Assalamualaikum Readers
Review Filem Crazy Rich Asians | Salah satu movie yang sempat Nina layan 25 Ogos lepas. Haaa nampak tak entri peram jugak ni. Heheh.. Movie ni lebih kepada kelakar dan kekeluargaan, percintaan antara 2 darjat gitu. So yang mana belum jumpa bakal MIL, boleh study dari movie ni. Sebuah American romantic comedy. Box office $222.2 million. Wah! Moral of the story, nak pikat hati bakal MIL kena be humble, respect dan paling penting jujur. Ibu mana yang nak tengok anaknya tak bahagia lepas kahwin.
|
Crazy Rich Asians Movie |
SINOPSIS CRAZY RICH ASIANS
Tahun 1995, Eleanor Young (Michelle Yeoh), anak lelakinya, kakak ipar, dan anak saudara tiba di sebuah hotel di London, mereka diberitahu oleh para penyambut tetamu bahawa bilik yang ditempahnya tidak disediakan. Eleanor terpaksa menghubungi suaminya menggunakan telefon awam dalam keadaan hujan lebat setelah pihak hotel tak membenarkan dia menggunakan telefon. Apabila kembali ke hotel, pemiliknya menyambut kedatangannya di lobi dan memperkenalkan Eleanor sebagai pemilik hotel baru.
|
Nick memperkenalkan Rachel pada ibunya |
|
Nenek Nick berkenan sangat |
Pada masa kini, Rachel Chu (Constance Wu), seorang professor ekonomi di New York University (NYU) telah jatuh cinta kepada anak Eleanor. Rachel menerima jemputan daripada bfnya, Nick Young (Henry Golding) untuk menemani dia ke Singapura untuk menghadiri perkahwinan rakannya, Colin. Ibu Nick mendapat tahu anaknya mempunyai gf dari media social (banyak makcik bawang). Rachel terkejut kerana menaiki penerbangan business class, dia sangka Nick hanya orang biasa, bukan dari anak jutawan. Di Singapura, Rachel dan Nick bertemu Colin dan Aramita untuk makan malam. Keesokkan harinya, Rachel melawat rakan lamanya, Peik Lin dan mereka menghadiri pesta di rumah keluarga Nick. Rachel membuat beberapa kesilapan dan menyedari ibu Nick tidak suka padanya.
Rachel menhadiri parti bachelorette Aramita di sebuah resort keluarganya, manakala Nick menghadiri parti bujan Colin di atas kapal kontena, Nick bercadang melamar Rachel. Colin memberitahu keluarga Nick akan menolak Rachel disebabkan perbezaan budaya. Amanda, bekas kekasih Nick sengaja melemahkan semangat Rachel, dan menghantar ikan mati di bilik hotel Rachel bersama nota 'perempuan kaki kikis'. Sepupu Nick, Astrid menghiburkan Rachel. Dia mengakui hidupnya tak sempurna selepas dapat tahu suaminya ada hubungan sulit.
|
Rachel dan Aramita |
|
Pujuk Rachel sebab ex Nick hantar ikan mati kat bilik hotelnya |
Rachel melepaskan segala ketidakpuasan hatinya di pesta bachelorette, Nick meminta maaf kerana menyembunyikan kekayaan dan status keluarganya. Nick membawa Rachel belajar membuat Dim Sum bersama nenek Nick dan keluarganya. Rachel menyukai cincin unik Eleanor, dan menceritakan bagaimana dia bertemu dengan suaminya dan pengorbanan yang dibuatnya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga suaminya. Eleanor pada mulanya bukan calon pilihan menantu nenek Nick. Rachel tak cukup baik untuk Nick. Rachel mengambil keputusan pulang ke US, tetapi Peik Lin manghalang dan menyakinkan Rachel untuk menyakinkan Eleanor.
|
Oliver pandai bab fesyen |
|
Cantikkan Rachel. Suka tengok lesung pipit dia |
|
Aramita punya wedding dah macam jungle, siap tema fairytale |
Peik Lin dengan bantuan sepupu Nick, Oliver menghias Rachel bak puteri sebelum menghadiri majlis perkahwinan Colin dan Aramita. Astrid dan Michael akhirnya berpisah semasa dalam perjalanan ke wedding Colin. Rachel menjadi perhatian ramai dan kagum dengannya. Di majlis itu juga, Eleanor dan Su Yi menarik Rachel dan mendedahkan mereka menyiasat latar belakang Rachel. Mengetahui Rachel anak tak sah taraf dan ibunya, Kerry lari tinggalkan suami ke US. Rachel terkejut kerana ibunya bohong dan mengatakan ayahnya telah mati.
|
Rachel dan ibunya, Kerry |
|
Mereka bertunang |
Rachel berlari sambil menangis dan Nick mengejarnya. Rachel tertekan dan tinggal selama beberapa hari di rumah Peik Lin tanpa tahu ibunya telah tiba di Singapura. Kerry menjelaskan dia hamil hasil hubungan dengan teman sekolah lama dan melarikan diri kerana takut akan ancaman suaminya. Nick menghantar Kerry untuk memujuk Rachel. Rachel bertemu Eleanor dan berbincang dan menolak cadangan untuk berkahwin dengan Nick, tak mahu merosakkan hubungan Nick dan keluarga. Semasa Rachel dan Kerry dalam pesawat, Nick dating bersama cincin Eleanor dan bertunang.
🌟🌟🌟
Tak sempat lagi nak tengok tapi dengar cerita ramai kata best!!
ReplyDeletehttp://mylittlestoryi.blogspot.com/
suka tengok Henry Golding jd host program Railroad Travel...
ReplyDeleteHensem hehe mixed pulak
DeleteRamai sangat orang sekeliling saya yang hype kan cerita ni. Saya sampai sekarang tak berpeluang lagi nak tengok.
ReplyDeleteDownload jelah Farah
DeleteTak tengok filem ini.. Tapi minat henry tu..
ReplyDeletelama x tgk Michelle yoeh berlakon... best tu cinta dua darjat
ReplyDeleteMrs. A suka cerita genre macam ni hahahah ferfeeling sangat.
ReplyDeleteAritu nak tengok tapi macam tak sesuai sebab ada anak-anak
suka sgt araminta punya wedding... sbb lain drpd yg lain...
ReplyDeletesequel akan menyusul x lama lg... mgkn end of 2019
dh mcm dalam dunia fairytale dgn bridemaids dia.. wah ada sambungan rupanya
Deletemenarik tapi sure dah habis tayangan sekarang ni
ReplyDeleteMacam best je jalan cite dia Nina..... Agaknya keluar dlm box office kat astro tak agaknya? Nak tengok jugaklah
ReplyDelete