26 Oct 2013

Sweet Talker : Lelaki Bermulut Manis

Assalammualaikum.


Harini genap 6 hari sudah aku bekerja. Macam2 ragam manusia yang boleh dilihat terutamanya makhluk tuhan bernama LELAKI. Bagi pekerja baru macam aku, memang tak sah kalau tak jadi perhatian. Tak sangka mak sedara sepejabat dengan mamat2 hensem. Setiap kali aku datang opis tu mesti ada sorang pakcik nak introduce dengan mereka. Aku nie pulak pelik sikit. Bila dah jadi kes macam itu terus tak pegi dah opis tu. Hahaa.. 




Bercakap tentang mulut manis lelaki. Manis bak madu lebah. Cuba lelaki panggil kita honey, confirm cair. Biasanya wanita mudah jatuh hati dan tertarik dengan lelaki jenis nie. Rasa melayang bila dengar kata pujian dan cinta. Selalu orang kata, ayat lelaki lebih manis which means lelaki pandai bermain kata2 dan bijak mengambil hati orang. Tapi bagi aku bukan semua lelaki pandai bermain kata.


Ada juga sweet talker suka buat pasangan makan hati dengan kerenah mereka yang suka memuji wanita lain tanpa menjaga hati pasangan. Tumbuk kang.. Haha. Ini kes parah, boleh makan dalam. Kalau puji ikhlas oke tapi berhati-hati jika terkeluar ayat nak mengurat. Contohnya:  

"Comelnya dia n bla..bla.." (Ayat ini aku cukup menyampah, tak kenal cakap macam tu)

"Awak lah paling cantik diantara ribuan wanita"

"Senyuman awak sungguh menggoda"

"Amboi depa macam adik dengan kakak la" (Ayat pakcik tu bila nampak aku jalan dengan mak sedara)



Jadi probability untuk si perempuan terjerat adalah tinggi kerana mereka ialah makhluk yang mudah cair apabila dipujuk, dirayu, digoda dan sewaktu dengannya. Bagi yang dah kawin, ia jadi kebahagiaan rumahtangga. Jika lelaki bawa jumpa family, tak bermaksud dah ada tiket nak jadi bini dia oke! Bagi aku yang dah alami situasi ini 2 tahun lepas, just anggap menziarahi keluarga dia untuk berkenalan.



Kebahagiaan yang sebenar bukanlah datang dari kata-kata, tapi datangnya dari niat yang ikhlas. 

21 Oct 2013

Bekerja Di Mattle Malaysia

Assalammualaikum.


Syukur Alhamdulillah.. Sangat gembira harini sebab berjaya dalam interview pagi tadi. Seawal 7 pagi dah tercangak kat guard house. Ada satu perasaan pelik sebab dalam seumur hidup ini kali pertama aku interview kerja. Terima kasih mak saudara sebab tolong recement kerja. Tanpa bantuan kawan2 opisnya tak mungkin aku dapat job position di bahagian production. 



Nasib baik cuma 9 orang je yang dapat kerja tapi tak sama bahagian dengan aku. Masuk bilik, isi borang dan serahkan note dari mak saudara, buat medical check up, di panggil interview 2x dan diterima bekerja. Sangat suka bila speaking berterabur dengan supervisor. Dia berharap aku menjadi pekerja yang menepati masa. Punctual Time please! In Shaa Allah.. nama baik njang kena dijaga :) 


Buku panduan pekerja Mattel Malaysia


Bermula esok pagi, aku akan bercinta bersama komputer sambil menghadap kereta Hot Wheels yang comel2. Ohsemnya kerja pagi balik petang. Tak macam orang lain ada shift. Nak bangun awal memang aku FAIL. Sebelum pukul 7 pagi, kad dah kena scan. Kalau tidak, gajiku dipotong RM 70. 



Sebenarnya risau juga, takut orang cakap aku senang2 dapat kerja sebab ada orang dalam tapi nasib baik pemilihan berdasarkan kelayakan walaupun SPM tetap diambil kira. Doakan nina eh, semoga dapat kerja dengan baik di tempat baru dengan sistem keselamatan yang ketat. Sekurang-kurangnya rasa selamat. Next week ada lawatan dari bos besar Mattel, US. Fuhh..



Comel tak Kak Ton? Hihi.. Suka tengok kad comel nie :)

16 Oct 2013

Harta Tak Membawa Bahagia

Assalammualaikum.


Selamat hari raya haji yang kedua.. Orang balik kampung seronok tengok lembu kena korban lain pulak yang jadi pada family ayah. Tengok tajuk pun dah tau pasal harta. Baru sekarang aku faham kenapa manusia boleh berebut, bergaduh dan sanggup membunuh hanya kerana harta. Baru sekarang terjadi dalam keluarga sendiri. Ini cuma meluahkan kekesalan ayah dengan sepupu-sepupunya. 





Ingatkan bila ada adik-beradik ramai seronok rupanya ada juga yang tak bestnya. Arwah tokwan ada 3 beradik. Walaupun mereka dah takda tapi adik tok ada tanah di Lawin, Perak. Well, sebelum ayah kawin seronok la dia balik sana bila tiba musim buah. Aku pun teringin jugak nak pergi rumah kazen ayah tu tapi paksu pulak cerita, ada salah sorang anak dia jual rumah pusaka. Aku hanya jadi pendengar yang setia. Terfikir juga, kenapa jual rumah senyap2 tanpa berbincang dulu. 


Conclusionnya, disebabkan harta adik-beradik boleh bergaduh. Baru aku teringat kenapa arwah tok sebelah mak tak pernah teringin nak balik Siam untuk ambil harta moyang, mungkin tok taknak suatu hari nanti akan jadi masalah berebutkan harta. Jadi lebih baik kami anak beranak hidup dalam sederhana. Ada harta segunung pun tapi hati tamak tak guna juga. 


Tak jadi OKB pun hidup tetap senang. Syukur Alhamdulillah.. Ada harta tapi hati tak tenteram buat apa, tak bersedekah pula. Lama2 habis juga harta tu. Semoga kazen ayah tu tak bergaduh lama2 eh. Chill la ! mizz nina nak tengok #LoveYouMrArrogant :)


14 Oct 2013

Hari Raya Aidiladha - Selamat Bercuti Blogger

Assalammualaikum.


Alhamdulillah, blog sudah dioperate dan beroperasi seperti biasa berkuatkuasa semalam. Hoho.. Terima kasih kepada blogger Aimi kerana tolong editkan blog. Nak edit blog comel2 boleh tanya Aimi oke. Sementara menunggu kek dibakar, sempat la nk blogwalking. Banyak blog kena terjah. Sebelum tu mesti ramai dah pulang ke kampung masing2 untuk beraya. Hati2 di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi. Esok pagi, seluruh umat islam akan menjalankan ibadah korban :)




5 Oct 2013

Biodata Pelakon Azlee Khairi



 
 

Biodata Azlee Khairi :




Nama Penuh : Azlee Khairi Bin Zulah Hainee


Tarikh Lahir : 19 Januari 1989 (31 Tahun - 2020)


Tempat Lahir : Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak


Anak Kacukan : Pakistan, Cina & Jawa


Pendidikan : Diploma Teknologi Kreatif Artistik (Filem Melayu) UiTM, Shah Alam


Hobi : Bersukan dan Memancing


Makanan Kegemaran : Tempe


Status : Tak pasti

 
Adik-beradik : Anak ke 2 daripada 6 orang adik-beradik (3 Lelaki 3 Perempuan)


Idola : Shah Rukh Khan


Pelakon Kegemaran Azlee : Johnny Depp (kerana lakonannya jarang sekali berlakon watak yang sama)



Pemain Bola Sepak & Pasukan Diminati : Ronaldinho dan penyokong setia #Team Liverpool



Ciri2 Gadis Idaman : Bijak berkomunikasi. Komunikasi adalah tunjang dalam setiap perhubungan dan sukakan gadis yang manja.


Kerjaya : Pelakon, model


Pencapaian : Anugerah Drama Festival KL 2014

Drama Pilihan - Love You Mr. Arrogant
Pelakon Lelaki Pilihan – Azlee Khairi ( Love You Mr. Arrogant)
Pasangan Hero & Heroin Pilihan - Zara Zya & Azlee Khairi (Love You Mr. Arrogant)



Model Iklan : Brylcreem


Pernah menjadi pemain bola sepak pasukan Perak FA mewakili pasukan bawah 18 tahun sejak Tingkatan 3 lagi.


*Tiada pertalian dengan Remy Ishak ataupun Afiq Muiz


Drama : Ponti Anak Remaja The Series (2010), Rojak, Iparku Diva, Dingin Lavenda, Jangan Bunuh Matahariku 2, Kelaas Kau Maria, Karma (2011), Mahabbah, Bukan Bidadari, Julia, Syukur Allah (2012), Dalam Setiap Sujud, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Cinta Yang Satu, Fira Ayuni, Love You Mr Arrogant (2013).



Telefilem : Kemelut Cinta (2010), Tarbiyah Ala Datin, Geisha Melayu Terakhir, Pusing Raya, Qaseh & Aiman (2011), Baju Kebaya Terakhir Bapak, Cinta Si Tukang Kasut, Mak Sanggup, Cinta Dari Syurga, Demi Kasihku, Setahun Setengah Mencari Cinta (2012), Hanya Dikau, Lara Qaseh, Suamiku Jururawat, Andai Itu Takdirnya, Anak Menantu, Miss Aaliyah, Takdir Cinta, Mimpi Fara, Dari Ibu (2013), Nikah Kita Bercinta & Rania TipTop (2014). 


Filem : Raya Tak Jadi (2011), Ratu The Movie (2011), Bujang Terlajak (2012)





- Azlee telah berlakon selama 6 tahun dan bermula sebagai krew produksi ketika masih menuntut di UiTM dan berlakon sebagai pelakon tambahan. Dia tidak mengejar populariti dan glamor malah lebih selesa jika bakat lakonan lebih dikenali berbanding peribadi. 


Berlakon cuma platform untuk terjun ke bidang pengarahan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Soal populariti bukan prioriti untuk dia menjadi artis kerana nak popular. Dunia populariti itu merimaskan! 



Bekerja sebagai krew produksi selama 4 tahun dan baru 2 tahun betul2 aktif dalam lakonan. Pernah aktif dalam bola sepak ketika zaman persekolahan dan terpaksa meninggalkan dunia bola sepak disebabkan komitmen serius pada bidang seni. 


Pelakon ada 3 jenis. Pertama, berlakon kerana mencari populariti, kedua berlakon untuk kumpul duit, ketiga berlakon kerana bekerja. Azlee dalam kelompok ke3, berlakon kerana bekerja. 



"Saya akui saya memang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis, dia pun ada terbabit dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan"


Azlee dalam iklan Brylcreem



Jom tengok iklan Brylcreem. Serius hensem ! 


4 Oct 2013

Biodata Pelakon Zara Zya


First time tengok Zara Zya berlakon dalam drama Love You Mr Arrogant ni. Not bad rupanya dia ni dah lama dalam bidang lakonan rupanya.  



Biodata Zara Zya :


Nama Penuh : Zainurul Razia Bt Mohd Zainuddin

Nama Komersial : Zara Zya

Tarikh Lahir : 22 Oktober 1985

Asal : Lenggong, Perak

Umur : 31 Tahun (2016)

Pendidikan : Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)

Tinggi : 153 cm

Berat : 42 kg

Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik

Kerjaya : Pelakon, Model


Drama/Telefilem : Tanah Merah (NTV7), Puisi Cinta Rubiah, Supermak, 3 Budak Botak - 2 Hari Di Hari Raya, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda, Barat Ke Timur, Kisah Benar, Kudrat, Janji Kita, Suaramu, Kenduri Sakan, Bujang Sepah Lalalitamplom, Sumayyah, Haryati2, Ais Krim, Roti dan Gol, Kitab Rindu Terindah, Kampung Jaguh, Gerimis  Yang Calar, Bilik No.13, Gila, Now And Forever, Mencintaimu, Travelling Beruang, Puteri Malam, Dudu Terlajak Laris (Akasia TV3), Kifarah Mistik,

Teater : Dan 3 Dara Terbang Ke Bulan, Lorong Neraka, Dari Bintang Ke Bintang.   





- Tahun ini genap 10 tahun Zara Zya menjadi pelakon. Pelakon kecil molek ini seakan-akan belum betul2 menyerlah seperti pelakon2 seangkatan dengannya. Dia pernah tidak menerima tawaran berlakon selama hampir 6 bulan. 



Emaknya (Kamarul Ain Mohd Amin) banyak memberi semangat supaya tidak putus asa. Dia terus berusaha menambah moto lakonan dengan menyertai kelas lakonan yang dianjurkan Fauziah Nawi selama 6 bulan termasuk kelas Datin Marlia Musa dan Shariza Mahmud. Paling banyak melihat gaya pelakon Norkhiriah dan Nadia Nisa dalam drama2 lakonan mereka melalui YouTube. Dari situ Zara banyak belajar teknik berlakon. Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd     


Sekarang tengah tengok Zara berlakon dalam drama terbaru di TV9 iaitu Puteri Malam setiap Isnin pukul 10.30 malam sebagai heroin utama.





3 Oct 2013

Sinopsis Drama Love You Mr Arrogant

Assalammualaikum.


Sekarang, buku novel diadaptasi menjadi drama dan filem. Kan best kalau boleh buat novel. Kalau lah aku pengarang novel. Siapa kaki novel angkat kening! Haha.. Drama nie kalau dah tengok dari episode pertama mesti kena layan sampai habis baru syok. Drama Love You Mr Arrogant lebih kurang macam Kampung Girl dengan skrip yang agak kelakar. Rasa macam 2 drama berkongsi pengarah yang sama. Siapa peminat Hanez Suraya wajib tengok tau.. garang betol dia. Hihi . Suka tengok scene sweet + ego antara Azlee dan Zara. Kalau nak tau Zara nie dah lama berlakon dalam drama di RTM dan teater. 




Sinopsis:

Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham - anak orang kaya yang bongkak sangat. Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry, menantu pilihan mamanya, Irham memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai? - Zaara ter-brek mengejut dan Irham terlanggar kereta Zaara secara tidak sengaja. Irham meminta bayaran RM 5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi fon kesayangannya pada Irham. Tempoh hutang adalah seminggu. Mana la Zaara nak cekau duit sebanyak itu. "Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." - Zafriel Irham  



Irham mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham Holding akan jatuh ke tangan sepupunya, Hardy. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Irham. Irham lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry - gadis gedik tu. Demi sebuah janji, Zaara redha, namun, dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego Irham yang tinggi. Tambah pula, sikap ibu mertuanya, Puan Sri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu. Puan Sri mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Irham. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Irham yang sukakan Zaara membuatkan Irham cemburu. Keadaan bertambah parah tanpa sedar bila Zaara dan Irham saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Irham biar pun tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu. "Aduh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh.. tapi..." - Zaara Amirah 




Love You Mr Arrogant setiap Isnin - Khamis ! 7.00 PM on TV3  :')


Boleh tengok online di  Tonton



Biodata heroin Zara Zya :



   
Biodata hero Azlee Khairi :

2 Oct 2013

Mini Giveaway EkaTikah Craft


Bersempena dengan hari baik, bulan baik dan juga merupakan bulan kelahiran aku *take note*, satu Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diadakan. Hadiah semuanya berunsurkan craft. Mungkin hadiah tidaklah semahal mana, tetapi yang penting ikhlas dari hati. Hee

Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Qktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013.

Hadiah-hadiahnya:
1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
5 Keychain Cendawan
5 Keychain Love
5 Handphone Strap Stawberri
3 bekas tempat cucuk jarum
10pcs Brooch Rose
5 batang Bookmark
10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip



 Nak join klik gambar ! :)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com