10 Oct 2018

Selamat Pengantin Baru Azieera Dan Mahfis

Assalamualikum Readers



Musim kawen-kawen kembali lagi dalam blog ni, tiba hari kejadian bang aji (bf) teman makan kenduri, nasib baik pengantin tak berapa kenal bf yang pernah jadi senior kolej suatu ketika dahulu. Haha.. Selamat Nina dari kantoi. Pheww lap peluh, kalau tak pakat tanya bila nak kawen. Kali ni kenduri junior kolej di Dewan Komuniti Polis Marin Batu Uban, 22 September lepas. Memang cantik view kalau nak selfie tepi laut berlatar belakang Penang Bridge. Walaupun cuaca mendung nak hujan tapi sampai ke sudah tak hujan. Disebabkan perut dah kenyang, maka terlajak ke QB (Queensbay Mall) tengok Johnny English. Tu lain entri ye.



Junior sudah tuan badan bila lagi

Ambik berkat


Nasib kenduri dalam Penang saja kalau luar negeri mau sesat macam kes kenduri kawan di Batu Gajah tu. Lauk simple tak sempat nak snap, kalut makan kesian kat tetamu lain. Berbelas minit jugak kami berdua berdiri menunggu meja kosong. Sejenis perangai orang orang kita, selagi tak makan semua makanan yang ada selagi tu tak balik-balik. Sekurangnya ada hati perut sikit, makan cepat dan beri tetamu lain pula, ini tak buat muka toya, tak kira tua muda. Geram mak bila kenangkan balik. Ok apa pun selamat menjadi is-te-ri Nor Azieera Malik Ridzuan . Tulah dulu benci sangat kan dah terpikat. Haha 



Mendung kelabu

11 comments:

  1. barakahllahu lakuma wabaraka 'alaikuma...

    ReplyDelete
  2. Kalau tuan badan punya turn nanti, jangan lupa jemput ya :)

    ReplyDelete
  3. Bila nak kawen?

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru untuk pasangan tu. semoga tuan rumah pun akan dikurniakan jodoh sebaiknya oleh Allah Taala. inshaAllah aamiin :)

    ReplyDelete
  5. barakahllahu lakuma wabaraka 'alaikuma..
    Semoga kedua pengantin sentiasa diberkati Allah..

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru buat kawan Nina tu.
    Baju kahwin warna hitam ke tu, rare sangat.

    ReplyDelete
  7. soalan yang sama jugak, bila nak kawen ni :D

    ReplyDelete
  8. Bestnya kawen hahahaha .....
    Tuan badan dah dekatlah tu nampaknya. Tgh gigih berjinak jinak dengan pengantin baru. Lama lama jangkit hihi

    ReplyDelete
  9. berkat dah banyak sangat dah ambik nih.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Keep on ѡritіng, great job!

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com