8 February 2017

Tips Mencari Makanan Halal Ketika Travel


Assalamualaikum Readers..


Tips Mencari Makanan Halal Ketika Travel | Mencari Makanan Halal Ketika Melancong Ke Luar Negara | Salah satu masalah bila melancong ke negara yang majoriti bukan beragama Islam. Jadi isu makanan diutamakan, kena survey dalam internet, kalau tak ada macam mana? Di sini nak share, incase tak jumpa kedai makanan halal, sanggup ke nak makan maggi dan roti berhari-hari? 


Pilih makanan berasaskan sayur ketika melancong - Ikhsan Google



  • Diuruskan oleh orang Islam (owner & pekerja)
- Jika gagal mencari restoran yang mempunyai sijil dan logo halal, cari kedai yang diuruskan oleh orang Islam. 


  • Elakkan makan di restorang yang menjual daging
- Ada sesetengah restoran yang jual daging halal dan tidak halal di premis yang sama. Secara automatik makanan yang dijual di restoran itu tidak bersih dan halal.



  • Sijil & logo halal
- Ada beberapa negara, restorannya telah diberikan sijil halal oleh badan pensijilan halal. Mereka akan mempamerkan sijil dan logo halal di restoran.


  • Elakkan makan roti
- Diingatkan ramuan roti juga boleh jadi dibuat dari sumber halal dan tidak halal. Ramai fikir roti adalah makanan halal. Semak dulu ramuan yang digunakan sebelum membeli.


  • Pilih menu buah-buahan, sayur & makanan laut
- Sajian berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut juga boleh dipilih sebagai makanan tambahan. Pastikan hidangan bebas dari alkohol terutama hidangan makanan laut. Minta kepastian dari tuan kedai berkaitan bahan masakan di restoran mereka. 




15 comments:

Mrs Anna said...

thanks 4 info, sis kalau travel suka beli roti n bawa bekal biskut...hihi

Cik Ash said...

bagus tips ni

el said...

tudia traveller bagi tips..hehe

I am LZ said...

Assalamualaikum Nina,

Tak dinafikan makanan halal memang menjadi perkara penting yang perlu difikirkan oleh travelers.. Info begini bagus untuk rujukan sis akan datang bila ke luar negara nanti.

Wah banyak tips travel.. Nice info..

alia farhan Said said...

Nice tips nina

ZULHILMI TEMPOYAK said...

luar sana mencabar sket dari sudut halal kan. tp bagus utk dibelajar

dear anies said...

bw mknn sendiri. tu pun kalu laat nk pikul beg ;-)

hana hadi said...

Memang susah nak cari makanan di negara bukan Islam.. Kalau pertama kali nak ke sana kena pakai agen. kali ke dua dan seterusnya dapat lah pergi sendiri sebab dah tahu tempat tu kan :)

Kira Sakura said...

good info ni. thanks nina

Girang Fashali said...

Kena pandai pilih-pilih juga kan,..
Tips yang bagus.
Salam kenal. Done follow sini :)

Cik Yaya said...

salam..hi nina.. =)
thanks sharing..
senang cri travel agensi @ tour guide yg tau mknan halal/beragama Islam je la kan ^_^

Seorang Syed said...

Tips yang berguna untuk mereka yang hendak travel ke luar negara.
Bab2 makanan ni risau juga kan kita. btw, saya singgah sini dan follow blog ni ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan. Salam perkenalan :)

Cik Ash said...

tips yang bagus ni

Nour Adieb said...

memang takla kalau asyik ngadap roti & maggi. kang anak mata bertukar warna biru kang 😂 info yg sngt berguna 😉👌 thanks sharing

dear anies said...

kami bw dapur n periuk belanga sekali berserta megi hehehehe

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com