8 Oct 2016

Tips Melancong Ke Ho Chi Minh, Vietnam

Assalamualaikum Readers..



 TIPS MELANCONG KE HO CHI MINH, VIETNAM 2016


Tersedar dalam mimpi, entri Hatyai tak habis publish lagi. Tu pun ada orang email, mak hampir terlupa. Terima kasih Jihan! Ok sebelum tu nak share tips-tips sebab pelancong Malaysia ni banyak je nak complain benda negatif pasal HCM ni. Itu mungkin silap sendiri tak pun cuai. Kekekeke.. Nak travel ni niat/nawaitu kena elok. Ioullss ber 6 have fun kot 😆



1. Botol mineral


Orang Viet lebih kurang Cina, jenis main lap-lap buang. So, kalau naik AA, sila beli air mineral botol kecik comel dan simpan botol. Untuk kegunaan isi air nanti senang nak membuang. Boleh juga bawa wipes tissue. 


Btw, air minuman di HCM boleh tahan mahal. Nak jimat? Boleh beli kopi susu di Ben Thanh RM 3 atau bawa milo, nescafe, ribena bancuh siap-siap di hotel nanti time nak p makan order nasi je. jimat !



2. Jajan, Maggi


Kalau stay 4 hari elok bawa makanan macam roti, jem, maggi, sambal ikan bilis, etc sebab boleh simpan di hotel. Ada fridge. Malam-malam boleh makan, tak pun bawa bekal masa otw ke Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel atas faktor perjalanan selama 2 jam.


Kemungkinan kena bawa biskut kalau nak order makanan, dorang masak lama dalam sejam juga nak tunggu. Jangan mengamok pulak. 



3. Penarik Beca



Hati-hati dengan penarik beca, jangan sesekali naik. Nak bergerak dalam bandar HCM, seeloknya naik teksi. Takut korang kena tipu, penarik bawa pergi lorong pau duit haa.



4. Hati-hati melintas jalan


Part ni kena berani, nak lintas tu jangan teragak-agak. Orang Viet bawa moto memang laju. Jenis jalan slow, anda akan ada masalah dilanggar. Macam kami, main lari.



5. Teksi VINASUN


Jangan naik apa-apa teksi selain VINASUN. Teksi ni paling murah dan pakai METER. Korang tak kena tipu la dan hak milik kerajaan Vietnam. Ada 2 jenis van dan kereta. Jangan risau bersepah, cuma kena make sure sebelum naik tengok dulu. Teksi Malaysia mana ada RM 3 bai 😆



Teksi Vinasun


Driver teksi kesemuanya tak reti cakap BI. Kalau nak balik hotel, tunjuk kad hotel senang. Tak payah cakap bahasa itik ayam. Kalau naik teksi lebih dari pukul 12 tengah malam, dorang akan cas lebih dalam RM 1 sebab kesian laa tunggu rakyat Malaysia gila shopping.



6. Luggage


Di ingatkan, buat kaki shopping sebelum ke airport, timbang beg dulu jangan lebih 30 KG! Kemungkinan akan dikenakan tax airport. Yang tak berapa shopping macam Nina pun beg dah 9.9 KG.

Tak boleh pecaya juga, timbang 8.7kg bila di airport 9.9kg



Sediakan matawang dollar USD sebelum balik kerana kaunter check out tak terima duit RM atau Dong. Kemungkinan terlebih bajet di Vietnam sangat tinggi. Sebab tu perlu timbang siap-siap muatan takut kena caj.



6. Shopping


Sebelum shopping, jangan terus beli kalau pada korang harga tu dah murah. Jalan dulu dan survey harga barang dan list kedai-kedai yang jual murah + diskaun. Jangan buat perkara ini, dah pilih-pilih barang tiba-tiba taknak pulak, memang kena MAKI dengan peniaga-peniaga Viet. Rasional ok? Dorang bukan jahat sangat.



*tips tawar menawar : pura-pura tanya harga, dorang mesti letak harga tinggi dulu, lepas tu pegang-pegang tangan peniaga / peniaga pegang tangan kita. Minta harga yang nak berkali-kali. Kalau tak bagi pura-pura jalan percaya peniaga akan panggil balik. Tapi kalau still berkeras tawar harga tu terus BLAHH



8. Elakkan pakai beg niaga


Beg niaga macam guni tu. Untuk selamat di airport, sila pakai beg luggage kita yang biasa-biasa tu. Cara lipatan adalah gulung. Bukan macam lipat baju masuk almari. Lebih jimat ruang beg.



9. Buang plastik pakaian


Di ingatkan, kalau beli pakaian or telekung yang berplastik, sila buang plastik tu. Motif? Tak nak imigresen syak kita shopping melampau di Vietnam. Buat peniaga tu kantoi la nanti. Nina campur baju-baju yang dibeli dengan baju-baju kotor isi dalam beg. Janji lepas. Sampai Malaysia beli yang baru kalau barang tu untuk niaga lah. 



10. Memahami matawang Vietnam Dong (VND)




Buat kami yang ambil tour guide, duit memang di bayar dalam RM. Kalau korang ambil tour lain, kebanyakkan akan ambil duit USD. Rugiiii. Shopping dalam RM atau Dong beza sikit. Mungkin kalau RM jatuh teruk, Vietnam takkan terima dah duit kita. Who knows?


Matawang Vietnam


Senang je nak shopping dalam Dong ni. Duit dorang kan banyak kosong. Buang jelah telur ayam tu. Tak payah pening kepala. Contoh 100.000 VND = 100 Dong 😎



Vietnam Dong (VND)


11. Beg jaga-jaga


Seeloknya bawa sling bag, kalau bawa beg galas, galas di sebelah depan nanti takda kes kena ragut. Isi duit dalam poket seluar, pakai selipar, buat selekeh confirm sapa pun tak jadikan kita sasaran. Heee



21 comments:

  1. leh tahan juga ea kat sana.. kena berjaga jaga byk.. mcm indon gak..

    ReplyDelete
  2. jadi blog travel dah sekarang ni.. dulu bnyak review filem je.. hahaha

    ReplyDelete
  3. lintas jalan tu yg hazab, kalau takde trafik light...we all timbang beg kt hotel..

    ReplyDelete
  4. Salam dari bunda...

    terima kasih sudi singgah dan komen diblog bunda.

    ReplyDelete
  5. beg sy x berat x smpi 7kg hahahahahahahha

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Nina.....mmg membantu sungguh tips ni. Tp malangnya hakak ni entah bilalah nak pergi HCM...Pening fikir bajet.
    Ramai betul askar yg nak ngikutnya hihi

    ReplyDelete
  7. part buang palstik tu saya x paham..

    ReplyDelete
  8. bagus tips ni sis... saya bawak wipe tissue so xyah bawak botol sentiasa
    bab melintas memang best kat vietnam, menguji kecekapan gitu hehe
    silap saya, sebelum ke vietnam saya tak sempat tukar duit. belanja semua pakai duit malaysia huhu
    tips yang last tu win pakai selekeh haha!!

    ReplyDelete
  9. baikkk...
    terima kasih utk tips..
    InsyaAllah ingat ^o^ kott..huhu

    ReplyDelete
  10. Saya nak ke korea dan jepun.
    Ada tip melancong situ tak?
    Terima kasik.

    From:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  11. macam pelik je nama matawang diorg.. dong,.. hehehe

    ReplyDelete
  12. betul sangat tips2 nina bagi tu..kita selamat tak kena rompak..kah..kah..kah.. Eh macam kenai ja penimbang beg tu..hehehe

    ReplyDelete
  13. penimbang tu macam muka org senyum je.. hahah

    ReplyDelete
  14. Tips yang ohsem..
    Good job nina..

    ReplyDelete
  15. Terbaiklah nina share tips ni tp kalau berat beg 30kg kena tax eh? Kenapa eh? Pastu vab buang plastik brg di beli campur dgnb baju kotor..apa motif d situ

    ReplyDelete
  16. Kalau nak membeli mmg kena ada teknik bargain

    ReplyDelete
  17. slm..pertma kli nk kevietnam sekolah cuti bln 3/17..cukupkah tukar RM1000.00 kedong vietnam.kedong sja termasuk cukai airport balik nti.maklumat diperlukan.email rahimi_abd@lycos.com

    ReplyDelete
  18. hai sis nina...... maaf ye,.. blh x sis share ngan sy tour guide sis 2... sbb sy ke sana bln 5 nanti... tq sis

    ReplyDelete
  19. I wаs abоut to say the same X)

    ReplyDelete
  20. Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
    Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
    Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
    FULL SERVICES
    Hotel 3 Bintang
    Makanan Halal
    Driver humble
    Pemandu Pelancongan professional

    Sila contact Tiara Tours Indonesia
    Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
    Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
    Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
    Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
    Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
    Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

    Note :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com