31 Dec 2013

Biodata Nur Fathia Heroin Drama Ariana Rose

Assalammualaikum.


Musim drama dari novel popular datang lagi. Memang best baca novel "The Wedding Breaker" adaptasi drama Ariana Rose ni. Wajib beli dan baca keseluruhan ceritanya. Sekarang baruku tahu heroin drama ni orang kampung cheq rupanya. Hehe..


Baru 2 tahun menceburi bidang lakonan, Fathia mula fames dalam drama Stanza Cinta. Mesti ramai yang tengok lakonan bakal lawyer ni dan bercita-cita nak buka firma guaman sendiri bersama adiknya, Nur Farhana yang juga bakal peguam.  





Biodata :


Nama Penuh : Nur Fathia Bt Abdul Latiff


Nama Komersial : Nur Fathia


Tempat Lahir : Ayer Hitam, Pulau Pinang


Tarikh Lahir : 1 September 1987 (27 Tahun - 2014)


Keluarga : Anak sulung daripada 4 beradik ( 3 Perempuan, 1 Lelaki)


Ibu : Badriyah Binti Hassan


Ayah : Abdul Latiff B. Tahir


Pendidikan : Pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UiTM Shah Alam


Kerjaya : Pelakon & Model


Drama & Telefilem : Joe & Faridah, Bila Musang Berjanggut (tv9), Di Bawah Ketiak Isteri (Astro Prima), Dea Sofea (tv2), Nur Kasih (tv3) - (2009)

Hani (tv3), Dunia Batinku (tv3), Laila Asyikin (tv3) - (2010)

Bertaut Kasih (tv3), Tongkah Arus Dosa (tv9), Stanza Cinta (tv3) - (2011), Hotel Hasanah (TV Al-Hijrah), Seruling Cintaku (tv3), Ms. Cinta (tv9), Mahabbah (tv3) - (2012)

Rentas Samudera (tv2), Cinta Halal (tv3), Bunga-bunga Kasih (tv9), Nur Sarah (tv3), Dalam Setiap Sujud (tv9), Diandra (tv3), Ariana Rose (tv3) - (2013).


Filem : Al-Hijab, Nasi Lemak 2.0, Darah Panas


Iklan Komersial : Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua & Panasonic.


Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/tiyaalatiff


Twitter : https://twitter.com/fatiyalatiff


Instgram : http://web.stagram.com/n/fatiyalatiff/


25 Dec 2013

Makan Malam @ Pen Mutiara Curry House, Butterworth


Assalammualaikum.


Alangkah seronoknya bila melangkah ke fasa baru, fasa bekerja dan pemikiran juga menjadi matang pabila kita bergaul dengan pelbagai orang dan dari background pendidikan yang berlainan. Semalam aku dinner bersama officemates. Terima kasih buat engineer si Akmar yang sudi belanja kami semua makan besar. Balik kerja pukul 3, terus bersiap dan pergi semula ke opis sebabnya lagi 6 orang opismate balik kerja pukul 7. 


Gambar sebelum makan.. Hiho

Ikan masak masam manis

Telur dadar dan kerabu mangga

Sayur kailan ikan masin


Mulanya plan nak makan di Pen Mutiara, Batu Maung. Sayangnya tempat bertukar last minutes disebabkan bencana ikan naik di Lahad Datu. Jadi salah sorang hubby akak tu tak bagi kami pi makan di Batu Maung. Takut tsunami. Nasib baik ada cawangan di Butterworth. Dekat pula dengan rumah. Hihi *senang la Hanim nak hantar balik. Akmar cakap nanti dia tetap nak ajak pi makan di Batu Maung jugak. Kat sana restorannya lagi cantik. Waaahh



sotong goreng tepung

Kari kepala ikan 

pencuci mulut 


Sampai saja, dapat pula makan di tingkat atas dan makanan baru dihidangkan. Masih panas2 lagi. Perut masing2 berkeroncong, yelah lunch pukul 12 lepas tu dinner pukul 8.30. Makanan memang sedap terutama siakap sweet soursotong goreng, kerabu mangga dan paling best kari kepala ikan! Kali pertama makan terus jatuh cinta. Hehe.. Jom layan gambar2. Meleleh air mata tengok.



Gambar sebelum makan sementara tunggu 5 ladies solat


Rupanya kesemua opismate aku nie kaki makan dan paling penting makan sehingga licin. #Team MMSB (Mattel Malaysia Sdn Bhd)


22 Dec 2013

Film Review The Hobbit : The Desolation of Smaug

Assalammualaikum.


Harini baru sempat keluar tengok movie The Hobbit! Walaupun dah 2 minggu ditayangkan tapi penuh wayang juga. Sebelum tunggu movie start dalam pukul 3 sempat la kami berdua menternak lemak di McD dan shopping membeli baju kerja. Maklum la berat dah bertambah 3.7kg. Fuhh.. 2 bulan kerja ni aku kuat makan, hati selalu gembira. Hehe.. Kalau orang tau kerja kami dalam fitting room mau tergelak. Sekali sekala sewel datang macam2 hal boleh jadi. APTB.. Layankan jelah. Kalau sesiapa dah tengok Hobbit sekuel pertama mesti tau kan jalan ceritanya.



Sinopsis:


Kisah sambungan Bilbo Baggins, Gandalf dan 7 orang kerdil yang dipimpin oleh Thorin Oakenshield menuju ke Lonely Mointain. Bilbo dan orang kerdil bersama untuk merebut kembali wilayah kekuasaan mereka, Dwarf Kingdom of Erebor, yang telah diambil alih oleh Naga Smaug.  




Setelah mereka selamat dalam perjalanan menuju ke Timur dan sepanjang jalan mereka bertemu dengan Beorn, yang pernah menjadi hamba orc dan sekumpulan labah2 raksasa di hutan Mirkwood yang berbahaya. Semasa berlawan dengan labah2, muncul pula puak Wood-elf dan menangkap mereka kecuali Bilbo.




Serius filem ni banyak lawak dan scene paling gelak sampai keluar air mata time diorang lari dari penjara Wood-elf. Bilbo punya idea ialah sembunyi dalam tong. Haha.. Dalam penjara tu boleh pula si Kili jatuh cinta dengan Tauriel. So sweet.. Tengah berusaha melarikan diri muncul pulak geng Orc menyerang dan Kili kena panah di kaki. Legolas dan Tauriel berusaha menolong kerdil2 melarikan diri dan membunuh Orc yang cuba bunuh kerdil disepanjang sungai. 
Legolas pijak kepala kerdil sorang2. Cool..



Setelah berjaya lari dari Orc yang mengekori mereka dari kawasan Wood-elf, mereka bertemu dengan Bard, seorang manusia yang dalam perjalanan pulang ke rumah. Lagi sekali lawak sebab kena masuk dalam tong dan dipenuhi ikan. bard masukkan ikan supaya tak disyaki oleh sesiapa. Nak seludup orang kerdil masuk ke rumah dia melalui jamban. Haha..


Suka tengok Evangeline Lily.. Comel
Legolas anak kepada Thranduil. Hensemkan Orlando !



Akhirnya Orc menyerang rumah Bard, nasib baik Legolas dan Tauriel datang tolong kerana hanya 4 orang kerdil saja yang tinggal untuk menjaga Kili yang cedera. Yang lain termasuk Bilbo sudah pergi ke Lonely Mointain. Tiba2 Tauriel sanggup tak ikut Legolas kejar Orc, dia boleh pulak jadi nurse merawat Kili. Jatuh cinta sudah. 


Di gunung pula, selepas berjaya masuk ke istana. Bilbo kena cari batu apa entah. Lupa pulak namanya dan dia sudah buat Smuag si naga tu terjaga. Suddenly, naga terbang ke perkampungan Bard. Continue next year pula. Hihi



16 Dec 2013

Sinopsis Drama Ariana Rose Dari Novel The Wedding Breaker

Assalammualaikum.


Petang ni baru habis baca novel yang telah dijadikan drama dan bakal disiarkan menerusi slot Akasia berjudul Ariana Rose. Sebenarnya, aku baca on9 tanpa sempat membeli novelnya. Maklum la busy memanjang. Hehe.. Serius best! 




Sinopsis: 


Mengisahkan Ariana Rose Dan Tengku Adam Kamil tanpa diduga mereka berdua telah diketemukan dalam majlis perkahwinan yang telah mengaibkan keluarga Tengku Mukhriz. Kerana dasar persahabatan, Ariana sanggup menyamar sebagai kekasih Adam yang telah mengandung kerana diminta oleh Tengku Juwita supaya merosakkan majlis perkahwinannya. Siap bawa bukti gambar Adam tengah berpoya2 dengan gadis yang berlainan. 



Juwita tersenyum puas kerana tak menjadi isteri lelaki kasanova atas wasiat nenda mereka tapi Ariana cuak bila gambarnya terpampang di surat khabar. Ariana yang bekerja sebagai penjawat awam siap kena soal dengan bos. Adam telah mengupah spy untuk menyelidik orang yang telah merosakkan namanya dan Ariana telah diculik dan dipaksa untuk mengaku.




Ariana ni keras kepala dan takut rahsia Juwita terbongkar, dia merahsiakan. Sayangnya, dia telah diperkosa secara rela oleh Adam sebab Adam ni pandai menggoda. Ariana amat bencikan Adam tapi Adam pulak semakin cintakan Ariana. Dia muram selama 2 bulan dan cuba melupakan kejadian hitam itu dengan mendekati rumah anak2 yatim. 


Adam dan Ariana bertemu lagi dalam majlis amal melibatkan syarikat Adam. Perasaan cemburu hadir bila Adam melihat Ariana rapat dengan rakan sekerjanya, Harith. Kerana satu sebab, Ariana hampir diperkosa buat kali ke 2. Ariana semakin membenci Adam dan melarikan diri ke rumah uminya di Kelantan. 


Atas nasihat Dr Rosli, kawan baik Tengku Mukhriz, dia telah merisik Ariana tanpa pengetahuan Adam dan keluarga Ariana menerima lamaran itu. Ariana pula tak tahu bakal suaminya ialah orang yang dibenci. Adam macam orang gila mencari Ariana kerana ingin melamarnya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Adam pergi menunaikan umrah. 


Bila hampir tarikh nikah, Adam baru tahu tunangnya ialah Ariana apabila ayahnya menggantungkan gambar. Dia pulak tak sabar nak kawen. So sweet! Ariana dapat tahu Adam, suaminya pada majlis akad nikah tapi menerima dengan ikhlas bila Adam telah insaf. Pasangan ideal bila dikurniakan 3 orang putera yang comel2. Tengku Iman Asyraf 6 tahun, Tengku Muhammad Aqeel 5 tahun dan Tengku Afzal 3 tahun. Loving couple :)



13 Dec 2013

Ball Gown Barbie Doll Limited Edition

Assalammualaikum.


Salam Jumaat. Ini cerita semalam punya. Sejak bekerja di Mattel. Sudah ada hobi baru terjebak dari si Akma yang suka kumpul koleksi Barbie Doll. Masuk harini genap sudah bekerja selama sebulan, 3 minggu dan sehari. Oke lah, kalau ikutkan nak beli Barbie Doll as Audrey Hepburn tapi bila kami berdua masuk dalam E-Store tu dah nampak 2 kotak. So, dah tau la itu limited edition punya. Harga pun dalam RM 100++. 


Ball Gown Barbie Doll. Hanya 5,200 saja di dunia !

Cantikkan Barbie limited edition ni

Barbie Doll 2014 Collections

Audrey Hepburn in Roman by Barbie



Tunggu next gaji la baru beli. Hehe.. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com