31 Oct 2016

Kenduri Ieja Dan Blogger Zulhilmi Tempoyak

Assalamualaikum Readers..

Musim pompang pompang kepuk pok pang pok. Ermm lantak lah janji bunyi kompang . Hahaha.. Paling annoying bila upah DJ yang kerja cakap tak benti. Nasib kenduri sepupu makcik pakcik suka ambil DJ yang sama, mainkan lagu dan layan permintaan aku nak karok free sepuasnya. Kah kah. Musim kawen-kawen kembali lagi penghujung tahun ini. Dah macam DJ kan?



Ieja dan Ninie satu kolej dulu. Dah ada anak sorang pun. 2 orang ni bersuamikan tentera. Haha



Manusia hanya merancang, tuhan yang menentukan. Plan nak konvoi bawak gundik-gundik pagi Sabtu lepas tapi last minit tak jadi disebabkan hal yang aku tak dapat elakkan malam deepavali lepas. Sadis jugak lah tak dapat pi kenduri geng asrama zaman kolej. Siapa sangka gadis kasar tup tup dah jadi bini abang askar. Woahh 😍 👰



My collegemate, housemate. Gadis-gadis utara kecuali si tudung biru . Nasib gundik 2 orang berjaya jugak escape p Kangar



SELAMAT PENGANTIN BARU ROSNIZA RAMLY & FAZLIZAM MAHABIB 🎊



Lagi sorang pengantin tak lain tak bukan blogger fames "Zulhilmi Tempoyak". Tekejut bila dapat tau dia abang kawan satu kolej. Raya tahun ni baru perasan gambar raya depa adik beradik. Hahaha.. Kelakar pulak kawan dengan adik tapi tak tau. Si adik punya gelakkan aku. Buat Zulhilmi, jodoh dia sampai dulu walaupun kami ni lahir sama bulan dan sama tahun 🙈 Nina keluar tengok dunia 23 hari sebelum dia. Haha



Muka & nama bini masih menjadi tanda tanya. Haha



SELAMAT PENGANTIN BARU ZULHILMI ZULKEFLI & PASANGAN



Al-fatihah juga buat Zulhilmi yang baru saja kehilangan ayah. Apapun, hampa jangan sedih. Allah dah gantikan seseorang. Maap ini bukan entri bodek tau..
 

29 Oct 2016

Trend Bunga Tangan Pengantin


Assalamualaikum Readers..

Gambar Trend Bunga Tangan Pengantin | Musim kenduri menjelang kembali. Macam musim durian kan? Kah ! Bila musim angkat kuali ni, mesti ada kenduri kengkawan. Yes, memang full sampai tahun depan tapi bukan semua boleh pi. Tak dapat ambil berkat, ternak lemak banyak-banyak. 



Bunga tangan kenduri kawan



Salah satu penyakit aku sejak dah pandai buat bunga tangan untuk majlis kahwin kawan ni bila terjah ke kenduri mesti tengok pengantin tu bawa bunga hidup atau plastik. Haha.. Jahat mata ni, sebenarnya upah buat bunga tu lagi mahal dari beli bunga hidup di kedai


Serius bab ni pengantin kena rajin pi survey setiap kedai bunga sama ada owner tu reti atau tak order bunga import atau straight dari Cameron. Bila dah berkenan, bayar duit, buat order dan bunga akan diorder. Dapat la fresh flower sehari sebelum majlis tu. Heee










28 Oct 2016

KFC Sambal Rice Bowl

Assalamualaikum Readers..


KFC Sambal Rice Bowl Sodappp | Dah penah try makan? Setakat ni kalau ke KFC, mesti pilih rice bowl dari ayam sebab 2 kali makan ayam kepci balik rumah mesti beri-beri. Itu yang tak tahan, ayam tak masak ke ayam tua pon tak tau lah. Hehehe 😂



KFC Sambal Rice Bowl hanya RM 5.50



 
Setakat ini puas hati makan, nasi dan ayam pun banyak, makan panas-panas, harga pun murah dari snake plate 🐍 ! Snake sangat 😌 sebab buat bontot cium mangkuk tandas. Haihh. Al kisahnya, harini nak pi tukar IC yang muka zaman budak hingus, opcos preehair ! Sekali tengok pintu kunci, takkan semua staf cuti deeepavali awal kot. Rupanya rehat dorang panjang. Ada 20 minit lagi sebelum JPN buka marilah membawa perut ke KFC berdekatan.


KFC treat yo


Sesapa yang belum cuba, terjah ler KFC. Makan dan makan. Sebab jimat sangat bak kata Pak Jibby, jimat selagi boleh. Eh? Jimat ler cuma RM 10.30 tambah milo ais. Hihi



26 Oct 2016

5D Interactive World, Penang

Assalamualaikum Readers..


5D Interactive World Penang merupakan tarikan terbaru di Penang | Buat kaki selfie dan kaki seni halus boleh terjah sini. Kali ini team Projek Blogger Utara berpeluang ke Galeri Seni 5D Interactive World (Art.Creativity.Education) yang terletak dalam bandar Georgetown pada 22 Oktober lalu. Sangat enjoy dan puas selfie sebenarnya tak larat dah hehehe 😆



5D Interactive World Penang



Di sini ada pelbagai seni yang dipamerkan, semuanya unik kerana menggunakan 100% idea pemilik galeri seni ini. Ada arca dihasilkan dari bahan-bahan terbuang dan motif utamanya sayangi alam sekitar dan bumi kita. Pengunjung akan melihat betapa pentingnya menjaga alam sekitar dari musnah dan ada haiwan yang semakin pupus. Pelbagai lukisan dan arca seni berkaitan alam di ruang masuk galeri.



Penyu hijau yang dah makin pupus

Cuba tengok material bahan ikan ni. Hehe kreatif !

Terasa boleh terbang haha . Dihasilkan dari botol mineral dan diwarnakan. Cantik !


Malayan Pangolin dah pupus tapikan nampak Zaf?
 
Suka arca Penyu ni . Guna penutup botol saja



Haaa korang teruja tak tengok hasil seni di first floor? Selfie di alam interaktif 5D yang pertama di Asia. Unsur-unsur pendidikan juga boleh dilihat. Sesuai bawa anak-anak yang tengah membesar tu. Meh tengok gambar-gambar dimensi 5D yang lain di tingkat dua.



Tamadun manusia kah

Cowgirl berjaya menawan Rhino. Badak sumbu semakin pupus juga

Badan manusia yang parah disebabkan dadah. Haa mesej tersembunyi

Tak sangka Zaf ni kuat . Hahaha



Di sini pengunjung dapat meneroka alam melalui proses 5D-Methodology iaitu menafsir (define), mereka (design), membangun (develop), membetul (debug) dan menyampai (deliver). Bahagian kanak-kanak akan suka sebab boleh design apa saja menggunakan tanah liat. Kelakar tengok mimik muka dan semua gambar kami dibantu staf galeri yang sporting dan peramah.


Witch vs Assasin's Creed !

Kau ni nina nak tikam pun kat tempat sensor. Hadoii

Abaikan muka tu . Mesti jadi bahan Pha Is ni !!

Sakit noks nak dapatkan badan slim dan cacat ni. Ehem ehem

Maka terhasilnya dinasour gemok lagi pendek. Kah kah . Ingat senang nak uli tanah liat bukan main Play Doh zaman kecik

Artifak2 yang ditemui

  
Selain tu, sesiapa yang berminat boleh beli souvenir di entrance. Ada macam-macam yang galeri ni hasilkan dan jual. Harga pun affordable ye. Comel-comel bila tengok lukisan kartun di batu 😎


Jet TUDM ok tipu

Cute ! Panda, pokemon, doreamon, pooh

Lukisan ikan emas nampak real


WAKTU & HARGA TIKET 




  Harga Tiket

Mykad
Dewasa : RM 18
Kanak-kanak : RM 13


Harga Biasa
Dewasa : RM 30
Kanak-Kanak : RM 20


Waktu Operasi
9 am - 6 pm (Selasa - Ahad)
Tutup Isnin (kecuali cuti am atau cuti sekolah)



5D INTERACTIVE WORLD

Address : F29, Jalan Dato Keramat
10150 Georgetown,
Pulau Pinang

(near GAMA & Penang Time Square)


Tel : 04-2189676

  
Info : Boleh jalan kaki dari KOMTAR / RAPID PENANG BUS no 201, 202, 203, 204, 206, 502, 301 & 11. By Hop On Hop Off (HoHo) bus boleh stop di no 7.


Projek Blogger Utara since end of year 2015 . Thanks Zafirah Nazri blogger jemputan PBU. Hehe


Thank you so much for staff and management 5D Interactive World for having us !! 😗

23 Oct 2016

Hatyai Thailand 2016 : Day 2 - Samila Beach

Assalamualaikum Readers..


TRIP HATYAI-SONGKHLA THAILAND 2016 : DAY 2 - SAMILA BEACH



Fuhhhh fuhhh berhabuk entri trip Hatyai bulan 2 tahun ni. Meh bersambung kisah hari kedua sebelum kami ke Samila Beach. Sebelum tu singgah makan di Songkhla, kedai makan depan stesen minyak dan bersebelahan kem tentera. Lupa nak snap gambar kedai makan tu 😌


RIP Bhumibol Adulyadej . Kenangan raja Thailand

Makanan di sini hanya 50 Bath (RM 5)

Rasmi Thailand coke Nafis. Kami kongsi air untuk lebih jimat . Total makan berdua 100 Bath + coke 20 Bath hanya 120 Bath | Anies !! tengok Lala di belakang. Hahaha


Setiap stesen minyak di seluruh Thailand ada papan tanda harga minyak semasa di negara itu


Sayangnya timing tak kena sebab bulan Januari - March laut bergelora jadi tak dapat buat aktiviti laut. Apa yang ada di Samila Beach ni? Ofcos orang datang sini semata-mata nak tengok replika patung ikan duyung di pantai tu. Orang Siam datang sini tujuannya untuk dapatkan anak


Papan tanda pun unik . Mesia tak nak guna huruf jawi macam Brunei. Huhu

Welcome


SEJARAH SAMILA BEACH


Samila Beach, kata tour guide Encik Paisorn dulu ada ikan duyung bertenggek di batu sambil sikat rambut. Tetiba ada seorang pemuda, asyik tengok kecantikan ikan duyung ni maka dia lari ke laut tinggal sikat. Dari hari ke hari, pemuda ni tunggu ikan duyung tu sebab nak pulangkan sikat tapi tak pernah muncul-muncul. Jadi dia bina patung ikan duyung sebagai memperingati ikan tu.


Samila Beach Thailand here we come

Patung ikan duyung . Kalau korang perasan di badan patung dah tukar jadi hitam haa situ lah tempat orang gosok2 . Orang Siam gosok untuk dapat anak. Berapa banyak orang dah raba hahaha

Cuaca mendung dan angin kuat. Tengok ombak pun takut

Beting pasir pantai ni tak sure semula jadi atau orang buat nampak khas untuk kanak-kanak mandi



Kami pun lepak-lepak di pantai tu selfie puas-puas, memang puas sebab best kena angin laut. Tengok orang tempatan macam dah biasa main pantai time ombak kuat. Fuhhh berani kanak-kanak siam. Di Samila Beach ni, korang boleh makan, shopping, naik kuda, nak orang lukis muka pun ada. Rugi tak habis pusing pantai dah hujan.



Nananana

Nak lukis wajah? Haa ok lah dengan harga tu

Peniaga dah start tutup barang

Tak sure harga tunggang kuda ni, semua comel pony pun ada

Selamat tinggal ada rezeki pi lagi. Heheh


Memandangkan cuaca time tu hujan renyai-renyai, sempat singgah beli aiskrim kelapa. WAJIB beli kalau singgah di Samila Beach. Puas makan berdua sebab besar. Orang lain dah lari naik bas. Kami serbu motosikal aiskrim tu. Huhu.. Kempunan punya pasal sebab dah nak balik mana jumpa di Dannok.



Serbu aiskrim ni kalau ke Samila

Tak sabar nak makan

Aiskrim kelapa original 40 Bath



Makan aiskrim kelapa dalam perjalanan ke Songkhla Aquarium. Alhamdulillah, masuk dalam bas terus hujan turun dengan lebat. Bagus sejuk-sejuk makan aiskrim ye. Tak dapat nak tunjuk gambar dalam aquarium tu sebab tak masuk ditambah hujan lebat, tak ada payung dan dah tertidur dalam bas. Membungkus kami berdua lagi rasa malas nak buka mata. Di aquarium ni ada go-kart, Mini ATV dan Fish Spa. Kalau tak hujan boleh ler try Fish Spa. Sob.. sob



Songkhla Aquarium

The Unseen Show



Openning Time

Songkhla Aquarium closes on Mondays (except that Monday is holiday)

Tuesday - Friday 
9.30 am - 4.00 pm

Saturday - Sunday
9.30 am - 4.45 pm

Holiday
9.30 am - 4.45 pm


Bersambung part last naik gajah sebelum balik Malaysia. Nanti Nina share bajet ke Hatyai 2 hari okay. Stay tuned 😆 ! Lately busy ya amat. Sebenarnya masuk bulan 10 ni tak dapat nak hadap blog sangat. Prepare apa yang patut untuk tahun depan pelan-pelan. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com