22 August 2013

Wedding Tiney & Aiman ❥ (Part 2)



Assalammualaikum buah hati..


Kisah sambungan part 2 selepas aku letih menaip "Part I" yang panjang berjela macam karangan. Walaupun tak best tapi ada jugak orang baca sampai habis. Terima kasih semua.. terima kasih. Haha *Terharu sangat. Oke la, pagi ahad tu balik dari dewan, lepas aku berjaya siapkan bunga tangan dan tiba masanya untuk tidur tak sampai 4 jam. Aku ingat pengantin dah tidur biasa la aku tidur berkepit dengan dia. Dalam keadaan dah nak terlelap slash mamai, ikuti perbualan kami: 


Tini : "Weyh, aku tak boleh tidoq la"
Aku : "Tidoq la cepat, esok mata hang macam mata panda"
Tini : "Aku tak boleh lelap.. rasa tak mengantok pulak" (aku rasa dia dah tak sabaq nak nikah kot)
Aku : "Ikut suka hang la" (pusingkan punggung ke arah dia sambil tangan garu kaki)
Tini : "Oke..kalau macam tu layan lagu la" (dia buka lagu slow Pink-Give Me A Reason, Justin TimbaLake-Mirror lastly lagu Zikir sebelum aku terlena.. Ika dengan Aifa dah tidoq)




Hye.. saya Daisy Gold & Labyrinth Purple baru keluar dari peti ais. Hihihi




Jangan ditanya aku bangun pukul berapa.. memang tak tengok jam, sedar pun bila pengantin mintak nak iron baju. Lepas tu tidoq ayam ler. Mimpi-mimpi indah lesap entah ke mana. Tiba-tiba baru teringat baju kurung aku tu tak boleh iron. Kain Lycra baq hang mau terbakaq. Bangun menuju ke bilik belakang, Tini cakap baju aku tak payah iron sebab tak berkedut. Memey baju aku tak payah iron. Ngeh..ngeh. Tengah iron baju Ika, plug terbakar betol. Aku dalam bilik pun boleh bau hangit. Nasib baik tak terbakar rumah. 



Kami ber 4 bersiap lepas mak abah, abang Tini keluar rumah. Masa aku bersiap tu Aifa tengah make up pengantin. Boleh pulak Tini duduk tak diam. Lagi sekali rasa nak tampaq dia. Paling best bila gigi pengantin kena lipstik. Amekaw gelak cun punya.. Haha. Seyes, aku geram bila dia asyik tanya benda yang sama berulang kali. Baek lah disini nak cakap bakal pengantin jangan kelam kabut tak tentu arah. Kerana itu lipstick jatuh terkena kain baju nikah. Pukul 9.30 pagi kami keluar dari rumah dalam keadaan hujan renyai ke Masjid Jamek Seberang Jaya untuk majlis akad nikah pukul 10 pagi nanti. 





Hantaran pihak perempuan










11 dulang kesemuanya



Sampai masjid, Tini gelabah sebab tak nampak mak abah dia. Konfem la diorang semua kat dalam. Huu.. masuk dalam masjid pulak banyak kumbang bertenggek kat tangga. Yea.. mereka semua kawan-kawan Aiman dari KL dan abe-abe photographer melemparkan senyuman yang amat manis kepada 3 orang dara pinggitan bersama pengantin. Malas nak cerita part senget, dimana aku tak jumpa tempat buka bonet Myvi Ika, kena gelak dengan Aifa T____T Maka, majlis pun bermula. 








Ini pertama kali aku tengok orang akad nikah, last tengok masa tadika. Agak teruja tengok Tok Kadi bagi penerangan sebelum akad. Aku tengok Aiman siap gelak-gelak bila aku usik dia sebelum duduk depan Tok Kadi. Muka tak nerves langsung. Tini mogok takmo senyum. Dia still tak boleh duduk bersimpuh kerana lutut baru lepas operation. 





Biar pengapit saja yang senyum. herher




Abang Rizal khusyuk kat depan





Video Akad Nikah 





18 Ogos 2013, tepat pukul 10.36 pagi dengan hanya sekali lafaz Aiman Naim sah bergelar suami kepada Hartini. Ayat agak skema bukan. Time tu pandang Tini yang mintak tisu kat aku tetapi aku tak bawak. Dia dah menangis. Aku tak boleh nak selami perasaan orang dah bergelar isteri sebab tak pernah rasa lagi. Tapi dengar abah Tini baca kertas yang menyerahkan anak dia kepada suami tu buat aku sebak sama. Yelah, orang lelaki menangis saat menyerahkan tanggungjawabnya kepada seorang lelaki. 




Sign surat nikah rupanya


Oke, takmo touching. Lepas selesai sarung cincin, aku dengan parents Tini gerak balik rumah dulu hantar hantaran sebelum pi dewan. Pengantin dengan Ika terus ke Atuz untuk make up dan salin baju. Aifa pulak pi amek kek baru ke dewan menjadi pemberi goodies bersamaku. Wee.. dah terlebih panjang entry nie. Tunggu part last ye. 




Mesti Aiman solat tak khusyuk.. sorry



Upacara membatalkan air sembahyang.. kerja sengih saja



Mak cik siti dah dapat menantu.. huhu








Ika & Aifa





Saya Sebenarnya Isteri Aiman..




Tengahari nanti start driving class! Lupa dah step gear T___T

*Autopublish  


41 comments:

Asha Lya said...

Sweetnya di hari bahagia...

Miss Volvo said...

seronoknya nikah hehehe

Kathy Rbain said...

tak sabo nak tengok gambo2 bersanding lak sis..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tahniah kepada sepupu.. semoga jodoh kekal hingga ke syurga.. :D

Zawiah said...

isteri menangis sayu , suami tetap ketawa gembira ... tu lah yg selalu berlaku pd pernikahan ...

Ain Syima said...

Selamat pengantin baru buat Tini
Semoga kekal hingga ke akhir hayat :)

Lelaki said...

isteri org rupanya.

P#eoniX said...

wah!!!!!best dapat buat untuk orang nikah camneh...seronok kan??

Aku Penghibur said...

wahh tahniah :) semoga berbahagia ke anak cucu

アヌム said...

Wahh tahniahhh...hantaran cantik, org pun cantik :)

S.K.A said...

he3..meriah btol =) tringat pula knduri kawen kwan sy..best mmg best..pngtin xcited ko..2 xleh tido hu3..ape pn smoga bahagia hgga ke syurga bt pgntin..okeh..tggu part3 pula

Ema Johari said...

tahniah..cantik pengantin

are_lin@yu said...

beznya..mmg akn rsa sbak kot bla dgr lfaz nkah nti..tkt jgk kn nti tkt ngis xsmahu lk.hihi

sha (chirp chirp) said...

cantek sume hantaran dia, pengantin pon cantekkss :D

sha (chirp chirp) said...

lupa nk cakap, singgah sambil follow sini! :) #345

http://ice-chirp-chirp.blogspot.com/

Cik Kay Jue said...

hai.. bila la nak kawin ni. huhu.. best je tgk..

Syazana Zainn said...

Tahniah buat kawan awak tini :)

p/s: shawl dia pakai tu cantik ^^,

-S-

Nick Nashram said...

adoii..part yg nak kena berdepan ngan pak imam yg buat gementar skt ni..huhu

Khai♥Rin : anies said...

tahniah buat kedua mempelai...

||aLeaSaRa|| said...

wow....nina tengah ambil driving class ye..good luck tau(kak lea test pertama kantoi sebab bukit.kali kedua baru lulus huhu....)

Amanina Mads said...

mestilah..hehe

Amanina Mads said...

seronok2..hehehe

Amanina Mads said...

ohh.. gambo bersanding meriah

Amanina Mads said...

terima kasih akak :D

Amanina Mads said...

betul la.. situasi yg sama

Amanina Mads said...

terima kasih ain.. mudah-mudahan. Aminn :)

Amanina Mads said...

yelah.

Amanina Mads said...

seronok dan rasa berbesar hati pheonix..hehe

Amanina Mads said...

terima kasih achik :)

Amanina Mads said...

Terima kasih.. wahh. semualah cantik :)

Amanina Mads said...

Meriah2.. haha. Pengantin xcited sampai tak bleh tido =)
terima kasih fais.. aminnn.

Amanina Mads said...

terima kasih ema.

Amanina Mads said...

Best tp kt masjid tu memang nangis xberlagu la.. hihi

Amanina Mads said...

nampak semua cantik2 :D

Amanina Mads said...

terima kasih sha.. done follow :)

Amanina Mads said...

kan2.. bila la nk kawin. hehe

Amanina Mads said...

Terima kasih zana :)
cantikkan.. buat sendiri tu ^^

Amanina Mads said...

kena praktis selalu.. haha

Amanina Mads said...

terima kasih anies..

Amanina Mads said...

ya kak lea.. terima kasih. risau juga kt bukit tu.. hehe

Yun Sing said...

Haha teringat lakonan akad nikah masa form 1 xD

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com