11 Oct 2018

Telekung Sulam Dari Telekung.co

Assalamualikum Readers
 
 
 
Telekung Sulam Dari Telekung.co | Telekung cantik untuk hantaran ni memang dah lama Nina target nak beli. Boleh buat testimony untuk diri sendiri nanti. Hehe.. Banyak review dari customer, cakap kain telekung ni best, tak panas dan lembut. Telekung sulam dari telekung.co ni ada banyak corak, jenis sulaman dan warna pun cantik-cantik. Semuanya Nampak kerlass dan amat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang tersayang, hantaran, ibu mertua dan sebagainya. Ini bukan review berbayar. Hehee
 
 
 
Telekung.co
 
Rossa White RM 190 incl postage

 
 
Tapi banyak customer beli untuk hantaran atau pakai untuk diri sendiri. Kali pertama buka kotaknya, ya Allah cantik sangat dan packing lawa sampai sayang nak guna. Telekung wangi tau. Basuh pun mudah dan cepat kering sebab dari material cotton. Jenis yang Nina beli ni sulaman Rossa white, simple dan labuh.
 
 
 
Packaging pun bagus
 
Rossa White in full set
 
Bunga sulaman comel, sejuk mata memandang
 
Kain telekung labuh, jangan risau bila sujud tak nampak bontot
 
 
 
Nak beli boleh ke tengok di Instagram atau website. Nina wassup dan order, dalam masa 3 hari parcel dah terima. Excited pakai tapi bawa untuk travel atau guna masa keluar, kadang-kadang ada masjid atau surau dalam mall kekurangan telekung, jadi bawa sendiri amatlah mudah. Nak beli boleh tunggu promosi! Lebih jimat.
 
 

Instagram : Telekung.co
 
Website : www.telekung.co/
 
 

10 Oct 2018

Selamat Pengantin Baru Azieera Dan Mahfis

Assalamualikum Readers



Musim kawen-kawen kembali lagi dalam blog ni, tiba hari kejadian bang aji (bf) teman makan kenduri, nasib baik pengantin tak berapa kenal bf yang pernah jadi senior kolej suatu ketika dahulu. Haha.. Selamat Nina dari kantoi. Pheww lap peluh, kalau tak pakat tanya bila nak kawen. Kali ni kenduri junior kolej di Dewan Komuniti Polis Marin Batu Uban, 22 September lepas. Memang cantik view kalau nak selfie tepi laut berlatar belakang Penang Bridge. Walaupun cuaca mendung nak hujan tapi sampai ke sudah tak hujan. Disebabkan perut dah kenyang, maka terlajak ke QB (Queensbay Mall) tengok Johnny English. Tu lain entri ye.



Junior sudah tuan badan bila lagi

Ambik berkat


Nasib kenduri dalam Penang saja kalau luar negeri mau sesat macam kes kenduri kawan di Batu Gajah tu. Lauk simple tak sempat nak snap, kalut makan kesian kat tetamu lain. Berbelas minit jugak kami berdua berdiri menunggu meja kosong. Sejenis perangai orang orang kita, selagi tak makan semua makanan yang ada selagi tu tak balik-balik. Sekurangnya ada hati perut sikit, makan cepat dan beri tetamu lain pula, ini tak buat muka toya, tak kira tua muda. Geram mak bila kenangkan balik. Ok apa pun selamat menjadi is-te-ri Nor Azieera Malik Ridzuan . Tulah dulu benci sangat kan dah terpikat. Haha 



Mendung kelabu

6 Oct 2018

Review Filem : Smallfoot (2018)

Assalamualaikum Readers

 
Review Filem Smallfoot | Box office $194 million dari bajet $80 million. Kelakar jugak dan layan habis. Entah kenapa nak layan kartun pulak. Apa pun memang suka tengok movie lakonan Channing Tatum. Kami tengok di GSC Sunway Carnival. Bf kata seat best.
 
 



Yeti's hidup di puncak gunung Himalaya, di atas awan dan tersembunyi dari penglihatan manusia. Migo (Channing Tatum), yang patuh undang-undang batu kuno yang dipegang oleh Stonekeeper, pemimpin Yetis. Bapa Migo, Dorgle, menjadi tukang gong setiap hari untuk menghentak gong menggunakan kepalanya supaya matahari dapat memancar. Semasa Migo belajar cara menghentak gong bersama bapanya, Migo tertarik dengan Meechee, anak perempuan Stonekeeper yang suka melihat dunia luar.


Migo dihalau dari kampung
 
Secara tak sengaja menakutkan Percy

 

Suatu hari, Migo menyaksikan nahas kapal terbang dan mendapati "kaki kecil" (manusia), yang telah dijadikan lagenda buat orang Yeti. Migo kembali ke kampung untuk memberitahu apa yang dia lihat tetapi penduduk kampung tak percaya kerana tiada bukti. Stonekeeper menghalau Migo dari kampung. Migo dibawa oleh Gwangi, Kolka dan Fleem ke Persatuan Pembuktian Kecil (S.E.S) yang diketuai oleh Meechee. Dia menyakinkan Migo untuk pergi bersama ke bawah awan walaupun Stonekeeper memberitahu tiada apa-apa di bawah gunung. Migo bersetuju untuk pergi, semasa menuruni gunung, tali yang mengikatnya putus dan dia jatuh ke bawah.
 
 

Stonekeeper
 
Meechee, yang menjadi penyiasat




Percy Patterson seorang penerbit filem dokumentari hidupan liar yang telah kehilangan popularitinya. Dia bertemu dengan pilotnya yang ternampak Yeti dan menyakinkan pembantunya, Brenda. Migo tiba di pub dan tak sengaja menakutkan Percy. Migo membawa Percy pulang ke kampungnya untuk menyakinkan Stonekeeper. Stonekeeper membawa Migo ke bilik rahsia di dalam istana dan mendedahkan kebenaran, Yeti terpaksa hidup di gunung kerana dibunuh oleh manusia dengan kejam. Stonekeeper mengunci Percy di dalam kotak dan tak boleh bernafas. Meechee membawa pulang Percy.
 
 
 
Comel
 
Semua excited tengok Percy dan Percy pun tengok ramai Yeti




Selepas melepaskan Percy, Meechee terpukau dengan cahaya di bandar, secara tak sengaja menyebabkan gangguan, diserang polis dan diselamatkan oleh rakannya. Mereka kembali ke gunung, tetapi dikejar oleh helicopter SWAT dan diselamatkan oleh Stonekeeper. Migo ditembak oleh percy untuk menyelamatkannya dari polis. Percy menyamar sebagai Migo hingga tertangkap. Akhirnya, umat manusia dan Yeti berdamai tanpa perasaan takut. 

Review Filem Crazy Rich Asians

  Assalamualaikum Readers


Review Filem Crazy Rich Asians | Salah satu movie yang sempat Nina layan 25 Ogos lepas. Haaa nampak tak entri peram jugak ni. Heheh.. Movie ni lebih kepada kelakar dan kekeluargaan, percintaan antara 2 darjat gitu. So yang mana belum jumpa bakal MIL, boleh study dari movie ni. Sebuah American romantic comedy. Box office $222.2 million. Wah! Moral of the story, nak pikat hati bakal MIL kena be humble, respect dan paling penting jujur. Ibu mana yang nak tengok anaknya tak bahagia lepas kahwin.

 
Crazy Rich Asians Movie
 


SINOPSIS CRAZY RICH ASIANS
 
 
 
Tahun 1995, Eleanor Young (Michelle Yeoh), anak lelakinya, kakak ipar, dan anak saudara tiba di sebuah hotel di London, mereka diberitahu oleh para penyambut tetamu bahawa bilik yang ditempahnya tidak disediakan. Eleanor terpaksa menghubungi suaminya menggunakan telefon awam dalam keadaan hujan lebat setelah pihak hotel tak membenarkan dia menggunakan telefon. Apabila kembali ke hotel, pemiliknya menyambut kedatangannya di lobi dan memperkenalkan Eleanor sebagai pemilik hotel baru.
 
 
 
Nick memperkenalkan Rachel pada ibunya
 
Nenek Nick berkenan sangat
 
 
 
Pada masa kini, Rachel Chu (Constance Wu), seorang professor ekonomi di New York University (NYU) telah jatuh cinta kepada anak Eleanor. Rachel menerima jemputan daripada bfnya, Nick Young (Henry Golding) untuk menemani dia ke Singapura untuk menghadiri perkahwinan rakannya, Colin. Ibu Nick mendapat tahu anaknya mempunyai gf dari media social (banyak makcik bawang). Rachel terkejut kerana menaiki penerbangan business class, dia sangka Nick hanya orang biasa, bukan dari anak jutawan. Di Singapura, Rachel dan Nick bertemu Colin dan Aramita untuk makan malam. Keesokkan harinya, Rachel melawat rakan lamanya, Peik Lin dan mereka menghadiri pesta di rumah keluarga Nick. Rachel membuat beberapa kesilapan dan menyedari ibu Nick tidak suka padanya.
 
 
 
 
Rachel menhadiri parti bachelorette Aramita di sebuah resort keluarganya, manakala Nick menghadiri parti bujan Colin di atas kapal kontena, Nick bercadang melamar Rachel. Colin memberitahu keluarga Nick akan menolak Rachel disebabkan perbezaan budaya. Amanda, bekas kekasih Nick sengaja melemahkan semangat Rachel, dan menghantar ikan mati di bilik hotel Rachel bersama nota 'perempuan kaki kikis'. Sepupu Nick, Astrid menghiburkan Rachel. Dia mengakui hidupnya tak sempurna selepas dapat tahu suaminya ada hubungan sulit.
 
 
 
Rachel dan Aramita
  
Pujuk Rachel sebab ex Nick hantar ikan mati kat bilik hotelnya

 
Rachel melepaskan segala ketidakpuasan hatinya di pesta bachelorette, Nick meminta maaf kerana menyembunyikan kekayaan dan status keluarganya. Nick membawa Rachel belajar membuat Dim Sum bersama nenek Nick dan keluarganya. Rachel menyukai cincin unik Eleanor, dan menceritakan bagaimana dia bertemu dengan suaminya dan pengorbanan yang dibuatnya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga suaminya. Eleanor pada mulanya bukan calon pilihan menantu nenek Nick. Rachel tak cukup baik untuk Nick. Rachel mengambil keputusan pulang ke US, tetapi Peik Lin manghalang dan menyakinkan Rachel untuk menyakinkan Eleanor.
 
 
Oliver pandai bab fesyen
 
Cantikkan Rachel. Suka tengok lesung pipit dia
 
Aramita punya wedding dah macam jungle, siap tema fairytale

 
Peik Lin dengan bantuan sepupu Nick, Oliver menghias Rachel bak puteri sebelum menghadiri majlis perkahwinan Colin dan Aramita. Astrid dan Michael akhirnya berpisah semasa dalam perjalanan ke wedding Colin. Rachel menjadi perhatian ramai dan kagum dengannya. Di majlis itu juga, Eleanor dan Su Yi menarik Rachel dan mendedahkan mereka menyiasat latar belakang Rachel. Mengetahui Rachel anak tak sah taraf dan ibunya, Kerry lari tinggalkan suami ke US. Rachel terkejut kerana ibunya bohong dan mengatakan ayahnya telah mati. 
 

Rachel dan ibunya, Kerry
 
Mereka bertunang


Rachel berlari sambil menangis dan Nick mengejarnya. Rachel tertekan dan tinggal selama beberapa hari di rumah Peik Lin tanpa tahu ibunya telah tiba di Singapura. Kerry menjelaskan dia hamil hasil hubungan dengan teman sekolah lama dan melarikan diri kerana takut akan ancaman suaminya. Nick menghantar Kerry untuk memujuk Rachel. Rachel bertemu Eleanor dan berbincang dan menolak cadangan untuk berkahwin dengan Nick, tak mahu merosakkan hubungan Nick dan keluarga. Semasa Rachel dan Kerry dalam pesawat, Nick dating bersama cincin Eleanor dan bertunang. 


🌟🌟🌟


5 Oct 2018

Kiehls Calendula Herbal Extract Toner

Assalamualaikum Readers
 
 
Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner | Lama tak share pasal skincare Kiehl's, ok kali ni nak share produk ke 3 yang Nina guna. Apa kepentingan toner ni untuk kulit kita? Toner ni penting untuk kita. Pasal apa kena masukkan step toner dalam skincare rutin sebab banyak kebaikan dan manfaatnya. Toner membantu menstabilkan PH kulit. Tak silap PH normal kulit 4-5 macam tu. Nina beli dari 8 Julai lepas dan masih ada sedikit.



Kiehl's Calendula Herbal-Extract Toner
 
Ada orang belanja aiskrim. Yeayy
 
 
 
Nina suka toner Calendula ni sebab lepas pakai kulit rasa GEBU dan licin, ditambah bau ekstrak bunga Calendula. Toner membantu mencuci lebihan kotoran yang pencuci tak cuci habis. Setiap kali pakai toner guna cotton pad dan tonyoh kat seluruh muka still ada kotoran sikit. Tak cuci habis ataupun tak cuci mendalam sangat. Toner boleh bantu tarik lebihan kotoran lepas cuci muka. Kalau tengok dalam toner ni nampak macam kelopak bunga, seakan-akan teh bunga. Excited guna toner ni, bila tuangkan ada kelopak bunga yang sekali keluar kat cotton pad.


Nampak tak bunga Calendula?
 


Apa yang best Kiehl's Calendula Toner ni :


  • Melembapkan kulit, melembutkan kulit muka
  • Wangi sangat bau bunga Calendula
  • Alcohol free
  • Sangat sesuai digunakan untuk kulit sensitif sebab ianya alcohol free
  • Tak kasar pada kulit dan tak mendatangkan redness
  • 'Made with Whole Flowers & Pure Extracts – Kiehl's'
  • Ada kelopak bunga dalam toner ni
  • Selepas pakai kulit akan terasa licin dan lembut 
  • Boleh tahan selama 12 bulan selepas dibuka
  • Extract Calendula sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif sebab lembut pada kulit
  • Lepas pakai rasa sejuk
  • Toner ini tak membantu mencerahkan kulit tau
  • Kulit rasa bersih
  • Khasiat bunga Calendula atau Marigold membantu mendapatkan kulit yang balance-oily
  • Harga untuk 250ml - RM 150.94
  • Tahan selama 4 bulan untuk penggunaan 2x sehari. Jimat!

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com