Assalamualaikum Readers
Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau | Unplanned trip ni selalu terjadi dalam family in-law. Tup tup sampai, orang kata know know arrived. Nina tak tau pulak marka (bf) cousin hubby dari Florida fly ke Malaysia so FIL bawa David jalan Taiping & Batu Kurau 2 hari lepas. Dia punya seronok main air sampai luka kaki, the next day jadi penunggu atas batu tengok orang mandi.
![]() |
Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau |
Arif Homestay ni dekat dengan 2 kawasan air terjun iaitu Sempeneh dan Ayer Itam. Dalam 30 minit perjalanan. Kalau ke Batu Kurau jangan lupa terjah 2 air terjun ni. We oulsss mandi puas-puas. Homestay ni ada 3 rumah teres, jadi kami book 2 rumah untuk 2 hari 1 malam. Harga tak pasti, fully sponsor. Yang pasti murah dari Chalet Latip.
![]() |
Tiada sofa untuk homestay Nina stay dengan hubby termasuk David. Ada 2 bilik. Sebuah lagi homestay yang in law stay lengkap dengan sofa |


![]() |
Untuk 2 homestay tiada water heater. Memang best sebab air kuat dan sejuk |
![]() |
Perisa strawberi dan keladi RM 5 |
![]() |
Air terjun sempeneh |
![]() |
Kembali ke pangkal jalan. Sudah masuk tol jambatan ke 2 |
Kalau port makan, kami akan serbu selera makan area balai bomba Taiping. Wajib ke situ. Breakfast di sponsor cousin hubby yang stay di Batu Kurau. Tunggu la musim buah tahun depan, in shaa Allah akan ke sana lagi. Tak ada rezeki nak bawa Harraz masuk Night Safari sebab hujan lebat dari petang ke tengah malam.
Kemudahan yang disediakan :
1. Dua bilik air
2. Aircond setiap bilik
3. Iron & Iron board
4. Sejadah
5. Hanger
6. Bantal lebih
7. Di homestay ada 2 pool
8. Kettle
9. Mug