6 Oct 2018

Review Filem : Smallfoot (2018)

Assalamualaikum Readers

 
Review Filem Smallfoot | Box office $194 million dari bajet $80 million. Kelakar jugak dan layan habis. Entah kenapa nak layan kartun pulak. Apa pun memang suka tengok movie lakonan Channing Tatum. Kami tengok di GSC Sunway Carnival. Bf kata seat best.
 
 



Yeti's hidup di puncak gunung Himalaya, di atas awan dan tersembunyi dari penglihatan manusia. Migo (Channing Tatum), yang patuh undang-undang batu kuno yang dipegang oleh Stonekeeper, pemimpin Yetis. Bapa Migo, Dorgle, menjadi tukang gong setiap hari untuk menghentak gong menggunakan kepalanya supaya matahari dapat memancar. Semasa Migo belajar cara menghentak gong bersama bapanya, Migo tertarik dengan Meechee, anak perempuan Stonekeeper yang suka melihat dunia luar.


Migo dihalau dari kampung
 
Secara tak sengaja menakutkan Percy

 

Suatu hari, Migo menyaksikan nahas kapal terbang dan mendapati "kaki kecil" (manusia), yang telah dijadikan lagenda buat orang Yeti. Migo kembali ke kampung untuk memberitahu apa yang dia lihat tetapi penduduk kampung tak percaya kerana tiada bukti. Stonekeeper menghalau Migo dari kampung. Migo dibawa oleh Gwangi, Kolka dan Fleem ke Persatuan Pembuktian Kecil (S.E.S) yang diketuai oleh Meechee. Dia menyakinkan Migo untuk pergi bersama ke bawah awan walaupun Stonekeeper memberitahu tiada apa-apa di bawah gunung. Migo bersetuju untuk pergi, semasa menuruni gunung, tali yang mengikatnya putus dan dia jatuh ke bawah.
 
 

Stonekeeper
 
Meechee, yang menjadi penyiasat




Percy Patterson seorang penerbit filem dokumentari hidupan liar yang telah kehilangan popularitinya. Dia bertemu dengan pilotnya yang ternampak Yeti dan menyakinkan pembantunya, Brenda. Migo tiba di pub dan tak sengaja menakutkan Percy. Migo membawa Percy pulang ke kampungnya untuk menyakinkan Stonekeeper. Stonekeeper membawa Migo ke bilik rahsia di dalam istana dan mendedahkan kebenaran, Yeti terpaksa hidup di gunung kerana dibunuh oleh manusia dengan kejam. Stonekeeper mengunci Percy di dalam kotak dan tak boleh bernafas. Meechee membawa pulang Percy.
 
 
 
Comel
 
Semua excited tengok Percy dan Percy pun tengok ramai Yeti




Selepas melepaskan Percy, Meechee terpukau dengan cahaya di bandar, secara tak sengaja menyebabkan gangguan, diserang polis dan diselamatkan oleh rakannya. Mereka kembali ke gunung, tetapi dikejar oleh helicopter SWAT dan diselamatkan oleh Stonekeeper. Migo ditembak oleh percy untuk menyelamatkannya dari polis. Percy menyamar sebagai Migo hingga tertangkap. Akhirnya, umat manusia dan Yeti berdamai tanpa perasaan takut. 

1 comment:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com