26 Jun 2013

Film Review : Man of Steel





Filem nie lebih gila dari Iron Man 3, dari segi aksinya. Malah, filem ini lebih teruk ketidak logikannya daripada filem Fast and Furious. Ala, filem untuk berhibur, jadi have fun!. Tambah perisa lagi, kemusnahan harta bendanya lebih banyak dari The Avengers dan Transformers! Pendek kata Man of Steel bercerita tentang besi. Kadang-kadang merasakan Man of Steel seperti mengikut jejak The Dark Knight. Mungkin kesemua cerita adiwira begitu kot dan agak malas nak menonton. Cuma ketika scene pertama tu pelik sebab kenapa ada babak orang tengah bersalin nie. Haha.





Mengisahkan seorang budak yang berasal dari planet Krypton yang dihantar oleh ayahnya sendiri ke bumi demi menyelamatkan anaknya Kal-El/Clark Kent. Setelah 33 tahun hidup di bumi, beliau melalui berbagai situasi hidup disamping mencari jawapan atas kewujudannya. Disitulah dia berjumpa dengan seorang wanita Lois Lane. Kemudiannya General Zod mengesan Kal-El dan cuba untuk mendapatkannya semula. Kal-El cuba menyelamatkan bumi dari kemusnahan dan beliau bertekad untuk tidak mempercayai General Zod yang juga telah membunuh ayahnya sendiri.




Henry Cavill sesuai dengan watak tu tapi entah rasa sedih bila tengok kehidupan dia yang menjadi Clark Kent. Seperti hilang arah tuju dan rasa tak patut biarkan ayah angkatnya mati dalam puting beliung lebih kurang macam Spiderman pulak. Custom Russell Crowe macam wow! Dia tak rasa berat ke bila pakai macam tu. Memang hebat bukan. Wataknya sebagai ayah Clark memberi bahan tambahan yang istimewa untuk Man of Steel. 







Gear Kereta


Bukan senang nak belajar bawa kereta bagi yang belum pernah bawa. Memang awkward sangat bila pegang stereng bawa kereta manual sampai kena lukis. Hehe.. Gear kereta manual ada 5 saja tak termasuk gear reverse. 




p/s: Cikgu cakap tangan kita bukan transparent.. Huhuhu
So Cik Eiya lukis menatang nie kat tangan aku.. LOL

24 Jun 2013

Kawan Buat Jahat Jangan Sekali Dibalas

Assalammualaikum.


Untuk membuatkan hati kurang rasa sakit baik aku layan lagu Afgan yang berjudul Pesan Cinta. Takmo tidur terganggu dengan perbuatan orang kepada aku. Dalam Islam, haram hukumnya mempercayai Hukum Karma kerana itu kepercayaan masyarakat Hindu mengenai kelahiran semula (Reborn). Ada juga setengah orang mungkin berfikir Karma yang dimaksudkan ialah "What goes around, comes around!". Rasanya semua orang faham maksud tu. Kiranya macam buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Tapi sebagai Islam, baik percaya pada Qada' dan Qadar Allah. 







Okelah. Secara terus terang, bagi kawan-kawan yang telah lama menjadi kawanku mereka tahu aku punya ramai kawan. Tak kira lelaki perempuan. Tapi aku lebih ramai kawan lelaki dalam hidup. Kawan je tau tak lebih dari tu. Hihihi *Saya Sebenarnya Tak Ready Lagi. Mungkin kawan lelaki lebih faham sikit dari kawan perempuan, contohnya kalau keluar mesti takkan ada orang lelaki yang kacau mengacau. So rasa lebih secure tetapi kawan perempuan tetap disayangi oke. Cuma kekadang rasa 'annoying' dengan perangai 'menunjuk-nunjuk' sesetengah mereka. Dat means I never choose 'bulu' baru boleh jadi kawan.. *Please don't hate me bloggers, I didn't say about you*





Punca sebenar aku kurang berkawan dengan perempuan kerana sudah banyak kali hati disakitkan oleh mereka. Kawan lelaki pun ada juga, dapat awek terus lupa kawan. Esok lusa awek tinggal baru terhegeh-hegeh cari kawan balikkan. Well, kadang-kadang aku tercari dimana salah silapnya aku dalam persahabatan. Yelah, kita lupa mungkin kita pernah buat salah, mungkin dibalas balik sebegitu tapi rasanya takda. And..and aku pulak jenis tak puas hati mesti disoalnya orang tu. Kalau diam sampai bila pun masalah tak selesai. Dan tabik springs sama kawan-kawan yang berani bersoal jawab dengan aku, complaint tentang perangai aku yang terlepas cakap ke. Haa.. kira bagus juga mereka still ada masa untuk nasihat aku. 



Kesimpulannya di sini. Kau tak payah balas dendam kalau ada orang buat jahat, percayalah nanti mereka dapat balasan juga. Kita hidup di dunia nie bukan macam tu saja, Allah maha melihat setiap perbuatan hambanya. Terima kasih kepada orang-orang yang memburuk-burukkan nama aku di tempat praktikal, akhirnya result LI aku cunn. Itu pun nasib baik aku tak block hampa kat FB, kalau yang sudah kena BLOCK dengan aku tu, harap jangan terasa ya. Itu dah tahap benci plus takmo amek tau dah pasal hidup hang.   



p/s: Sorry kawan. Aku mungkin bukanlah seorang kawan yang baik tapi semasa kita menjadi kawan aku dah melayan sebaik-baiknya sebagai seorang kawan tak kira lelaki atau perempuan. 

19 Jun 2013

Film Review : After Earth



Filem Review After Earth | Harinie ambil kesempatan untuk nonton movie yang berada di ranking ke 2 memandangkan setiap hari rabu wayang di TGV murah. Terpaksa melupakan niat tengok filem Fast & Furious 6 disebabkan tarikan hebat filem anak beranak Smith nie. Kena mengalah dengan orang tu. Nanti merajuk susah pulak, dah aku tak pandai pujuk. Tettt.. Oke, siapa yang tak tonton lagi pi tengok cepat-cepat. Boleh bagi 5/5 bintang kot. Memang ohsem dan hebat pengembaraan 2 beranak di planet bumi yang tak didiami oleh manusia lagi. Filem ini 1st time Will Smith berlakon dengan anaknya dan watak tu menjadi. 



After Earth Poster



Amaran keras bagi ibu-ibu mengandung dan pesakit jantung kerana sound gempak dan takut ada yang terperanjat. Aku pun takut tengok makhluk ursa tu. Haihh.. ada saja part nak menjerit. Ada orang melting bila tengok kehenseman Will. Harap dia tak bertukar jadi negro. Ngeh..ngeh. Part paling wooowww bila Will check keadaan kaki dia yang patah. Terfikir kalaulah doktor guna alat canggih untuk scan kerosakan dalaman badan. Mesti takda xray. 



Kitai dan Raige dalam perjalanan ke Nova Prime


Sinopsis After Earth :



Filem ini mengisahkan situasi Bumi 1000 tahun selepas berlakunya bencana dahsyat yang mengakibatkan seluruh manusia di bumi berpindah ke planet baru. Orang-orang yang masih hidup tinggal di planet yang dinamakan Nova Prime. Ada seorang jeneral, Cypher Raige (Will Smith) yang membawa anaknya Kitai Raige (Jaden Smith) ke sebuah planet bersama Ursa, makhluk yang membunuh manusia, tetapi ia buta dan dapat kesan menusia melalui ketakutan. 


Planet Nova Prime
Kitai ditenteramkan ayahnya

Makhluk bernama Ursa

Kaki Raige patah dan cedera dalam rempuhan



Dalam perjalanan tiba-tiba pesawat mereka dirempuh ribut asteroid dan terpaksa mendarat di planet bumi. Pesawat mengalami kerosakan dan Raige mendapati Ursa telah terlepas di Bumi. Ketika itu keadaan bumi sudah tidak sama dengan 1000 tahun dulu. Persekitaran mereka tidak selamat dan terdedah kepada bahaya. Memandangkan beberapa bahagian pesawat yang terpisah, Kitai perlu mencari isyarat kecemasan yang berada di ekor pesawat semasa terhempas. Scene flashback memang banyak, memori bersama kakak Kitai (Zoe Kravitz) yang mati dibunuh ursa. Scene sedih bila burung helang mati kesejukan kerana menyelamatkan Kitai. Dalam misi mencari bangkai pesawat itu, Kitai menghadapi kesusahan, bahaya dan belajar untuk tidak takut. Dari pengalaman itu, Kitai berjaya membunuh Ursa dan mereka pulang Nova Prime.



Raige memantau pergerakan anaknya

Diganggu babun liar yang ganas

Kitai teringat kakaknya sebelum dibunuh Ursa

Terlantar dalam kesejukan

Kitai berjaya mendapatkan bantuan kecemasan


🌟🌟🌟


11 Jun 2013

Doodle Comel by Blogger Kathy ✿


Assalammualaikum.


Selamat pagi eh dah tengahari la. Harini terlajak tidur, bangun pun lewat gara-gara cuaca hujan. Oke, firstly nak cakap terima kasih kat blogger Kathy sebab rajin melukis doodle yang comel-comel buat juri blognya. Boleh baca kat sini. Dalam keadaan dia yang tak sihat pulak tu. Tak sangka termasuk jugak dalam senarai pengomen tegar. Cewahh.. apa pun tahniah jugak buat blogger-blogger lain.   




7 Jun 2013

Ayah.. Tak Boleh Menjadi Wali

Assalammualaikum.


Salam Jumaat, segak-segak tengok kaum adam balik dari solat Jumaat. Haihh jatuh hati pulak. Sejuk mata memandang. Hehee. Entry kali nie berkaitan dengan ayah yang diminta menjadi wali untuk majlis petang ini. Wait a minute, kalau ikutkan ayah memang tak boleh menjadi wali kepada cucu saudaranya. Aku bangkang habis-habisan! Hahaa.. Chill dulu, nanti tak pasal-pasal perkahwinan ini jadi tak sah. Meh nak intro dulu..



Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul ('aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan. Mesti seronokkan kalau cakap bab kawen-kawen nie. Semua orang nak! Teringat masa sem 1, kalau kelas Pengajian Islam masuk bab kawen-kawen mesti ramai budak laki datang kelas. Seronok dengar ustaz bercerita pasal part perkahwinan. Ngeh..ngeh..



Wali Pengantin Perempuan


Alkisahnya pabila my paksu mengesyorkan ayah menjadi wali kepada anak perempuan sepupu aku. Yang aku hairan dan pelik tu, acano ayah pulak kena jadi wali sedangkan arwah ayah budak tu ada adik yang boleh menjadi wali yang sah. Lain la sepupu aku tu nak kawen lagi boleh ayah menjadi wali memerangkap anak saudara abangnya yang sulung. Haaa.. faham tak? Kesimpulannya carilah wali sebelah ayah kerana pertalian darah lebih kuat. Wali sebelah mak tak boleh kerana tiada pertalian darah. Kesian jugak cucu sedara ayah aku nie sebab ayah kandung dah takda, adik lelaki pulak.. Tak payah story la. Ketika ini ayah dah otw balik kampung, tak sabaq nak tengok cicit sulung dalam keluarga akad nikah -____-" 


Kita rujuk kepada perkahwinan seorang pelakon yang tak sah kerana tidak menggunakan wali terdekat maka beliau terpaksa bernikah sekali lagi. Jangan pandang remeh isu wali kerana perkahwinan didalam Islam tak boleh dibuat main. Harap-harap ayah dapat mewalikan aku suatu hari nanti. Wee ~~




Jenis-jenis wali:

  • Wali Mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya. 
  • Wali Aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali.
  • Wali ab'ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika tiada wali aqrab. 
  • Wali Hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.       


Susunan Wali mengikut giliran:


Bapa kandung
Datuk sebelah bapa ke atas
Saudara lelaki sebapa (Abang/Adik)
Anak saudara seibu-sebaapa
Anak saudara lelaki seibu-sebapa
Anak saudara lelaki sebapa
Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
Bapa saudara sebelah bapa sebapa


Untuk lebih maklumat lanjut klik


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com