tersenarai dalam Top Komen Blog JM dari Julai - November. Akan sentiasa sokong blog travel JM. Sekarang dah ada slogan sendiri uolsss 😘😎



Sweetnya siap print sendiri


Fridge Magnet Shanghai



"We as blogger we support each others"


14 Feb 2017

Lekor Cheese Ball Frozen


Assalamualaikum Readers..


Lekor Cheese Ball Frozen | Sudah 2 kali repeat order lekor cheese ball ni. Sedapp !! Kalau dah goreng tu bukan main kunyah sambil tengok tv, tengok fon atau laptop tak sedar dah habis. Hee.. suka cheese meleleh-leleh keluar. Kreatif sangat orang yang cipta lekor ni. Bila-bila nak makan, cuma goreng saja sehingga cheese semasa ada dalam kuali. 



Lekor Cheese Ball Frozen

Lekor Cheese Ball sebelum digoreng



Ini gara-gara Kak El. Hari-hari dia promote dalam IG. Mesti order 2 paket, baru puas makan. Setiap paket ada 20 biji, siap sos cilinya. Harganya RM 12 tak termasuk caj penghantaran. Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh contact El Darwena melalui whatsapp 017-486 5484 😉


13 Feb 2017

Mister Potato Hot Chick

Assalamualaikum Readers..


Mister Potato Hot Chick | Keropok limited edition yang baru menggoda mata hamba ini. Tapikan tak serupa bikin, nama saja hot chick tapi tak hot langsung. Perghh tertipu! Hahaha.. Tak tau nak cakap suka ke tak sebab habis juga. Haa habiskan lah dah rugi duit. Lepas ni setia dengan Pringles jelah. Korang dah try ke? 


Mister Potato Hot Chick

Tak nampak pedas pon. Hew hew

12 Feb 2017

Top 10 Pengomen Blog Tahun 2016


Assalamualaikum Readers..


Sekejap saja dah masuk bulan Feb kan? Tak lupa buat mereka-mereka yang rajin drop komen di blog ni tanpa jemu walaupun tuan blog ke laut, tak ada masa nak balas komen. Tahniah buat Anies The Great! Tahun ke 4 jadi nombor 1 dalam carta dan Pha Is tahun ke 3. Terima kasih juga buat mereka yang tak tersenarai, ada masa dan rezeki lebih boleh buat GA lagi. Nak pos hadiah top komen ni pun tak sempat. Maaf lah yang komen dari tahun 2015 pun ada yang tak pos-pos lagi 😞





Diminta Yaya dengan Kak Sha tinggalkan Nama, Alamat ke email. Yang lain dah ada alamat. Keep in touch gais. Muahhh ciked!


8 Feb 2017

Tips Mencari Makanan Halal Ketika Travel

Assalamualaikum Readers..


Tips Mencari Makanan Halal Ketika Travel | Mencari Makanan Halal Ketika Melancong Ke Luar Negara | Salah satu masalah bila melancong ke negara yang majoriti bukan beragama Islam. Jadi isu makanan diutamakan, kena survey dalam internet, kalau tak ada macam mana? Di sini nak share, incase tak jumpa kedai makanan halal, sanggup ke nak makan maggi dan roti berhari-hari? 


Pilih makanan berasaskan sayur ketika melancong - Ikhsan Google



  • Diuruskan oleh orang Islam (owner & pekerja)
- Jika gagal mencari restoran yang mempunyai sijil dan logo halal, cari kedai yang diuruskan oleh orang Islam. 


  • Elakkan makan di restorang yang menjual daging
- Ada sesetengah restoran yang jual daging halal dan tidak halal di premis yang sama. Secara automatik makanan yang dijual di restoran itu tidak bersih dan halal.



  • Sijil & logo halal
- Ada beberapa negara, restorannya telah diberikan sijil halal oleh badan pensijilan halal. Mereka akan mempamerkan sijil dan logo halal di restoran.


  • Elakkan makan roti
- Diingatkan ramuan roti juga boleh jadi dibuat dari sumber halal dan tidak halal. Ramai fikir roti adalah makanan halal. Semak dulu ramuan yang digunakan sebelum membeli.


  • Pilih menu buah-buahan, sayur & makanan laut
- Sajian berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut juga boleh dipilih sebagai makanan tambahan. Pastikan hidangan bebas dari alkohol terutama hidangan makanan laut. Minta kepastian dari tuan kedai berkaitan bahan masakan di restoran mereka. 




7 Feb 2017

Cara Mengaktifkan Kad ATM Maybank Di Luar Negara

Assalamualaikum Readers..


Cara Mengaktifkan Kad ATM Maybank Di Luar Negara | Aktif ATM / Debit Card Untuk Guna ATM Overseas | Nak travel memang syok tapi biarlah syok dalam keadaan selamat time pergi dan balik, siapa nak masa berada di luar negara jadi macam-macam kan? Beringat sebelum terkena. Minggu lepas tergerak hati nak call Maybank, untuk yang ada Maybank2U boleh buat sendiri. Haa senang kan, tak perlu bawa duit banyak-banyak? Dah balik dari bercuti, korang boleh deactivation.



STEP 1



STEP 2



STEP 3







STEP 4



STEP 5



STEP 6 AND DONE ! 



4 Feb 2017

Dapat Angpow Di Tahun Ayam

Assalamualaikum Readers..

Siapa yang tak suka kalau dapat angpow. First time juga dapat ni. Sejak-sejak dah tua, susah nak dapat duit raya, bagi duit raya ada lah tapi bila dapat 3 sampul angpow ni wahhh sayang nak guna duit tu. Jawabnya simpan jelah duit-duit yang dapat, seronok tu seronok jugak tapi at the end terfikir "source" where money come from. Hehehe


Angpow for this CNY


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com